BAB 31

Romance Completed 20340

" You.. I penatlah baring je. Nak jugak rasa duduk. Asyik baring je ". Amer memandang Kila. " Betul ke nak duduk ni ? ". Risau Amer pada Kila takut jadi apa-apa. Amer mengangkat badan Kila perlahan. Kila memegang kepalanya dengan menggunakan tangan kirinya untuk menahan sakit sedikit. Kila duduk dan Amer telah menyandarkan Kila dengan bantal yang empuk.

" Eh you.. macam mana dengan kereta I ? ". Kila yang baru sahaja teringat keretanya. " Oh yaa kereta you. Kereta you dekat bengkel kawan I. I dah suruh kawan I repair ". Beritahu Amer. Kila hanya mengangguk faham. " Thank you! ". Ucap Kila pada Amer. " Haa ye sama-sama. Nanti bayar sendiri kereta tu. Nak dekat RM500,000 jugak ahh betulkan kereta you ni ". Terlompong mulut Kila dengan kata-kata Amer.

" You ni.. teruk sangat ke kereta I tu sampai nak dekat RM500,000 repair ni. Myvi je pun. Agak-agaklah. Mekanik mana you amik ni ishhh ". Amer tertawa nakal kerana berjaya mengusik Kila. " Hahaha tak adanya sampai RM500,000. You pun percaya nohh cakap I. Dah, nanti I yang bayar kereta you tu. I nak cari Doktor jap. Tunggu sini. Jangan nak gatal pergi merayap ". Kila tidak sempat berkata apa, Amer terus melangkah keluar dari bilik ward Kila.

' Haa kenapa dia nak bayarkan pulak ? Hishh baik benohh hati dia ' Bisik hati Kila. Amer dan Doktor Aizat pun tiba di ward Kila. " Morning Cik Kila. So, macam mana sekarang ? ". Doktor Aizat bersuara. Amer yang berada di belakang Doktor Aizat diam tidak terkata. " Morning Doktor. Kepala ni pening sikit ". Beritahu Kila sambil memegang kepalanya.

Tiba-tiba kedengaran telefon Amer berdering. " Excuse me, sorry ". Doktor Aizat mengangguk. Amer menjawab panggilannya di luar ward Kila. Kila melihat gerak geri Amer. " Hello, haa nak apa ? ". Daniel dari Kolej telefon Amer. " Hello, Mer. Eh kau tak pergi class ke ? Nak dekat 3 hari kau tak datang ni. Hari ni kan ada presentation. Lupa ke ? ". Amer menepuk dahinya, lupa akan tugasan dia di Kolej.

" Haa sorry bro. Aku ada problemlah 2, 3 hari ni. Kau handle jelah presentation tu. Aku tengah busy ni. Nanti apa-apa aku call kau. Thanks bro! ". Amer memutuskan talian mereka. Daniel melihat pada screen telefonnya. ' Busy sangat ke sampai tak datang class ni. Haihh satu kerja aku kena handle presentation dia ' Getus hati Daniel.

" Encik Amer, Saya akan bagi ubat untuk Cik Kila. Nanti kita tengok keadaan Cik Kila petang ni. Kalau ada apa-apa perubahan, Cik Kila dah boleh baliklah ". Kata Doktor Aizat pada Amer. Amer mengangguk dan senyum. Selepas sahaja Doktor Aizat keluar dari ward Kila, Tiba sahaja keluarga Kila dan keluarga Amer datang melawat Kila di Hospital.

Kila menyambut salam mereka antara satu sama lain. Kila mencium pipi Cik Salmah dan Puan Sri Lina. " Alhamdulillah. Sayang dah sedar ". Cik Salmah mengusap kepala anaknya dengan lembut. " Amer, Doktor tak cakap apa-apa ke ? ". Tanya Puan Sri Lina. " Doktor baru beritahu tadi, jap lagi dia bagi ubat dekat Kila. Petang ni dia tengok keadaan Kila. Kalau kila ok, Kila dah boleh balik rumah ". Terang Amer pada keluarga Kila dan keluarga Amer.

Mereka semua tersenyum melihat keadaan Kila. " Baguslah. Nah, ibu ada bawak nasi goreng favourite anak ibu ni. Mehh makan sayang. Ibu suapkan ye ". Cik Salmah membuka bekalan makanannya dari rumah untuk Kila. " Ehh Aunty. Tak apa, tadi Kila pun ada mintak makan jugak. Dia nak saya sendiri suapkan dia. Kan Kila ? ". Usik Amer. Kila mengecilkan matanya pada Amer. Amer mencapai bekalan nasi goreng dari Cik Salmah.

" Haa ye ye. Kila memang sukaaaa Amer suapkan Kila ni. Sukaaa sangat ". Kila memandang tajam. Kila melompongkan mulutnya. " Pandai ehh you ni cakap dengan ibu macam tu ". Bisik pelahan pada Amer dengan mulut berisi nasi goreng. " Mehhh bukak mulut, Kila ". Amer mengabaikan kata-kata Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience