Monica pergi ke dalam kawasan istana. Tongkat yang terdapat Dragon Heart pada pangkalnya dipacakkan ke tanah.
"Hohh!"
Monica mengikut setiap langkah yang di beritahu oleh Izar kepada nya.. Mantera khas untuk mengaktif kan Dragon Heart sedang dibaca oleh nya.
'CINNGG!'
Selesai sahaja mantera tersebut dibaca, terus muncul bulatan magik besar yang menggelilingi tongkat tersebut.. Tiba saatnya untuk Monica mengalirkan 'mana' nya ke dalam tongkat tersebut.. Sebaik saja, tangan Monica menyentuh tongkat tersebut.. Cahaya yang terang terpancar.. Monica dapat merasakan 'mana' nya sedang disedut dengan begitu banyak sekali tanpa dapat di kawal oleh nya.
"Ahhh! berapa banyak 'mana' langsung tongkat ni perlukan?"
Dengan sekelip mata, hampir separuh 'mana' Monica disedut. Namun, sihir tersebut baru mencapai 30% dan masih tersisa 70% untuk sihir tersebut lengkap sepenuhnya.
Kelihatan, sihir tersebut memerlukan lebih banyak 'mana' daripada apa yang Monica ada. Jika diteruskan, Monica mungkin akan mati kehabisan mana.
"Aku perlu berhenti sekarang sebelum 'mana' aku kehabisan!"
Saat Monica hendak melepaskan tangan nya dari tongkat tersebut, dia langsung teringatkan pengorbanan Razor.
*Heh(tersengih) , Kalau orang luar sanggup bermatian-matian berjuang menyelamatkan dunia ni, kenapa aku orang asal dunia ni begitu mudah mengalah!*
*Orang luar yang dimaksudkan ialah Razor yang datang dari dunia lain.
"Garggghh... Biarpun nyawa aku jadi taruhan, aku takkan bergangjak lagi!"
Monica terus biarkan 'mana' nya disedut untuk memastikan rancangan ini berjaya setelah ramai yang tekorban.
Mata, hidung dan mulut Monica mula berdarah apabila 'mana' nya hampir kehabisan. Setiap detik, satu per satu derianya mula hilang. Sedikit demi sedikit ia mencacatkan akalnya untuk berfikir dan benda terakhir yang dia fikir ialah...
*Sora!*
*Terima kasih untuk semuanya!*
'THROOOUGHH!'
'CING'
Monica membuka matanya.
"Aku dah mati ke?"
Apa yang dilihatnya hanyalah kegegelapan. Tiada sebarang hidupan lain melainkan hanya dia seorang diri.
"(tersenyum) Monica kau mati berjuang, bukankah itu sudah cukup bagus!" Monica cuba menenangkan dirinya.
"Huh.. Tunggu, sihir tu! Berjaya ke aku lengkapkan?"
Monica mula mempersoalkan sihir tersebut.
"Kalau sihir tu tak berjaya! Maknanya Demon King akan menang! Jika Demon King menang, semua negara akan musnah dan semua orang akan mati!"
"Ughh... Sob... Sniff"
"Jadi pengorbanan aku hanya sia-sia!"
ARGHHHH!!! Monica mula menyalahkan dirinya.
"Maafkan aku, Blaise!"
"Monica!" suara perlahan memanggil.
"Maafkan aku, Shino!"
"Monica!" suara perlahan memanggil.
"Maafkan aku, Carlos!"
"Monica!" suara perlahan memanggil.
"Maafkan aku, Rusk!"
"Monica!" suara perlahan memanggil.
"Maafkan aku, Razor! Sniff Maafkan aku, Sora... "
"MONICAAA!!!"
"Huh?" Monica tersedar apabila terdengar jeritan itu. Melihat di hadapan, tangannya masih memengang tongkat tersebut.
"Apa yang dah jadi? Bukankah, aku dah mati!"
"Apa awak merepek ni hah?" kata seseorang yang berada di belakangnya.
Monica kenal akan suara itu, dia menoleh ke belakang untuk memastikannya.
"Sora!"
"Ye!"
"Sniff.. Saya ingat kan, saya dah mati!"
"Heh.. Jangan risau, saya takkan biarkan awak mati.. Mari kita selesaikan semua ni.."
"Baiklah.."
Monica sekali lagi toleh kepala nya ke belakang sambil berkata. "Berani ye awak panggil saya dengan nama saya, Sora!" Monica bergurau.
"Ehh.. Maaf!"
"Kalau kita berdua masih hidup selepas berjaya aktifkan sihir ni.. Saya akan maafkan awak, Sora!"
"Heh.. Jangan risau.. Kita pasti berjaya!"
"GARGGGHH!" Kedua-dua mereka mengalirkan sebanyak mungkin 'mana' yang diperlukan oleh tongkat tersebut.
'JINNG!'
Dengan bantuan Sora, sihir tersebut berjaya diaktifkan dan juga Monica terselamat daripada kehabisan 'mana'.
Dragon Heart itu menembak cahaya seakan laser ke langit sehinggalah ke satu tahap ketinggian, cahaya laser yang lurus tersebut berpecah bertebaran menghasilkan satu dinding hemispera lutsinar yang sangat besar menutupi keseluruhan istana Demon King.
Sora dan Monica menghembuskan nafas lega apabila berjaya menyelesaikan misi mereka.
Monica memandang ke arah Sora dan berkata.
"Terima kasih Sora kerana datang selamatkan saya!" timbul riak wajah gembira pada wajah Monica.
"Hehehe... Jangan risau laa captain!"
*Kesemua ahli kumpulan Stingray dipanggil captain sebagai perhormatan.
"Monica!" jawab Monica.
"Uhhh?" Sora keliru.
"Mulai sekarang, panggil saya Monica bukannya captain!"
"(tersenyum) Baiklah... Monica!"
####
Skillnya akan menyerap seberapa banyak mungkin kerosakan yang dikenakan ke atas Fat dan ia akan memantulkan semula jumlah kerosakan yang sama pada musuhnya setelah musuhnya selesai menyerang.
Fat hanya perlu bertahan selama mungkin sehingga Demon Dylas berhenti menyerang. Lebih kuat serangan yang diterima, lebih kuat pantulan yang akan diterima oleh Demon Lord Dylas selepas itu.
*Ahhh, mampu ke aku bertahan?*
Setiap kali menerima tumbukan Demon Lord Dylas, Fat pasti menerima kecederaan dalaman. Hidungnya dan mulutnya mula berdarah. Sedikit demi sedikit kecederaan mula terlihat pada tubuh badan Fat.
Setelah menerima berpuluh-puluh tumbukan, tubuh badan Fat tidak mampu lagi bertahan.
*Gerrghh, adakah ini perakhiran aku?* mata Fat mula layu dan tidak mampu lagi berfikir. Dia sudah hilang kewarasan akal nya untuk berfikir, hanya badan nya sahaja yang masih bertahan.
"Nampaknya kau dah semakin lemah!" Demon Lord Dylas dapat merasakan Fat sudah tidak mampu lagi bertahan. Perisainya mula bergetar dan setiap tumbukan yang diterima mula menolak Fat ke belakang.
'TINNNG!'
"Huh!" Fat sedar kembali.
"MATILAH KAU!" Demon Lord Dylas meletakkan tekanan kuat pada tumbukan yang seterusnya kerana dia menyangka tumbukan kali ini pasti mengalahkan Fat.
'DHOOOM!'
*Huh? Ini perasaan aku ke hah? Perisai nya tadi seperti melawan tumbukan aku.* Demon Lord Dylas hairan.
*Aku tak tahu apa yang berlaku, tapi kekuatan aku seperti pulih kembali!* Fat kembali berdiri dengan teguh.
*Ketahanan dia, kembali menjadi kukuh!* Demon Lord Dylas menyedari akan hal itu.
Pada saat itu, kedua-dua mereka mula menyedari bagaimana mereka hendak menamatkan pertarungan ini.
*Siapa yang bertahan paling lama...* Fat.
*Dialah yang akan menang!* Demon Lord Dylas.
"GARGGGHH!" Kedua-dua mereka menjerit, menggunakkan sepenuh kekuatan mereka menyerang dan bertahan.
DHOOM! DHOOM! DHOOM!
Tumbukan demi tumbukan deterima oleh Fat namun dia tetap bertahan. Demon Lord Dylas juga begitu kerana setiap saat dia berada dalam bentuk form nya, dia kehilangan tenaga. Setiap serangan atau pergerakannya dalam bentuk form menggunakan lebih banyak tenaga berbanding bentuk asalnya.
*Erghh, bila dia nak berhenti ni?* Fat dalam hati.
"Ciss, manusia tak guna! Apa gunanya kau bertahan kalau kawan-kawan.."
'ZHOOSH!'
"HUH?" Demon Lord Dylas menyedari akan serangan yang datang padanya.
'SHOOSH!'
Dia terus mengelak dan sewaktu dia mengelak serangan tersebut, ternyata serangan yang datang ke arahnya adalah anak panah.
"Tak guna!"
Demon Lord Dylas pun terpaksa berhenti menyerang Fat. Dia menoleh ke arah datangnya serangan itu dan melihat Leonel berdiri teguh dengan sihat.
"Apa yang dah jadi ni? Bukankah kau sepatutnya dah mati!"
"Hah.. Hahahahahhaha" Fat tertawa.
Demon Lord Dylas menoleh dengan pantas ke arah Fat. "Apa yang kau tertawakan hah?"
"Petarungan kita berakhir di sini!" jawab Fat.
"Huh?" Demon Lord Dylas keliru.
[What you give, you get back!] [Skill] [SSS]
DHOOM
*Apa semua ni, aku rasa seperti baru dipukul dengan sesuatu yang sangat kuat!*
"Apa yang kau buat kat aku hah?" soal Demon Lord Dylas pada Fat.
"Rasakanlah tumbukan kau sendiri!" jawab Fat.
"Huh?... Jadi, sebab kau menahan serangan aku selama ini adalah... Ughhhh!"
DHOOM×(Jumlah tumbukan yang diterima Fat)
"ARGGHHHHHHHHHH!"
Buat pertama kalinya, Demon Lord Dylas merasakan tumbukannya sendiri. Dia menyedari yang badannya sendiri tidak mampu bertahan apabila menerima tumbukan sendiri. Dia juga akhirnya menyedari kelemahannya, kenapa dia selalu tewas dengan Demon Lord lain. Kenapa dia digelar Demon Lord yang paling lemah. Kerana bukan serangannya yang lemah tapi ketahanannya yang lemah.
Selesai sahaja Demon Lord Dylas habis menerima serangan tersebut. Dia terus jatuh melutut ke tanah.
"Heh.. Jadi sebab itulah aku selalu kalah! Hahaha.. Aku memang bodoh!"
'SHOOSH!'
'SHOOSH!'
'SLAASH!'
'SLAASH!'
Terputus kedua-dua tangan Demon Lord Dylas dipotong Kiel dan Doug.
"KETEPI SEMUA!" jerit Leonel.
Fat, Kiel dan Doug berganjak dari tempat tersebut.
'ZHOOOOOSH!'
Anak panah dilepaskan meluru laju ke arah kepala Demon Lord Dylas.
Fat melihat Demon Lord Dylas dari jauh. Demon Lord Dylas seperti mengatakan sesuatu namun tidak dapat didengari Fat. Tetapi, melalui pergerakan mulutnya, Fat dapat meneka apa yang dikatakan Demon Lord Dylas.
"Pertarungan yang hebat, Fat!"
Panahan Leonel mengenai tepat ke arah kepala Demon Lord Dylas.
'KBOOMMM!'
"HAHH!" Fat mengakuinya.
"Nancy! Kita kena cari Nancy!" kata Kiel.
"Tunggu macam mana korang boleh.." soal Fat.
"Entah.. Kami tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar tangan, kaki, badan kami dah sembuh seperti sedia kala." jawab Doug.
"Oiiiii!" jerit seseorang.
"Fat, Doug itu Nancy!" kata Kiel.
"Nancy pun sembuh kembali!" kata Doug.
Kiel dan Doug berlari ke arah Nancy.
"Heh! Bagus laa semua orang selamat!" Fat terduduk sebab keletihan.
#####
Sebelum itu...
"Apa awak cuba buat ni Rose? Berhenti! Awak perlu rehat!" soal Sofia.
"Saya takkan dapat bertahan lagi, Sofia!"
"Jangan cakap macam tu, Rose!"
"Biarkan saya berjuang sampai penghujung, Sofia!"
Rose mengangkat tangan kanannya ke udara sambil mulutnya membacakan mantera. Mantera yang dibaca langsung tidak dapat didengari oleh Sofia kerana Rose tidak mempunyai tenaga lagi, Sofia hanya dapat melihat pengerakan mulut Rose sahaja.
"Cukup laa tuu, Rose! Berhenti!"
Kata-kata Sofia langsung tidak diendahkan Rose, dia terus membacakan mantera tersebut. Air matanya mengalir jatuh ke bumi apabila mengenangkan saat-saat terakhirnya sebelum dia meninggalkan dunia tersebut.
Ting!
"ROSEEE!" jerit Sofia.
Satu bulatan magik kecil terbentuk pada tapak tangan Rose.
"Heal!"
TINGGGG!
Satu gelombong terbentuk dari telapak tangan Rose kemudian beredar ke seluruh pelusuk bumi. Gelombong tersebut menyembuhkan segala kesakitan, luka dan penyakit yang dialami oleh penduduk dunia tersebut kecuali puak Demon.
"Kecederaan aku dah pulih!"
Tentera yang mana mengalami kecederaan yang teruk terus sihat kembali.
Orang yang selama ini terbaring di atas katil akibat koma, sedar kembali. Segala penyakit yang terdapat di dunia itu terus lesap. Pada saat itu, penduduk dunia tersebut hairan melihat semua orang sakit sembuh seperti sediakala. Mereka menganggap satu keajaiban yang sangat besar telah berlaku kepada mereka.
[Deadly Heal][Skill][SSS]
[Pro: Heal everything according user will.]
[Con: Take user life.]
Tangan kanan Rose kemudiannya jatuh perlahan-lahan lalu disambut Sofia.
"Huh?" Sofia menggenggam erat tangan Rose.
Sofia hairan melihat Rose yang langsung tidak bergerak. Namun matanya masih terbuka. Sofia kemudiannya menggigil tangannya apabila hendak memeriksa nadi Rose kerana takut menerima kenyataan.
Sofia meletakkan jari telunjuknya pada leher Rose. Dia kemudiannya terkaku dan terkejut dengan kenyataan tersebut.
Sofia perlahan-lahan mengangkat tubuh Rose lalu memeluknya dengan erat.
Jilk dan Zack terkejut melihat tindakan Sofia itu.
"Oi, Sofia! Apa yang dah jadi dekat Rose? Kenapa tiba-tiba senyap?" soal Jilk.
Langsung tidak di balas Sofia. Sofia mengambil kesakitan hati yang paling dalam lalu dikeluarkan.
"GWUARGHHHH!" lalu teriak menangisi pemergian Rose.
Jilk menggenggam penumbuk, Zack menundukkan kepalanya apabila menyedari keadaan Rose daripada tangisan Sofia itu.
*Gerghh, kalau bukan tindakan aku yang melulu pasti Rose…sniff* Jilk merupakan orang paling terkesan sekali.
"Heh, Healer tak guna! Sampai penghujung menjengkelkan aku! Dasar sampah!" kata Demon Lord Dolce.
"GARGGGHH!" mendengar cacian itu, Jilk terus meluru menyerang Demon Lord Dolce.
SHOOSH!!!
CLANK!!!
"Heh!" Demon Lord Dolce menepis serangan itu.
“Lebih baik kuat tutup mulut kau!” jerit Jilk.
“HIYARGHH!” bertubi-tubi Jilk menyerang Demon Lord Dolce namun semuanya ditepis dan ditangkis.
“Tiada guna menyesal atas tindakan kau, manusia! Sebab aku akan hantar korang bersama healer tuu sebentar lagi!” Demon Lord Dolce menyerang balas.
HYOSSH!!!
Zack datang menyelamatkan Jilk daripada serangan balas tersebut.
“Jilk kuatkan diri kau! Kalau kau serang melulu macam tuu, lagi mudah dia untuk menyerang kau.. Buang perasaan marah kau.. Aku faham perasaan kau, tapi perasaan kau takkan dapat tewaskan dia.. Tenangkan diri kau.. Pendam perasaan kau, sampai ke tahap yang kau tak dapat lagi menahannya.. dan pada waktu tu, lepaskan segala perasaan kau yang tersimpan.. Fikir kita perlu balas dendam untuk Rose.. Jangan sia-sia kan pengorbanan dia!”
Kata-kata Zack berjaya menenangkan Jilk yang begitu marah.
“Hurhhh!” Jilk menarik nafas.
“Mari!” kata Jilk.
Kedua-dua mereka menyerang Demon Lord Dolce dengan lebih teratur dan berstruktur.
HYOOOSH!
CLANNK!
CLANGG!
CLINGG!
Setiap serangan berjaya dilancarkan dengan sempurna sehingga tiada kesempatan untuk Demon Lord Dolce menyerang balas. Tombak Jilk yang laju menipiskan peluang Demon Lord Dolce untuk menyerang diikuti pedang besar Zack yang memberi tekanan yang kuat kepada Demon Lord Dolce apabila setiap kali dia menepisnya.
“Gerghhh!” Demon Lord Dolce mengalami kesukaran buat pertama kalinya.
Melihat kedua-dua pihak lawannya yang menjadi begitu serius selepas kematian rakan mereka.
“Tak guna!”
SHOOSH!!!
“Huh!” Demon Lord Dolce terkejut apabila tiba-tiba muncul seseorang dibelakangnya ketika dia hendak menjarakkan dirinya daripada Jilk dan Zack.
WHOOOSH!!!
Demon Lord Dolce mengelak namun sudah terlewat kerana mata pedang Sofia sudah melekat pada belakangnya.
Buat pertama kalinya, Hero berjaya melukakan Demon Lord Dolce.
“Gerghhh, mereka dah nampak berbeza!” kata Demon Lord Dolce.
“Ini baru permulaannya!” Jilk menyerang.
SHOOOSH!!!
Mereka saling membalas serangan, Demon Lord Dolce tidak mampu lagi menepis dan menangkis kesemua serangan kerana ia hanya menyebabkan dia berada dalam situasi sukar.
Untuk menyerang balas, dia perlu mendedahkan dirinya pada bahaya dengan menerima sedikit serangan. Namun perkara tersebut takkan berlaku kerana corak pertarungannya sentiasa mengekalkan jarak yang selamat dengan musuh apabila bertarung. Oleh kerana pedangnya yang panjang dan dia selalu menggunakan hujung pedang untuk menyerang atau menepis.
Malangnya, corak pertarungannya kali ini tidak lagi berkesan apabila bertembung dengan Hero-hero ini.
Kedua-dua pihak saling menerima serangan. Perlawanan berlanjut dengan begitu panjang, kedua-dua belah pihak masing-masing mengalami kecederaan.
“Kita takkan dapat bertahan macam ni!” bisik Zack.
“Aku dah sampai had aku, Zack!” jawab Jilk.
“Had kau?... Ouhhh! Heh(tersengih), baiklah! Masa untuk tamatkan permainan ini!” kata Zack.
Zack kemudiannya meluru laju kearah Demon Lord Dolce seorang diri.
SHOOSH!!!
Zack membuat pukulan yang besar.
WHOOOSH!!!
Dengan mudah dielak oleh Demon Lord Dolce.
“Kau dah hilang akal ke hah, serang aku seorang diri!”
WHOOOSH!!! Sekali lagi dilibas oleh Zack.
“Heh!” Zack tersengih.
“Aku tak tahu apa korang fikirkan, tapi rancangan korang langsung tak masuk akal.. Orang bodoh jee dedahkan dirinya kepada bahaya macam nii..” Demon Lord Dolce menyerang balas.
WHOOOSH!!
“Ahhh!” Serangan Demon Lord Dolce memberi kesan dalam pada badan Zack.
“JILKK!” jerit Zack.
Muncul Jilk di belakang Zack, meluru menyerang Demon Lord Dolce.
Zack hanya menggunakan dirinya sebagai umpan supaya Jilk dapat mendekatkan dirinya sedekat mungkin dengan Demon Lord Dolce kerana Demon Lord Dolce langsung tidak akan membenarkan musuhnya dekat dengannya melebihi panjang pedangnya.
SHOOOSH!!
“Kau ingat kau akan berjaya serang aku!” kata Demon Lord Dolce.
Demon Lord Dolce yang mengundurkan dirinya untuk mengekalkan jaraknya dengan Jilk namun Jilk sudah memasuki jarak keselamatan Demon Lord Dolce dengan musuh.
WHOOSHH!!
Pedang Demon Lord Dolce dihayun menyasarkan leher Jilk yang hanya beberapa inci daripadanya.
SPURTT!!
“HUH!” Demon Lord Dolce terkejut apabila Jilk menggunakkan tangannya sendiri sebagai perisai untuk menepis serangan itu.
*Manusia ni dah tak siuman! Dia korbankan tangannya semata-mata untuk mendekati aku! Dia dah gila macam Leon!*
Tangan kiri Jilk terputus lalu tangan kanannya menikam Demon Lord Dolce dengan tombaknya.
“GARRGHHH!!!”
ZHOOOSH!!
Tusukan yang dalam sehingga menembusi badan Demon Lord Dolce.
“Hehe, high risk high return!” kata Zack yang terbaring di atas tanah.
“Gorrghhhh!” Demon Lord Dolce melihat mata Jilk yang penuh dengan kemarahan.
“Ini untuk Rose!” kata Jilk.
“Gargghhh! Aku Demon Lord Dolce takkan kalah dengan manusia lemah macam korang!” Demon Lord Dolce mengangkat pedangnya menyasarkan leher Jilk.
Jilk tidak mampu lagi bergerak.
ZHOOSHH!!
Kepala Demon Lord Dolce dipancung oleh Sofia.
*Huh? Kenapa badan aku dekat situ? Aku dah kalah dengan manusia-manusia ni ke? Tak mungkin!*
===IMBAS KEMBALI===
Demon Lord Dolce mula mengingati kata-kata Demon Lord Leon kepadanya.
"Kenapa! Kenapa! Kenapa aku selalu kalah dengan kau! Walaupun sekuat mana aku berlatih, aku masih tak dapat kalahkan kau, Leon!" kata Demon Lord Dolce.
"Kadang kala, kau perlu berani ambil risiko untuk menang, Dolce!" jawab Demon Lord Leon.
"Apa maksud kau!"
"Kau kena buang corak pertarungan kau tu dan dedahkan diri kau kepada bahaya!"
"Itu kerja gila! Aku takkan dedahkan diri aku kepada bahaya dan aku tahu corak pertarungan aku ni adalah terbaik!"
"Sebab itulah kau selalu kalah, Dolce! Kau terlalu takut mengambil risiko! Kau hanya memilih jalan selamat!"
===IMBAS KEMBALI===
*Sekarang ni, aku baru faham apa yang dimaksudkan kau, Leon! Kalaulah aku tak sombong untuk menerima kekurangan aku, pasti—*
“Hah!” Jilk jatuh melutut ke tanah.
“Akhirnya, kami berjaya bunuh Demon Lord, Rose! Sniff!” Sofia mengenangkan pemergian Rose.
Walaupun mereka berjaya tewaskan Demon Lord Dolce, itu tidak membuatkan mereka sedikit pun gembira kerana kematian Demon Lord Dolce tidak langsung setara dengan apa yang mereka hilang.
Mereka mula menitiskan air mata kembali.
“Rose maafkan aku!” kata Jilk.
“Rose kau wanita yang hebat!” kata Sofia.
“Rose kau satu-satunya wanita yang layan budak jahat macam aku ni dengan baik!” kata Zack.
Maka, berakhirlah pertarungan mereka dengan Demon Lord Dolce.
Share this novel