BAB 66

Romance Completed 20340

" Kereta Honda Civic. Aku tak perasan driver dia laki ke perempuan. Nombor flat kereta tu pun aku tak sempat tengok. Sebab laju sangat driver tu pandu. Sorry, Mer. Sebab aku tak jaga Kila elok-elok tadi. Aku mintak maaf sangat-sangat ". Hana menunduk ke lantai serba salah dengan kesalahan yang dia lakukan.

Amer hanya tersenyum. " Its okay, Hana. Kalau tak ada kau, Kila tak ada kat Hospital ni. Thank you ". Hana membalas senyuman. Lepas 3jam kemudian, tiba sahaja Doktor Fara keluar dari bilik bersalin (labour room). Doktor membuka topeng mulutnya.

" Tahniah Encik Amer, Cik Kila selamat bersalin anak lelaki. Alhamdulillah ". Berita yang disampaikan oleh Doktor Fara membuatkan Amer dan keluarganya serta keluarga Kila gembira malah Hana jugak turut gembira. Amer memeluk Tan Sri Yusuf dan Encik Badrul. Puan Sri Lina dan Cik Salmah berpelukan, syukur kerana Kila selamat bersalin.

" Macam mana keadaan isteri saya, Doktor ? ". Tanya Amer dengan yakin. Wajah Doktor Fara agak berubah sedikit. Membuatkan mereka kembali risau. " Cik Kila mengalami pendarahan yang banyak akibat terjatuh. Kami terpaksa tahan Cik Kila beberapa hari ini ". Amer agak berasa bimbang sekali. " Boleh saya tengok isteri saya ? ". Tanya Amer pada Doktor Fara. Doktor Fara mengangguk iyaa.

Amer dan sekeluarganya masuk melihat keadaan Kila dan bayi laki. Kila yang terbaring, kepala yang masih mamai. Tersenyum melihat keluarganya dan rakannya datang melawat dia. " Sayang ? Kita dapat anak laki ". Amer mencium dahi Kila. Kila melihat bayi itu di katil bayi (baby cot). Lena bayi mereka tidur.

" Sayang kena duduk kat Hospital dalam beberapa hari, sebab you mengalami pendarahan yang banyak. I nak you banyakkan rest ". Amer mengusap kepala Kila dengan lembut. Puan Sri Lina mendukung cucu lakinya. " Comelnya cucu TokMi ni ". Kata Puan Sri Lina pada bayi itu. Cik Salmah mencium beberapa kali di pipi cucunya.

Hana memeluk Kila. " Congrats Kila. Kau kuat sangat-sangat. You too Amer. Tahniah korang, Alhamdulillah! ". Amer dan Kila mengucap terima kasih pada Hana. " Amer, azankan anak kamu ni ". Terang Tan Sri Yusuf pada Amer. Amer mendukung anaknya.

Bismillahirahmanirrahim! Amer memulakan azan di telinga kanan anak lelakinya dengan pelahan.Tenang hati Kila mendengar Amer mengazankan anak mereka, begitu jugak keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience