BAB 2

Romance Completed 20340

Kila yang baru sahaja selesai menyiapkan tugasannya di perpustakaan, sedang melangkah keluar dari perpustakaan. Tiba sahaja kawannya, Hana dari belakang memanggil Kila. " Kila ! ". Kila menghentikan gerakannya. " Yes Hana ? ". Hana berlari anak mendekatkan dirinya dengan Kila serta memberikan sekeping nota kecil ' Hi, Si Cantik! Lepas habis class, jumpa I pukul 5. See you! ' dan hujung nota itu terletak nama ' Amer Lufis'. Kila mengerutkan dahinya. " Kila pergilah jumpa dia. Dia nak sangat tu jumpa kau. Untungnya kau ada laki handsome macam Amer tu nak jumpa dengan kau. Sweet! ". Kila mencebik mulutnya, menyampah dengan kata kata Hana.

" Mana Amer ? ". Jari Hana menunjuk ke arah Amer yang sedang menyandar di tepi tembok sambil memerhatikan gerak geri Kila. Kila memandang Amer dengan mata yang tajam. Sambil merenyukkan nota yang diberi oleh Amer. Amer terkejut melihat kelakuan Kila ketika itu. Kila pergi meninggalkan Amer. Amer mengejar Kila dari belakang. " Asal you renyukkan nota tu ? You tak sudi nak jumpa dengan I ke ? I nak kenal dengan you ". Kila berpaling melihat kedua mata Amer. " Hello Mr. Amer a.k.a 'Playboy Malaya' . You ingat, I ni macam girl lain ke nak makan kata kata you tu ? I takkan makan dengan kata kata you lagi lagi 'Buaya Darat' macam you ni! So, please jangan kacau I. Rimas! ".

Bang! macam terkena balingan besi kat kepala Amer mendengar kata kata Kila. " Oh really ? Are you sure yang you ni tak makan dengan kata kata I ? I dah kenal ramai girl like you! ". Amer membalas dengan tidak puas hati selepas mendengar kata kata Kila. Kila malas hendak melayan Amer. Dia memusingkan badannya. Tapi malang, Amer menarik tangannya serta mendekatkan mulut di telinga Kila. " By the way sayang, kalau you nak tahu. I lagi suka girl macam you ni. You buat I lagi nak kenal rapat dengan you. Amer Lufis tak pernah lepaskan wanita macam you ". Amer yang baru sahaja bisik di telinga Kila. Membuatkan Kila meronta untuk dilepaskan tangannya. Kila meninggalkan Amer di belakang.

' Ingat aku ni tak kenal kau tu siapa ?! Dasar playboy! ada hati nak pikat aku ' Bisik geram hati Kila. Selepas kejadian itu, Kila benci akan perbuatan Amer. Tapi dia takut jikalau kata Amer itu benar membuatkan dia jatuh hati dekat Amer. Arggh! Aku benci 'playboy' macam dia! Benci! kata kata Amer masih terngiang ngiang di telinga Kila.

' Takkan punyalah aku jatuh cinta laki macam dia tu. Nyampah! ' getus hati Kila. Kila yang baru sahaja makan tengah hari bersama rakannya Hana di Cafe berdekatan dengan Kolejnya. " Hoi minah.. Kau berangan eh ? Dari tadi aku cakap dengan kau senyap je ". Hana yang berbual sejak tadi tidak disahut oleh Kila. Kila terbangun dari lamunannya. Kila hanya tersengeh melihat marah Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience