BAB 12

Romance Completed 20340

' Manalah mamat playboy ni ?! Kata nak amik balik class. Dah pukul berapa dah ni. Ishhh ' Kila yang dari tadi tunggu di depan Kolejnya sambil mengibas rambutnya menahan kepanasan.

Tiba 3 orang lelaki pelajar Kolej itu yang tidak di kenali mendekati Kila. " Hai pretty. Tunggu siapa sesorang kat sini ? Kan panas ni. Mehh saya hantarkan awak balik rumah ". Salah seorang dari mereka bersuara. " Its okey. Saya boleh balik sendiri. Jangan kacau, boleh ? ". Marah Kila.

" Amboii garangnyaa awak ni. Gerammlah! ". Mereka mengusik rambut Kila. Kila ingin sahaja melepaskan silat gayung dia kepada mereka. Pappp! Kila terus menampar salah seorang lelaki dari situ. " Kurang ajar punya perempuan! ". Lelaki itu sudah mengangkat tangan kepada Kila tetapi di halang oleh Amer.

" Haa bro! Eh nak angkat tangan kat siapa ni ? Nak angkat tangan kat awek aku ke bro ? ". Amer melepaskan tangan laki itu. Kila hanya berdiam diri di belakang Amer. Laki itu hanya memandang tajam ke arah Kila dengan tidak puas hati. " Kau boy dia ke bro ? Kau ingat aku tak kenal ke student playboy macam kau ni. Satu Kolej dah tahulah perangai playboy kau tu. Keluar masuk hotel dengan betina lain. Hahaha ".

Amer mengenggam tangan kanannya seperti sebentuk penumbuk. Melayang sahaja tumbukan itu ke arah laki itu. 2 orang rakan lelaki itu cuba menghalang perbuatan Amer. Masalah itu membuatkan pelajar-pelajar di sekeliling melihat mereka.

Kila menghalang perbuatan Amer. " Amer! Enough! Stop it! Malulah sikit kat orang lain ni. Orang lain tengoklah. Please kita balik sekarang ". Kila terus menarik tangan Amer. Amer dan Kila menuju ke arah kereta Amer dan Amer terus menghidupkan enjin keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience