Muka Amer agak merah kerana malu akan dekah Kila. " Eh, you jangan nak gelak boleh tak ? orang tengoklah. Malulah sikit ". Kata kata Amer membuatkan Kila berhenti ketawa. " Eh, yang you nak malu I ketawa kuat, kenapa ? I peduli apa dengan orang kat sini ". Jawab Kila sambil melilaukan mata di sekelilingnya.
" Kila, it's not funny. I'm serious. Please Kila.. I nak sangat kawan dengan you ". Rayu Amer kepada Kila. " Are you sure ? Bagi sebab kenapa you nak sangat kawan dengan I ? ". Tanya Kila membuatkan Amer cuak kerana dia ingin berkawan hanya disebabkan cabaran 2 rakannya, Daniel dan Syafiq. " I nampak you ni girl yang cantik, baik and especially.. ". Belum sempat Amer menghabiskan kata katanya, Kila sudah memotong. " .. especially ikhlas, right ? ". Kata Kila membuatkan Amer lebih cuak.
' Macam dia tahu aku nak cakap macam tu. Saiko betullah perempuan ni ' Kata hati Amer. Amer hanya mengangguk dengan kata Kila. " Well Amer, I dah kenal sangat playboy macam you ni. You know what, I tak kisah langsung you nak kawan dengan I. Lagi lagi playboy macam you ni. Oklah ada apa apa lagi ? Kalau tak ada apa apa, I nak pergi ". Amer hanya mendiamkan diri. " Ok fine. I accept you jadi kawan I. Kawan sahaja, bukan lebih dari kawan. Nice to meet you playboy. Ok bye! ". Kila bangun dan pergi meninggalkan Amer.
Amer seperti dalam mimpi yang indah kerana Kila sudi berkawan dengannya. Yes! Amer yang berseorangan di Cafe itu membuatkan dia tersenyum lebar. Kila yang berjalan menuju ke kereta Myvi miliknya masih dalam keadaan terpinga pinga. Kila menghidupkan enjen keretanya. ' Asal aku terima dia jadi kawan aku ? Betul ke apa aku buat ni ? Kau ni pepandai jela Kila terima dia dalam life kau ' Kila menepuk dahinya kerana membuat keputusan sebegitu.
' Macam mana aku nak amik hati perempuan saiko tu haih aku nak berkawan pun dia gelakkan aku. Eh come on Amer! Kau ni playboy malaya kot! takkan girl macam tu pun kau tak boleh pikat ' Amer yang berkata keseorangan sambil menghirup airnya.
Share this novel