Kesemua Hero turun ke medan perang. Laluan terbuka luas menuju ke istana Demon King. Hanya tinggal beberapa meter halangan lagi sebelum masuk ke kawasan istana.
"Jilk Burst"
"Mountain Strike" Zack menghayunkan pedang besarnya.
Dengan sekelip mata, semua raksasa hilang daripada pandangan mereka.
"Akhirnya, Hero sudah turun!" Dolce berkata.
"Tiba giliran kita untuk beraksi, tehee!" jawab Pico.
"Kau selesaikan sekumpulan manusia dekat sana! Biar aku selesaikan kumpulan Hero!"
"Uhhh.. Huhhhh.. Pico nak bermain dengan Hero bukan dengan mereka tu! Mereka lemah.."
"Kau rasa sekarang masa yang baik untuk bermain!" Dolce bertukar menjadi serius.
"Pico pergi dulu!" Pico terus menurut perintah selepas Dolce menjadi serius.
"Dolce takde fun langsung!" Pico bisik sendiri.
°°°
"Shara okey tak!" soal Wells yang sedang mengurus raksasa di bahagian lain.
"Shara okey atok!"
"Garggghh!" salah satu daripada Goblin tiba-tiba dengan laju cuba menyerang Shara.
"Huh?" Shara tidak sempat untuk mengelak kerana dia terlalu sibuk menguruskan raksasa lain tanpa dia sedar ada seekor raksasa yang licik sebegini cuba untuk lakukan serangan hendap.
*Aku tak sempat untuk mengelak!*
'Zhossh!'
Saat raksasa itu hendak menyerang, muncul anak panah hinggap di belakang kepala raksasa itu. Shara bigung melihat raksasa itu tiba-tiba tumbang.
"Anak panah? Siapa?" pandangan Shara terarah ke arah anak panah yang berada di belakang kepala raksasa itu.
Sekali lagi Shara leka dalam situasi di mana nyawanya dalam bahaya. Dia kemudian mendongakkan kepalanya melihat di hadapannya tentera Demon tumbang seekor demi seekor.
'Zhossh!'
'Zhossh!'
'Zhossh!'
Anak panah meluru laju melepasi Shara dan membunuh tentera Demon yang berada di belakangnya.
Terlihat dari jauh seseorang yang memakai jubah hitam sambil kepalanya ditutup, lalu dia memandang ke arah Shara dan dengan sekelip mata 'Shoooshhh' dia berada di depan Shara. Shara tidak sempat untuk bertindak, reaksi lelaki tersebut begitu pantas. Lelaki itu kemudiannya melompat melepasi Shara dengan melakukan 'back flip'.
'Dum!' bunyi dia mendarat di atas tanah.
'Zhossh!'
'Zhossh!'
'Zhossh!'
Dibunuh kesemua tentera Demon yang cuba mendekati Shara.
Shara terus mengalih pandangannya ke arah lelaki tersebut yang berada di belakangnya.
"Huh?"
'Zhossh!'
Satu anak panah lagi dilepaskan oleh lelaki tersebut menyasarkan tentera Demon di belakang Shara. Anak panah itu hanya seinci hampir mengenai wajah Shara. Dengan sekelip mata, raksasa yang berada di sekeliling Shara mati dibunuh.
Mata Shara hanya terarah ke arah lelaki tersebut bukan lagi sekelilingnya. Shara dapat melihat wajah lelaki berjubah yang berada hanya beberapa langkah darinya itu dengan jelas.
"Raqnid!" buat kali pertama Shara menyebut nama Raqnid di hadapannya.
Shara terkaku kerana sebelum ini dia percaya lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya sudah tiada. Sekarang, lelaki tersebut berdiri di hadapannya sambil memegang busur untuk menyelamatkannya. Perasaannya bercampur aduk antara sedih dan gembira.
"Shara!"
Buat pertama kalinya, Shara mendengar nama sebenarnya disebut oleh lelaki yang dia cintai. Shara hanya terkaku dan tidak memberikan apa-apa respon.
"SHARA!" sekali lagi Raqnid memanggil Shara.
Kali ini baru direspon oleh Shara. "Ya saya!"
"Apa yang awak mengelamun tu?"
"Aaaaa.. Aaa.. Aaawak kenal saya!" Shara tertanya-tanya samaada Raqnid sudah tahu identitinya.
"Awak puteri kerajaan Elf kan!"
*Hah! Jadi begitu rupanya, Raqnid hanya mengenal aku sebagai puteri bukannya sebagai Sara!*
"SHARA!"
"Hah? Ya!"
"Jangan bermimpi dekat sini, puteri! Bersedia!"
"Hurmm, baiklah!"
Raqnid dan Shara membelakangi antara satu sama lain. Wajah Shara kelihatan muram apabila dirinya hanya dikenali sebagai seorang puteri oleh Raqnid.
"Kita lakukan seperti mana yang kita berlatih dulu!" Raqnid berkata.
"Huh? Berlatih?"
"Ya! Berlatih!"
Shara mula mengimbau waktu-waktu dia berlatih bersama Raqnid.
*Tunggu! Waktu aku berlatih bersama Raqnid! Bukankah..*
Senyuman mula terukir di wajah Shara selepas mendapat tahu yang Raqnid hanya bergurau dengannya.
"Raqnid Baka!"
"Heh" Raqnid tersenyum.
Tentera Demon mula mengelilingi mereka berdua semula.
Wells yang sedang sibuk tidak sempat untuk melihat Shara. Setelah pandangannya tertumpu ke arah cucunya berada, apa yang dilihat hanyalah segerombolan tentera Demon.
"SHARA!"
Wells berlari ke arah Shara dengan tujuan untuk menyelamatkannya.
'GARGHH!'
Semakin dekat dia menuju ke arah Shara, satu per satu tentera Demon berundur ke belakang seperti berhati-hati dengan sesuatu.
Wells kemudiannya dapat melihat wajah cucunya daripada celah-celah tentera Demon.
"Kenapa muka Shara nampak gembira?"
Gabungan Shara dan Raqnid begitu hebat sehingga tentera Demon tidak ada ruang untuk menyerang.
"Ada seseorang bersama Shara?"
"Tunggu!"
"Jubah hitam tu!"
"RAQNID!"
"Kenapa dia bersama Shara?"
"Gabungan mereka sangat sempurna seperti mereka pernah berlatih bersama sebelum ni!"
Otak Wells memproses segala maklumat yang dia ketahui. Dia mula mengingati bahawa Shara pernah memberitahu yang dia pernah berlatih dengan seseorang semasa dia berada di negara Human. Shara pernah mengatakan orang tersebut merupakan orang yang hebat memanah. Wells mula mengimbas kembali kenangannya tewas kepada Raqnid dan bagaimana dia tertarik untuk mengetahui kekuatan Raqnid sehingga mengikutinya sertai kumpulan Razor.
"Argghhh, kau rupanya Raqnid!!!"
Wells sudah mengenal Shara semenjak kecil dan dia dapat mengetahui perasaan Shara terhadap Raqnid dengan hanya melihat reaksinya.
"Berani kau Raqnid, cuba nak ambil cucu aku.. Jangan harap aku izinkan melainkan kau dapat tewaskan Demon King.." Wells bercakap seorang diri.
'Zhossh'
'Zhossh'
Sesiapa sahaja yang cuba mendekati mereka pasti terbunuh. Raqnid mengawasi belakang Shara manakala Shara mengawasi belakang Raqnid. Semakin lama, semakin ke hadapan mereka bergerak.
*(Tersenyum) Sudah lama, aku tak rasa sebegini. Rasa seronok dan gembira berlatih bersama.* Shara dalam hati keriangan.
Pergerakan mereka berdua menuju ke istana Demon King begitu pantas. Setiap halangan di hadapan atau di sekeliling mereka semuanya dibunuh.
Raqnid menggunakan skill 'Arrow Back' untuk membolehkan kesemua anak panah kembali kepadanya setelah mengenai sasaran. Dengan ini dia tidak perlu risau kehabisan 'Mana'. Bukan itu sahaja, Raqnid juga mampu mengawal anak panah sesuka seperti peluru berpandu.
Shara pula menggunakan 'Mana Arrow' di mana anak panah diperbuat daripada 'Mana'. Untuk menggunakan skill ini, Shara perlu mempunyai jumlah 'Mana' yang sangat besar. Skill ini merupakan skill yang terkenal dan selalu digunakan oleh puak Elf kerana puak Elf mempunyai jumlah 'Mana' yang besar berbanding puak-puak lain.
"Shara!"
"Baik!"
Kedua-dua mereka sudah memahami setiap langkah pergerakan mereka. Langkah seterusnya merupakan gabungan serangan mereka berdua. Gabungan serangan ini yang masih mereka tidak berjaya lakukan kerana Shara masih belum kuat pada waktu itu.
*Kali ni pasti berjaya!* Shara berbisik di dalam hati.
Mereka berdua beralih ke arah yang sama, menyasarkan musuh yang berkumpul menutupi jalan ke istana Demon King. Kedua-dua busur mereka mengecaj untuk melepaskan tembakan.
"Unite Ultra Burst" Shara dan Raqnid.
'Zhoosh'
'Zhoosh'
Kedua-dua anak panah mereka mula untuk bergabung menjadi satu anak panah yang lebih besar. Untuk gabungan itu berjaya, kedua-dua anak panah itu mesti mempunyai tahap kuasa yang sama. Tidak ada satu anak panah yang terlebih kuat atau terlalu lemah. Waktu lepasan dan kekuatan lepasan juga perlu selari dan sama agar kedua-dua anak panah berada dalam kelajuan yang sama.
Kedua-dua anak panah itu mula bergabung menjadi satu. Kuasa yang dikeluarkan oleh anak panah itu menjadi 100 kali lebih kuat daripada yang asal.
"Berjaya!" Shara keseronokan.
'Zhooooosh'
Anak panah itu memusnahkan segala halangan di depannya. Tidak seperti panahan bulan, serangan ini menghasilkan kuasa yang sangat besar supaya ia dapat memusnahkan lebih ramai musuh. Jika dibandingkan panahan bulan dengan serangan ini yang manakah lebih kuat, sudah tentu panahan bulan berkali ganda lebih kuat.
"Apa tuu?" salah seorang daripada tentera menjerit.
"Serangan itu, bukankah Unite Ultra Burst!" Leonel melihat dari jauh.
*Unite Ultra Burst ialah gabungan serangan diantara dua pemanah.. Memerlukan kerasian dan kefahaman yang sangat tinggi antara satu sama lain.. Kali terakhir aku lihat serangan ni ialah pada 50 tahun yang lalu.. Mereka adalah dua pasangan suami isteri yang berjaya melengkapkan serangan ini setelah berkahwin hampir 20 tahun.. Siapa sahaja yang berjaya lakukannya, mereka berdua sangat serasi bersama.. Erghhh.. Kenapa mesti cucu aku dengan budak tuu.. Arghh!* Wells menggaru kepalanya.
Serangan itu disaksikan hampir kesemua orang. Ia meluru ke arah istana Demon King, tiba sahaja di hadapan istana Demon King 'Shrinnk' serangan itu terus hilang.
"Wahai makhluk yang lemah, tahniah kerana berjaya sampai ke tahap ini!"
Demon King mula memunculkan dirinya di atas istananya. Suara itu didengari oleh kesemua orang yang berada di Mardi.
Selamat berpuasa semua! :D
Share this novel