BAB 13

Romance Completed 20340

Amer memandu keretanya dengan hati yang panas. Beberapa kali sahaja Amer mengenggam stereng keretanya. Kila yang diam tidak bersuara melihat kelakuan Amer. ' Apa aku nak buat ni ? Macam mana nak cool downkan dia ni hishh. Relax Kila '.

" Amer, are you ok ? Jomlah kita pergi makan. I laparlah. Kali ni I belanja you makan ". Kila memandang ke arah mata Amer. Amer hanya berdiam tidak berkata apa-apa. Amer menuju ke sebuah restoran yang mewah. ' Eh dia ni biar betul ? Aku manalah mampu nak belanja dia makan kat restoran macam ni '.

Mereka berhenti di restoran tersebut. Amer dan Kila masuk ke dalam perut restoran itu. Mereka duduk di satu meja yang hanya untuk dua orang sahaja. " You nak makan apa ? ". Tanya Amer dengan pelahan kepada Kila sambil melihat menu yang telah disediakan di atas meja. Tiba sahaja pelayan (waiter) berada di meja mereka. " Yes, nak makan apa ? ".

Amer seperti dibela saka, pesanan makanan dia terlalu banyak berbanding Kila. ' Ya Allah dia ni. Banyak gila oder. Oder dahlah makanan yang mahal. Mana aku nak cekau duit ni ' Kila melihat Amer. " You nak makan apa ? ". Amer melihat Kila yang dari tadi merenung ke arahnya. Amer memetik jari ke arah Kila.

" You nak makan apa sayang ? Berangan pulak ". Tanya Amer dengan selamba. " Haa yes. I nak nakk ahh nak makan nasi goreng kampung je ". Jawab Kila. Itu memang makanan kegemaran Kila dari kecil lagi. " Are you serious ? Kenyang ke makan tu je ? ". Kila hanya mengangguk dan senyum. Pelayan itu selesai mencatat menu mereka dan beredar.

Mereka berdua bertentang mata. Kila malu bengang sedikit. " You ni kenapa pandang I macam tu ? ". Tanya Kila memandang sekeliling restoran itu. " Tak adalah. I tengok you ni cantik sangat. Tu yang sampai ada lelaki nak kacau you. Nasib baik I jadi hero tadi ". Kila mengerutkan dahinya. " Eeee perasan! ". Kila menjeling kepada Amer. Amer tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience