3 hari kemudian...
Peperangan sudah pun berakhir. Pasukan mencari ditugaskan untuk mencari portal yang tersembunyi di dalam istana Demon King. Pintu portal yang akan membolehkan Raqnid dan rakan sekelasnya pulang ke dunia asal.
Harini merupakan hari pengebumian pejuang-pejaung yang memainkan peranan besar dalam peperangan tersebut termasuklah Razor dan Rose. Mereka dikebumikan di Bandar Mardi. Bandar Mardi merupakan tempat yang dibina khas untuk persiapan perang dengan puak Demon.
Kesemua rakan sekelas dan rakan kenalan mereka hadir pada hari tersebut. Raja-raja bagi setiap negara juga hadir bagi menghargai para-para pejuang. Rakan-rakan Rose dan Razor mengelilingi perkuburan mereka.
Rakan-rakan yang rapat dengan Rose merasai pemergian beliau. Ray juga turut bersedih apabila mengetahui berita tersebut setelah berjaya menewaskan Demon King.Manakala kubur Razor dikelilingi oleh rakan seperjuangannya iaitu Raqnid, Wells, Izar, Paul, dan Anne. Mereka berdua memainkan peranan penting dalam peperangan tersebut.
*Razor! Terima untuk segalanya!* Izar.
*Razor, kau adalah ketua yang terbaik! * Paul.
*Selamat tinggal, Razor! * Anne.
*Walaupun pertemuan kita singkat, ia merupakan pengalaman yang paling terbaik sepanjang aku hidup! * Wells.
*Semoga tenang disana, kawanku! * Raqnid.
Ada yang menangis, ada yang tersebak atas pemergian orang mereka sayang. Pengorbanan mereka bukanlah suatu yang kecil, pengorbanan mereka telah memberi keamanan kepada dunia itu daripada ancaman musuh terbesar mereka iaitu Demon.
Shara melihat Raqnid jauh. Dia risau akan kesihatan Raqnid yang baru sahaja sembuh daripada kecederaan. Shara tidak berani untuk mendekati kerana dia tidak tahu dan kenal siapa itu Razor buat Raqnid.
Setelah pengebumian berakhir, ramai orang mula beredar dari situ. Hanya tinggal beberapa orang sahaja disitu.
"Jilk kau tak mahu pulihkan tangan kau ke?" soal Zack.
"Tak!" jawab Jilk.
Tangan kiri Jilk yang putus sewaktu dia bertarung dengan Demon Lord Dolce.
*Aku takkan pulihkan tangan aku kerana ini adalah hukuman untuk aku, atas kematian Rose.. Kalau tidak disebabkan tindakan aku yang terburu-buru, Rose pasti—Sob!*
Izar, Paul dan Nancy masih berada di kubur Razor.
Ray semasa hendak pulang terlihat Raqnid dalam kelompok tersebut. “Bukankah itu, Raqnid–”
Bukan sahaja Ray yang menyedari akan hal itu, Fat dan Sora juga ternampak Raqnid. Tanpa berlengah lagi, mereka berdua pun mencelah orang ramai untuk menyapa rakan baik mereka itu.
“Maaf, tumpang lalu!”
Setelah mencelah orang ramai, Fat pun menyapa orang di hadapannya. “Raqnid!”
“Huh?” apa mengejutkan mereka ialah orang yang mereka tegur bukanlah Raqnid. Mereka memandang sekeliling mencari Raqnid namun tidak kelihatan.
“Aku pasti, aku nampak Raqnid tadi!” kata Sora.
“Aku pun sama!” kata Fat.
#####
Shara juga mencari Raqnid dalam kelompok orang ramai yang hendak pulang itu. Mencari dan mencari masih tidak kelihatan. Kemudian dia terlihat atoknya dan lalu menyapanya.
"Atok!"
"Shara! Shara buat apa kat sini?"
"Raqnid, Atok ada nampak Raqnid tak?"
"Raqnid? Ye tadi dia berdiri bersebelahan atok!"
"Mana dia?"
"Ummm!"
Mereka berdua memandang sekeliling dan tiada siapa lagi di situ. Hanya tinggal beberapa orang di kubur dan Raqnid tiada disitu.
*Raqnid kenapa awak menghilangkan diri lagi?* kata Shara dalam hati.
#####
4 hari kemudian...
Pintu portal yang dikatakan wujud di istana Demon King sama sekali tidak dijumpai oleh pasukan mencari setelah seminggu mencari. Buat masa ini, Raqnid dan rakan sekelasnya masih perlu tinggal di dunia itu.
Harini diadakan majlis penganugerahan kepada para-para pejuang yang memainkan peranan besar dalam peperangan tersebut. Pangkat dan ganjaran diberikan kepada para pejuang.
Fat, Kiel, Doug, Nancy dan Leonel antara yang menerima perhargaan yang sangat besar setelah berjaya menewaskan Demon Lord Dylas dalam peperangan tersebut.
Razor dan ahli kumpulannya juga diberi perhargaan kerana dapat menewaskan Demon Lord Pico akan tetapi keberadaan mereka sudah tidak diketahui selepas hari pengebumian
Perhargaan terakhir diberikan kepada Hero Ray, Jilk, Zack dan Sofia kerana dapat menewaskan Demon King Volkanon dan Demon Lord Dolce.
Sora dan Monica juga diberikan perhargaan kerana berjaya melancarkan Dragon Heart.
Namun setiap orang yang menerima perhargaan langsung tidak gembira kerana perhargaan itu langsung tidak dapat menggantikkan pemergian rakan mereka.
Selesai sahaja acara tersebut. Fat, Kiel, Doug dan Nancy dipanggil oleh ketua ahli kumpulan Guardian iaitu Jones. Mereka dibawa ke kawasan yang senyap sunyi.
“Tahniah-tahniah! Awak berempat telah mengharumkan nama kumpulan Guardian.” kata Jones.
Jones kemudiannya meletakkan lengannya di leher Doug. “Tapi, duit yang korang dapat mestilah dibahagikan sikit kepada kumpulan.”
Jones dan rakannya mengugut mereka. Lebih kurang sepuluh orang rakan Jonse termasuk dirinya mengepung mereka.
“Jangan harap kami akan bagi!” kata Kiel.
Lalu senjata diajukan ke arah Kiel dan yang lain.
“Baiklah–” jawab Doug.
“Huh? Apa yang kau cakapkan ni Doug!” kata Kiel.
“Heh, macam tuu laa!” jawab Jones dengan senang hati.
“Tapi, Korang perlu langkah mayat aku dulu!” Jones terkejut mendengar kata-kata Doug itu.
“Hah! Apa kau dah hilang akal?”
DOOM!
“Arghhhh!”
Doug memusing tangan Jones yang berada di bahunya lalu dihempap Jones ke tanah.
“Hiyarrrghh!” Fat pun mula menyerang.
Mereka pun berlawan dengan Jones dan rakan-rakannya. Dengan sekelip, mereka menewaskan Jones dan rakan-rakannya.
*Kenapa boleh jadi macam ni!* pada saat tersebut Jones mulai sedar betapa kuatnya Doug dan rakannya.
“Sekarang, kami bukan lagi ahli kumpulan Guardian!” kata Doug.
“Hah, jangan ingat kami berdiam selama ini, kami ni lemah! Kami hanya beri muka kepada kau sebab kau tu ketua! Sekarang, kau bukan lagi ketua kami dan jangan cuba dekati kami lagi!” kata Kiel dengan serius.
“Baiklah!” jawab Jones ketakutan.
######
3 bulan kemudian...
Pintu portal telah dijumpai namun ia telah hancur dibedil oleh Ray sewaktu dia menyerang Demon King Volkanon. Sekarang ini, kesemua mereka terpaksa hidup dan tinggal di dunia tersebut. Tiada seorang pun yang mengadu akan hal tersebut kerana mudah sudah terbiasa tinggal di dunia tersebut.
Tuk! tuk! tuk!
Pintu bilik Shara diketuk.
"Masuk!"
Lyn pun masuk ke dalam bilik Shara lalu memberitahu sesuatu.
"Puteri Shara, tuanku mahu berjumpa dengan puteri!"
"Ayahanda mahu berjumpa? Kenapa?"
"Saya pun tak tahu, tuan puteri! Nampak seperti hal yang mustahak!"
"Mustahak! Baiklah, saya pergi sekarang!"
Shara pun menuju pergi bertemu dengan ayahnya.
"Ayahanda, apa hajat ayahanda mahu bertemu dengan Shara!"
"Shara.. Ayah mahu kamu berkahwin!"
"Huh? Berkahwin!" Shara terkesima.
"Ye.. Ayah mahu kamu berkahwin dengan Hero Ray!"
"Hero Ray! Tapi ayahanda Shara.. "
Lalu Raja Nolan mencelah.
"Tapi apa! Kamu dah cukup tua untuk berkahwin dan ayahanda tak mahu dengar alasan lain apatah lagi disebabkan orang lain."
"Hmmm, Baiklah ayahanda!" Shara hanya mampu akur akan keputusan ayahnya kerana semuanya sudah ditetapkan ayahnya sejak dia kecil.
Shara pulang ke biliknya dalam keadaan sedih. Lyn hairan melihat Shara tiba-tiba sedih.
"Puteri Shara kenapa sedih ni? Apa yang berlaku?"
Shara terus menghempap dirinya ke katil.
"Ayahanda suruh Shara kahwin!"
"Wahhh, tahniah puteri Shara!"
"Grrrr.." Shara menoleh ke arah Lyn.
"Uhhh.. Maaf.. Apa puteri Shara nak buat sekarang?"
"Entahlah.. Lyn.. Mungkin ini takdir Shara!"
"Siapa orang tu?"
"Ray!"
"Ray? Hero yang bunuh Demon King seorang diri tu ke? Puteri Shara!"
"Ye!"
"Puteri Shara tak perlu risau, saya pernah berjumpa dengan Hero Ray, dia baik orangnya, hensem, bergaya, peramah, ... ... ..."
Selepas itu, Lyn dihalau keluar daripada bilik Shara.
"Puteri Shara! Kenapa? Saya bagitahu perkara yang betul! Apa salah saya?" Lyn ketuk pintu bilik Shara.
"Cukup laa Lyn! Lebih baik awak berhenti sebelum awak dihalau dari istana pulak!" Albert yang berdiri di sebelah bilik Shara menggelengkan kepala lalu pergi dari situ.
"Hah? Aku ada salah cakap ke? Albert beritahu aku! ALBERT!!!" Lyn mengikuti Albert.
Sementara di dalam bilik, Shara melinangkan air mata.
*Sniff! Raqnid! Kemana awak menghilang!*
#####
1 minggu kemudian...
Wells datang melawat Shara sebelum majlis perkahwinan yang akan berlangsung 3 hari lagi.
"Shara! Atok datang ni!"
Wells memasuki bilik Shara dan terlihat Shara sedang duduk di atas kerusi di koridor sambil menjamah secawan tea.
"Huh?" Wells hairan apabila melihat cucunya langsung tidak menyambut kedatangannya seperti selalu.
Wells mendekati cucunya dan melihat wajahnya cucunya yang seakan-akan orang sakit. Matanya lebam, mukanya pucat dan tidak bermaya.
"Shara! Apa yang dah jadi pada kamu ni?"
"Uhh.. Atok! Bila atok datang?"
Wells memegang bahu cucunya.
"Dah kenapa dengan kamu ni, Shara? Kenapa nampak macam tak sihat je ni!"
"Haha.. Shara sihat laa atok, cuma tak cukup tidur! Atok jangan risau laa!"
Wells kemudiannya keluar dari bilik Shara lalu menyoal Lyn yang berada di luar bilik tersebut.
"Lyn, apa yang dah berlaku pada Shara tu?"
"Entah laa, tuanku! Mungkin puteri Shara belum bersedia untuk berkahwin kut!"
"Kahwin! Shara kahwin! Dengan siapa? Kenapa saya tak tahu pun pasal ni?"
"Tuanku tak tahu! Seingat saya, satu negara Elf sudah tahu pasal perkara ni!"
"Nolan tak guna! Berani dia rahsiakan hal ini daripada aku!"
Wells segera berjumpa dengan anaknya, Nolan.
DOOM!
Bunyi pintu terhempap.
"Huh? Ayah dah kenapa ni? Tiba-tiba sergah bilik ni!"
"Kenapa kamu tak beritahu ayah yang kamu nak kahwinkan Shara!"
"Mmm.. Kalau saya beritahu ayah, ayah pasti tak akan setuju!"
"Jadi kalau kamu dah tahu! Kenapa kamu masih buat!"
"Ayah! Shara tuu anak saya! Dia dah besar! Dah sampai umur untuk berkahwin!"
"Yee, ayah tahu! Tapi kamu tak boleh paksa dia berkahwin dengan orang yang dia tak suka!"
"Sejak bila pula, Shara ada suka lelaki lain!"
"Maksud ayah, biar Shara pilih pasangan dia sendiri macam kamu dulu!"
Raja Nolan terus tersentap mendengar kata-kata itu.
"Ayahh! Ayah jangan masuk campur! Ini semua untuk kebaikan Shara! Saya takkan biarkan Shara berkahwin dengan orang biasa! Saya tak mahu Shara menerima nasib yang sama."
"Nasib yang sama! Jadi itu masalah kamu! Jadi kamu anggap yang..."
"YE! MEMANG! DISEBABKAN SAYA KAHWIN DENGAN ORANG BIASA MACAM DIA LA SHARA TERPAKSA MEMBESAR TANPA KASIH SAYANG SEORANG IBU!"
"Jadi kamu salahkan dia! Kalau bukan kerana dia, negara kita takkan aman macam ni!"
##### IMBAS KEMBALI #####
Suatu masa dulu, terdapat seorang pahlawan pedang wanita Elf yang sangat hebat. Dia boleh dikatakan pahlawan pedang yang terhebat di negara itu. Sukar untuk mencari Elf yang pandai bermain pedang tambahan pula wanita kerana kebanyakan Elf hanya hebat menggunakan kuasa magik dan memanah.
Walaupun dia berasal daripada keluarga miskin namun semangat juangnya mengalahkan segalanya. Dia telah menyelesaikan banyak tugasan yang sukar dan membantu ramai orang. Disebabkan itu, dia dikenali sebagai 'Queen Of Sword' kerana mahir bermain pedang dan disanjung tinggi oleh ramai.
Wanita itu adalah Shila iaitu pemaisuri kepada kerajaan Elf. Kehebatannya itu menyebabkan Nolan, putera negara Elf buat masa itu, jatuh cinta padanya.
Tidak seperti Shila, Nolan merupakan seorang putera yang lemah dan tidak hebat bertarung. Namun, kepintarannya itu yang telah memikat hati Shila. Buat pertama kalinya, Nolan mendekati Shila sebagai orang biasa dan akhirnya rahsianya terbongkar menyebabkan Shila marah padanya kerana menipunya selama ini.
Nolan meminta maaf kepada Shila dan disebabkan cinta Shila terhadap Nolan sangat mendalam, Shila memaafkan Nolan. Mereka berdua pun berkahwin selepas menerima restu Wells iaitu raja negara Elf buat masa itu.
Selepas 2 tahun, Shara pun dilahirkan dan pada masa itu, negara Elf menerima satu ancaman besar daripada Arch Dragon yang berada berdekatan negara tersebut.
Naga itu telah menghancurkan banyak kota-kota kecil. Tiada siapa yang dapat menghalang naga tersebut sehinggalah Shila ke hadapan untuk menghentikan naga tersebut.
Pada mulanya, raja Nolan tidak membenarkan Shila pergi namun Shila tetap berkeras untuk pergi kerana dia tidak mahu negaranya musnah akibat naga tersebut. Tambahan pula, anaknya yang baru lahir ke dunia itu.
"Shila, saya takkan benarkan awak pergi!" kata raja Nolan.
"Maafkan saya, Nolan! Saya perlu pergi!" jawab Shila yang berada dalam suit besinya.
"Awak tu permaisuri negara ni, awak tak perlu lagi berlawan!"
"Disebabkan saya permaisuri lah, saya perlu pergi Nolan. Saya perlu pastikan negara ni selamat demi masa depan bangsa Elf dan masa depan Shara!"
"Itu bukan cara pemaisuri bertindak, Shila! Permaisuri hanya perlu tunggu dan lihat!"
"Kalau itulah tugas permaisuri, jadi saya bukan lagi permaisuri!"
"Gargh, boleh tak awak buang semangat kepahlawanan awak tu, Shila!" marah Nolan.
"Saya dilahirkan sebagai seorang pahlawan, dulu, kini dan selamanya. Saya takkan boleh ubah perkara tersebut."
Shila kemudiannya memeluk anaknya buat kali terakhirnya.
"Shara, maafkan mama sebab mama mungkin tak dapat besarkan kamu!" satu ciuman ibu diberikan ke dahi bayi Shara.
"PENGAWAL!"
"Ye, tuanku!" Pengawal pun berkumpul.
"HALANG PERMAISURI DARIPADA KELUAR DARI ISTANA NI DENGAN CARA APA SEKALI PUN! Walaupun terpaksa gunakan kekerasan."
"BAIK TUANKU!" pengawal istana mula berkumpul mengelilingi Shila.
Shila kemudiannya memandang ke arah Nolan sambil tersenyum. "Maafkan saya, sayang!"
"Huh!"
WHOOOSH!!!
Dengan sekali libasan, pedang Shila, habis melambung pengawal-pengawal istana itu. Shila pun berlari keluar.
Semenjak Shila melangkah kakinya keluar daripada negara itu, Shila tidak lagi pulang ke pangkuan keluarganya.
Naga itu pun teruskan menghilangkan diri selepas itu, dan berita itu tersebar ke seluruh pelusuk bumi tentang kehebatan Shila.
Semenjak ketiadaan Shila, raja Nolan terus berubah menjadi seorang yang begis dan tegas. Raja Nolan tidak lagi mudah didekati oleh orang lain begitu juga anaknya.
##### IMBAS KEMBALI #####
"Ye, orang kelas bawahan dengan orang kelas atasan takkan dapat bersama!"
Mendengar kata-kata itu, keluar daripada mulut anaknya sendiri, membuatkan Wells tergamam.
"Kamu dah berubah, Nolan!" Wells pun keluar dari bilik tersebut.
*Ini semua untuk kebaikan Shara!* kata Nolan dalam hati.
######
Wells pergi semula ke bilik Shara. Wells duduk bersebelahan cucunya itu.
"Shara, beritahu atok! Kamu pasti, kamu setuju dengan perancangan ayah kamu untuk mengawinkan kamu dengan Hero Ray!"
"Uhhh! Apa atok cakap ni! Mestila Shara setuju!" jawab Shara sambil menundukkan kepalanya.
Wells kemudiannya memegang kedua-dua bahu Shara.
"Shara, pandang atok! Kamu pasti, kamu mahu berkahwin dengan Hero Ray!"
"Ye, atok! Shara pasti!" Shara menoleh pandangan ke tepi mengelak daripada bertentang mata dengan atoknya.
"SHARA!" Wells dengan tegas.
Shara terkejut mendengar atoknya memanggil namanya dengan begitu tegas buat pertama kalinya. Shara terus memandang wajah atoknya. Apabila melihat wajah atoknya, Shara terus tidak dapat lagi menahan perasaannya lalu mengalirkan air mata.
"Kamu tak perlu takut untuk menyatakan keinginan kamu, Shara! Kamu tak perlu sentiasa akur kepada keputusan ayah kamu! Atok tahu kamu seorang anak yang baik, semenjak dari kecil kamu tak pernah bantah keputusan ayah kamu! Tapi, atok kesian melihat kamu Shara, menerima segala ketetapan ayah kamu walaupun ia perit untuk diterima.. Jadi kali ini, atok nak kamu keluarkan segala apa yang pendamkan dalam hati kamu! Keluarkan! Atok disini untuk tolong kamu, Shara!"
"Sniff! Ughh.. Arrghhh! Maafkan Shara, Atok!" Shara pun menangis di dalam pelukan atoknya.
Selepas itu, Shara pun memberitahu apa yang terpendam di dalam hatinya.
"Shara taknak berkahwin dengan Hero Ray, Atok!"
"Baiklah... Jadi kamu dah ada orang yang kamu suka?" soal Wells.
"Huh? Uhmmm.." Shara terkesima mendengar soalan itu.
Wells sudah mengetahuinya dan hanya mahu melihat reaksi cucunya itu.
"Atok mungkin tahu lokasi Raqnid dimana!"
"Huh! Dimana Raqnid berada sekarang ni?" Shara dengan pantas menyoal Wells.
"Huh?" Wells terkejut melihat reaksi cucunya apabila mendengar tentang Raqnid.
"Jadi, atok tahu!" Shara kelihatan malu apabila Wells mengetahuinya.
"Bersiap, malam kita pergi berjumpa dengan Raqnid!" kata Wells.
"Baiklah, atok!" Shara segera pergi bersiap.
*Hurghh, Raqnid! Kau lebih baik bertanggung jawab setelah apa yang kau buat pada cucu aku, kalau tak, siap aku kerja kan." kata Wells dalam hati apabila melihat Shara terus bersemangat apabila dia mahu berjumpa dengan Raqnid.
Pada malam harinya...
Wells dan Shara pun bertolak pergi tanpa pengetahuan ayah Shara, Nolan.
"Albert, Lyn.. Tolong pastikan Nolan tidak tahu tentang hal ini!" kata Wells.
"Baiklah, Tuanku!" jawab kedua-dua mereka.
Walaupun mereka berdua sudah diarahkan oleh raja Nolan untuk tidak membenarkan Shara keluar daripada istana namun kesetiaan mereka kepada Wells dan hubungan mereka dengan Shara mengatasi semua itu.
"Terima kasih, Lyn, Albert!" senyum Shara.
"Jangan risaulah, puteri Shara.. Kami gembira melihat puteri Shara ceria balik macam selalu!"
Wells dan Shara pun pergi.
"Albert! Lebih awak beritahu saya, siapa lelaki yang bernama Raqnid ni!" Lyn dengan serius menyoal.
"Hurmm!" Albert mengeluh.
Wells dan Shara berjaya melepasi benteng pengawal istana dan menyelusup keluar dari negara tersebut.
"Jadi, puteri Shara berjumpa dengan lelaki yang bernama Raqnid tu, waktu puteri Shara pergi ke negara Human dulu. Puteri Shara berlatih memanah dengan lelaki tersebut. Sewaktu puteri Shara berlatih dengan Raqnid lah, puteri Shara mula menaruh hati kepada Raqnid. Semenjak itulah cinta mula berputik diantara mereka berdua. Namun, terdapat halangan yang menghalang hubungan percintaan mereka disebabkan status sosial mereka yang berbeza. Seorang puteri yang terpaksa tunduk kepada setiap ketetapan ayahnya dan seorang pemuda biasa yang hanya mahu kehidupan yang sederhana. Cinta antara mereka berdua seakan-akan langit dan bumi yang tak akan bertemu. Adakah cinta terlarang ini akan mendapat kesudahan yang gembira ataupun sebaliknya?"
"Hmph, dia buat dah!" Wells langsung pergi meninggalkan Lyn yang sudah berangan-angan.
######
"Atok, macam mana atok boleh kenal Raqnid?" soal Shara.
"Huh.. Ahh.. Panjang ceritanya, Shara!"
Dalam perjalanan mereka menuju ke lokasi Raqnid berada. Wells menceritakan bagaimana dia bertemu dengan Raqnid. Masing-masing berkongsi cerita masing-masing tentang Raqnid sehinggalah menjelang subuh, mereka pun tiba ke sebuah perkampungan yang diduduki Raqnid sekarang.
Perkampungan itu merupakan perkampungan yang pernah dilawati Raqnid selepas dia menewaskan Arch Dragon seorang diri. Wells mengetahui tentang perkampungan ini pada malam sama, Raqnid menjumpai perkampungan itu. Disebabkan itu, Wells mengesyaki Raqnid tinggal disini selepas hari pengebumian Razor.
Shara pun dengan laju meluru ke kampung tersebut meninggalkan atoknya di belakang. Tiba di pintu gerbang kampung tersebut, Shara menyoal pengawal yang berada disitu tentang Raqnid.
Nama Raqnid tidak dikenali namun bentuk tubuh dan rupa yang diceritakan Shara kepada pengawal tersebut tentang Raqnid dapat dibayangkan pengawal tersebut.
"Ouhh.. Orang tu.. Tak silap saya, dia tinggal di hujung kampung.. Disitu terdapat sebuah ladang kecil.." kata pengawal tersebut.
"Baiklah, terima kasih!" Shara terus pergi.
"Cantekknya, dia bidadari ke! Huh!" kata pengawal tersebut.
"Shara, tunggu!" jerit atoknya dari belakang.
"Berhenti!" kata pengawal tersebut pada Wells.
"Huh? Kenapa?" Wells bingung.
"Tujuan apa, awak datang ke sini?" soal pengawal tersebut.
"Huh? Tujuan, awak tanya saya! Tujuan saya sama dengan perempuan yang lalu sebentar tadi!" jawab Wells.
"Maaf, saya kena soal siasat awak!"
"Hah! Kenapa saya, perempuan tadi takpe pulak!"
"Sila beri kerjasama encik, ini untuk keselamatan kampung ni!"
"Garggghh!"
#####
Shara tiba sahaja di kawasan yang dikatakan pengawal tersebut. Shara mengetuk rumah paling besar disitu.
Tuk! Tuk! Tuk!
Beberapa saat kemudian, pintu tersebut dibuka. Terlihat makcik tua, disebalik pintu tersebut.
"Ada apa?" soal makcik tersebut.
"Uhmm.. Tumpang tanya, ada tak lelaki yang bernama Raqnid tinggal disini!" soal Shara.
"Takde, kalau rumah di sana tu ada! Dia muncul 3 bulan lepas." jawab makcik itu.
Shara memandang ke arah rumah kecil yang bertentangan dengan kebun itu.
"Terima kasih, makcik!"
Shara langsung pergi dengan perasaan penuh gembira. Mengetuk pintu rumah tersebut.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Raqniddd!" terus dipanggil Raqnid dengan penuh yakin.
Lalu pintu itu pun terbuka.
"Ye, cari siapa?"
"Huh?"
Shara terkejut melihat apabila yang membuka pintu tersebut adalah seorang wanita Elf. Wanita Elf itu kelihatan agak muda.
"Maafkan saya, saya tersilap rumah!" kata Shara.
Tidak sempat Shara pergi, terdengar suara yang mirip dengan Raqnid.
"Siapa yang datang pagi-pagi buta ni?"
*Suara tu!* kata Shara dalam hati.
Seorang lagi keluar dari rumah tersebut.
"Huh, Shara!" Raqnid terkejut melihat Shara.
"Raqnid!" begitu juga dengan Shara.
*Shara?* perempuan Elf yang berada bersebelahan Raqnid.
"Apa yang awak bua—"
PANG!!!
Tidak sempat Raqnid hendak menyoal, tangan kanan Shara hinggap ke mukanya. Raqnid melihat wajah Shara berlinang dengan air mata.
"Saya benci awak, Raqnid!"
Share this novel