BAB 34

Romance Completed 20340

Daniel dan Shafiq menjemut Amer pada malam itu di rumah Amer. " Mer, Jom malam ni pergi club ". Ajak Daniel pada Amer. Mereka naik dalam satu kereta untuk menuju ke Club tersebut. Amer melipat lengan baju kemeja paras siku. Amer mengemas sedikit rambutnya.

Tiba sahaja mereka sampai di Club tersebut. Mereka melangkah masuk ke dalam tempat yang tidak bagus itu. Daniel dan Shafiq menghiburkan diri mereka dengan minuman air keras. Mereka mencucuk langit sampai tak ingat dunia. Amer hanya duduk dan tidak mahu menghiburkan diri dengan kawan-kawannya. Amer hanya minum air coke sahaja.

" Hai sayang.. you buat apa kat sini ? Sorang je ? ". Sedang Amer menghirup air. Nadia dari belakang memeluk Amer. Amer melepaskan tangan Nadia yang baru sahaja memeluknya. " Eh apa you ni, tak payah nak pegang-peganglah. Rimaslah ". Marah Amer pada Nadia.

Amer menyampah dengan perbuatan Nadia. " Ishh you ni. Macam tak biasa pulak. Sebelum ni I peluk you, you ok je. You kenapa ni, Sayang ? ". Gedik Nadia membuatkan Amer malas hendak melayan. Amer menghirup air coke miliknya.

" You.. I rindu sangat dekat you. You pergi mana Sayang tak pergi class 2,3 hari ni ? ". Goda Nadia sambil mengusap badan belakang Amer. Amer memegang kepalanya agak terasa pening sedikit. " Eh dahlah. I nak balik ". Amer bangun tetapi kepala Amer pening membuatkan dia jatuh terduduk. " Eh Amer, are you okay ? I bawak you balik rumah ok ". Nadia mempaut Amer dan bawa ke keretanya.

Nadia memandu menuju ke sebuah Hotel. Nadia mempaut Amer masuk ke Hotel tersebut. " Na..Nadia you nak bawak I pergi mana ni ? Kepala I sakitlah ". Amer cuba meluaskan matanya. Tetapi penglihatan Amer agak kabur kerana terlalu pening. Amer dibawa masuk ke dalam satu ruang bilik tidur.

Amer di baringkan ke atas tilam yang empuk. Amer mengusap kepalanya. Tidak lama kemudian Amer tidak sedar dan terus melelapkan matanya. Butang kemeja Amer dibuka satu demi satu oleh Nadia. Nadia menutup lampu bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience