BAB 22

Romance Completed 20340

Knock! Knockk! Kedengaran pintu bilik Kila diketuk. " Kila.. bangun sayang. Kila tak ada class ke hari ni ? Dah pukul berapa dah ni. Nanti lambat kang ". Cik Salmah mengejutkan Kila dari tidur. Kila mencapai melihat jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 9. Ya Allah! Dah terlambat!

Kelas Kila bermula pada jam 10 pagi. Sempat ke Kila bersiap ke Kelas ? Girls kalau mandi emmm faham-faham jelah. Tak tahulah kalau si Kila ni mandi. Entah mandi kambing!

Selesai sahaja Kila membersihkan diri. Kila memilih baju yang agak simple pada hari itu. Walaupun nampak simple, Kila tetap dipandang lawa dimata lelaki. Cehhh! Kila mengemaskan sedikit rambutnya. Kila mencari telefon bimbitnya di atas meja. Oh lupa! Telefon pecah.

Kila mengabaikannya. Kila lari ke anak tangga. Kila tidak sempat menyuap makanan ke dalam mulut kerana sudah terlalu lambat. Kila salam kedua ibu ayah dan mencapai kasutnya di rak.

Kila menghidupkan enjin keretanya. Terlihat seorang jejaka tunggu di luar rumahnya untuk menyambut Kila. Oh shit! Not you again! Bisik hati Kila. Kila membunyikan hon keretanya tetapi jejaka itu tidak mempedulikan. " Amer! What are you trying to do ? You nak apa lagi datang sini ? I dah lambat nak pergi class lahh! Tepikan lah kereta you ni! Go! ". Marah Kila kepada Amer.

" I know you dah lambat pergi class. I nak hantar you pergi class. Please, Kila. I nak mintak maaf ". Rayu Amer. Kila menoleh ke belakang, risau ibu dan ayahnya keluar melihat pertengakaran mereka. " Amer, please. I dah lambat nak pergi class. I tak nak tengok muka you lagi. I hate you Amer! Please alihkan kereta you ni ". Jawab Kila dengan tegas.

Amer tidak boleh lagi menghalang Kila. Amer mengalihkan keretanya. Kila memandang susuk badan Amer dari pantulan cermin sisi (side mirror). Amer menyepak batu kecil di jalan tar itu. Amer masuk ke dalam perut keretanya lalu terus menuju ke Kolej.

Tiba Kila sedang memandu, air matanya mengalir ke pipi. Terasa sakitnya masih ada lagi. Kila tidak dapat menahan rasa sakit hati terhadap Amer. Teresak-esak dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience