Chapter 23 - Sayonara

Fantasy Completed 2305

Harini merupakan hari terakhir Sara di negara Human.

*Perlu ke aku bagi dia menang harini?*

Raqnid melompat dari pokok ke pokok yang lain mencari Sara.

Terlihat Sara berdiri di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi pokok. Sara kelihatan seperti berada keadaan tidak bersedia untuk bertarung.

Raqnid pun pergi menyapa Sara.

"Sara apa awak buat? Macam tak bersedia nak bertarung jee harini!"

Sara hanya mendiamkan diri lalu pergi meninggalkan tempat itu.

Raqnid hairan melihat reaksi Sara itu.

*Dah kenapa tuu?*

Pada malamnya…

Kesemua ahli kumpulan berkumpul dan juga kesemua Elf juga berkumpul.

Pelbagai hidangan disediakan meraikan hari terakhir Elf di negara ini dan mereka akan pulang pada keesokan harinya.

Raqnid dan Fat menikmati pelbagai hidangan yang disediakan secara percuma.

"Nii laa kesempatan kita Raqnid untuk makan sepuasnya…. Gmmmm!" Fat sambil mengunyah ayam di dalam mulutnya.

"Uhmm… mmmm" mulut Raqnid penuh dengan makanan.

Terlihat kelibat Albert dan Sara dari jauh berjalan menuju menghala ke arah mereka. Sara berjalan sambil menundukkan kepalanya.

"uhuk...uhuk" tersedak Raqnid apabila dia hendak menghabiskan makanan di dalam mulutnya dengan cepat.

Mereka berdua berhenti makan dan menunggu Albert dan Sara yang hendak datang ke arah mereka.

Sara tiba-tiba berhenti.

*Aku tak mampu nak bersemuka dengan Raqnid! Tak! Tak!*

"Kenapa nii Sara?" soal Albert.

Sara memberikan isyarat yang dia mahu ke tandas, dengan ini dia dapat mengelak daripada bertemu dengan Raqnid.

"Umm, Baiklah! Hati-hati!"

Sara pun pergi tanpa menoleh ke belakang sedikit pun ke arah Albert.

"Sara pergi mana tuu?" Fat tertanya-tanya.

*Kenapa dengan Sara nii dari tengahari tadi dia berperangai pelik?* Raqnid berkata dalam hati.

Albert pun langsung ke arah Raqnid dan Fat.

"Apa khabar!" Albert menyapa mereka berdua.

"Baik!"

Albert memandang kearah Raqnid dengan serius.

*Gulp! Kenapa orang tua nii? Pandang aku serius sangat!* Raqnid merasa kurang selesa.

Albert kemudiannya memeluk tubuh Raqnid dengan kuatnya.

"Huhuhu! Terima kasih Raqnid sebab jaga Sara selama 3 bulan nii!" Albert berkata dengan nada yang sayu.

*Ahhh!*

"Yeyeye! Sama-sama!" Raqnid menjawab sambil menepuk belakang Albert di dalam pelukan mereka.

Ramai orang memerhatikan gelagat mereka yang berpelukan itu.

"Tuan! Boleh tak lepaskan saya! Saya rasa dah cukup kut, sebab orang tengah tengok kita pelik nii!"

Albert kemudiannya memeluk Raqnid dengan lebih erat.

"Awak takde sentuh-sentuh Sara ataupun suruh Sara buat benda yang bukan-bukan kan?" nada yang sayu tadi bertukar menjadi begis.

(Gulp!) "Takde! Takde!" Raqnid tergetar-getar menjawab.

Albert pun melepaskan Raqnid daripada pelukkannya.

Albert sekali berterima kasih kepada Raqnid kerana menjadi pasangan Sara selama 3 bulan.

"Tuan! Sara ke mana tadi tuu? Kenapa dia tak datang sekali dengan tuan?" Fat bersuara.

"Ouhh! Korang tak perlu tahu! Itu hal wanita!" Albert menjawab dengan serius.

"Haha! Ye ke faham-faham!" Fat membalas.

Raqnid hanya termenung memikirkan Sara yang berkelakuan pelik.

"Dah laa! Saya pergi dulu, nanti kalau korang ada kesempatan datang laa ke negara Elf. Saya akan berikan layanan yang terbaik." Albert pun pergi menikmati makanan.

Parti malam itu sungguh meriah, cahaya-cahaya api daripada obor menerangi tempat tersebut. Lagu-lagu kedengaran daripada ahli muzik yang dijemput khas ke istana.

"GARHHHGHH!"

"Huh!" Raqnid mendengar sesuatu. Lalu dia memberitahu Fat.

"Kau dengar tak bunyi sesuatu!"

"Hah? Tak pun!"

"Bunyi raksasa yang besar mengaum!"

"Kau nii pelik-pelik laa, mana ada! Abaikan jela mungkin bunyi serigala jee tu."

"Garggghh!"

Sekali lagi Raqnid mendengar bunyi itu. Sementara orang lain tidak mendengar apa-apa kerana suasana disitu yang begitu bising disebabkan bunyi musik dan orang gelak ketawa. Raqnid dapat mendengar kerana derianya yang lebih peka.

"Kau nak pergi mana tuu Raqnid?" Fat menyoal rakannya yang tiba-tiba berjalan ke arah lain meninggalkannya.

"Aku sakit perut laa! Pergi tandas kejap!"

"Ouhh! Ok!"

Raqnid kemudiannya berlari menuju ke arah hutan yang berdekatan dengan istana. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena.

*Hah! Kenapa aku mesti larikan diri daripada dia? Mesti dia ingatkan aku bencikan dia!*

Sara berjalan-jalan sehingga dia memasuki ke dalam hutan. Dia tidak sedar yang dia telah berjalan jauh ke dalam hutan ketika sedang memikirkan hal itu.

Tiba-tiba muncul dihadapannya seekor minotaur yang lima kali ganda lebih besar daripada minotaur biasa.

Memandang ke arah minotaur itu, kelihatan begitu mengerikan. Minotaur itu memegang pedang besar di tangan kanannya. Sara terperanjat melihat minotaur yang sebegini besar.

*Minotaur jenis apa yang besar sangat nii?*

Minotaur tanpa menunggu lama, terus memukul pedangnya ke arah Sara.

"Kbooom!"

Sara berjaya mengelak serangan pedang minotaur itu namun serangan minotaur itu menghasilkan 'Area of Effect(AOE)' yang menyebabkan serpihan-serpihan batu yang pecah daripada hentakan pedang minotaur itu ke tanah melantul mengenai Sara.

Sara terjatuh menghempap punggung ke tanah.

*Aduhh! Aku kena lari! Aku tak boleh lawan tanpa busur aku. Tapi! Kalau ada pun, aku takkan dapat tewaskan minotaur nii. Pilihan yang aku ada hanyalah lari.*

Sara dengan pantas berpijak dengan dua kakinya bersedia untuk melarikan diri.

“GARGHHH!!!”

*Huhhhh!!*

Kedua-dua kaki Sara hilang kekuatan untuk bergerak. Seluruh tubuh badannya menggigil ketakutan selepas mendengar minotaur itu mengaum. Sara jatuh melutut di hadapan minotaur itu, badannya langsung tidak mampu bergerak seinci pun.

*Ahhh! Adakah ini perakhiran ku?*

Sara hanya melihat minotaur di hadapannya hendak memukul serangan seterusnya.

*Sesiapa tolong! Tolong! Tolong!* mengalir air matanya.

“Garghhhh!” , minotaur itu pun memukul pedangnya ke arah Sara.

*Raqnid!!!* Sara memejam matanya sambil berteriak di dalam hatinya.

“Ting!” bunyi pedang berlaga.

"Oi! Raksasa kau buat apa dekat sini hah!"

Raqnid menghalang pukulan pedang minotaur itu dengan pisau kecilnya yang sentiasa berada di pinggangnya sepanjang masa.

"Fox Claw XIV!" Raqnid dengan serius melancarkan serangan.

Minotaur itu tidak dapat menepis serangan yang laju itu. Dengan sekelip mata, skill itu menghasilkan 14 kali serangan. Setiap serangan telah membelah setiap sudut badan minotaur itu sehinggalah ke lehernya.

Raqnid kemudiannya menoleh kearah Sara melihat keadaannya.

“Awak okey tak Sara?”

Sara kemudiannya membuka matanya, dia lega selepas melihat Raqnid di hadapannya. Cuba untuk menggerakkan kakinya untuk berdiri.

*Ahh!*

Kaki Sara masih lemah untuk bergerak, dia jatuh namun dapat disambut Raqnid.

“Awak okey tak nii?” , Raqnid dapat merasa tubuh Sara menggigil ketakutan.

Tanpa berfikir panjang, Raqnid mengangkat Sara menggunakan kedua tangannya.

*Hah!* Sara terperanjat apabila Raqnid mengangkatnya secara tiba-tiba.

Raqnid berlari meninggalkan kawasan itu untuk menghilangkan ketakutan Sara. Sara tidak sempat melihat apa yang berlaku kepada minotaur itu.

Sara buat pertama kalinya melihat wajah Raqnid dari dekat. Jantung Sara berdegup kencang. Dia meratap wajah Raqnid buat kali terakhirnya, mengalirkan air mata kerana selepas ini dia mungkin tidak dapat melihat Raqnid lagi.

*Sekarang aku baru faham, kenapa aku begitu tertarik dengan lelaki nii?*

Air mata Sara mula membasahi wajahnya itu. Memikirkan kenangannya bersama Raqnid.

*Jawapannya tersangat laa mudah!*

Di bawah cahaya bulan penuh, Sara telah menemui jawapan yang selama ini bermain di pikirannya.

*Sejak hari pertama aku melihat lelaki ini, aku telah mencintainya tanpa aku sedar.*

*Setiap perkara yang lelaki ini lakukan hanya terlihat biasa bagi orang lain. Tetapi tidak bagi aku kerana perkara biasa yang lelaki ini lakukanlah yang menarik minatku untuk mengenali lelaki ini dengan lebih mendalam. Setelah mengenalinya dengan lebih mendalam, ternyata takdir kami tidak akan bertembung. Perbezaan diantara kami seperti langit dengan bumi. Kami berdua seperti hidup di alam yang berbeza. Tapi aku gembira dapat mengenalinya!*

Raqnid membawa Sara ke suatu tempat yang sangat tinggi untuk mengelak daripada raksasa.

"Awak boleh tak nii?" Raqnid perlahan-lahan meletakkan Sara. Sara kemudiannya sedikit demi sedikit berdiri sambil dibantu oleh Raqnid.

Sara menghadap membelakangi Raqnid.

"Awak tak cedera kan?"

Tiba-tiba perkataan tertulis di udara tanpa Sara menulis dengan tangannya. Tulisan itu tertulis di belakang Sara untuk ditunjukkan kepada Raqnid.

'Saya okey! Terima kasih kerana selamatkan saya!'

"Takde hal laa! Uhmm! Awak marahkan saya ke? Sebab harini awak macam taknak berjumpa dengan saya je?"

'Taklah! Kenapa saya nak marahkan awak sedangkan awak tak pernah buat salah. Saya patutnya berterima kasih sebab awak telah banyak bantu saya.'

'Terima kasih sebab jadi pasangan bertarung saya. Terima kasih sebab ajar saya banyak perkara. Terima kasih sebab layan karenah saya. Terima kasih sebab hiburkan saya. Terima kasih sebab temani saya walaupun hujung minggu. Terima kasih sebab.. '

Sara mengelap air mata yang membasahi wajahnya itu.

Sara menoleh wajahnya ke arah Raqnid. Raqnid buat pertama kalinya melihat mata Sara yang begitu cantik. Matanya kebiru-biruan seakan-akan cahaya bulan yang menerangi malam itu.

'Terima kasih! Saya beruntung dapat bertemu dengan awak. Saya gembira dapat berkenalan dengan awak. Saya seronok dapat berbual dengan awak.'

Sara cuba untuk menahan air matanya daripada mengalir keluar.

*Kalau boleh saya nak bertarung dengan awak lebih lama! Kalau boleh saya nak makan bersama awak lebih lama! Kalau boleh saya taknak berpisah dengan awak! Kalau boleh saya nak tinggal di sini dengan awak! Kalau boleh saya nak bersama awak selama-lamanya Raqnid!* Sara berkata di dalam hati.

Sara kemudiannya menoleh ke belakang membelakangi Raqnid. Sara mahu meninggalkan Raqnid kerana dia tidak mampu lagi melihat wajah Raqnid. Semakin lama dia lihat, semakin sukar dia hendak meninggalkan Raqnid.

Sewaktu Sara hendak pergi meninggalkan Raqnid. Terbeliak mata Raqnid terkejut kerana buat pertama kalinya dia mendengar suara gadis itu. Kata-katanya yang pertama dan terakhir kepada Raqnid adalah..

"Sayonara!"

Sara meninggalkan Raqnid.

°°°°°°

Keesokan harinya…

Hari ini merupakan hari dimana kesemua Elf yang datang ke negara Human 3 bulan yang lalu akan pulang ke tanah air mereka.

Kesemua orang pernah berpasangan dengan Elf tiga bulan lepas berkumpul mengucapkan selamat tinggal termasuk Raqnid.

"Kau tak jumpa kee Sara?" soal Fat.

"Tak jumpa pun!"

"Dia taknak ucap selamat tinggal kee?" Fat tertanya-tanya.

*Jadi yang semalam tuu merupakan ucapan selamat tinggal awak, Sara!*

"Dekat sana tuu ada tak Sara!" Fat memberitahu.

Melihat kearah Elf yang menaiki kuda, mencari Sara namun tidak kelihatan.

"Uhm, takdak pun! Mungkin dia dalam salah satu kereta kuda tuu kut?"

"Ye mungkin!" Raqnid menjawab.

*Jumpa lagi Sara!*

Setelah itu kumpulan Elf itu pun bergerak meninggalkan negara Human.

"Tuk! Tuk!" bunyi pintu diketuk.

"Siapa?"

"Nii Albert!"

"Masuk!"

Sara termenung melihat ke luar tingkap kereta kuda yang dinaikinya. Wajahnya kelihatan suram.

"Awak okey tak Sara!"

Lalu Albert menampar mukanya.

"Maafkan saya, kita hanya berdua!"

Albert menundukkan hormat sambil meletakkan tangannya di dada. Suaranya berubah dengan nada yang lebih hormat.

"Awak okey tak, Puteri Shara!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience