BAB 15

Romance Completed 20340

Ketika Amer dalam perjalanan ingin menghantar Kila pulang ke rumah. " Betul ke you nak tahu kenapa I buat semua tu ? ". Tanya Amer kepada Kila. Kila mengangguk dengan yakin. Amer diam dan meneruskan memandu. ' Ishh dia ni nak bagitau ke tak. Buat suspen jelah. Nak bagitau, bagitau jelaa. Err ' Geram hati Kila.

Tiba sahaja mereka sampai di rumah Kila. Kila dan Amer keluar dari kereta. Kila terus menuju ke pagar rumahnya untuk membuka. Amer yang bersandar di keretanya. " Sayang.. ". Amer memanggil Kila. Kila memusingkan badannya dan memandang Amer. " Jangan panggil I sayang, boleh tak ? Tak sukalah ". Jawab Kila dengan nada yang sedikit tinggi.

" Haihh sikit- sikit nak marah. Sinilah sekejap, I nak cakap ni ". Kila mendekatkan diri ke arah Amer. " What ? ". Amer tersenyum nakal. " I nak bagitau pasal tadi. Nak tahu tak nak ? Kalau tak nak, I nak baliklah. Bye ". Amer bangun dan Kila terus menarik tangan Amer.

Kila mengeluh. " Ishh iyeeelah. I nak tahu ". Jawab Kila. " Dulu sebelum I jadi playboy, I kenal sorang girl ni. Dia cantik sangat. Dahlah cantik pastu baik. Kalau nak bandingkan you ni, dia lagi lawa dari you. You ni dah cantik tapi tulah, garang nohh ". Kila mengecilkan mata ke arah Amer. Amer mengangkat tangan seperti menyembah raja. " Ok sorry sorry. Gurau je ".

" Ok then ? ". Tanya Kila kembali. " Ok then, I kenal dengan dia nak dekat 3 tahun. Masing-masing dah ada hati. I sayang kat dia, dia pun sayang kat I. One day, family I hantar merisik kat family dia. Kitorang decide nak bertunang ". Kila yang berada di depan Amer terus berdiri sebelah Amer dan bersandar di keretanya. " Hari makin hari makin dekat hari pertunangan kami. Well, siapa je tak excited. 3 hari sebelum pertunangan kami. I dapat mesej dari nombor yang I tak kenal. I bukak mesej tu. I dapat gambar girl yang I sayang tidur dengan laki lain dekat hotel and someone yang hantar gambar kat I tu, dia siap bagi location hotel tu. I pun apa lagi. I terjah hotel tu. I datang je, dorang dah kena tangkap khalwat dengan JAIS. Perempuan yang I sayang melutut merayu depan I mintak maaf. I kecewa sangat masa tu. Rasa diri ni bodoh. Sia-sia sayangkan girl tu selama 3 tahun ".

Dalam tak sedar Amer bercerita kepada Kila dengan keadaan menangis. "... start dari hari tu, I balas dendam. I tidur dengan ramai perempuan. Sebab tu juga I jadi playboy sampai sekarang. I buntu, Kila ". Jelas Amer. Kila berasa simpati. Kila mengelapkan air mata Amer. " Amer, dah. Janganlah nangis. I ada dengan you sekarang ni. I faham apa yang you rasa. Sebab I pernah rasa semua tu ". Amer melihat Kila. " What do you mean ? ". Tanya Amer.

" You know what, I dulu pernah kena mainkan hati dengan lelaki yang I sayang. Lelaki tu playboy. Macam youlah. Thats why I susah nak percaya lelaki sekarang ". Kila meluahkan perasaannya kepada Amer. Amer tersenyum untuk menutup kesedihannya. " Thank you Kila sebab dengar luahan I ". Jawab Amer kepada Kila. Kila hanya membalas dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience