8 bulan berlalu...
Semenjak hari aku dan Wells sertai kumpulan Razor. Kami banyak masuk ke dungeon mencari benda yang dipanggil 'Dragon Heart'. Sudah lebih daripada 50 dungeon kami terokai tapi masih tidak menjumpai nya.
Peperangan mungkin tercetus tidak lama lagi. Dengan masa yang ada sekarang, Ray dan Hero lain mungkin tidak cukup kuat untuk tewaskan Demon King. Disebabkan itu, kami mencari 'Dragon Heart' kerana ia dapat melemahkan Demon King. Mungkin dengan cara ni, ia sedikit sebanyak membantu Hero.
Kami mengembara hampir kesemua negara mencari Dungeon yang ada. Setiap satu Dungeon di teroka oleh kami demi mencari benda tersebut.
Aku pun dah lama tak berjumpa dengan Fat dan yang lain-lain. Mungkin mereka ingat aku dah mati. Hurmmm...
"Raqnid tolong aku!" jerit Izar iaitu Lizardman di dalam kumpulan Razor.
"Huh... Baik!", dipanah kesemua Orc yang hendak menghampiri Izar dari belakang.
"Berapa lama lagi Wells!", jerit Razor.
"Aishh, sabar laa!", Wells yang sedang mengumpulkan tenaga untuk melepaskan panahan yang kuat.
Mereka berada di dalam sarang Orc berlawan dengan ribuan Orc.
"Hiyarghh!" Paul melindungi kami dengan begitu cekap. Setiap Orc tidak terlepas daripada pandangan Paul.
"Orang tua!", jerit Raqnid.
"Semua berundur!... Atomic Shot!", Wells melepaskan panahan nya.
'Shoooshhh', bunyi berdesing anak panah yang dilepaskan oleh Wells begitu kuat.
Raqnid dan yang lainnya lari berundur 50 meter dari tentera Orc untuk mengelak daripada terkena impak serangan Wells.
'KBOOMMM!'
'BOOMMM'
Serangan Wells itu menghasilkan AOE(area of effect) yang begitu besar. Ia meliputi kesemua tentera Orc. Dengan sekelip mata, sarang Orc yang besar hancur dengan hanya satu panahan Wells.
*Aku benci untuk mengaku yang orang tua ni sangat kuat. Siapa dia sebenarnya? Pemanah istana pun belum tentu dapat melakukan panahan sebegini.* Raqnid bercakap dalam hati.
"Cantekk!", Izar mengangkat thumb up kepada Wells.
"Heh... Apa macam budak!", tersengeh Wells kearah Raqnid.
"Cehhh..." Raqnid bengang.
"Garggghh!", ngauman raja Orc.
"Huh?... Rajanya masih hidup!" Paul terkejut.
"Hehh... Nampaknya serangan kau tak cukup kuat untuk bunuh raja Orc, orang tua. ", Raqnid tersengih sambil menyasarkan raja Orc tadi.
'Silent shot', anak panah meluru tanpa bunyi mengenai tepat tengkok raja Orc itu.
"Gorrgh... Gork...", raja Orc memegang tengkoknya yang sudah berlubang akibat terkena panahan Raqnid. Orc cuba bersenyawa, lalu tumbang.
"Hehe, aku menang kali ni.", Raqnid sengih sambil memandang kearah Wells.
*Budak ni, dia bunuh raja Orc macam tu je! Aku teringin nak tahu sejauh mana kekuatan budak ni.* Wells berkata dalam hati.
"Cayalah Raqnid!", Izar lari dan peluk Raqnid dari belakang.
"Bagus korang berdua." Amani iaitu healer Elf.
Selepas itu, kami meneroka barang-barang milik Orc namun masih tidak menjumpai 'Dragon Heart'.
Seperti yang aku jangkakan dari awal, Razor akan menjadi seorang yang kuat selepas dia dipulaukan. Ia sama seperti kebanyakan komik yang aku baca, watak yang dipulaukan dan dikeji oleh rakan-rakannya selepas dijelmakan ke dunia lain akan mengejutkan rakan-rakannya dengan kekuatan luar biasa. Sekarang aku lihat sendiri hasilnya, tetapi aku tak berapa terkejut kerana aku sudah menjangkakan perkara ini.
Razor adalah seorang Black Wizard yang menggunakan kuasa elemen hitam. Bukan itu sahaja, Razor juga mahir menggunakan magik terlarang. Magik terlarang ialah magik yang sudah ditinggalkan dan dilarang kerana magik ini sangat berbahaya. Sesiapa sahaja yang menggunakan magik ini boleh ditangkap dan dipenjara. Oleh itu, Razor hanya menggunakkan magik ini bila perlu.
Izar pula merupakan seorang 'Spearman' dari puak Lizardman. Dia mampu berikan kerosakan yang agak tinggi namun sukar menyerang raksasa yang besar dan mempunyai ketahanan yang kuat kerana raksasa sebegitu perlu diserang di titik kelemahan mereka.
Amani pula ialah seorang Healer dari puak Elf. Sudah tentu tidak dapat memberikan kerosakan kepada raksasa. Dia hanya merawat kecederaan rakan pasukannya yang cedera.
Tank bagi kumpulan ini ialah Paul yang datang dari puak Dwarf. Mempunyai ketahanan yang tinggi dan hanya bagus untuk melindungi ahli kumpulannya.
Akhir sekali, Anne yang datang dari puak Beastman merupakan seorang 'tactician'. Dia tidak bersenjata dan tidak tahu berlawan. Dia bijak mencari kelemahan musuh. Tugasnya mengumpulkan maklumat. Setiap rancangan ditentukan oleh Anne. Dialah orang yang mencari kesemua Dungeon yang ada untuk kami terokai.
°°°
Kesemua mereka berkhemah setelah selesai meneroka dungeon. Duduk mengelilingi unggun api untuk memanaskan badan.
"Nampaknya, dungeon kali pun tiada." ~Amani
"Maafkan aku semua!" ~Anne
"Jangan risau Anne, kita masih tak habis lagi senarai dungeon yang kau dah cari tu!" ~Razor
"Kita dah kesentukan masa, macam mana kalau kita masih tak jumpa." ~Anne yang masih risau.
"Kalau kita tak jumpa pun, kita ada Raqnid dan Wells. Mereka kuat sudah tentu mereka dapat dapat tolong Hero tewaskan Demon King." ~Razor menenangkan Anne.
"Ahh, pasal tu jangan risau. Aku boleh je panah Demon King sekarang kalau nak." ~Raqnid bergurau.
"Hurmmm" Anne menundukkan kepalanya risau.
"Jangan risau." Razor memegang tangan Anne yang masih kerisauan. Anne melihat riak wajah Razor yang yakin terus hilang kerisauan nya.
"Terima kasih semua!" ~Anne
"Kami ada dengan kau Anne." ~Paul
'Aaaa', Wells menguap.
"Jom ahh tidur. Hilang kan kerisauan kita." ~Izar bagun menuju ke tempat tidurnya.
"Selamat malam"
°°°
Malam itu, kesemua mereka sudah tidur kecuali Raqnid berjaga kerana malam ini merupakan giliran nya untuk memantau keselamatan ahli kumpulannya.
Dia berjalan meronda kawasan sekeliling tempat mereka berkhemah.
"Huh?" Raqnid terlihat ada sebuah pintu gerbang yang terselindung oleh pokok-pokok berlingkar. Pintu gerbang itu kelihatan unik dan usang.
"Sebelum ni aku rasa pintu ni takde pun."
Perasaan ingin tahu dalam hati Raqnid berkobar-kobar.
"Patut ke aku masuk?" Raqnid membelek-belek pintu gerbang itu, lalu ditolak perlahan dengan tangan kanannya.
'Krekkk'
Raqnid mengintai ke dalam pintu gerbang itu, tetapi tidak terlihat apa-apa kerana begitu gelap.
[Night Mode Active]
Walaupun Raqnid menggunakan skillnya namun dia tidak dapat melihat sepenuhnya apa yang berada di dalam pintu gerbang itu kerana terdapat jalan lain yang menghala ke kanan.
"Harap-harap tempat ni bukan Dungeon." kakinya sudah melangkah masuk ke dalam pintu gerbang itu. Tangan kirinya bergantung kepada dinding di bahagian kiri, melangkah dengan berhati-hati jika ada sebarang perangkap.
Langkah demi langkah, sekali lagi dia bertemu dengan pintu yang sedikit kecil. Dia memasuki melalui pintu tersebut.
"Huh? Bulatan magik?" terdapat bulatan magik yang besar memenuhi bilik tersebut. Selain daripada bulatan magik tersebut, dia tidak melihat benda lain. Bilik itu kosong.
"Lebih baik aku pergi dari sini, sebelum apa-apa terjadi!"
Sebaik sahaja Raqnid hendak keluar dari pintu tadi. Bulatan magik itu bercahaya dengan terang.
"Ahh!" cahaya terang itu menyilaukan mata Raqnid. Tangan kanan nya melindungi matanya yang silau.
Cahaya yang tadi menerang terus hilang. Raqnid kemudiannya membuka matanya.
"Tempat apa ni?"
Share this novel