BAB 26

Romance Completed 20340

Mereka semua serta Amer masuk ke dalam ward melihat keadaan Kila. Kepala Kila dibalut. Bibirnya agak luka dan lebam. Tangan jugak dipakai pembalut (bandage) untuk menahan bahunya yang retak. " Ya Allah sayang, Ibu dengan Ayah datang ni ". Kata Cik Salmah sambil mengusap kepala Kila.

" Aunty, Uncle. Kejadian ni berlaku semasa saya kejar dia dari belakang untuk menjelaskan kesalahan saya pada Kila. Kila melanggar traffic light masa tu. Kat situ dia berlanggar dengan lori. Sa..Saya mintak maaf aunty, uncle ". Terang Amer dengan menangis. Dia berasa serba salah sangat.

Hana ketika itu berada di sisi Kila. Cik Salmah dan Encik Badrul mendekatkan diri pada Amer. " Terangkan pada aunty dengan uncle. Kenapa Amer buat anak aunty macam ni ? ". Tanya Cik Salmah dengan air mata yang mengalir dipipi. Encik Badrul hanya memandang ke arah Amer.

Amer memandang Kila yang terbaring di Tilam. " Saya telah dicabar oleh rakan-rakan saya. Saya terpaksa menipu Kila untuk mainkan hati dia selama sebulan. Sejujurnya, Saya tak pernah tipu dengan hati saya. Saya dah mula sayangkan Kila. Saya cuba nak jelaskan semua ni kat Kila. Saya nak mintak maaf sangat-sangat dekat Kila. Dia yang mengajar saya erti cinta. Saya mintak maaf aunty, uncle ". Beritahu Amer dengan menangis teresak-esak.

Amer memandang kedua tangannya yang dipenuhi darah. " Amer, Aunty percayakan Amer. Aunty maafkan Amer. Lepas Kila sedar. Aunty nak Amer jelaskan salah Amer dekat Kila. Aunty izinkan Amer berkawan dengan Kila ". Cik Salmah memberi peluang kepada Amer. Begitu jugak Encik Badrul.

" Terima kasih aunty, uncle. Saya mintak diri dulu. Hana, jaga Kila baik-baik. Kalau ada apa-apa, bagitau aku. Thanks Hana ". Kata Amer kepada mereka. Amer mendekatkan dirinya pada Kila. " Kila.. I balik dulu ye sayang. I mintak maaf. I tunggu you sampai you sedar. Assalamualaikum ". Amer membisik ke telinga Kila. Terdapat Kila mengalirkan air matanya. Amer melihat dengan sedih dan berlalu pergi. Amer keluar dari ward Kila.

Amer keluar dari ward Kila. Amer tidak berhenti menangis ketika itu. Amer terasa pipinya dilap oleh Kila. Amer teringat pipinya dibasahi air mata dan dilap oleh Kila sebelum ini. Amer pergi ke tandas. Amer membasuh kedua tangannya. Mengalir darah Kila dari tangan Amer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience