BAB 42

Romance Completed 20340

Amer tahu Kila tidak akan sanggup untuk melakukan perbuatan itu. Kila dah mula sayangkan Amer. " You ni kan! Hishh I manalah sanggup nak cari boy lain selain...you ". Terang Kila pada Amer. Amer ketawa gembira dengar kata-kata Kila.

" Dah dah. Jangan jadi gila ketawa kuat-kuat. Suka nohh. I tak nak husband I gila ". Amer menghentikan ketawa dia. " Alaaa, biar jelah gila. Gila kan you je. Bukan dengan orang lain pun. Risau nohh ". Balas Amer. Kila tersenyum kecil. Poyo betul mamat ni! Kata hati kecil Kila.

Amer menghentikan keretanya di hadapan rumah Kila. Amer membuka pintu kereta untuk Kila. Amer menyandar di keretanya. " So ? How ? ". Tanya Amer. Kila mengerutkan dahinya. " How what ? ". Tanya Kila kembali. Amer memandang Kila. " Nothing. Esok you habis class pukul berapa ? ". Amer memeluk tubuhnya.

" Haa esok class I habis pukul 3. Ohh ya lupa nak bagitau you, esok I masuk class pukul 8. So you boleh ke amik I ? Kalau tak boleh, I pergi sendiri jelah. Ok ? ". Terang Kila pada Amer. " Ohh its okay. I amik you. Lagipun esok kelas I start pukul 9. Esok jangan lambat pulak. Byeee my dear ". Kila tertawa sambil melambai Amer.

Kila masuk ke rumahnya. " Assalamualaikum. Kila dah balik ". Cik Salmah yang sedang menyiram bunga di halaman rumahnya terdengar suara anaknya memberi salam. " Waalaikumusalam Kila. Ibu kat sini, tengah siram bunga ". Kila meletakkan buku di atas meja. Kila terus ke belakang rumahnya melihat ibunya menyiram bunga.

Kila menyalam Cik Salmah dan mencium kedua pipi ibunya. " Ibu, Ayah mana ? ". Tanya Kila sambil melilau matanya mencari Encik Badrul. " Ayah tak balik lagi. Dia jumpa kawan dia kat luar ". Beritahu Cik Salmah. " Kila nak makan tak ? Ibu masak special hari ni ". Kila tersenyum lebar. " Yeke ? Ibu masak apa ? ". Cik Salmah menarik tangan Kila dan menuju ke ruang dapur yang agak besar.

Tadaaa! Cik Salmah membuka tudung saji. Terdapat pelbagai lauk kegemaran Kila. " Wahh, Ibu! Sedapnyaaaa! Semua favourite Kila. Tunggu Ayah balik, nanti kita makan sama-sama ok ". Cik Salmah tersenyum. Kila terus naik anak tangga masuk ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience