BAB 30

Romance Completed 20340

Amer membasahkan sapu tangan (handkerchief) dengan air suam untuk melapkan di kepala Kila lalu melapkan lebam di bibir Kila. Amer amat menjaga Kila pada malam itu. Satu hari Amer tidak dapat melelapkan matanya untuk menjaga Kila.

Kedengaran azan subuh, Amer pergi ke tandas untuk mengambil air wudhuk. Pada pagi yang gelap itu, dia menunaikan solat subuh. Selepas Amer menunaikan solat subuh, Amer sedang berdoa kepada Ilahi. " Ya Allah, kaulah maha penyayang, maha pengampun. Ampunkan segala dosa hambamu ini. Kau berilah kesihatan yang baik terhadap Kila. Sembuhkanlah segala penyakit yang Kila hadapi. Aku merayu kepadamu, Ya Allah. Amin Ya rabal alamin ". Tidak sedar Amer sedang menangis ketika berdoa.

Sedang Amer mengemas sejadah di lantai. " Amer... ". Kedengaran suara Kila memanggil Amer. Amer mendekatkan dirinya ke Kila. " Ki..Kila ? You dah sedar ? Alhamdulillah ". Tergagap Amer kerana gembira melihat Kila yang telah menyedarkan diri. Kila mengangguk. " Amer.. you jaga I satu hari ni ke ? ". Tanya Kila. Kila ingin bangun untuk cuba duduk menegak. Tetapi tidak boleh kerana kepalanya terlalu sakit. " Kila, you tak boleh bangun lagi sayang. You kena banyakkan rehat. By the way, yes hari ni satu hari i jaga you. I nak panggil Doktor jap ". Amer bangun dari tempat duduknya malah Kila menahan tangan Amer.

" No, Amer. I nak cakap dengan you. Thank you sebab jaga I satu hari kat hospital ni. I appreciate sangat ". Air mata Kila mengalir. Amer mengelap air mata Kila. " Sayang.. jangan nangis. I buat semua ni sebab I sayang sangat kat you. Actually, hari sebelum you accident I cuba kejar you untuk cakap pasal hari tu. I nak.. nak mintak maaf. I tak ada niat nak sakitkan hati you. I tak sanggup nak tipu you about hati. Sebab.. I dah mula sayangkan you, Kila. Trust me ". Amer mengusap tangan Kila dengan lembut.

Kila tersenyum mendengar kata-kata Kila. " I maafkan you. I love you too, playboy ". Amer tersenyum mendengar apabila Kila memaafkannya. Kila jugak turut senyum. " Lepas ni, Kalau drive tu pakai seat belt boleh tak ? Manalah tak pecah bibir tu. Nasib baik tak jadi apa-apa ". Marah Amer pada Kila. Kila tersengeh. " Tengah sakit pun nak bebel. Hishh pergilah balik sana ". Merajuk Kila.

" Ohhh, dah pandai halau sekarang ni. Sejak kepala dah terhantuk ni, hantu mana masuk ni cakap macam tu. Dah, I nak balik. Haa duduk dalam ward ni sesorang ". Sentap Amer dekat Kila. Kila tertawa kecil. " Haa pergilah. Jangan masuk balik ward I ". Kila membalas pada Amer.

Amer menjeling Kila. " Baik-baik tau dalam ward ni. Malam tadi I dah dengar macam-macam tau. Ayokk! Bye sayangg hahaha ". Amer ketawakan Kila dan terus keluar dari ward Kila. Kila terus cuak mendengar Amer kata begitu. " Haa ? Amer! Janganlah keluar. Eee Amer! I main-main jelah. Mana dia ni ? Eerr ". Kila memandang sekeliling bilik wardnya.

Amer yang berada di luar ward Kila tertawa kecil mendengar Kila memanggil namanya. " Haaa! Tahu takut! Lain kali jangan berani sangat nak halau orang keluar. Ngade sangat! ". Amer menyergah Kila. Dia membuat Kila terperanjat sedikit. Pakal aku ni sakit tau! Geram hati Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience