"Kita akan bertembung dengan Demon Lord! " Blaise berkata dengan muka yang serius.
Kesemua mereka terkejut mendengarkan hal itu. Siapa tak terkejut apabila mereka terpaksa bertembung dengan raksasa mengerikan sebegitu.
"Bukankah negara dilindungi oleh benteng yang menghalang raksasa daripada masuk!" soal salah seorang daripada mereka.
"Ye! Betul tuu! Benteng nii hanya menghalang raksasa daripada luar masuk ke dalam tetapi ia takkan menghalang raksasa yang berada di dalam negara. " jawab Shino.
"Jadi macam kita nak hentikan semua nii?" Rose menyuarakan kerisauannya.
Ahli-ahli kumpulan Stingray terdiam selepas mendengar soalan. Mereka pun buntu apa cara yang hendak mereka lakukan untuk menghentikan semua ini. Musuh yang bakal mereka hadapi adalah demon lord Vishnal. Ianya bukan musuh yang boleh dibuat main. Pertarungan ini melibatkan risiko yang tinggi tambahan pula kelima-lima hero yang baru saja dijelmakan masih terlalu awal untuk bertembung dengan Demon Lord.
"Jangan risau! Kita lawan jee macam biasa. " Monica bersuara.
"Apa maksud kau jangan risau hah? Perlawanan ini melibatkan nyawa kau tahu! Senang-senang je kau cakap lawan macam biasa!" kata-kata Monica tadi menimbulkan kemarahan mereka.
"Apa kau cakap nii hah Monica? Terukkan lagi keadaan jee!" bisik Rusk.
Monica kemudiannya bergerak ke hadapan. Menerangkan maksud kata-katanya tadi.
"Masa akan menyelamatkan kita!"
Kesemua orang buntu mendengar kata-kata Monica.
"Kita hanya perlu lengahkan masa! Selamatkan orang awam! Elakkan pertarungan yang sia-sia! Kerana sekarang pasti kesemua ahli sihir bergabung tenaga cuba untuk melemahkan Demon Lord tuu! "
"Apa yang terjadi kepada Demon Lord jika kami dapatkan lengahkan masa?" soal Ray.
"Demon Lord tuu akan dikeluarkan dari negara nii! Kerana ada satu magik yang dapat 'teleport' sesuatu. Tapi magik itu memakan masa dan 'mana' yang banyak."
"Berapa lama mereka perlukan?" soal Jilk.
"50 minit ataupun lebih!" jawab Monica.
"Monica tuu teruk betul cara dia terang! Berbelit-belit." bisik Rusk kepada Carlos.
"Aku pun tak faham kadang-kadang apa cuba terangkan! Hehe!"
"Huh!" Monica menoleh ke arah Rusk dan Carlos dengan pandangan yang tajam.
Kedua mereka mengelak pandangan itu.
"Ahh!" Blaise menghembuskan nafas kerisauan kerana 50 minit merupakan satu jangka masa yang agak panjang. Dalam tempoh itu, pelbagai perkara boleh berlaku.
"Kami takkan paksa korang untuk bantu kami kerana ini melibatkan nyawa! Tapi jika diantara ingin membantu kami sangat menghargai." Blaise mula bertindak sebagai ketua kumpulan Stingray.
"Baiklaah! Saya akan bantu!" Ray dengan beraninya menyahut cabaran ini. Dia maju ke hadapan menyertai pertarungan itu.
Jilk tidak mahu mengaku kalah dengan Ray juga dengan sukarela sertai. Juga diikuti oleh ahli-ahli lain kumpulan Hero.
"Rakan-rakan semua, saya tahu tugas ini berbahaya! Jadi saya takkan paksa kamu semua sertai kerana saya dah berjanji untuk menjaga keselamatan korang! Jadi saya mohon sekali lagi, kerjasama korang untuk turut serta dalam tugas ini. Kalau korang tak nak lawan biar saya yang lawan tapi tolong selamat orang-orang yang tertimpa bencana ini! Tolong! " Ray sambil menundukkan kepalanya meminta pertolongan rakan-rakannya.
Kata-kata Ray itu telah menggerakkan hati-hati rakan-rakannya. Mereka telah meletakkan harapan yang tinggi kepada Ray sejak datang ke dunia ini. Setiap prestasi yang Ray tunjukkan sebelum ini tidak pernah mengecewakan mereka malah luar dugaan mereka.
"Aku sertai!"
"Aku pun sama!"
"Saya pun!"
"Aku join jugak!"
"Mari kita semua sertai!"
Mereka menyambut rayuan Ray itu tanpa ragu-ragu kerana mereka percayakan Ray. Dia telah lakukan terbaik sebelum ini, jadi ini adalah untuk menunjukkan sumbangan mereka kepada Ray dengan bantuan sebegini.
"Patutlah dia dipilih sebagai Hero!" Blaise berbisik di dalam hati. Teruja melihat bagaimana Ray mendapat kepercayaan rakan-rakannya itu.
"Sebelum tuu! Macam mana muka Demon Lord tuu?" soal Zack.
"Malangnya kami pun tak pernah bertemu dengan Demon Lord Vishnal itu sendiri. Kami pun tak tahu seberapa kuat Demon Lord Vishnal tu! Apa yang kami tahu Demon Lord Vishnal merupakan seekor naga, bentuk ataupun rupanya kami tak pasti!" jawab Carloss.
"Baiklah! mari kita bergerak sekarang!" Blaise mengetuai mereka.
Tanpa berlengah lagi mereka pun teruskan misi mereka untuk menyelamatkan bandar ini.
Mereka pun tiba di bandar. "Baiklaah, kita berpecah di sini!" Blaise memberikan arahan kepada setiap kumpulan. Tugas dan tempat yang mereka perlu awasi.
Setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang kumpulan Stingray untuk langkah-langkah keselamatan.
"Jangan risau pasal kami! Kami boleh bertindak sendiri." Ray menolak pertolongan kumpulan Stingray.
"Uhhh! Tapi.." Blaise melihat Ray. Kelihatan riak wajah yang yakin dengan kebolehannya.
"Baiklaah! Rusk ikut kami."
"Ahh… baik"
Mereka pun bergerak untuk menyelamatkan orang awam.
"Dia ingat dia siapa!! Tolak pertolongan orang macam tuu!" Rusk bengang dengan tindakan Ray itu tadi.
"Biarkanlah, lagipun mereka tuu jee harapan kita untuk tewaskan demon king! Mereka perlu menjadi lebih kuat." jawab Blaise.
Kumpulan Stingray dengan mudah membunuh banyak raksasa yang menghalang laluan mereka. Mereka menuju ke tempat yang banyak raksasa berkumpul.
Manakala kumpulan Support menyelamatkan orang awam yang terperangkap di sebalik kemusnahan. Kumpulan Guardian pula membantu kumpulan Support dengan mengawasi raksasa di sekeliling. Mereka dibantu oleh Carlos dan Monica dari kumpulan Stingray.
"Tuu RAKSASA!!!" jerit salah seorang daripada kumpulan Support. Kelihatan dari jauh sekumpulan labah-labah gergasi berlari menuju ke arah mereka.
"Fire Rain!"
Hujan api turun membakar labah-labah gergasi yang hendak menyerang mereka.
"Yess! Memang sama dalam game, labah-labah gergasi selalu lemah dengan api."
Sora merupakan individu yang melakukan serangan magik itu tadi. Dia berpisah dari kumpulan Hero kerana kumpulan Guardian kekurangan ahli.
"Wow! Boleh tahan." Monica teruja melihat serangan Sora itu tadi.
°°°°°
Kumpulan Hero pun tidak kurang hebatnya, mereka berjaya membunuh banyak raksasa.
"Hahaha! Mari sini raksasa!" Zack begitu semangat membunuh raksasa tanpa dia sedar terdapat serangan magik hampir mengenainya. "Huh!". Serangan magik tersebut berjaya ditepis oleh Sofia.
"Apa kau buat hah Zack! Tengok sekeliling kau!" tengking Sofia kepada Zack.
"Ahh! Sorry, sorry!"
"Hebat gila Ray! Dia bunuh raksasa sebanyak tuu sorang dia jee!" ahli Hero lain teruja melihat Ray yang dapat membunuh banyak raksasa tahap A seorang diri.
"Ciss!" Jilk cemburu melihat Ray. Dia pun kemudiannya mencari lebih banyak raksasa untuk dibunuh.
Tiba-tiba kedengaran ngauman yang kuat datang dari arah hadapan mereka. Angin yang kuat mula bertiup kuat dari arah ngauman tadi. Semakin lama, semakin kuat angin tersebut seperti sesuatu yang besar menghampiri mereka.
"Apa tuu?" jerit seseorang selepas suatu benda terbang yang besar berada di atas mereka.
"Naga?"
Mereka mula menyedari yang benda terbang tersebut adalah naga. Naga itu mendarat di atas mereka.
"Lariii!!!!"
Ahli kumpulan Hero lari bertempiaran menyelamatkan diri sebelum dihempap naga tersebut.
"Boom! GARHHHGHHHHH! '' naga itu mendarat lalu mengaum.
Kebanyakan ahli kumpulan Hero menggigil ketakutan selepas melihat naga yang mengerikan itu. Mereka mula menyedari yang dunia asal mereka adalah terbaik. Tidak ada ancaman seperti ini.
"Yang lain lari!" Ray lompat lalu menjerit kepada ahlinya. Lompatannya begitu tinggi dan dia seperti berterbangan di udara, menghayun pedangnya menyasarkan naga tersebut.
"Arghhh! Lightning Slash!!!" serangannya kelihatan seperti petir menyambar dan membelah naga tersebut. "Shushhhh! Boommm!"
"Hebatnya!"
Kesemua ahlinya terkejut melihat serangan itu tadi. Ray kelihatan seperti hero di dalam buku komik.
"Dah mati kee naga tuu?", menjadi tanda tanya kumpulan Hero kerana mereka masih tidak dapat melihat naga tersebut akibat daripada serangan Ray tadi yang menghasilkan letupan yang besar. Naga tersebut masih terlindung oleh asap-asap.
"GARHHHGH!!!", asap mula hilang selepas ngauman naga tersebut. Naga itu terlihat jelas bentuknya dan hanya mengalami sedikit kecederaan daripada serangan Ray tadi.
"Seriously! Serangan yang kuat macam tadi pun dia tak mati lagi!" muka ahli kumpulan Hero yang biasa mula kelihatan pucat.
"Naga tuu! Entah-entah dia Demon Lord Vishnal!!", jerit salah seorang daripada mereka. Selepas mendengar perkara itu, mereka pun melarikan menyelamatkan diri.
Naga itu mula untuk menyembur keluar sesuatu dari mulutnya. Sofia pun bertindak sebagai perisai untuk menghalang serangan tersebut daripada mengenai ahli-ahlinya.
"Shield!" Sofia menghasilkan perisai yang besar menahan serangan naga itu. "Geergghh", semburan api dari naga itu begitu kuat sehingga perisai Sofia berkecai sedikit demi sedikit.
Zack dan Jilk tidak duduk saja selepas melihat hal itu. Mereka cuba melakukan serangan kepada naga itu untuk menghentikan tembakan api dari mulut naga itu. "Shushhhh!" Serangan mereka berdua berjaya menghentikan naga itu.
"Heal!" Rose menyembuhkan Sofia yang tercedera akibat menahan serangan tadi.
"Kamu semua lari selamatkan diri! Kami hero akan berlawan dengan naga ini!" jerit Ray.
"Hahaha! Jadi kau laa demon lord naga!" Zack bersedia untuk bertarung selepas mendapat buff dari Rose.
"Ahh! Mari kita bunuh demon lord nii!" Jilk bersemangat.
"Baiklaah! Mari kita akhirkan malam petaka nii! Hiyarghh!" Ray sekali lagi melakukan serangan.
"Yarrghh!"
"Garggghh"
Kelima-lima mereka bekerja sama melawan naga itu.
°°°°°
Di guild….
Raqnid dan Fat tercengang melihat keadaan yang berlaku. Meskipun hunter-hunter disini berpengalaman namun mereka pun mengalami kesulitan apabila berlawan dengan raksasa-raksasa itu.
Kemudian muncul dari arah belakang Raqnid dan Fat seekor raksasa melulu ke arah mereka.
"FATT!!"
Kedua-dua mereka mengalih pandangan mereka ke arah raksasa tersebut. Bersedia untuk membalas serangan raksasa itu.
"Arghhh! Smashhh!", tiba-tiba suatu serangan yang kuat membelah raksasa itu.
"Oi! Budak apa korang buat tuu hah? Korang nak mati ke!" ternyata itu adalah tuan Hulk pelatih di guild.
Mereka tidak menyangka tuan Hulk sekuat itu boleh membunuh raksasa itu dengan hanya satu serangan.
"Uhmm! Terima kasih tuan Hulk!" jerit kedua-dua mereka menunjukkan hormat.
"Hahaha! Korang berdua lebih baik berambus dari sini! Raksasa nii bukan lawan rookie macam korang!" Hulk kelihatan begitu serius.
"Ye! Betul tu! Korang masih baru lagi!" Alene mencelah muncul di belakang Hulk.
"Korang biarkan tugas membunuh raksasa di tangan mereka yang lebih berpengalaman. Korang berdua lebih baik bantu selamatkan orang awam. "
Mereka berdua tanpa berfikir panjang menurut kata-kata Alene itu. "Baiklaah! Kami akan pergi ke arah sana!" jawab Raqnid.
"Hati-hati!" Alene kelihatan risau melihat mereka berdua.
"Haha! Berani jugak budak-budak dunia lain tu!" Hulk buat pertama kali melihat mereka dengan perasaan senang.
"Ye! Saya harap mereka selamat!" Alene masih gusar akan keselamatan mereka berdua. Walaupun ini bukan dunia mereka, mereka sanggup membantu menggadai nyawa.
Raqnid dan Fat melihat sekeliling jika ada orang awam yang masih tersisa. Kemudian mereka mendengar suara orang meminta pertolongan dari arah yang berbeza.
"Fat kau pergi ke arah sana! Aku pi arah sini!"
"Ok! Hati-hati!"
"Kau pun!" mereka terpaksa berpecah dalam situasi sekarang. Mereka tak akan sempat untuk menyelamatkan kedua-duanya sekiranya mereka bersama.
Fat menjumpai budak kecil yang menangis keseorangan meminta pertolongan. Fat bernasib baik kerana tiada seekor raksasa pun disitu.
Manakala Raqnid masih mencari suara yang tadi berteriak meminta pertolongan.
"Tolong!!!" muncul seorang lelaki berlari keluar dari simpang kiri Raqnid sambil menjerit meminta pertolongan. Lelaki itu lari lalu terjatuh ke tanah akibat lukanya yang parah.
"Tolong!"
Raqnid kemudiannya mengangkat tangannya melambai ke arah tersebut.
"Jangan ris…..au "
"Ngap!" bunyi gigitan.
Raqnid terkaku melihat perkara itu. Belum sempat dia bertindak, lelaki tersebut telah pun dimakan raksasa. Melihat seseorang mati di depan mata sendiri buat pertama kalinya. Raqnid mula merasa bersalah, jika seandainya dia bertindak lebih pantas dia pasti dapat menyelamatkan lelaki tersebut. Sudah ternyata lagi yang lelaki tersebut berlari meminta pertolongan kerana dia dikejar raksasa.
Melihat raksasa itu mengunyah orang tersebut seperti makanan. Raqnid mula merasa loya melihat hal itu.
Tanpa sedar mata raksasa itu memerhatikan Raqnid. Mata raksasa itu kelihatan masih kelaparan mahukan daging manusia. Selesai sahaja dia mengunyah, dia langsung melulu ke arah Raqnid.
Raqnid tidak mampu berbuat apa-apa selain melarikan diri. Dia berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang sekali pun. Berlari sedaya upayanya kerana nyawanya dalam keadaan bahaya.
Sehinggalah sampai satu masa dia berhenti keletihan kerana tidak mampu lagi berlari. Tanpa dia sedar raksasa itu telahpun hilang dari pandanganya. Dia pun rebah ke tanah akibat kepenatan, memikirkan kehidupan yang perit ini.
Raqnid cuba untuk membaiki mentalnya itu. Berfikir sejenak menenangkan diri dalam keadaan sekarang yang huru-hara.
Beberapa minit kemudian, dia bagun dari baringnya. Dia tiada lagi pilihan lain untuk mencapai impiannya hidup seperti orang biasa. Dia terpaksa membiasakan dirinya di dunia ini kerana hal-hal seperti tadi akan terjadi lagi di masa akan datang.
"Baiklaah! Normal life i'm coming!" masih belum berputus asa untuk mengejar hidup sederhana.
Raqnid pun berlari menuju ke arah menara yang tertinggi di bandar itu untuk melihat situasi yang berlaku. Kemudian dia merasakan ada sesuatu yang mengekorinya. Dia menoleh ke belakang jika benar ada yang mengekorinya secara senyap-senyap.
"Huh!", tidak ada satu benda hidup pun yang dapat dikesan oleh skillnya. Tanpa menghiraukan hal tersebut Raqnid memasuki menara tersebut sehinggalah ke tingkat paling atas.
Ternyata ada seseorang mengekori Raqnid tanpa dia sedar. Memakai jubah hitam menutup seluruh wajah dan anggotanya.
Tiba sahaja Raqnid di atas menara tersebut, perkara pertama yang dia lihat adalah sesuatu benda terbang di udara. Benda tersebut berada diantara bulatan-bulatan besar yang mengeluarkan raksasa.
Raqnid pun menggunakkan skillnya untuk melihat lebih jauh, ternyata benda tersebut adalah orang yang bersayap. Raqnid masih tidak mengetahui yang dia lihat itu adalah Demon Lord Vishnal.
"Jadi orang itulah punca kepada hura-hara yang berlaku nii!" tangan Raqnid sambil menggenggam penumbuk. Raqnid hanya mampu melihat kerana dia tidak akan mampu melawan raksasa sebegitu.
Matanya merayau-rayau lagi melihat bandar tersebut. Kemudian dia ternampak kumpulan Hero sedang bertarung dengan naga yang besar.
"Apa mereka buat tuu? Lawan naga tuu takkan settle masalah nii! Ahhhh!" Raqnid juga melihat hunter-hunter lain yang kuat hanya berlawan dengan raksasa yang biasa. Itu tidak akan menghentikan hura-hara ini. Mereka perlu memusnahkan punca kepada segala kejadian ini.
"Mungkin dengan cara ini, aku dapat menarik perhatian kumpulan Hero dan hunter-hunter lain." Raqnid mengeluarkan busurnya. Dia menyasarkan sasarannya ke arah demon lord tersebut. Menggunakan skill terhebat yang dia ada. Skill tersebut menghasilkan banyak bulatan magik di sekelilingnya. Menyedut aura sekeliling meresap masuk ke dalam anak panahnya. Semakin lama anak panahnya semakin menyala keterangan.
Pandangan orang yang memakai jubah hitam tadi tertarik ke arah puncak menara tadi.
"Oi! Oi! Apa nii duhh terangnya! Lebih baik aku lepaskan cepat sebelum orang lain perasan." Raqnid pun melepaskan anak panahnya selepas skillnya siap sedia.
"Mana Burst!"
Anah panahnya meluru ke arah Demon Lord tersebut. Cahaya yang terang pada awalnya hilang selepas melepaskan anak panahnya. Anak panah meluru dengan laju kemudian mengenai bahagian belakang Demon Lord tersebut.
"Hah?"
Raqnid merasa hairan melihat situasi tersebut. Serangannya tadi tidak menghasilkan sebarang letupan, bunyi ataupun kesan kepada demon lord tersebut. Ini menyebabkan dia gagal untuk menarik perhatian kumpulan Hero dan lain-lain.
"Tak kena ke?"
Notis paparan muncul.
Warning
-You have run out of mana!
'Mana' Raqnid sudah menjadi kosong. Ini akan menyebabkan kesan sampingan kepadanya .
"Ahh! Tak guna!" anak mata Raqnid mula menjadi berat. Raqnid mula hilang kesadarannya akibat daripada kehabisan 'mana'.
Tiba-tiba..
Notis paparan muncul sekali lagi. "Ting…ting… ting" notis yang muncul begitu banyak seperti spam.
You have level up!
You have level up!
You have level up!
You have level up!
You have level up!
"Huh!" Raqnid yang pada mula ingin pengsan, terjaga semula. Hal ini kerana apabila level up seseorang, nyawa dan 'mana' seseorang akan penuh kembali. Ini telah menyelamatkan Raqnid daripada pengsan dan tidak mampu bergerak selama beberapa hari.
"Apa yang dah berlaku nii? Kenapa aku level up?"
Muncul lagi notis.
|Successful Backstab|
"Kenapa backstab tiba-tiba berlaku? Maksudnya panah aku tadi kena raksasa tu!"
"Ting!"
|Critical Hit|
Raqnid mula merasa hairan satu demi satu notis terpapar di hadapannya.
Congratulations
-You successfully kill Demon Lord Vishnal
"Demon Lord Vishnal? Siapa tuu?" Raqnid menjadi buntu selepas menerima notis itu.
"Demon lord? Tunggu!" Raqnid memerhati ke arah demon lord yang baru sahaja dia serang tadi. Hilang dari pandangannya.
Demon Lord Vishnal telah mati akibat terkena panahan Raqnid tadi. Skill 'Mana Burst' menaikkan serangan Raqnid dengan tinggi namun ia tidak semudah itu membunuh Demon Lord Vishnal. Backstab dan Critical Hit yang menyebabkan serangan Raqnid tadi menjadi lebih kuat. Kekuatan serangan itu dilipat ganda oleh disebabkan 2 faktor tersebut. Job assasin mempunyai persen "Critical Damage" yang paling tinggi jika dibandingkan dengan job lain. Ditambah lagi pasif 'Backstab'. Serangan Raqnid memang betul-betul bertuah.
"Jangan cakap yang raksasa terbang tadi tuu demon lord!" Raqnid mula menyedari dia baru sahaja membunuh raksasa yang diantara terkuat di dunia ini.
"Kuat betul skill 'Mana Burst' nii!"
"Oi! Oi!" Raqnid pun melihat notis yang banyak muncul di paparannya.
Gain new title!
Gain new title!
Gain new title!
Gain new title!
Gain new title!
Legendary Assassin
-One shot enemy that are 10x times stronger than user using backstab.
Legendary Archer
-One shot enemy that are 10x times stronger than user using bow.
Damn Sharp Eyes
-Kill enemy very far away
Crazy Luck
-Get something very hard to get
Dan banyak lagi title yang diperolehi oleh Raqnid.
"Arghhh! Apa aku dah buat nii! Aku hanya nak hero sedar yang mereka lawan tuu bukan Demon Lord! Kenapa aku pulak boleh bunuh Demon Lord tuu pulak nii! Sepatutnya Ray yang bunuh Demon Lord tuu! Kenapa setiap rancangan aku tak pernah menjadi! " Raqnid mengetuk kepalanya kerana kusut memikirkan hal tersebut. Dia risau jika orang mengetahuinya ia akan menarik ramai perhatian dan menjadi satu masalah baru.
"Tenang Raqnid! Tenang! Selagi hal nii tiada siapa yang tahu ia tak akan menjadi masalah!" Raqnid menenangkan dirinya sambil menepuk wajah dengan dua tangannya.
"Ye betul! Tak akan ada yang tahu!" perasaan risau tadi mula reda selepas Raqnid berpikir positif.
Gain new skill!
Gain new skill!
Gain new skill!
Gain new skill!
Akibat daripada level up dan title yang dia perolehi, skill Raqnid bertambah tidak terkira banyaknya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki orang menaiki tangga. Raqnid tanpa berlengah lagi dia melompat dari puncak menara itu ke bagunan yang terdekat untuk melarikan diri.
Raqnid melompat begitu tinggi. Sewaktu berada di udara, muncul anak panah melulu tepat ke arahnya dengan laju.
"Ahhh! Aku tak boleh mengelak macam nii!" Raqnid tetap cuba mengelak anak panah itu. Tanpa diduga Raqnid dapat mengelak anak panah itu dengan mudah. Dia seperti mampu berpijak di udara.
Badan Raqnid rasa begitu ringan. Matanya mampu melihat 10 kali lebih jauh dari sebelumnya. Segala skill yang Raqnid ada sebelum ini bertambah kuat.
Raqnid dengan begitu jelas melihat ke arah anak panah datang ternyata ia merupakan orang berjubah tadi. Orang berjubah tadi memerhatikan Raqnid dengan tajam.
Untuk mengelakkan orang tersebut mengecam mukanya, Raqnid dengan pantas meloloskan dirinya dari tempat tersebut.
°°°°°
Pada masa yang sama di tempat Hero-hero bertarung dengan naga tadi.
Mereka berlawan dengan sepenuh jiwa raga mereka. Tanpa ada sedikit pun rasa takut. Mengeluarkan segala skill dan kuasa yang mereka ada untuk menewaskan naga itu.
"Mari kita tamatkan semua nii!" Zack menjerit.
"Arghhhhh!"
"Hiyaarghh!"
Jilk, Zack dan Sofia menggunakan ultimate mereka menyerang naga itu.
"Shooshh!" "Boommm!"
Kuasa terhebat mereka telah digunakan. Naga itu mengalami kecederaan yang teruk. Naga mula mengibaskan sayapnya untuk melarikan diri. Angin kuat mula bertiup akibat daripada kibasan sayap naga tersebut. Naga itu mula terbang.
"Mana kau nak lari hah!" jerit Ray yang sudah siap mengecas ultimate nya itu.
"Ultimate Slash!"
"Arghhhhh!" Ray memegang pedangnya dengan kedua-dua tangannya ke atas.
"Habis kan diaaaa!" jerit Jilk.
"Pergiiiii!"
"Mati kauuu nagaaa!"
"Shooshhh!" serangan Ray pun membelah tengkok naga itu. Terpisah kepala naga itu dari badannya.
Hero masih tidak percaya melihat perkara itu. Mereka tidak percaya mereka berjaya membunuh naga yang mereka menganggapnya Demon Lord.
"Kita dah menang!" jeri Zack.
"Yeayyy!" Rose bersorak kegembiraan.
Mereka meraikan kejayaan itu bersorak kegembiraan. Ahli kumpulan Hero yang lain datang kembali menyambut kemenangan itu.
Pada waktu yang sama juga Raqnid membunuh Demon Lord Vishnal tanpa sengaja. Bulatan besar mulai hilang. Raksasa yang dipanggil pun mati akibat tuannya sudah mati.
Blaise dan Shino melihat raksasa di hadapan mereka tiba-tiba mati.
"Oi! Apa dah jadi belum cukup 50 minit lagi?" tanya Rusk.
Blaise hanya tersenyum lebar. Dia menjangkakan yang kumpulan Hero sudah membunuh Demon Lord Vishnal.
Persoalan Rusk tadi juga menjadi tanda tanya kepada Monica yang hairan melihat suasana bandar itu kembali kepada biasa.
Langit yang gelap mula menjadi biru semula. Namun kerosakan yang dialami amat teruk. Banyak nyawa yang tekorban.
"Hebat sungguh Hero-hero tuu!" Raja Alex.
Semua orang mula bersorak kegembiraan selepas selesai sahaja hura-hara itu.
Sementara Raqnid berlari semula ke guild mencari Fat.
Jubah dalam cerita nii bukan jubah macam orang arab pkai tuu... kalau English depa sebut "robe" yang ada hoodie. Harap2 faham laa... Next chapter... Chapter 21 - Elf
Share this novel