BAB 48

Romance Completed 20340

Kila dan rakan-rakannya serta sedara-maranya sedang membuat persiapan hantaran untuk majlis perkahwinannya yang tak lama lagi berlangsung. Makin berdebar rasa untuk bergelar menjadi isteri.
Seronoknya mereka membuat perisapan sambil berborak. Habis riuh satu rumah. " Wahh tak lama lagi kawan kita dah nak kahwin. Jaranglah keluar sesama nanti ". Usik Hana bersama rakan mereka yang lain. " Alahh janganlah cakap macam tu, sedihlah dengar. Nanti free kita keluarlah sesama, ok ? Itu pun kalau husband izinkanlah. Sebab masa tu dah kena dengar cakap husband je hehe ". Sengeh Kila.

Mereka tertawa kegembiraan. Bertepuk tampar mereka bergurau. " Kila, esok malam Kila kena mandi bunga. Biar Mak Ngah mandikan Kila tau. Kila siapkan barang-barang mandian untuk malam esok ". Tiba sahaja Mak Cik Sedara Kila yang digelar Mak Ngah bersuara.

" Alahh Mak Ngah, Kena mandi bunga ke ? Kalau tak mandi bunga tak apa, kan ? ". Rungut Kila dengan soalan yang betubi-tubi. " Eh kenalah mandi bunga. Biarlah nampak seri masa atas pelamin nanti. Baru dapat rasa aura sebagai seorang pengantin ". Itulah memang petua dari orang-orang tua pada zamana dahulu.

Kila mengeluh dan mengiyakan sahaja dengan kata-kata Mak Ngahnya. " Ha'ah lah Kila, kau kenalah mandi bunga. Barulah laki kau nanti melekat. Hahaha ". Mereka tertawa mendengar sindir Zila, salah seorang dari kawan Kila yang sedang membelek hantaran perkahwinan Kila. Kila turut ketawa dan membaling bunga kertas pada Zila yang agak berjauhan sedikit dari Kila.

Zila elak balingan bunga kertas dari Kila. Zila menjelirkan lidahnya pada Kila kerana tidak kena tepat pada Kila. Kesian Kila kena usik dengan rakan-rakannya. " Weh Kila, lepas siap buat hantaran kau ni. Nanti kita keluar nak ? Maklumlah, tak lama lagikan kau dah nak kahwin. So, nak tak ? ". Tanya Hana pada Kila untuk mengajak keluar membeli belah bersama-sama dengan rakannya. Kila mengangguk menandakan setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience