BAB 39

Romance Completed 20340

Setelah beberapa hari Amer dan Kila tidak berjumpa dan tidak berbual dalam talian, mereka makin merenggang akibat perbuatan Nadia. Amer telah mendapat berita tentang gambar dia bersama Nadia daripada Kamal.

Mereka bertemu di satu tempat. " Bos, pasal gambar ni sebenarnya Nadia yang menghantar Bos ke Hotel. Dia yang letak dadah dalam air coke Bos masa dalam Club ". Amer cuba memahamkan kata-kata Kamal. " Mana kau tahu semua ni ? ". Tanya Amer.

Kamal meletakkan telefonnya ke atas meja. Membuka rakaman suara dari perbualan Nadia bersama seorang lelaki. Apa yang dikatakan oleh Detektif itu benar sama dengan perbualan mereka. " Saya nampak Nadia dengan laki ni dekat Mall. Saya tak kenal siapa lelaki itu. Saya ikut dorang dari belakang. Mereka pergi ke satu restoran. Saya hanya duduk di sebelah meja mereka dan saya mulakan rakaman suara ketika perbualan mereka dan juga lelaki itu jugak yang mengambil gambar Bos dengan Nadia ".Terang Kamal kepada Amer. Amer agak marah mendengar perbualan Nadia dan lelaki itu.

" Ok bagus. Hantar rakaman ni pada aku. Lepas ni siasat Nadia tentang kandungan dia. Aku nak tahu betul ke tak dia mengandung and anak siapa yang dia mengandungkan. Faham ? ". Arah Amer pada Detektif itu. Kamal mengangguk menandakan dia faham. Kamal bangun dan pergi meninggalkan Amer.

Amer menghantar rakaman itu pada Kila. Selepas Kila menerima rakaman itu, Kila terus menelefon Amer. " Hello Amer, Betul ke apa yang I dengar ni ? ". Tanya Kila dengan serius. " Habis tu ? Ingat I tipu ke ? Betullah apa yang you dengar tu. So ? Still nak marahkan I lagi ke ? ". Pertanyaan Amer membuatkan Kila terdiam sekejap.

" Yaa ok fine. I tak marahkan you. I trust you. Tak sangka Nadia sanggup buat macam tu ". Kata Kila dengan nada perlahan. " Perempuan tu memang. Dia je yang terhegeh-hegehkan I. Well, You maafkan I, kan ? ". Takut Amer tidak dimaafkan oleh Kila. " Yee, playboy. I maafkan you ". Terang Kila pada Amer. Yes! Kila dah maafkan Amer.

Selesai sahaja perbualan Amer dan Kila di talian, Amer mendapat mesej dari Kamal. ' Bos, saya dah dapat maklumat tentang Nadia. Esok saya jumpa bos kat tempat biasa '. Amer terima mesej itu. Amer melihat satu-satu gambar dia dengan Nadia di telefonnya. ' Ingat aku bodoh macam kau ke ? Dasar perempuan sundal! ' Amer berkata keseorangan dengan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience