BAB 9

Romance Completed 20340

Amer yang sedang memandu beberapa kali asyik memandang ke arah Kila yang sedang bermain telefon. Ia membuatkan Kila perasan akan kelakuan Amer yang asyik memandang dia beberapa kali.

Kila meletakkan telefonnya di riba dan memandang ke arah Amer. " You ni kenapa dari tadi pandang I ? Nak cakap, cakap jela. Ni tak, sikit sikit nak pandang ". Kata kata Kila membuatkan Amer menghentikan perjalanan mereka di kawasan yang sunyi. Kila memandang ke arah sekeliling di kawasan tersebut.

Kila melihat kelakuan Amer apabila Amer melepaskan tali pinggang keledarnya (seat belt) dan memusingkan badannya ke arah Kila. Kila yang takut melihat kelakuan Amer ketika itu. " Eh Amer, yo.. you nak buat apa ni ? Kenapa you stop dekat sini ? Kita kan ada class pukul 10. Nanti lambat lah ". Tanya Kila dengan takut.

" Sayang.. dalam kereta ni kita dua je and kat sini pun tak ada orang. I nak tanya you ni, you dah ready ? ". Tanya Amer membuatkan Kila kecut perut. " Apa you ni Amer ?! I nak pergi class lah. Janganlah buat I macam ni ". Amer yang baru sahaja mendekatkan badannya dan membuatkan Kila tersandar sambil memejamkan mata kerana takut di apa-apakan.

Amer mendekatkan bibirnya ke arah telinga Kila. " You dah ready nak mati ke ? Tak nak pakai seat belt ". Kila menolak dada Amer dan dia baru sahaja perasan tidak memakai tali pinggang keledar. " You ni kann! Bagitahu jelah yang I tak pakai seat belt. Tak payahlah sampai nak stop kat tempat macam ni pastu buat.. ". Tidak sempat menghabiskan kata-katanya Amer meletakkan jarinya ke bibir Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience