Chapter 14

Fantasy Completed 2305

Harinya sudah tiba Ray dan kesemua ahli kumpulannya sudah pun bersedia untuk menunjukkan kemahiran berlawan mereka.

Tidak lupa juga kawan karib kami iaitu Sora turut berada di situ. Dia kelihatan.

Ummmmm sama kutt. Hahahahahhaha ketawa Raqnid dan Fat.

Kumpulan Guardian dan Support berada di sisi di mana seperti tempat penonton menyaksikan bola sepak. Kumpulan Hero yang terdiri daripada 14 orang itu masing-masing mengambil giliran menunjukkan kemahiran mereka setelah 3 bulan.

Mereka berlawan dengan pahlawan istana yang juga dikatakan cukup hebat.

Satu demi satu daripada mereka pergi memperlihatkan kemahiran berlawan mereka dengan cara masing-masing. Ternyata title yang mereka dapat bukan sekadar perhiasan.

Raja Alex sendiri terkejut dengan prestasi yang mereka tunjukkan. Ianya seperti diluar jangkaan raja Alex sendiri kerana mereka hanya dilatih dalam tempoh waktu yang singkat.

Berlalu la sudah beberapa orang daripada kumpulan Hero yang tidak beberapa penting sebenarnya untuk diceritakan.

Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu 5 watak popular yang merupakan hero sebenar.

Akan tetapi sebelum itu, tiba waktunya dahulu Sora untuk mempamirkan kuasa magicnya.

Lawan Sora bukan biasa-biasa ia merupakan ahli sihir istana pertengahan. Mula sahaja loceng petarungan. Mereka berdua sama-sama menembak menggunakan kuasa magik mereka.

Pertarungan begitu sengit dan pertarungan berlangsung sehingga ke 20 minit. Sora seperti sama taraf dengan ahli sihir istana itu. Ia satu yang menakjubkam setelah ahli kumpulan Hero yang hanya dapat bertahan selama 5 ke 10 minit sahaja.

Walaupun begitu, ia telah dianggap hebat kerana pahlawan istana dianggap pahlawan yang kuat.
Sora dapat bertahan begitu lama hal ini disebabkan Sora mempunyai kelebihan dari segi mana yang banyak.

Four Elemental mempunyai kelebihan dari segi kuasa magik lebih kuat berbanding first elemental. Sora juga mampu menggunakkan kuasa magik 4 element dengan mudah manakala first elemental jika mahu menggunakan kuasa magik selain daripada kuasa elements utamanya ia memakan masa yang panjang untuk mengaktifkannya.

Ahli sihir yang Sora lawan tersebut mempunyai 2 elemental sahaja. Jadi ini, menjadi satu kelebihan bagi Sora kerana dia dapat counter element ahli sihir tersebut.

Akhirnya, Sora kehabisan mana dan kalah dengan ahli sihir istana tersebut.
Jelaslah Sora masih baru dalam menggunakan sihir ini.

Sekarang tiba giliran 5 orang Hero...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience