BAB 43

Romance Completed 20340

Malam itu, Cik Salmah dan Encik Badrul makan malam bersama Kila dengan pelbagai lauk. " Kila, Ayah nak tanya sikit ni ". Cakap Encik Badrul sambil sesuap nasi ke dalam mulutnya. Kila hanya diam tak berkata dan menikmati makanannya. " Kila ni dah besar panjang, bila nak kahwin ? ". Pertanyaan Encik Badrul membuatkan Kila tersedak. Ohokk! Ohok! Terbatuk-batuk Kila.

Kila menghirup air dan mengusap dadanya. " Ayah ni pun, orang tengah makan pun Ayah boleh tanya macam tu ishhh ". Merajuk Kila. Cik Salmah tertawa kecil melihat kelakuan Kila. " Betul Ayah cakap tu, Kila ni kan dah besar. Kila dah tiba masanya tamatkan zaman bujang Kila. Lagipun Ibu tengok bukan main sekarang dengan Amer. Ulang alik pergi class dengan Amer je. Kereta tu asyik tersadai je kat luar ". Nyampuk Cik Salmah membuat Kila tersipu malu.

" Haa eee ibu ni. Janganlah cakap macam tu. Malulah Kila. Lagi pun, Kila dengan Amer tu kawan je ". Kata Kila sambil masuk sesuap nasi ke dalam mulut. " Yeke kawan ? Alaa mula-mula kawan lepas tu kahwin. Benda yang elok jangan dilambat-lambatkan, takut diambil orang ". Jelas Encik Badrul.

" Haa dengar tu cakap Ayah. Nanti Amer kena kebas dengan girl lain. Frust menonggeng lerr Kila ". Cik Salmah memerli Kila. " Eeee ibuuuu ni kannnnn! Tak naklah kawan ibu. Dah Kila dah kenyang ". Merajuk Kila lalu bangun dari tempatnya terus menuju ke dapur dengan membawa pinggan makannya. Kila terus masuk ke bilik.

Kila mencapai telefon bimbitnya. Kila terdapat satu mesej dari Amer. ' Tidur yang lena. Mimpi yang indah. Kalau boleh sumbatkan I dalam mimpi you ' Kila tersenyum. Kila menaip pada screen telefonnya. ' Eee noyingnya! Buat apa nak mimpikan you. Tak cukup ke hari-hari dah jumpa pastu nak jumpa lagi dalam mimpi ". Balas Kila.

' Eh mana cukup. Kalau boleh hari-hari, tiap masa, tiap saat, tiap minit nak hadap muka you je '. Kila tertawa kesorangan dalam bilik bila menerima mesej dari Amer seperti itu. ' Amboi you ni, lebih eh. Dah lewat malam ni. I nak masuk tidur. Esok jangan lambat pulak amik I '. Jelas Kila.

' Baiklah Princess. Good night. Seeetdream. Love youu! Assalamualaikum ' Kata Amer. ' Night too. Sweetdream. Love you too. Waalaikumusalam ' Mesej Kila membuatkan Amer tersenyum lebar. Kila meletakkan telefonnya di meja sebelah katil. Kila menarik selimut dan melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience