BAB 18

Romance Completed 20340

Seperti biasa pukul 9 pagi Amer dah tercegat di hadapan rumah Kila untuk menyambut Kila ke Kolej. " Morning Pretty! ". Amer membuka pintu kereta untuk Kila. Kila hanya membalas dengan senyuman. Amer memulakan memandu.

" So, you dah breakfast ? ". Amer bersuara. Kila hanya menggeleng. " Kalau macam tu, kita pergi breakfast dululah, nak ? ". Amer memberi cadangan untuk sarapan bersama Kila. " Oklah macam tu. I ok je ". Kata Kila kepada Amer. Mereka di berhenti di Cafe yang berdekatan dengan Kolej mereka.

Selesai sahaja Amer makan, Amer melihat tarikh di telefonnya kerana esok adalah hari terakhir untuk memainkan perasaan Kila. Amer baru sahaja teringat akan cabarannya dengan 2 orang rakannya. Amer tidak sanggup memainkan perasaan Kila. " You, I dah habis makan. Jomlah kita pergi Kolej. Nanti terlambat kang ". Amer diam tidak berkata apa-apa. Amer hanya memandang muka Kila sahaja.

" You.. you ok tak ni ? ". Terbangun Amer dari lamunannya. " Haa yes. Sorry. Bagi I bayar dulu ". Kila diam. Amer terus memanggil pelayan untuk membayar. Mereka terus menuju ke Kolej.

Lepas sahaja Amer habis kelas. Shafiq dan Daniel datang ke arah Amer sambil menyanyi lagu ' Perawan atau Janda ' yang dinyanyi oleh Cita Citata. ~~Abang pilih yang mana, perawan atau janda~~ " Haloo my kawan. Macam mana dengan minah tu ? Ok ? Aku dengar bukan main mesra lagi ". Tanya Shafiq kepada Amer. Amer hanya mengangkat kening. " So ? Kau jangan cakap kau suka kat minah tu eh ". Kata Daniel.

" Esok jangan lupa, jumpa tempat biasa. Bawak minah saiko tu skali. Luah yang kau buat semua ni sebab game je. Jangan lupa. Bye bro! ". Cakap Shafiq. Amer hanya mengangguk. Daniel dan Shafiq beredar dari tempat Amer.

Amer kusut tidak tahu macam mana keadaan keesokkan harinya. ' Maafkan aku sayang ' Bisik hati Amer. Amer melihat Kila dan Hana yang sedang membaca buku dari jauh. Amer berjalan keseorangan serta memikirkan tentang Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience