BAB 32

Romance Completed 20340

Waktu menunjukkan lewat petang. Doktor Aizat telah menyampaikan berita gembira bahawa Kila sudah boleh pulang ke rumah. Keluarga mereka turut gembira dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Aizat. Kila hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Doktor Aizat.

" So my pretty princess. Hari ni you dah boleh keluar. I akan hantar you balik. Dah cepat pergi sesiap. I nak amik ubat you dengan nak bayar bil sakit you ni. Sesiap tauu ". Kila malu melihat kelakuan Amer. Serba salah pun ada jugak. ' Ishh dahlah dia bayarkan kereta aku pastu bayar bil sakit aku ni. Malunya lahai. Menyusahkan Amer je aku ni ' kata hati Kila.

" Ibu dengan Ayah nak balik dulu. Ibu tunggu Kila dekat rumah ye ". Kata Cik Salmah pada Kila. " Haa aunty dengan uncle pun nak balik dah ni. Kila jaga diri ye. Makan ubat tau sayang. Kalau ada masa aunty dengan uncle datang rumah tengok Kila ye ". Kata-kata Puan Sri Lina membuatkan Kila teruja. Mereka pun meninggalkan Kila berseorangan.

Kila terus bersiap menukar pakaiannya. Tidak lama kemudian Amer datang menjemput Kila untuk pulang ke rumah. Amer mendudukkan Kila di atas kerusi roda. Amer membawa Kila menuju ke kereta.

Sampai sahaja mereka tiba di rumah Kila. Amer terus mendukung Kila. " Eh Amer, apa you buat ni. Turunkan I lah. Eee sakit tahu tak ". Ronta Kila membuatkan bahu kanannya sakit. " I nak hantar you masuk dalam rumahlah. Memanglah sakit dah you tak reti duduk diam ". Jawab Amer dengan selamba. " Eee nanti Ayah dengan Ibu nampaklah Amer! I boleh jalanlah. Turunkan I, now! ". Amer mengendahkan kata-kata Kila. Amer terus jalan menuju ke pintu rumah Kila.

"Assalamualaikum aunty, uncle. Amer ni ". Salam Amer membuatkan Cik Salmah membuka pintu. " Wa..Waalaikumusalam ". Terkejut Cik Salmah melihat perbuatan Amer mendukung Kila. Amer menurunkan Kila dengan perlahan. " Aunty, ni ubat dengan MC Kila. Make sure Kila makan ubat ni. Kalau dia degil, aunty call Amer. Biar Amer sendiri suap ubat dalam mulut Kila ". Amer terus memandang kedua mata Kila.

Cik Salmah tertawa kecil. Kila hanya menunduk bawah memandang ke arah lantai. Dia tahu bahawa dirinya susah nak makan ubat. Amer senyum dan terus melambai meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience