Di suatu tempat di bandar Elf..
"Dekat mana pulak dewan tu?" Raqnid yang sedang sesat selepas ditinggalkan Wells dan Shila.
"Huh? Ray!" Raqnid tanpa sengaja terserempak dengan Ray. Raqnid cuba mengelak daripada Ray, dia terus pusing semula belakang malangnya disapa dulu oleh Ray.
"RAQNID!" jerit Ray.
Raqnid menoleh semula kearah Ray selepas dipanggil. "Ahh, Ray!" Raqnid pun menjawab seperti dia baru sahaja melihat Ray.
"KENAPA, KENAPA, KENAPA AKU ASYIK KALAH DENGAN KAU JE HAH! APA LAGI KEKURANGAN AKU!" kata Ray dengan nada yang tinggi.
"Eh!" Raqnid keliru mendengar kata-kata Ray.
"Kalah? Apa maksud kau ni, Ray? Aku tak faham?" soal Raqnid.
"Heh, tak faham! Kau langsung tak pernah pandang aku sebagai pesaing kau bukan!"
"Pesaing? Apa kau mengarut ni! Aku ni bukan pesaing kau lahh! Aku tak layak pun bersaing dengan kau, Ray! Pesaing kau adalah Jilk!"
"Jilk! Heh, dia bukan level aku tapi kau, Raqnid!"
"Aku?"
"Aku tahu kau sembunyikan kekuatan kau, Raqnid! Selama ni aku perhatikan kau sorang je! Demon Lord Vishnal, benteng negara Demon, dan Demon King! Aku tahu, itu semua kerja kau!"
"Kenapa aku!"
"SEBAB KAU! TIPU AKU!"
"Huh? Masa bila aku tipu kau!"
"Kau mungkin dah lupa, Bulat!"
"Bulat?" Raqnid merasakan seperti dia pernah mendengar nama tersebut.
####IMBAS KEMBALI####
Sewaktu Ray berumur 7 tahun.
SMACK!
SMASH!
"Hahaha, budak gemuk hodoh!" - pembuli 1.
"Dasar lembik!" - pembuli 2.
"Tak guna!" - pembuli 3.
Sewaktu aku di sekolah rendah, aku adalah seorang mangsa buli. Disebabkan aku hodoh, gemuk, dan lembik, budak-budak lain di sekolah suka membuli aku.
Setiap kali aku dibuli, tiada siapa yang berani menolong aku. Mereka hanya melihat dari jauh. Aku mula merasa muak dan benci dengan kehidupan aku ini.
Tiada siapa yang mempercayakan aku, ibu bapa aku selalu sibuk dengan kerja mereka dan jarang sekali ada di rumah. Guru aku di sekolah langsung tidak mempedulikan kata-kata aku.
Namun, pada suatu hari, sewaktu aku dibuli di taman, datang dua budak menyelamatkan aku. Dua budak tadi berlawan dengan 3 orang budak yang membuli aku. Walaupun perlawanan tersebut berat sebelah, dua orang budak tadi mengalahkan 3 orang pembuli itu dengan sekelip mata.
"Oi, jangan kau berani sentuh budak ni lagi!" kata budak pertama.
"Ya, budak ni sekarang, geng kami!" kata budak yang kedua.
"Kalau kami dengar kau sentuh dia lagi, siap kau!" kata budak pertama.
"Ingat, budak ni sekarang dibawa jagaan Raqnid dan Fat!" kata budak kedua iaitu Fat.
"Raqnid dan Fat?" pembuli 1.
"Oi, mereka berdua adalah budak terkuat di kawasan ni!" pembuli 2.
"Larii!" pembuli 3.
Pembuli-pembuli itu pun lari seperti lipas kudung.
"Oi, kau okey tak!" Raqnid menghulurkan tangan kepada Ray.
"Aku Fat, yang ini Raqnid! Selamat berkenalan bulat!" kata Fat.
Semenjak itu, aku sering meluangkan masa bersama mereka berdua. Mereka berdua sangat dikenali di kawasan ini.
Walaupun mereka berdua bersekolah di sekolah berbeza daripada aku, tapi pengaruh mereka kuat sehinggalah pembuli-pembuli di sekolah aku, tidak lagi berani mengganggu aku.
Namun, persahabatan kami tidak kekal lama kerana ibu bapa aku terpaksa berpindah ke tempat kerja baru. Disebabkan itu, aku terpaksa berpindah ke rumah yang baru yang jauh.
"Oi bulat, kenapa kau ni? Muram je dari tadi!" soal Raqnid.
"Ye betul tu!" sambung Fat.
"Aku takkan dapat berjumpa korang lagi esok!" jawab Ray.
"Hah?" Raqnid dan Fat keliru dengan kata-kata Ray itu.
"Esok aku akan berpindah ke rumah baru!" kata Ray.
"APAAA!" Raqnid dan Fat masing-masing terkejut.
"Kenapa kau baru beritahu kami sekarang!" kata Raqnid.
"Sebab aku taknak korang tinggalkan aku disebabkan aku nak berpindah." jawab Ray.
"Apa kau cakap ni, bulat! Kenapa kami nak tinggalkan kau pulak!" kata Fat.
"Sudah! Mari kita bergerak sekarang!" kata Raqnid.
"Kita nak ke mana?" soal Ray.
"Kemana lagi, kita akan gunakan saki baki masa yang ada ni buat perkara yang seronok supaya kau tidak lupakan kami nanti masa berada di tempat baru!" jawab Raqnid.
"Huh? " Ray terkejut mendengar kata-kata itu.
"Bulat! Apa yang kau tercegat lagi dekat situ? Kita dah kesentukan masa ni!" kata Fat.
"Hah! Baiklah!" jawab Ray.
Mereka pun menghabiskan sisa baki masa bersama. Mereka pergi ke taman tema, air terjun dan bermacam lagi. Sehinggalah ke petang hari, mereka melihat matahari terbenam bersama.
"Raqnid! Fat! Terima kasih! Harini merupakan hari paling gembira buat aku! Aku tak pernah lakukan semua benda tadi! Korang memang kawan yang terbaik. Walaupun sekejap aku bertemu dengan korang, ia sangat bermakna bagi aku. Mulai esok, aku tak dapat lagi berjumpa dengan korang macam selalu. Tak tahulah bila lagi, aku dapat bertemu dengan korang!" kata Ray.
"Snob!" Raqnid dan Fat menitiskan air mata.
"HAHH! AKU ADA IDEA MACAM MANA KITA NAK BERTEMU KEMBALI!" jerit Raqnid.
"Huh? Apa idea kau, Raqnid?" soal Fat.
"Sekolah menengah!" jawab Raqnid.
"Sekolah menengah? Apa maksud kau, Raqnid?" Ray keliru.
"Ahhh! Aku faham sekarang maksud kau, Raqnid!" kata Fat.
"Apa yang korang faham ni?" Ray masih keliru.
"Dengar sini, bulat! Dekat sini, takde sekolah menengah dan sekolah menengah yang paling dekat kat sini ialah sekolah menengah X. Untuk pergi sekolah tu, kami perlu menaiki kereta api selama 30 minit." kata Raqnid.
"Jadi?" soal Ray masih tidak faham.
"Kau tinggal di bandar Y!" kata Fat.
"Ye, aku tinggal di bandar Y!" jawab Ray yang masih tidak faham walaupun diberikan petunjuk.
"Berapa minit dari tempat kau ke sekolah X!" Fat masih memberikan petunjuk kepada Ray.
"2 jam!" jawab Ray.
"Kenapa kau ni lembab sangat bulat!" Fat tepuk dahinya.
"Ouhhh, kalau naik kereta api, 30 minit! Jadi kita mungkin berjumpa macam selalu di sekolah X!" kata Ray.
"Ye! Haishh, lambat betul kau dapat tangkap!" kata Fat.
"Baiklah, 6 tahun akan datang kita akan berjumpa lagi di sekolah menengah X, Bulat! Janji!" kata Raqnid.
"Ya, janji!" jawab Ray.
Ketiga-tiga mereka pun berjanji untuk bertemu semula di sekolah menengah X.
Keesokakan harinya, Ray pun berpindah bersama keluarganya ke tempat Y. Semenjak aku berpindah ke tempat baru itu, aku dah bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik dengan menurunkan berat badan. Setiap hari aku pasti bersukan untuk mencapai sasaran aku, dan apa yang paling sukar adalah mengubah cara permakanan aku. Aku terpaksa makan dengan kuantiti yang sikit. Di sekolah baru, aku tidak lagi dibuli kerana diri ku sudah berubah. Sehinggalah 2 tahun, aku berubah sepenuhnya daripada Ray yang dipanggil bulat, kini dikenali sebagai Ray yang kacak di sekolah aku itu. Aku dikenali ramai dari kalangan perempuan dan lelaki. Namun, semua itu tidak bermakna kerana aku hanya ingin bersama Raqnid dan Fat yang merupakan rakan yang sebenar buat aku. Mereka tidak menilai aku dari segi rupa dan mereka menerima aku walaupun aku lemah dan hodoh pada waktu itu.
Selepas 6 tahun, aku berjaya menghabiskan pengajian di sekolah rendah dan aku tidak lagi sabar untuk pergi ke sekolah menengah. Aku memberitahu ibu bapa aku bahawa aku ingin bersekolah di sekolah menengah X. Mereka pada mulanya menolak permintaan aku dan aku terpaksa bersekolah di sekolah menengah yang berdekatan dengan tempat tinggal aku.
Namun, aku tidak berputus asa, selepas pujukan demi pujukan, aku pun berjaya meyakinkan ibu bapa aku setelah setahun bersekolah di sekolah menengah berdekatan dengan rumah aku. Saat yang ditunggu-tunggu aku selama ini, dapat berjumpa semula dengan Raqnid dan Fat. Malam sebelum esoknya aku akan bersekolah di sekolah menengah X, aku berangan yang aku, Raqnid, dan Fat akan menjadi budak sekolah yang paling terkenal di sekolah itu. “Raqnid dan Fat pasti terkenal sekolah tu sekarang ni!”
Hari pertama aku ke sekolah menengah X pun tiba. Mengambil masa 30 minit dari tempat Y ke sekolah menengah X menaiki kereta api. Saat aku tiba di sekolah itu, ramai wanita yang memandang ke arah aku. Aku terus ke bilik guru, mencari guru kelas aku. Guru kelas aku pun membawa aku ke kelas. Masuk sahaja aku ke kelas itu, ramai wanita yang terpesona dengan ketampanan aku. Aku memandang sekeliling kelas mencari Raqnid dan Fat di dalam kelas malangnya mereka tiada dalam kelas ini. Aku pun duduk di kerusi aku, setelah itu ramai murid lain datang mengelilingi aku untuk berkenalan. “Selamat berkenalan, nama saya Rose” murid perempuan yang berada di hadapan aku memperkenalkan diri. Perempuan tersebut merupakan murid perempuan yang paling cantik sekali di kelas tersebut. Datang pula, ketua kelas memperkenalkan diri. “Hello, nama saya Sofia! Saya ketua kelas, kelas ni!”
Aku tidak sabar lagi hendak bertemu dengan Raqnid dan Fat. Aku pun menyoal mereka tentang Raqnid dan Fat. “Raqnid dan Fat? Tak pernah dengar pulak nama tu!” jawab Rose dan Sofia. Aku bertanya lagi. “Ehh, takkan tak pernah dengar nama dua orang ni, saya pasti mereka dua ni popular dekat sekolah ni!”. Malangnya, tiada siapa yang mengenali Raqnid dan Fat. Aku mula tertanya-tanya jika Raqnid dan Fat betul-betul datang ke sekolah ini.
Saat aku hendak pergi ke kantin, aku pun terserempak dengan Raqnid dan Fat. Aku terkejut melihat mereka berdua yang kelihatan begitu banyak berubah. Mereka terlihat seperti murid biasa. Aku pun menyapa mereka berdua, “Oi, Raqnid! Fat! lama tak berjumpa!” namun mereka tidak menyambut aku dengan begitu mesra. “Hmphh, siapa!”
“Ahhh, lupa aku dah kurus sekarang! Ni aku Ray!” kata Ray.
“Ray?”
“Korang selalu panggil aku bulat! Bulat! Bulat!” Ray dengan penuh sedaya upaya mengingatkan mereka berdua.
Mereka berdua kemudian tersengih antara satu sama lain seperti mereka tidak mengenali aku lagi. Namun, aku tidak merasa kecewa sedikit pun kerana mungkin dengan sedikit imbasan mereka mungkin dapat mengingati aku semula. Saat aku hendak menceritakan pertemuan aku dengan mereka saat kecil, seorang murid lain tiba menyapa mereka berdua. Saat murid lelaki tersebut menyapa mereka berdua, mereka berdua menyambut murid lain itu dengan begitu mesra.
“Ouhh, Sora!” kata Raqnid.
“Maaf, ya kami pergi dahulu!” kata Fat kepada Ray.
Mereka pun meninggalkan aku. Melihat dari belakang, bagaimana murid lelaki lain itu mencuri posisi aku di sisi Raqnid dan Fat membuatkan aku sedikit cemburu. Setelah selesai waktu persekolahan pada hari itu, aku terus pergi ke kelas Raqnid dan Fat. Tiba sahaja aku di depan pintu kelas mereka, sebaik sahaja aku hendak mulai masuk, terdengar suara Raqnid dan Fat sedang bercakap tentang aku.
“Wei, Raqnid kau kenal ke, budak tadi?” soal Fat.
“Budak tadi? Ouhh! Apa nama dia, Ray?” jawab Raqnid.
“Ye, Ray! Tu!”
“Entah, aku pun tak kenal! Dia kata kita panggil dia bulat! Tak pernah pulak kita panggil orang lain dengan nama tu!” kata Raqnid.
“Uhmmm, aku pun tak ingat!” jawab Fat.
“Apa pun, lebih baik kita jangan dekati dia! Dia mungkin beri masalah kepada kita!” kata Raqnid.
“Ya, betul tu! Aku dah taknak perhatian macam dulu!” jawab Fat.
Mendengar kata-kata Raqnid dan Fat menyebabkan hatiku terluka. Rakan yang selama ini, aku anggap rakan sejati, sudah lupa akan janji mereka dan menganggap aku ini masalah kepada mereka. Aku pun dengan hati yang hancur, beransur pergi daripada situ.
Semenjak hari itu, aku tidak lagi menghiraukan mereka berdua. Aku terus hidup mendapatkan populariti supaya mereka berdua menyedari kehadiran aku. Aku akan tunjukkan kepada mereka berdua yang aku bukan lagi Ray yang dahulu lemah dan perlu dilindungi. Aku akan jadi lebih hebat daripada mereka berdua.
####IMBAS KEMBALI####
“Jadi betul laa, kau bulat! Ray!” soal Raqnid.
“Ya, aku bulat yang korang lupakan tu!” jawab Ray.
“Kau memang banyak sungguh berubah!” kata Raqnid.
“Ya, aku berubah disebabkan kau dan Fat! Disebabkan korang berdua sangat hebat sewaktu kecil, aku berusaha untuk mengubah diri aku supaya orang tak pandang aku sebagai kuli tapi sebagai salah seorang daripada rakan korang. Malangnya, aku begitu daif, siapa sangka orang yang paling hebat dan dikenali dulu, sekarang cuba mengelak untuk dikenali dan hidup macam orang biasa. Aku terasa begitu dikhianati!” kata Ray.
“Maafkan, aku dan Fat! Kami tak sangka yang kau berubah begitu ketara sekali!" jawab Raqnid.
“Heh, berubah! Mungkin fizikal aku berubah tapi aku masih lagi Ray yang dulu. Aku tak mampu berbuat apa-apa saat rakan-rakan aku dalam bahaya! Aku masih lemah macam dulu! Aku masih tak dapat tewaskan kau, Raqnid! Apa yang aku kurang!" luah Ray dengan penuh rasa geram.
"Tak, itu semua tak betul!" jawab Raqnid.
"Apa yang tak betul! Kau lihat sendiri betapa lemahnya aku, Raqnid! Aku langsung tak mampu berdepan dengan Demon King! Kalaulah aku kuat, mereka pasti takkan mati!" kata Ray sambil menitiskan air mata mengingatkan rakan-rakannya yang telah pergi.
"Hehh, kau memang seorang yang baik, Ray! Dari dulu, sampai sekarang sifat kau untuk menolong orang lain tak pernah luntur sedikit pun!"
"Hah? Apa yang kau merepek ni?"
“Kami tak pernah pandang kau lemah, Ray! Malah sebaliknya! Kami pandang kau sebagai orang yang hebat! Ye, pada mulanya kami dah tahu yang kau sering dibuli tapi kami langsung tak peduli sehinggalah pada suatu hari, kau dah mengubah persepsi kami terhadap kau! Kau mengajar kami, erti kehebatan yang sebenar!”
#### IMBAS KEMBALI ####
“Terima kasih!” kata pekedai runcit kepada pembeli.
“Huh? Oi, Fat itu bukan budak yang selalu dibuli tu ke!” kata Raqnid kepada Fat sewaktu mereka sedang melepak di kedai runcit itu.
“Yelaahh, itu mesti pembuli tu suruh dia belikan!” jawab Fat.
*Kenapalah, dia sanggup dibuli macam tu? Kalau aku, aku dah lawan pembuli tu balik! Hurrhhh!* kata Raqnid dalam hati.
Ray pun berlari kemudian dia berhenti selepas melihat seorang peminta sedekah yang kelihatan sangat lapar. Tanpa berfikir panjang, Ray langsung memberikan berberapa makanan yang terdapat plastik begnya.
“Huh?” Raqnid dan Fat hanya menyaksikan situasi tersebut.
Selepas itu, Ray pun beransur pergi.
Raqnid dan Fat selepas menghabiskan jajan mereka, mereka berjalan pulang ke rumah. Saat dalam perjalanan mereka terlihat Ray sedang dibuli di taman permainan.
“HAHHH, MANA MAKANAN YANG AKU SURUH KAU BELIKAN!” marah pembuli 1.
“DASAR GEMUK TAK GUNAA!” kata pembuli 2 sambil memukul Ray.
“Maaf, duit aku tak cukup!” jawab Ray.
“KENAPA KAU BAWAK DUIT SIKIT SANGAT!” kata pembuli 3.
Ray pun dipukul bertalu-talu.
*HUH? Kenapa kau sanggup bantu orang miskin tadi sedangkan kau tahu kau akan dipukul teruk jika kau tak bawa makanan tu!* kata Raqnid dalam hati.
*Apa yang dia fikirkan!* Fat dalam hati.
Raqnid dan Fat hanya menyaksikan kejadian tersebut dengan perasaan marah. Mereka tidak faham dengan tindakkan Ray yang sanggup biarkan dirinya dipukul semata-mata untuk membantu orang miskin tadi.
“Kenapa aku nampak dia sangat bergaya walaupun dia sedang dipukul?” kata Raqnid.
“Ye, dia nampak sangat hebat!” jawab Fat tersengih.
“Fat, kau fikir apa yang aku fikirkan!” soal Raqnid.
“Ahh, aku pun dapatkan rasa apa yang kau fikirkan!” jawab Fat.
Mereka berdua mula rasa terpegun dengan tindakan Ray itu. Walaupun dia lemah, dia tetap membantu orang yang lebih lemah daripadanya.
“Marii, aku pun nak rasa hebat macam tu!” kata Raqnid.
“Ahhh, aku pun sama!” sahut Fat.
#### IMBAS KEMBALI ####
“Kami respect kau Ray! Kehebatan kau adalah sifat ambil berat kau terhadap orang lain! Itu yang membuat kami kagum! Kau mungkin tak nampak kehebatan kau, tapilah tengok sekeliling kau, rakan-rakan kelas kita yang masih selamat! Kaulah yang jaga dan pimpin mereka selama ini. Mereka takkan dapat hidup di dunia ini tanpa kepemimpinan kau!” kata Raqnid.
“Kalau kau yang pimpin pasti takkan ada rakan kita yang mati!” jawab Ray.
“Salah! Aku takkan dapat buat macam kau, Ray! Sebab aku hanya pentingkan diri aku! Tapi berbeza dengan kau, kau selalu utamakan orang lain! Sebab itulah mereka percayakan kau,Ray!”
“Hahh!” Ray terkesima mendengar kata-kata itu.
Raqnid mendekati Ray lalu memeluk rakannya itu dan membisikkan padanya. "Kau hebat Ray! Semenjak dari awal lagi, aku langsung tak layak menjadi pesaing kau! Kau mampu buat apa yang aku tak mampu buat! Jadi, jangan salahkan diri kau, Ray! Kau dah buat yang terbaik! Teruskan memimpin kami, Ray! Kau tak pernah menghampakan aku, semenjak aku berkawan dengan kau, bulat!" kata Raqnid.
“Sobb..” Ray pun menangis melepaskan segala bebannya yang dipukulnya selama ini. Segala penyelasan yang dihadapinya terus reda selepas orang dia sanggungi mengatakan dia telah melakukan yang terbaik.
*Maafkan, aku Ray! Kerana aku tak bersama saat kau dalam keadaan sukar! Maafkan, aku sebab salah menilai kau sebelum ni! Kau pasti berasa kesunyian kerana tiada siapa yang tahu beban yang kau pikul selama ini! Kaulah idola aku, bulat! Dari dulu hingga sekarang!* kata Raqnid dalam hati.
Beberapa waktu seketika..
“Terima kasih, Raqnid!” kata Ray sambil tersenyum.
“Taklah, aku yang sepatutnya berterima kasih pada kau!” jawab Raqnid.
“Kita masih berkawan, bukan!” Ray hulurkan tangan.
Raqnid pun berjabat tangan dengan Ray. “Tentulah!”
“Ahh, kita berbual lain kali ye, Ray! Nanti dengan Fat sekali! Aku ada hal yang perlu diuruskan!” kata Raqnid.
“Ahh, baiklah!” jawab Ray.
Raqnid pun bergerak pergi.
“Raqnid!” Ray memanggil Raqnid sekali lagi.
“Ye!” sahut Raqnid.
“Dia pergi ke arah sana!” Ray menunjukkan arah dengan tangannya.
“Huh?” Raqnid keliru. “Ahh, Baiklah! Terima kasih!” Raqnid tanpa berlengah lagi terus pergi.
Share this novel