BAB 37

Romance Completed 20340

Selepas dua hari berlalu, Kila menghidupkan telefon bimbitnya semula. Terdapat banyak mesej dan panggilan yang diterima. Semuanya dari Amer dan Hana. Tetapi Kila terdapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Kila membuka mesej itu.

Kila menerima butiran banyak gambar Amer dan Nadia pada kejadian malam itu. Betapa sakitnya hati Kila. Kila memejam matanya untuk menahan nangis. Akhirnya jatuh jugak air mata Kila. ' Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini ' Doa Kila dalam hati.

Kila memandang telefonnya yang berada di atas tilam. Kila mencapai telefonnya lalu menaip mesej kepada Amer. ' Esok I nak jumpa you dekat Cafe macam biasa pukul 2 '. Kila menghantar mesej itu kepada Amer. Amer menerima mesej itu. Lega hati Amer apabila Kila sudi berjumpa dengan dia.

Kila menunggu dan terus tunggu ketibaan Amer. Beberapa kali Kila melihat jam di tangannya. Hampir pukul 2 Amer masih tidak sampai lagi. Tidak lama kemudian, ketibaan Amer sampai ke Cafe tersebut. Amer melangkah masuk ke Cafe itu dan duduk berhadapan Kila. Kila yang agak serius ketika itu memandang Amer dengan wajah yang merah.

" Hi Kila ". Teguran Amer tidak di sahut oleh Kila. Kila memberi telefon bimbitnya. Terpampar gambar Nadia dan Amer di telefon Kila. " So ? Explain please ". Wajah Kila yang agak pucat memandang Amer. Amer tercengang melihat gambar itu. " Ya Allah, Kila. I berani sumpah. Ini semua fitnah. Ni mesti semua kerja Nadia. Siapa yang hantar kat you ni ? ". Tanya Amer pada Kila. " Siapa yang hantar tu semua tak penting. Sekarang ni semuanya dah jelas. Itu hari I call you, Nadia yang angkat. Hari ni I dapat gambar you yang tah apa-apa atas katil dengan Nadia. Apa you ni, Amer ? Ingat senang ke I nak percaya kat laki playboy macam you ni ? Laki kalau dah playboy, playboy jugak. Kan ? ". Setepek gitu je Kila beri pada Amer.

" Dengar ni, malam tu I keluar dengan Shafiq and Daniel. I tak tahu malam tu Nadia ada skali. Yang I tahu, kepala I pening sangat masa malam tu. Esok pagi I bangun, I dah kat Hotel dengan perempuan tu ". Jelas Amer pada Kila. " So ? Betullah you pergi Hotel dengan dia ? Ok great! Thank you for your explain ". Kila bangun dan pergi meninggalkan Amer.

Amer geram dan terlalu marah akan perbuatan Nadia. Amer pergi berjumpa Nadia. " Hai sayang. Kenapa ni jumpa I ? Rindukan I ke ? ". Tanya Nadia sambil memeluk Amer. Amer menolak dan membuatkan Nadia kebelakang sedikit. Pangg! Amer melepaskan tamparan ke pipi Nadia. " Apa you ni, Amer ? Sakit tahu tak pipi I ni ". Aduhh Nadia sambil mengusap pipi kirinya.

" Sakit ke ? Macam tulah sakitnya hati aku dapat tahu kau yang hantar gambar aku dengan kau malam tu dekat Kila. Aku dah cakap dengan kau. Jangan cari pasal dengan aku! ". Amer meninggikan suara pada Nadia. Hahaha! Nadia tertawa kecil mendengar kata-kata Amer. " You know what, sayang. Lepas ni kita akan dapat baby. I tengah pregnant anak you, darling ". Berita yang disampaikan oleh Nadia membuat Amer tersentak.

" Kau merepek apa ni ? Tak payah nak mengarutlah, Nadia. Aku tak pernah sentuh perempuan kotor macam kau ni! ". Amer melepaskan geram pada Nadia. Amer pergi meninggalkan Nadia. Nadia senyum sinis melihat gerak geri Amer menghilangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience