BAB 44

Romance Completed 20340

Dunia yang terang, awan yang kekuningan. Seperti biasa Kila dan Amer pergi ke Kolej bersama dengan waktu jam 8 pagi. Tiba sahaja sampai di Kolej, mereka berpecah. Masing-masing bersama kawan sendiri.

Hana memegang lengan Kila. " Happynya aku tengok kawan aku sorang ni. Pagi-pagi dah senyum lebar hahaha ". Kila mencuit pinggang Hana. Hana mengelakkan tangan Kila dari pinggangnya. Hana mengaduhkan.

Amer yang berjalan berseorangan disergah oleh dua orang kawannya, Daniel dan Shafiq. " Wehh, kau biar betul dengan minah kerek tu ? ". Daniel dari belakang menepuk bahu Amer. Shafiq yang dari tadi berada di sebelah Amer diam tak terkata. " Betul apanya ? Betullah yang aku dah start suka, sayangkan Kila. Aku dah cuci tangan nak stop jadi 'playboy malaya' ". Kata-kata Amer membuatkan mereka tercengang.

" Tak sangka eh perempuan yang kau game jadi orang yang paling kau sayang ". Shafiq mencelah. Wajah Amer agak serius apabila mendengar kata Shafiq. " Engkau cakap baik sikit eh. Pecah mulut kau aku kerjakan kang. Perempuan aku game tulah yang bukak mata aku stop jadi playboy ". Amer menjeling maut pada Shafiq. Amer pergi meninggalkan mereka.

" Kau ni pun, mulut jaga ahh. Tengok Amer dah marah ". Daniel menepuk bahu Shafiq. Daniel dan Shafiq mengejar Amer dari belakang. " Mer, lek ahh. Sorry. Aku terlepas cakap je tadi. Lagi pun kitorang happy tengok kau dengan Kila ". Shafiq berasa serba salah.

Amer hanya mengangguk. Mereka bertiga berjalan bersama. " Aku nak mintak tolong korang ni. Aku nak korang beli bunga ros dalam 10 tangkai. Boleh ? ". Daniel dan Shafiq memandang antara satu sama lain. Pelik. " Haa ? nak buat apa dengan bunga ros tu ? Asal tak beli sejambak je terus ? ". Tanya Shafiq dengan bertubi-tubi.

" Alaa korang ni. Boleh ke tidak ? Nanti aku bagi duit kat korang. Make sure sebelum pukul 3 petang ni, bunga ros korang dah beli ". Pesan Amer pada mereka berdua. Mereka berdua hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience