Chapter 25 - Negara Elf

Fantasy Completed 2305

"Kau dah siap belum Raqnid?" soal Fat.

"Ye! Ye! Dah siap!"

"Jom kita gerak!"

Mereka berdua pun menuju ke tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Tiba sahaja di sana, kesemua ahli lain sudah pun berkumpul. Meletakkan barang mereka di dalam kereta kuda.

"Raqnid! Fat! Korang dengan kumpulan Doug duduk dalam kereta kuda yang sama." Jones memberi arahan.

"Yo!" tegur Doug.

"Hehe! Nasib baik kita group sekali." Fat tersenyum.

"Itu laa tuu, kalau group dengan ahli lain dalam kumpulan Guardian! Confirm bad mood punya." jawab Kiel.

"Mereka masih marah kan kita pasal ujian hari tu!" Doug berkata.

Dalam masa setahun, sedikit demi sedikit ahli kumpulan Guardian lulus ujian yang ditetapkan oleh Jones. Sekarang kesemua mereka telah pun lulus.

"Kumpulan Hero semua ahli dah cukup ke?" soal Gaius.

"Ye semua ahli kami dah cukup." jawab Ray sebagai ketua ahli kumpulan Hero.

"Kumpulan Guardian dan Support?"

"Kami pun cukup tuan!" Jones menjawab.

"Kami pun!" Jamie mewakili kumpulan Support.

"Baiklah! Kalau semua dah cukup, kita akan bertolak dalam masa 5 minit. Bersiap sedia!"

"Baik tuan!"

Setelah 5 minit, ke semua mereka pun bergerak. Setiap kereta kuda dinaiki oleh 5 orang. Mereka akan berganti-ganti mengawal kereta kuda itu.

"Aku bawa dulu ehh kereta kuda nii!" Fat sudah pun berada bahagian depan untuk mengawal kuda itu.

"Ikut suka kau laa Fat!" Raqnid hanya melihat Fat di bahagian penumpang.

"Hahaha!" Kiel ketawa.

Nancy seperti biasa seorang yang pemalu dan langsung tidak bercakap.

Perjalanan mereka memakan masa selama 3 hari 2 malam. Mereka akan bergerak pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Ada beberapa orang daripada mereka dipilih untuk menjaga keselamatan rombongan mereka.

Negara Elf terletak di sebelah timur negara Human.

Hari pertama berakhir tanpa ada sebarang halangan.

Hari kedua juga berjalan dengan lancar. Mereka sudah memasuki ke negara Elf namun masih belum sampai ke ibu kota negara.

Hari ketiga, hari di mana mereka akan tiba di ibu kota negara Elf.

Semakin mereka mendekati negara Elf, semakin banyak pokok yang tinggi-tinggi melebihi 50 meter. Terlihat dari jauh pokok yang tinggi tersusun rapi seperti benteng melindungi ibu kota negara Elf.

“Woah! Besar nya pokok-pokok kat sini.” Fat teruja.

“Elf merupakan makhluk yang sangat cintakan alam! Semua kehidupan harian mereka bergantung kepada alam. Magik, makanan, sumber tenaga turut datang daripada alam malah kebanyakan rumah dan bagunan mereka dibuat di pokok-pokok."

"Mana kau tahu semua nii Kiel?" soal Raqnid.

"Hehehe! Membaca!" jawab Kiel sambil tersenyum.

"Huh! Budak nii dengan buku langsung tak boleh berpisah kau tahu." Doug bersuara.

"Hahaha! Bagus laa tuu, ada laa jugak sorang yang tahu pasal negara Elf nii." jawab Raqnid.

"Jangan risau, semua pasal negara Elf aku dah tahu. Apa-apa tanya aku.Semua dah ada kat sini!" Kiel sambil menunjuk kepalanya.

"SEMUA BERHENTI !" jerit Rusk dari kumpulan Stingray.

"Huh!" Raqnid memandang ke arah pokok-pokok besar di sekeliling mereka.

Terdapat tentera Elf yang mengawal keselamatan luar ibu kota itu, menyorok di atas-atas pokok tinggi di situ.

Muncul seorang Elf di bahagian hadapan rombongan mereka. Elf itu berbual dengan ketua rombongan ini iaitu Gaius ketua kumpulan Stingray.

Elf itu ingin mendapat kepastian. Setelah itu, mereka dibenarkan untuk bergerak memasuki ibu kota negara Elf.

"Ketat betul keselamatan dekat sini!" Raqnid bersuara.

"Entah! Macam mana orang lain nak masuk ke sini." Doug

"Negara Elf memang macam tu peraturan mereka. Mereka tak benarkan sebarang orang masuk ke ibu kota negara Elf sesuka hati." Kiel menjawab.

"Oooo!", kesemua yang lain hanya mengangguk.

Selesai sahaja Gaius berbual dengan Elf itu. Gaius kembali ke rombongan memberitahu ahli kumpulannya.

"Kita boleh bergerak masuk sekarang!" jerit Rusk sambil melambai tangannya memberi isyarat.

"Biar betul macam mana nak masuk? Tak ada ruang masuk pun?"

"Entah! Akar pokok besar jee kat hadapan kita nii."

"Jangan risau bergerak jee!" Carlos menjerit.

Mereka pun menuju ke arah akar besar di hadapan mereka. Tiba-tiba, akar besar itu mula bergerak.

"Argghh! Akar tuu bergerak."

"Larii!"

Semua orang dalam keadaan cemas apabila melihat akar besar itu bergerak menghasilkan gegaran yang kuat.

"Tunggu! Tengok tuu!" seseorang menjerit.

Semua orang melihat ke arah akar itu semula.

"Ada cahaya?"

"Jangan risau semua, ini adalah pintu gerbang utama negara Elf!" jerit Carlos.

"Wahhh! Hebatnya!"

Semua orang teruja melihat perkara itu. Pintu gerbang ibu kota dilindungi oleh pokok sekeliling nya. Bukan itu sahaja, seluruh ibu kota negara Elf dilindungi oleh pokok-pokok yang tinggi.

Lepasi sahaja pintu gerbang itu, mereka dapat melihat situasi sebenar ibu kota negara itu. Ibu kota negara itu dipenuhi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau dan tumbuhan-tumbuhan yang berwarna-warni. Semua keletihan mereka hilang setelah menjejaki ibu kota itu. Pandangan yang cantik ditambah pula udara yang begitu segar.

“Lawanya!”

Melihat rumah-rumah mereka kebanyakan dibuat di dalam pokok. Mereka juga membela haiwan yang pelik-pelik. Samaada haiwan darat ataupun udara, haiwan itu akan dijadikan kendaraan untuk mereka.

“Selamat datang ke negara Elf!” , beberapa orang Elf menyambut kedatangan kami.

"Izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Ash! Saya adalah pengendali awak semua selama awak semua berada di sini. Jika ada masalah sila bertemu dengan saya ataupun rakan-rakan saya. Kamu semua mungkin kepenatan selepas perjalanan yang panjang. Izinkan saya untuk tunjukkan tempat istirahat kamu semua. Sila ikut saya!"

"Ye! Terima kasih Ash!" jawab Blaise.

Ash pun membawa rombongan manusia ke tempat istirahat.

"Kamu semua boleh tinggalkan kuda di sini. Kami akan uruskan nanti!"

Berada di hadapan kediaman yang mereka akan tinggal.

"Raqnid nii hotel kee!" soal Fat.

"Entah! Nampaknya macam tuu laa." jawab Raqnid.

Kediaman yang mereka akan duduki terlihat seperti bagunan yang tinggi. Cuma yang berbeza ialah bagunan ini ialah pokok.

Mereka pun diberi kunci bilik masing-masing. Masuk sahaja mereka di dalam tempat kediaman mereka itu.

Kesemua mereka terkejut melihat kawasan dalam kediaman itu.

"Oi nii macam dekat dunia kita laa!"

"Ye dalam pokok ni nampak macam hotel!"

"Tengok nii semua! Lift pun ada!"

"Hebat!"

Mereka pergi ke bilik masing-masing.

Raqnid dan Fat memasuki bilik mereka.

"Wahh! Tak sangka aku, negara Elf macam nii punya hebat." Fat teruja.

"Hahaha!"

Raqnid pergi ke jendela. Oleh kerana bilik berada di kedudukan yang tinggi. Dia dapat melihat suasana bandar yang begitu unik itu.

*Aku dah sampai di kampung kau, Sara!*

Raqnid tanpa berlengah lagi, dia meletakkan semua barangnya di dalam biliknya.

“Oi Raqnid kau nak pergi mana tuu! Dah gila ke nak keluar dari tingkap tuu!”

“Haha! Aku dah tak sabar laa nak teroka bandar nii.”

“Kalau iya pun tak sabar, tak kan keluar kut tingkap kut!”

“Aku nak tengok-tengok bandar nii dari atas jee!”

“Ummm, baiklah!”

Oleh kerana kedudukan pokok yang berdekatan antara satu sama lain. Ia memudahkan Raqnid untuk melompat dari satu pohon ke pohon yang lain.

[Stealth active][S] , dengan skill ini, orang lain tak akan dapat mengesan pergerakan Raqnid. Jadi dia bebas untuk bergerak ke sana-sini.

Raqnid bergerak secara rawak sehinggalah dia ternampak sebatang pokok yang paling tinggi berada di tengah-tengah bandar tersebut. Pokok itu berketinggian melebihi 100 meter.

*Macam menarik! Aku teringin nak tahu apa yang ada dekat atas sana?*

Tanpa dia sedar, dia telah memasuki kawasan pokok tersebut yang merupakan kawasan larangan.

“Shooosh!”

“Huh?” , salah satu pengawal yang mengawal kawasan tersebut merasakan sesuatu yang baru sahaja melepasinya.

“Kenapa?”

“Aku rasa macam ada orang baru melepasi aku tadi!”

“Haha! Mengarut laa kau, mana ada orang boleh panjat setinggi ni ! Kita berada dekat ketinggian 50 meter kau tahu, lagi pun dekat ketinggian macam ni tak ada dahan. Lain laa kalau orang tuu labah-labah boleh berlari di permukaan menegak.”

[Spider Leg][A] , skill ini akan membolehkan kaki penggunanya bergerak di pelbagai permukaan seperti labah-labah. Skill ini hanya mampu bertahan selama 5 minit.

Dengan skill baru, Raqnid mampu bergerak di permukaan menegak. Raqnid hanya merasa dirinya sekarang seperti berlari 100 meter menegak.

“Hehe! Sikit lagi!”

Di ketinggian 80 meter, dia dapat melihat dahan pokok yang tidak jauh lagi di hadapan. Awan tebal mula menghalang pandangannya. Dia kemudiannya melompat dari dahan ke dahan yang lain tanpa dapat melihat penghujungnya. Sampai sahaja di dahan terakhir, awan yang lebih tebal menutupi seluruh permukaan atas pokok itu.

“Huh! Baiklah! Hiyarghhh!” Raqnid melompat setinggi mungkin melepasi awan-awan yang tebal itu.

“Zhoosh”

Mata Raqnid terbuka luas, melihat keindahan bandar tersebut di tempat yang paling tinggi. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum kerana begitu teruja. Melihat ke arah pokok yang tertinggi itu, terdapat sebuah taman bunga yang cantik di atasnya. Sedangkan pokok itu tidak mempunyai sebarang daun.

*Perasaan apakah ini? Macam ni kah rasanya bebas! Boleh bergerak ke mana sahaja sesuka hati ku!*

*Menikmati pemandangan yang tidak dapat ku ucapkan dengan kata-kata. Tiada sesiapa di sini, hanya aku seorang diri bersama alam ini. Tenangnya!*

Raqnid pun mendarat di atas pokok itu. Melihat taman itu yang dipenuhi pelbagai bunga-bunga dan pokok-pokok yang cantik. Sewaktu dia menikmati keindahan taman tersebut, terlihat seorang wanita sedang membelai bunga-bunga disitu. Cara dia melihat dan membelai bunga itu mirip akan seseorang.

*Cara dia tuu macam…*

“SARA!”, Raqnid tanpa sengaja menyebut nama Sara dengan kuat.

*Mati laa aku! Lebih baik aku lari sekarang!*

Belum sempat Raqnid bertindak, wanita itu mengalih pandangan nya dengan pantas ke arah Raqnid. Mata Raqnid terbuka luas, terkaku selepas melihat wajah wanita itu. Niat nya yang hendak melarikan diri tadi terhenti. Mata nya hanya terpaku ke arah wanita tersebut.

*Di dunia ni, wujud ke bidadari?*

Kedua-dua mereka saling meratap antara satu sama lain.

"Maaf! Saya lihat dari jauh awak nampak macam rakan saya. Bila awak pandang arah sini, baru saya perasan yang saya silap. Maaf kan saya yee!"

Wanita itu langsung tidak memberikan apa-apa respon. Dia hanya memenung Raqnid.

"Haha! Awak mesti pelik kan kenapa saya boleh ada dekat sini. Sebenarnya saya… sesat. Haha! Maaf ya saya akan beredar sekarang!"

Krik… krik...

Sekali lagi, langsung tidak ada sebarang respon daripada wanita itu. Wanita itu hanya melihat Raqnid.

*Dah kenapa dengan perempuan ni? Senyap je dari tadi!*

Raqnid melihat mata wanita itu. Seperti ada suatu yang tidak kena.

*Wajahnya berseri-seri. Tapi! Ada sesuatu yang tidak kena! Dia kelihatan… sedih?*

Raqnid kemudiannya terkejut melihat wanita di depan nya itu. Tiba-tiba…

*Dia menangis? Tapi kenapa!*

Berlinang keluar air mata membasahi wajahnya.

*Apa yang dipikirkan nya? Siapakah yang menyakiti hatinya?*

Raqnid buntu melihat wanita itu yang tiba-tiba menangis di hadapan nya.

*Matanya… kelihatan seperti Sara pada malam tu! Adakah Sara juga sedih pada malam tu?*

"Kenapa awak nangis? Saya ada buat salah ke?"

Kata-kata Raqnid langsung tidak dapat didengari oleh wanita itu lagi. Hanya air mata yang mengalir tanpa sebab. Menjadi tanda tanya kepada Raqnid. Adakah dia punca kepada air mata itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience