BAB 54

Romance Completed 20340

Tiba masanya mereka pulang ke rumah. Kila memeluk rakan-rakannya. " Congrats Kila. Ya Allah, macam mimpi tengok kawan aku dah kahwin ". Hana memeluk Kila, mengusap badan belakang Kila. Kawan Kila yang lain jugak turut begitu, Sara dan Zila. " Ni dah kahwin jangan lost contact ok. See you guys tonight! ". Kata Sara pada Amer dan Kila.

" Tahniah Bro. Semoga dapat baby cepat hahaha ". Harap Daniel pada Amer. Shafiq menyalam Amer dan memeluk Amer dengan erat. " Thank you guys. Malam ni jangan lupa datang. See you! ". Balas Amer pada mereka.

Amer memandang Kila yang sedang melambai rakan-rakannya. " Dah, jom balik. Hari ni balik rumah daddy ". Amer menarik tangan Kila. " Why rumah daddy ? Alahh baliklah rumah Ayah ". Rungut Kila. " Eh, dengar cakap suami ". Kila mengeluh.

Tiba sahaja sampai di rumah Tan Sri Yusuf, Kila melihat sekeliling rumah itu. Pertama kali Kila melangkah ke rumah itu. Cantiknya! Besar pulak tu. Kata hati Kila. " Jom, I tunjuk bilik kita ". Amer menarik tangan Kila. Kila yang masih berpakaian pengantin mengangkat kainnya sedikit untuk naik ke anak tangga.

" Eee janganlah laju sangat. Baju ni dahlah ketat ". Marah Kila pada Amer. Amer mengabaikan kata-kata Kila. Amer membuka pintu bilik untuk Kila masuk. " Ni bilik kita ". Beritahu Amer pada Kila. " You! besarnyaa! Macam hotel. You kemas semua ni ke ? ". Tanya Kila.

Amer memandang sekeliling biliknya. " Taklah. Kak Wa yang kemas. Peliklah kalau I kemas bilik ni ". Amer memang jarang mengemas bilik dengan sendiri. " Yela. Terkejutlah kalau you kemas. Mesti sebelum ni you malas nak kemas, kan ? ". Amer mengecil kedua matanya. Amer mengunci pintu biliknya.

Amer mendekatkan dirinya dan membuatkan Kila tersandar ke dinding. Amer meletakkan tangan kanannya ke dinding. " You kata apa ? I dengar you sebut malas. Emm tiba-tiba panas pulak hari ni ". Amer membuka butang baju melayunya satu demi satu dengan menggunakan tangan kirinya.

" Amer ?! What are trying to do ? ". Kila melihat tangan Amer yang membelek butang baju melayunya. " Kenapa ? You takut ke ? ". Tanya Amer dengan serius memandang Kila. Kila memejamkan kedua matanya dengan rapat. Amer mendekatkan bibirnya ke dahi Kila. Amer mencium dahi Kila.

" Dah, I nak mandi. Takut nohh I buat apa-apa. Elehh tengok macam berani sangat. Dah cepat mandi! Nanti lambat kang nak sesiap malam ni ". Amer membuka baju melayu dan mencapai tuala yang di sangkut. Amer melangkah masuk ke ruang tandas.

Kila berhadapan dengan meja solek. Satu demi satu Kila membuka pin tudungnya. " Suka sangat buat orang takut ". Kila membebel keseorang di hadapan cermin. Selesai sahaja Amer mandi. Giliran Kila pulak membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience