BAB 25

Romance Completed 20340

Amer yang dari tadi duduk dan bangun. Risau keadaan Kila. Amer duduk sebentar melihat tangannya dipenuhi dengan darah Kila. Tiba sahaja Hana datang ke ward kecemasan. " Amer, Kila mana ? ". Amer menoleh ke belakang melihat susuk badan Hana di belakangnya.

" Hana, Ki.. Kila ada dalam ward lagi. Doktor tak cakap apa-apa lagi ". Jawab Amer dengan cuak. Kedua orang tua Kila baru sahaja di ward kecemasan. Cik Salmah terus memeluk Hana. Amer menyalam Encik Badrul. " Hanaa.. macam mana keadaan Kila sekarang ? ". Tanya Cik Salmah pada Hana.

Hana memandang Cik Salmah dan Encik Badrul. " Hana tak tahu, aunty. Hana baru sampai hospital ni. Kila masih dalam ward ". Cik Salmah dan Encik Badrul bimbang dengan Kila. " Awak ni siapa ? ". Tanya Cik Salmah pada Amer. " Aun..Aunty, Saya Amer. Kawan Kolej Kila ". Amer menadah tangannya yang dipenuhi dengan darah untuk menyalam Cik Salmah. Tetapi Cik Salmah tidak menyambut salamnya.

Cik Salmah memandang ke arah mata Amer dengan tajam. Pangg! Cik Salmah melepaskan lempang dengan sekuat hati ke arah pipi Amer. " Awaklah Amer ?! Yang sakitkan hati Kila selama ni ?! Kurang ajar! ". Ingin sahaja Cik Salmah melepaskan lempang dan sakit hatinya pada Amer tetapi dihalang oleh Encik Badrul.

" Sal.. sudahlah tu. Malu orang tengok kat sini. Anak kita tengah sakit tu ". Hana mengusap kedua bahu Cik Salmah. Tiba sahaja Doktor Aizat keluar dari ward kecemasan. " Siapa family kepada Cik Kila Maira ? ". Cik Salmah dan Encik Badrul terus mendekatkan diri pada Doktor Aizat serta Hana dan Amer yang tidak jauh dari mereka.

" Anak Cik dan Encik sekarang mengalami kekurangan darah di kepala dan tulang bahu kanannya agak retak sedikit. Tapi keadaannya sudah stabil. Insyallah, kami akan usaha untuk anak Encik dan Cik. Saya harap Encik dan Cik sabar yee. Doa yang terbaik untuk anak Encik dan Cik ". Terang Doktor Aizat kepada mereka.

Cik Salmah dan Encik Badrul agak rasa lega sedikit kerana keadaan Kila stabil. Tetapi mereka risau dengan kekurangan darah di kepala anaknya. " Insyallah, doktor. Terima kasih. Dah boleh masuk tengok anak saya ke ? ". Tanya Encik Badrul. Doktor itu hanya mengangguk iye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience