BAB 62

Romance Completed 20340

Amer memimpin Kila masuk ke dalam rumah. " Ya Allah you ni pun, I boleh je jalan sendiri. I baru pregnant sebulan. Ni pimpin macam I pregnant 8 bulan ". Amer risau akan kandungan isteri kesayangannya. " Eh mana boleh. Kalau jadi apa-apa macam mana ? lepas ni I pergi kerja I hantar you dekat rumah Mummy atau Ibu. Nanti balik kerja I amik you. Faham ? ". Arah Amer pada Kila.

" Hm yela, faham ". Nak tak nak kena dengar cakap suami jugak. " Nasib baik you kat rumah ibu. Kalau you sorang-sorang kat rumah, Haa tak pasal-pasal kang ". Marah Amer. Kila terpaksa menadah telinga. " You kalau bebel, mengalahkan mak cik pasar ". Geram Kila. Amer memegang kedua pipi Kila sampai membuatkan bibir Kila muncung macam itik. " I bebel sebab sayangkan you dengan anak kita ni ".

Kila mengusap pipinya. " Iyeeee. I love you tooooo my husband ". Amer tersenyum mengusap kepala Kila. " Dah I hantar you masuk bilik ". Kila di pimpin oleh Amer masuk ke dalam bilik. Kila di baring dan melelapkan mata.

Amer sedang memasak di dapur. Kila tersedar kerana terbau sesuatu dari bawah. Kila turun dari anak tangga. " You ? You ? Bau apa ni ? Semacam je ". Kila melihat suaminya terkutang kanting di dapur. " Eh sayang, kenapa you turun ? hishh dia ni. Meh mehh duduk dulu kat depan. You tengok tv ni. Kalau ada apa-apa panggil I. I nak masak special untuk you. Jangan curi-curi masuk dapur ". Amer memberi kawalan jauh televisyen pada Kila.

Amer sambung memasak resepinya. Kila menunggu dan melayan kerenah suaminya. Kila terlelap menonton televisyen di atas sofa. Terlantang Kila baring di sofa. Tidak lama kemudian, Amer datang ke Kila. Wajah Kila agak tertutup sedikit dengan rambutnya. Amer menyelak rambut menutup sebelah mata Kila. ' Cantiknya isteri aku ni, Sayangnya aku kat kau Kila ' Bisik hati Amer sambil tersenyum.

Kila terjaga sedikit kerana terasa rambutnya diselak. Kila cuba membuka matanya, terlihat Amer di sebelahnya. " Eh, you dah siap masak ke ? Sorry I terlelap ". Kila bangun membetulkan posisinya. Dahi Kila menyentuh bahu Amer. Kila masih mamai sedikit. " Dah, I baru je habis siap masak. You nak makan tak ? ". Amer mengangkat bahu sebelahnya membuatkan dahi Kila seperti terhantuk.

Kila terbangun dari lamunannya. Kila mengusap dahinya. " Sakitlahh! Ishh. Yelahh, I nak makan. Baby dalam perut ni pun dah lapar ". Amer tertawa kecil mengusap perut Kila. Kila bangun meninggalkan Amer di sofa itu. Kila menuju ke ruang dapur. Habis bersepah dikerjakan oleh Amer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience