BAB 10

Romance Completed 20340

Kila terdiam kaku ketika itu. " Dah stop. Berhenti membebel sebelum I ubah fikiran. Pakai seat belt sekarang, ke nak I pakaikan ? ". Kila terus menutup mulutnya dengan kedua tangan dan terus memakai tali pinggang keledar itu. Jantung Kila berdebar laju. DupDapDupDap!

Tiba sahaja mereka sampai ke Kolej. Kila terus turun dari kereta milik Amer dan tinggalkan Amer di belakangnya. Amer yang tersenyum nakal dengan kelakuan Kila ketika di dalam kereta tadi. ' Tahu kau takut. Belum buat apa-apa lagi dah takut. Macam mana nak kahwin ni hahaha '. Amer tergelak kecil.

Kila dari tadi memikir akan perbuatan Amer di dalam kereta itu. ' Ishh buat aku takut jelah mamat ni. Tak pakai seat belt je pun. Itu pun nak buat sampai macam tu skali '. Tidak puas hati Kila.

" Hey minah! Wahh bukan main kau eh. Pergi class ada orang hantar. Yang hantar tu pun bukan calang calang orangnya. Amboi! ". Hana yang dari belakang membuat Kila terkejut. " Eh kau ni kalau ye pun tak payahlah segah aku dari belakang. Buat aku terkejut jela kau ni ". Kila menepuk lengan Hana membuat Hana mengaduh sedikit.

" Bukan aku suruh playboy tu hantarkan pun. Dia yang nak sangat hantar aku. Aku tak paksa pun. Dia yang ngengada sangat. Huhh! ". Beritahu Kila kepada Hana. " Ohh, ok faham. Tapi tulah, Kila yang aku kenalkan. Bukan suka pun lelaki hantar pergi mana-mana, lagi-lagi lelaki playboy. Ada apa-apa ke ni ? ". Hana mengecilkan matanya ke arah Kila. Hana tahu perangai kawan baiknya itu.

" Ishh tak ada apa-apalah. Bukan slalu dia hantar pergi class. Baru kali ni. Eh dahlah, aku nak masuk class ". Kila melangkah dengan pantas. Hana hanya gelak kecil dengan kelakuan Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience