BAB 69

Romance Completed 20340

Amer yang dari tadi menyiapkan tugasannya di Pejabat merasakan hatinya tidak sedap. Beberapa kalli sahaja Amer menelefon isterinya tetapi Kila tidak mengangkat panggilan suaminya. Amer hanya diam tak terkata dan terus menjalankan tugasannya.

Kila yang sedang mendodoikan anaknya di bilik terdengar satu ketukan di pintu rumahnya. Kila turun ke anak tangga. Kila membuka pintu rumahnya. Terlihat seorang wanita badan yang langsing dan agak seksi. " Eh, Nadia ? Nak apa datang sini ? ". Tanya Kila dengan mata melilau di luar rumah. " Amer ada kat rumah ? ". Tanya Nadia itu dengan mata memandang Kila dari atas ke bawah.

" Amer tak ada kat rumah. Dia tengah kerja lagi ". Jawab Kila dengan nada yang pelahan. " Boleh aku masuk ? ". Lagi sekali Nadia bertanya. Kila menjemput wanita itu masuk ke dalam rumah. Nadia memandang di sekeliling rumah itu. " Untung kau dapat suami kaya raya, kan ? Duduk rumah besar macam ni. Mesti kau dalam rumah ni dia layan kau macam bibik, kan ? ". Nadia tersenyum sinis. Wajah Kila agak berubah sedikit.

" Kau datang sini nak cakap aku macam tu baik tak payahlah. Kau pergi balik lah, Nadia! ". Tengking Kila pada Nadia. Tiba sahaja kedengaran kereta dari luar rumah. Amer yang tiba sahaja pulang dari Pejabat terdengar pentengkaran isteri dan Nadia. Nadia memandang ke arah pintu. Nadia mengeluarkan pisau dari beg tangannya dan terus mempaut leher Kila. Amer membuka pintu rumahnya terkejut melihat reaksi Nadia.

" Nadia! Jangan Nadia! Lepaskan isteri aku, Please ". Amer cuba mendekatkan dirinya. Kila menangis takut di tikam oleh Nadia. " Kau jangan dekat! Mati aku kerjakan bini kau ni! Kau tahu aku sayangkan kau, kan ?! Aku nak kahwin dengan kau, Amer ". Suara Nadia agak tinggi ketika itu. Kila diam tak terkata, Kila menyiku Nadia dan membuatkan perut Nadia senak.

Amer menahan pisau dari tangan Nadia. Tapi apakan daya, Nadia sudah menikam Amer. Nadia melepaskan pisau itu dari perut Amer. Nadia melarikan diri dan menninggalkan mereka dengan darah yang mengalir dilantai dengan banyak. " You.. tahan sikit. I call ambulans ". Kila menangis melihat suaminya menahan sakit dari tikaman wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience