BAB 67

Romance Completed 20340

Selepas dua hari Kila keluar dari Hospital. " Hello, Mer. Congratulation, Bro! Sorry tak dapat tengok kau dengan bini kau. Aku busy sikit ". Daniel yang dari jauh menelefon Amer. " Thank you, Bro. Tak apa, aku faham. Maklumlah, orang dah nak kahwin, kan ? Tu yang busy memanjang hahaha. Tahniah eh bro nak tamatkan zaman bujang kau ". Amer mengusik Daniel tentang persiapan perkahwinan mereka yang tak lama lagi.

Amer dan Daniel tertawa. " Kau ni pun, aku tengok kawan-kawan aku dah kahwin. Takkan aku tak nak kahwin, kan ? by the way, thank you ". Ucap Daniel pada Amer. Amer terlintas memikirkan sesuatu. " Esok kau free tak ? ". Tanya Amer sambil melihat jam di tangan kirinya. " Insyallah, Free. Kenapa ? ". Tanya Daniel kembali.

" Esok temankan aku pergi Mall, boleh ? ". Daniel mengerutkan dahi, hairan dengan permintaan Amer. " Nak buat apa pergi Mall ? Bini kau kan tengah dalam pantang tu ". Balas Daniel. " Bini aku family mertua aku jaga dia. Aku nak mintak kau temankan sekejap je. Ok ? Jumpa esok, Bro. Bye ". Amer mematikan talian mereka. Daniel melihat screen telefonnya, pelik dengan kelakuan Amer.

Keesokan harinya, Amer dan Daniel pergi Mall tersebut. Amer menuju ke tempat pengawal keselamatan (security guard place). Amer meminta rakaman cctv dua hari yang lepas ketika Kila hampir dilanggar dengan sebuah kereta. Terlihat wajah seorang wanita yang memandu. Amer dan Daniel terkejut melihat rakaman cctv itu.

Seorang wanita yang dibenci oleh Amer, Ianya Nadia. " Daniel, kau transfer rakaman cctv ni dekat aku. Aku gerak dulu ". Amer menepuk bahu Daniel dan meninggalkannya bersama beberapa orang pengawal keselamatan. Daniel menjalankan tugasnya.

Amer tiba di rumah ibu mertuanya sedang melihat televisyen. Amer terdapat satu mesej dari Daniel. Daniel menghantar rakaman cctv itu pada Amer. Bahu Amer merasakan seseorang mengusap. Kila yang dari belakangnya membuat Amer tidak perasan. Amer cepat sahaja mematikan telefonnya.

Kila melihat kelakuan Amer yang agak gelabah sedikit. " Siapa mesej tu ? ". Tanya Kila. " Client I mesej. Mana baby ? ". Tanya Amer dengan selamba. " Baby ada kat bilik. You nak minum apa-apa tak ? I buatkan air untuk you, nak ? ". Tanya Kila dengan lembut. Amer bangun dari tempatnya. " Its okay. I naik atas jap. Nak tengok baby ". Amer mencium dahi Kila dan berlalu pergi.

Kila pelik dengan Amer. Kila mengikut jejak langkah Amer masuk ke bilik. Terlihat Amer baring di sebelah bayi mereka. " Assalamualaikum anak papa. Papa dah balik. Bukaklah mata awak sayang ". Kila tersenyum melihat Amer bersembang dengan anak mereka. " Papa baru balik kerja. Papa busuk tak mandi lagi ". Kila mengusik Suaminya.
Amer memandang Kila. " You nak namakan anak kita apa ? ". Tanya Kila sambil melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur. " Muhammad Raef ". Jawab Amer. Kila tersenyum lebar mendengar nama yang diberi oleh Amer. Alhamdulillah. " Raef. Sedap nama tu. Love you ". Kila mengusap pipi kiri Amer dengan lembut.

Amer membalas ucap Kila kembali. " Love you too, sayang ". Jawab Amer dengan tersenyum. Amer bangun dari tempatnya dan mencapai tuala untuk membersihkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience