BAB 60

Romance Completed 20340

Hari demi hari Amer sudah melangkah masuk ke alam pekerjaan selama sebulan. Amer sudah mulakan hidup berdikari bagi sara keluarganya. Amer bekerja di sebuah syarikat milik bapanya sendiri, Tan Sri Yusuf. Amer risau akan isterinya yang keseorangan di rumah baru mereka yang baru sahaja pindah beberapa bulan yang lepas.

" Haih bosannya duduk kat rumah sesorang ni. Rindu pulak kat ibu dengan ayah. Emm macam nak jengok pun ada. Bagitahu Amer dululah ". Kata Kila yang sedang menonton tv keseorangan di rumah. ' You.. I nak singgah rumah ibu dulu, boleh ? Bosanlah duduk rumah sesorang ni ' Kila menghantar mesej itu pada Amer.

Amer yang berada di pejabat menerima mesej itu. ' Ok. Hati-hati pergi sana. Nanti cakap dengan Ibu balik kerja I nak singgah rumah. Kirimsalam Ibu dengan Ayah. Bye love youu! ' Amer membalas mesej Kila. Kila tersenyum lebar kerana suaminya memberi keizinan kepada Kila untuk melawat ibu bapanya.

Sampai sudah di rumah ibu bapa Kila. " Ya Allah, Kila. Rindunya kat anak ibu sorang ni ". Kila menyalam dan memeluk erat Cik Salmah. " Mana Amer ? ". Tanya Encik Badrul yang tiba sahaja dari ruang dapur. Kila menyalam Ayahnya. " Amer tengah kerja lagi. Dia cakap petang nanti lepas habis kerja dia nak singgah sini tengok Ayah dengan Ibu ". Beritahu Kila kepada mereka.

" Ohh, haa kalau macam tu Kila tolong ibulah masak untuk makan malam. Jom kita pergi dapur ". Kila tersenyum dan mengikut sahaja pertolongan Ibunya. Kila menolong Cik Salmah memasak dengan resepi ayam masak merah. Sedapnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience