Sara berjalan-jalan di pasar.
*Sebulan yang lalu, aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki di negara Human. Melihat suasana yang amat berbeza daripada tempat asalku.*
Sara terjumpa suatu gelang tangan yang menarik minatnya.
*Sewaktu berada di dalam kenderaan berkuda, terlihat dari tingkap kenderaan kuda itu seorang lelaki. Mataku tertarik untuk melihat lelaki tersebut. Aku tidak tahu kenapa mata begitu tertarik melihat lelaki tersebut sedangkan lelaki itu hanya kelihatan seperti orang biasa. Tidak ada apa yang menarik pun untuk dilihat namun bola mataku tetap terarah padanya.*
Sara membelik-belik gelang tangan tersebut.
*Pada hari yang sama, kejadian buruk berlaku. Negara Human diserang oleh Demon Lord. Semua orang berada dalam keadaan cemas. Aku pun keluar dari kereta kuda lari menyelamatkan diri. Dalam suasana kelang kabut itu terdengar suara budak menjerit. Aku melihat kearah suara jeritan itu, seorang budak meminta tolong. Terlihat juga seorang lelaki berlari dengan pantas kearah budak tersebut. Ia merupakan lelaki yang sama aku lihat sewaktu aku dalam kereta kuda tadi. Tiba-tiba muncul seekor labah-labah dari atas menyerang mereka. Dengan sekelip mata juga, lelaki itu mengelak daripada serangan labah-labah itu. *
Sara menanyakan harga gelang tangan tersebut dengan menulis di udara menggunakan magiknya.
*Aku melompat dari bagunan ke bagunan yang lain. Menyerang raksasa menggunakkan kepakaranku iaitu memanah. Membantu sedaya mungkin manusia-manusia di sini lari menyelamatkan diri. Kemudian, mataku terpaku semula ke arah lelaki yang sama. Lelaki itu berlari menuju ke arah suatu menara yang tertinggi di bandar itu. Bukan sahaja mata aku terpaku ke arah lelaki itu malah badan aku juga terpaku untuk mengikut lelaki itu secara senyap dari belakang. Lelaki itu kemudiannya berhenti secara tiba-tiba, lelaki itu menoleh ke belakang mencari aku. Aku terkejut kerana lelaki itu dapat merasakan kehadiran aku. Lelaki itu kemudiannya memasuki menara yang tinggi itu. *
Sara menghulurkan wang kepada penjual gelang tangan itu.
*Aku melihat sekeliling jika ada raksasa yang mendekati. Tiba-tiba cahaya yang terang datang dari atas menara tersebut. Aku tertanya-tanya apa yang dilakukan lelaki itu di atas sana. Kemudian cahaya itu hilang. Pengawal mula mendekati menara itu selepas melihat cahaya yang terang itu. Aku melihat kembali ke arah atas menara itu dan melihat lelaki itu telah pun lompat daripada menara itu. Tanpa aku sedar tanganku sudah pun menarik tali busur menyasarkan anak panah ke arah lelaki itu. Anak panah dilepaskan laju meluru ke arah lelaki itu. Aku kemudiannya terkejut apabila lelaki itu dapat mengelak seranganku itu walaupun dia berterbangan udara. Lelaki itu berjaya meloloskan diri. Keinginanku untuk mengetahui siapalelaki itu semakin bertambah. Aku ingin melihat dan mencari apa yang menyebabkan aku begitu tertarik kepada lelaki itu. *
Sara memakai gelang tangan yang baru sahaja dibelinya.
*Aku ingatkan hari itu merupakan hari terakhir aku melihat lelaki itu. Namun ia mengejutkan aku kerana aku bertemu lagi dengan lelaki tersebut di istana Human. Lelaki itu merupakan manusia yang berasal dari dunia lain. Adakah itu yang menyebabkan aku tertarik padanya. Kami Elf dapat memilih seorang daripada manusia untuk dijadikan pasangan berlatih. Pilihanku sudah pun tetap semenjak dari awal aku melihat lelaki itu di istana. Aku memberitahu Albert tentang pilihanku. Albert berbicara dengan lelaki tersebut untuk berpasangan denganku. Aku menyorok di belakang Albert kerana aku malu dan aku tidak biasa berbual dengan orang yang aku tak kenali. Setelah berbual, Albert berjaya menjadikan lelaki sebagai pasangan berlatihku. Nama lelaki tersebut adalah Raqnid. *
Sara tersenyum lebar melihat gelang yang cantik itu di pengelangan tangannya.
*Hari pertama aku berkumpulan dengannya, dia mengambil tugas membunuh goblin. Aku tidak menyoal tindakannya walaupun aku tahu yang membunuh goblin merupakan tugas yang mudah. Dalam perjalanan dia langsung tak bercakap dan bila sampai di tempat tugasan, kami hanya membunuh goblin dan langsung pulang setelah itu. Aku mula mencurigai keinginanku kerana Raqnid hanya seperti orang biasa dan tidak ada suatu benda yang unik pun pada dirinya. Hari kedua, aku menarik semula kata-kata yang kemarin. Sewaktu kami hendak pulang setelah selesai membunuh goblin, seekor Hobgoblin cuba untuk menyerang Raqnid. Apa mengejutkan aku, Raqnid berjaya membunuh Hobgoblin itu dengan hanya satu serangan. Kemudian aku memintanya untuk bertarung denganku supaya aku dapat belajar daripadanya. Dia berjanji akan berlatih bersamaku jika aku tidak membocorkan rahsianya. Keesokan harinya, sesuatu yang lebih mengejutkan aku berlaku. Buat pertama kalinya aku dikalahkan dengan mudah. Skill yang ditunjukkan oleh Raqnid amatlah berbeza daripada pemanah-pemanah yang aku pernah temui sebelum ini. Aku memahami mengapa aku begitu tertarik kepada Raqnid. Rupanya ini yang hati aku nak tunjukkan. Seorang yang kelihatan biasa dan tidak populer adalah seorang yang sangat kuat. Ia telah mengubah persepsi aku melihat orang selepas ini. *
Sara berjalan-jalan semula melihat sekelilingnya.
*Pada mulanya, aku ingatkan Raqnid seorang yang sombong dan bosan apabila bersama dengannya. Setelah satu bulan mengenalinya, segala tanggapan aku pada Raqnid telah hilang kerana dia bukanlah seorang yang sombong tetapi dia hanya tidak mahukan perhatian. Aku juga tidak bosan bila bersama dengan Raqnid kerana ada sahaja perkara yang menarik berlaku bila aku bersamanya. Raqnid juga merupakan kawan aku yang pertama melayan aku seperti kawan. Aku suka berada bersamanya, kalau boleh aku nak teruskan semua ini sampai bila-bila. *
*Uhh!*
Sara kemudian melihat seorang lelaki sedang menyorok sambil mengintai-ngintai kepalanya. Tubuh fisiknya seperti pernah dilihat oleh Sara.
*Raqnid!*
*Apa yang dia buat tuu! Dah macam penjenayah jee pun!*
"Tehee!" geli hati Sara dibuatnya melihat gelagat Raqnid itu.
Sara pun mendekati Raqnid. Raqnid begitu khusyuk mengendap seseorang, tanpa dia sedar Sara berada di sisinya juga melihat apa Raqnid lihat.
Raqnid sedang mengendap rakannya Fat berjalan bersama seorang wanita yang tidak dikenali.
"Garggghh!!!" Raqnid menjerit selepas melihat Sara yang tiba-tiba berada di sebelahnya.
Sara terhibur melihat riak wajah Raqnid yang terperanjat itu.
"Sara!"
'Apa yang awak sedang lakukan?' Sara menyoal Raqnid dengan menulis di udara.
"Rendap Fa…. Tak jalan-jalan!" Raqnid tersasur.
Sarah kemudiannya melihat kearah Fat untuk menunjukkan dia telah tahu apa yang Raqnid sedang lakukan.
Raqnid berpaling mukanya ke tepi menidakkan perbuatannya itu.
Lalu Sara melompat ke atas bagunan mencari sudut yang lebih jelas untuk dilihat.
"Awak pergi mana tuu?"
Raqnid pun kemudiannya mengikuti Sara ke atas bagunan. Jelas melihat Fat namun masih tidak terlihat wajah wanita yang bersama Fat itu.
'Mari kita ke depan lagi!' Sara menulis.
*Apasal tiba-tiba Sara nii bersemangat daripada aku nii?* Raqnid berkata dalam hati.
Mereka pun mula pergi ke tempat yang lebih mudah untuk dilihat.
Kemudian Raqnid melihat ke arah wajah wanita bersama Fat itu.
"Gulp!" Raqnid menelan air liur.
'Bukankah itu Alene!'
Raqnid hanya mampu mengangguk untuk menjawab pertanyaan Sara itu. Raqnid tidak sangka hal sebegini boleh terjadi.
"Kita mesti selamatkan Fat, dia mesti dalam keadaan bahaya sekarang nii!" Raqnid masih terbayang-bayang betapa menakutkannya Alene apabila dia marah.
*Ehh! Kenapa pulak nii? Elok mereka berdua berseronok kenapa nak selamatkan Fat?* Sara pelik mendengar kata-kata Raqnid itu.
"Ouh! Ni sebabnya kau selalu sibuk! Kau diugut oleh Alene!"
*Ehhhh! Kenapa Alene nak ugut Fat pulak nii? Raqnid dah terpesong jauh nii!* Sara cuba untuk memberitahu Raqnid.
Raqnid pun berlari memerhatikan Fat dan Alene dengan lebih dekat, tidak sempat Sara memberitahunya.
"Aku perlu berada dekat dengan mereka. Jika Alene cuba untuk mengapa-apakan Fat, aku boleh cepat-cepat bertindak!"
Sara sudah pun menulis di udara untuk memberitahu Raqnid namun diendahkannya kerana terlalu sibuk memperhatikan Fat dan Alene.
Sara geram melihat Raqnid mengabaikannya lalu dia mencubit paha Raqnid sehingga Raqnid melihatnya.
"Ouchhh!!" Raqnid memandang ke arah Sara yang mencubitnya tadi.
'Apa awak cuba buat ni kacau mereka tengah berseronok!'
Raqnid melihat apa yang ditulis Sara.
"Berseronok? Awak salah faham ni! Saya nak selamatkan Fat! Awak tak tahu betapa bahayanya Alene tuu!"
'Kalau Fat dalam bahaya kenapa dia nampak gembira je!' Sara menulis.
"Gembira?" Raqnid pun memandang semula ke arah Fat, memerhatikan riak wajahnya yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa apabila bersama Alene.
'Lihat muka Fat! Itu bukan muka kena ugut!' Sara menulis.
Raqnid mula berfikir panjang dan memperhatikan mereka buat kali kedua.
Tiba-tiba, Alene menjeling kepalanya dan matanya ke arah Raqnid. Raqnid dengan pantas menyorok daripada dilihat Alene.
"Dia nampak aku ke?" Raqnid sekali lagi melihat ke arah Alene untuk memastikan hal tersebut.
Raqnid tonjol sahaja kepalanya, matanya betul-betul bertentangan dengan mata Alene. Raqnid menyorok sekali lagi.
*Gulp! Dia memang nampak aku laa!* , badan Raqnid mula terasa seram sejuk setelah bertentangan mata dengan Alene.
“Sara! Saya rasa betul cakap awak lebih baik kita jangan ganggu mereka. Keselamatan perlu diutamakan!”
Sara menyengetkan kepalanya kerana tidak paham apa yang Raqnid maksudkan dengan keselamatan.
*Maaf Fat! Aku tak tahu apa hubungan kau dengan Alene. Kalau di masa akan datang kau perlukan pertolongan aku, bila ia melibatkan Alene aku terpaksa tarik diri sebab Alene tersangatlah bahaya. Kau sendiri tahu perkara tu. Jadi apa-apa pun good luck!* Raqnid bersorak dalam hati.
Raqnid merasakan pandangan Alene tadi masih melekat pada dirinya.
“Sara mari kita pergi!” Raqnid cepat-cepat menyelamatkan dirinya.
Raqnid dan Sara pun pergi ke tempat biasa mereka berlatih.
“Saya rasa ni dah cukup jauh nii!”
*Cukup jauh! Ni dah terlebih jauh laa!* Sara menjerit di dalam hati.
“Huh!” Raqnid menghembuskan nafas lega.
‘Kenapa kita lari?’ soal Sara dengan menulis.
“Lebih baik kita takyah bercakap pasal hal tadi” Raqnid tidak mahu mengimbas kembali detik-detik menakutkan itu.
‘Umm! Baiklah!’
Mereka duduk di bawah pokok yang rendang berdua-duaan.
“Saya tak sangka yang Fat boleh bercinta dengan Alene"
*Cinta!* termain di pikiran Sara perkataan itu sehingga ke tempat tidurnya.
Terbayangkan Fat dan Alene yang sedang bercinta.
*Jadi macam tuu kee bercinta!*
Keesokan harinya….
"Awak kalah Sara!" Raqnid sambil menyasar ke arah Sara yang terbuka luas titik kelemahannya.
'Umm, sekali lagi saya kalah!' Sara menulis.
"Jangan risau saya boleh rasakan yang awak bertambah kuat dari yang sebelum nii!"
Mereka pun berkelah di bawah pohon pokok yang rendang itu, menikmati bekal makanan yang dibawa oleh Sara.
"Hari ni apa pulak!" Raqnid tidak sabar untuk melihat apa yang dimasak Sara pada hari ini.
Sebelum ini Sara membawa pelbagai jenis makanan dan berkongsinya bersama Raqnid selepas mereka habis bertarung.
"Wahh! Apa nii macam burger je?"
Sara kemudiannya menepuk kedua tangannya.
'Betul tuu! Makanan nii hanya popular di negara Elf! Macam mana awak boleh tahu?'
"Serius! Dekat dunia saya pun ada makanan nii!"
Mereka berdua menikmati makanan itu sambil berbual keseronokan. Benteng diantara mereka sudah pun hilang.
'Raqnid!'
"Umm, kenapa?" Raqnid melihat apa yang Sara tulis.
'Awak pernah bercinta tak sebelum nii?' Sara menyoal Raqnid dengan menulis.
"Heh!" Raqnid hanya tersengih apabila melihat pertanyaan Sara itu lalu dia mengalih mukanya untuk mengelak soalan itu.
Sara bengang apabila Raqnid mengabaikan pertanyaannya itu. Lalu Sara menulis lagi.
'Kalau awak tak jawab pertanyaan saya, saya takkan buat makanan untuk awak lagi!'
"Ehhh!"
Raqnid melihat sahaja perkara itu langsung menjawab.
"Baiklaah! Saya takde! Saya takde!"
Sara tersenyum selepas mendengar hal itu. Senyuman Sara tidak dapat dilihat oleh Raqnid kerana senyumannya terselindung di sebalik topeng yang dipakainya.
'Jadi awak tak nak cari ke?'
"Uhmm, tak! Saya rasa ia menimbulkan banyak masalah!"
'Ouhh! Kalau awak nak cari, awak nak pasangan yang macam mana!'
"Banyak pulak awak tanya harini!"
Sara langsung ingin mengambil semula makanan yang dibawanya itu.
"Ahh! Baik! Baik!"
"Uhmm! Saya suka perempuan biasa!"
'Biasa?'
"Ye! Perempuan biasa! Perwatakan sederhana, datang keluarga sederhana, dan tidak dikenali ramai."
Senyuman Sara yang tadi mekar mula menjadi pudar.
'Kenapa! Bukanlah selalu lelaki selalu suka perempuan yang cantik, datang dari keluarga yang kaya dan popular' Sara menulis lagi.
"Ummm, betul tuu! Tapi bukan bagi saya kerana ia akan memberikan banyak masalah kepada saya sebab saya bukanlah orang yang hebat. Saya tak sukakan perhatian dan masalah. Kalau boleh saya nak elak kesemuanya. "
Sara menggenggam penumbuk tangannya sambil menundukkan pandangannya selepas mendengarkan kata-kata Raqnid.
'Saya pergi dahulu!' Sara pun pergi meninggalkan Raqnid keseorangan.
"Ehh! Dah kenapa awak nak balik awal harini?" Raqnid hairan melihat reaksi Sara itu.
"Sakit perut ke? Aku rasa burger nii okey jee!"
*Kenapa aku tiba-tiba merasa marah nii!* Sara sambil memegang dadanya dimana hatinya terletak.
*hati* bintang karakter sedang bercakap di dalam hati. "bercakap" maksudnya karakter sedang bercakap keluar suara. 'tulis' karakter sedang menulis Next chapter.... Chapter 23 - Sayonara Selamat membaca ^^
Share this novel