BAB 61

Romance Completed 20340

Kila yang sedang mengemas di ruang dapur. Badannya agak berpeluh. Tertiba penglihatan Kila kabur. " Ibu, Kila pergi toilet kejap eh. Nanti Kila datang balik ". Kata Kila pada Cik Salmah. " Haa ok, Kila ". Balas Ibunya. Kila berjalan menuju ke tandas yang tidak jauh dari dapur.

Kila ingin membuka pintu tandas, penglihatan Kila menjadi gelap. Kila terbaring di atas lantai. " Ya Allah, Kila! Awak! Awak! Kila pengsan ni ". Jerit Kila pada Encik Badrul. Encik Badrul bergegas lari ke dapur melihat keadaan anaknya. Encik Badrul mengangkat Kila ke ruang tamu.

" Awak pergi call Amer sekarang. Cepat! ". Cik Salmah terus memcapay telefon bimbitnya dan menelefon Amer. " Amer datang rumah ibu sekarang. Kila pengsan ni. Cepat! ". Talian Cik Salmah dimatikan. Amer yang terus risau dan bergegas memandu ke rumah ibu bapa mertuanya.

Amer terlihat Kila yang terbaring di atas sofa. Amer terus mengangkat Kila masuk ke dalam kereta. " Ibu dengan ayah tunggu kat rumah. Biar Amer bawak Kila pergi Hospital. Nanti apa-apa Amer bagitau ". Pesan Amer pada kedua orang tua mertuanya.

Kila di masukkan ke dalam ward kecemasan. Amer hanya menunggu ketibaan Doktor yang sedang memeriksa isterinya. Bimbang dibuatnya Amer. " Encik suami kepada Cik Kila ke ? ". Tanya Doktor Fara itu. Amer mengangguk iya. " Tahniah encik. Isteri encik mengandung hampir sebulan ". Amer tersenyum gembira mendengar berita dari Doktor itu.

" Alhamdulillah. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih sangat-sangat ". Amer berucap terima kasih kepada Doktor Fara. " Sama-sama. Jaga isteri dengan baik lepas ni. Cik Kila dah boleh pulang. Pastikan isteri Encik rehat dengan cukup, itu sebab dia banyak bergerak tu yang pengsan ". Terang Doktor Fara kepada Amer.

Amer mengangguk faham. Doktor Fara berlalu pergi meninggalkan Amer. Amer menelefon kedua orang tuanya dan ibu bapa mertuanya untuk memberitahu berita gembira bahawa Kila mengandung. Alhamdululillah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience