Berakhirnya ujian pada hari tersebut. Raqnid dan Fat pun pergi ke bilik mereka dan bersiap-siap untuk meninggalkan istana. Kedua-dua mereka sedar jika semakin lama mereka tinggal di istana semakin banyak masalah yang akan timbul. Walaupun mereka boleh memilih untuk tinggal di istana, tapi dengan keadaan sekarang mungkin mustahil. Bayangkanlah, orang yang selama ini tidak menonjol dan tidak dikenali ramai, tiba-tiba dapat lulus dalam ujian ini. Hal ini, akan menimbulkan kemarahan kebanyakan ahli kumpulan Guardian. Maka, idea terbaik adalah dengan meninggalkan istana.
Tiba saja kedua-dua mereka di bilik, terlihat kelibat Goug dan Kiel sedang mengemas barang mereka. Bukan, Raqnid dan Fat sahaja menyedari situasi yang mereka hadapi sekarang malah rakan mereka yang turut sama lulus pun sedar akan hal itu. Pandangan daripada ahli kumpulan Guardian yang lain sewaktu mereka lulus bukanlah pandangan biasa tetapi pandangan yang dicampuri dengan perasaan marah dan dengki. “Yoo!!” tegur Fat. Kedua-dua mereka terperanjat seperti mereka telah melakukan jenayah.
“Sorry! Sorry! Aku tak bermaksud nak gemparkan korang.” Fat rasa bersalah. Kedua-dua mereka pun bangun sambil memegang barang-barang mereka. “Takpe! Korang pun nak tinggalkan istana ke?” soal Goug. "Ya! Sebelum lebih banyak masalah timbul nanti.” jawab Raqnid.
“Hahaha! Bagus la. Aku harap kita dapat bekerja sama selepas ni.” Goug menghulurkan tangan. Raqnid pun kemudiannya berjabat tangan dengan Goug. “Ye! Semestinya!”.
“Ye! Laa kita je yang dianggap antara yang lemah dalam kumpulan Guardian ni.” balas Fat. “Aku takkan biarkan Jones mempergunakan kita sesuka hati dia.” Kiel dengan tegasnya. “Haha! Ye! Betul tuu!” Raqnid menjawab. “Jumpa nanti!” Goug dan Kiel pun pergi.
Raqnid tersenyum kerana dia tidak menyangkakan, ada orang lain yang tahu akan perancangan Jones. “Patutlah! Mereka boleh lulus.”
Kemudian tanpa melengahkan masa lagi kedua-dua mereka pun mengambil barang mereka dan meninggalkan istana. Mereka berdua bernasib baik kerana selepas beberapa minit mereka meninggalkan bilik, barulah ahli-ahli lain pulang ke bilik.
“Oi! Raqnid kita nak pergi mana dulu. Aku excited niI!” Fat dengan gembiranya. Kedua mereka berjalan melepasi pintu gerbang istana dan selepas beberapa langkah. Terlihat dari jauh, suasana bandar yang sangat cantik. Ukiran dan bentuk bangunanya yang mirip seakan permainan video MMORPG. Raqnid dan Fat begitu teruja melihat bandar tersebut. Di dalam hati mereka timbul perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Perasaan ingin merasai sendiri pengalaman tinggal di dunia fantasi yang sebelum ini hanya dapat dirasai melalui permainan video. Dunia dengan penuh perkara pelik dan aneh. Kuasa magik menjadi perkara biasa bagi makhluk di dunia ini. Udara segar yang masih belum tercemar. Oleh kerana, istana berada di kawasan tinggi. Mereka dapat melihat dari jauh langit yang biru dihiasi oleh burung-burung yang aneh. Bukit-bukau yang kehijauan terlihat dari jauh. Dunia ini penuh dengan warna warni.
“Kau dah bersedia! Mulai sekarang kehidupan kita bukan lagi seperti dulu.” - Raqnid
“Ye! Aku dah bersedia” - Fat
“Segala masalah dan cabaran yang akan berlaku kepada kita nanti, semuanya akan menjadi luar biasa.” - Raqnid
“Tahu! Apa yang perlu kita buat adalah elakkan masalah yang besar dan kurangkan masalah yang kecil.” - Fat
“Pandai! Yang paling penting adalah kurangkan mendapat perhatian orang.” - Raqnid
“Hahaha! Tapi kita dah tarik perhatian ramai dah pun, siap buat musuh semua cukup.” - Fat
Raqnid menggaru kepalanya. “Haha! Yang tu kita dah tak boleh elak.” .
“Ahh! Tak payah risau yang itu! Sekarang kita fokus apa yang di hadapan kita ni!” Fat cuba hilangkan memori itu dengan kata-kata semangat.
Mereka berdua pun bergerak menuju ke bandar. Mengambil masa lebih kurang 30 minit dari istana. Tiba sahaja mereka di bandar itu. Pelbagai perkara baru yang mereka lihat. “Oi! Oi! Raqnid tu Elf lah. Tu Dwarf. Tu.. tu tu.” reaksi Fat begitu teruja selepas dapat melihat Dwarf kesukaannya. “Aku nampak lah!”. Pelbagai barang didagangkan oleh gerai-gerai disini. Makanan, senjata, perisai, ubat-ubatan dan bermacam lagi. Semasa Fat sedang teruja melihat suasana baru, mata Raqnid merayau-rayau mencari tempat untuk mereka menginap. Hal ini kerana, Raqnid sudah biasa curi keluar dari istana secara senyap.
Mereka pun berjalan sehinggalah Raqnid terjumpa tempat penginapan yang memenuhi kesemua kriteria yang dia kehendaki. Tempat penginapan itu mestilah tidak terlalu berada di kawasan yang sesak, tidak terlalu menonjol dan harga yang berpatutan. Sekarang Raqnid hanya perlu mengetahui harganya sahaja. Raqnid dan Fat memasuki tempat tersebut.
Masuk sahaja kami ke dalam tempat penginapan tersebut. Kami dilayani oleh seorang wanita yang kelihatan seperti 30-han. “Selamat Datang!” . Selepas itu, kami mendapatkan bilik untuk tinggal. Semalam berharga 50 gil. 50 gil bagi 2 katil single dan makan pagi disediakan adalah satu tawaran yang tidak dapat ditolak. Kebanyakan tempat penginapan lain mengenakan bayaran sebanyak 80 gil semalam. Tambahan pula, pekerja disini melayani kami dengan begitu mesra. Namanya adalah Mary.
Selesai saja, kami meletakkan barang-barang kami ke dalam bilik. Kami pun terus menuju ke guild untuk mendaftar. Pencarian guild menjadi mudah kerana Raqnid pernah sampai ke situ. “Woahh, kau macam dah tahu je selok-belok kat bandar ni Raqnid!” . Raqnid hanya tertawa kecil seperti tidak menghiraukan kata-kata Fat itu kerana dia tidak mahu rakannya mengesyakinya sesuatu. Mereka pun memasuki tempat tersebut. Kelihatan ramai hunter berada di situ sedang memilih misi untuk dilakukan. Untuk mengelakkan perhatian, mereka berdua terus pergi ke kaunter. Fat walaupun pertama kali datang ke situ, dia tidak menunjukkan sikap cemperanya itu. Dia tahu ia akan menarik perhatian ramai.
Penjaga kaunter di situ bernama Alene. “Selamat datang ke guild! Ada ape boleh saya bantu?” . Raqnid pun dengan pantas menjawab. “Kami nak daftar lesen hunter!” . “Ouh! Baik! Untuk pendaft..” belum sempat Alene menerangkan syarat-syarat untuk mendaftar. Raqnid terus meletakkan guni yang berisi 2000 gil di atas meja kaunter. Duit yang mereka dapat daripada 3 bulan elaun mereka berada di istana dan tambahan lagi 800 gil diberikan oleh Jones kepada kami setelah hendak keluar dari istana. Kesemua duit ini diberikan oleh raja Alex kepada kami semua.
“Dalam ni ada 2000 gil untuk pendaftaran kami berdua!! Di mana ujian bertarung diadakan?”. Raqnid terburu-buru kerana penjaga kaunter tersebut adalah wanita yang sama sewaktu Raqnid curi-curi keluar dari istana dahulu. “Ahh! Okey! Boleh saya mintak id kamu berdua!” Alene hairan melihat gelagat Raqnid yang terburu-buru itu.
“Nah!”. Raqnid memberikan kad id kepada Alene. Alene pun membawa mereka ke tempat ujian itu dilaksanakan. “Uhmm! Kita pernah bertemu ke sebelum ni?” tiba-tiba Alene menyoal Raqnid. Inilah perkara yang Raqnid mahu elakkan berlaku. “Haha! Tak! Salah orang kut!” muka Raqnid pucat. “Ouh! Mungkin silap saya kut. Semoga berjaya!” Alene pun pergi.
Raqnid dan Fat pun menunggu giliran mereka. Di dalam gelanggang bertarung terdapat 4 orang peserta sedang bertarung dengan pelatih disitu. “Oi! Raqnid ujian ni boleh berkumpulan ke?” tanya Fat. “Boleh kut!”. Cara mereka berlawan sungguh lancar seperti mereka telah mengenali peranan masing-masing. Serangan mereka bertalu-talu ke arah pelatih tersebut tanpa henti. Akan tetapi pelatih itu tidak langsung berada di dalam kesukaraan menerima serangan yang bertalu-talu itu. Pelatih tersebut seperti tidak berlawan dengan sepenuh hati. Akhirnya, pelatih tersebut pun melepaskan pedangnya. Keempat-empat mereka pun berhenti.
“Oi! Raqnid apa yang terjadi, mereka berhenti tiba-tiba? Pelatih menyerah kalah ke?"
“Entah laa? Aku pun tak berapa faham?”.
“Lulus!” pelatih tersebut menjerit. Peserta-peserta tadi menjerit keriangan meraikan kejayaan mereka. “Reaksi mereka tuu macam!” Fat bersuara. “Ye! Macam kita bila sudah habis peperiksaan.” jawab Raqnid. “Semoga berjaya!” salah seorang daripada mereka berkata kepada kami.
“Baiklah! Seterusnya!” jerit pelatih itu. “Kami! Kami! “ jawab Fat. “Baiklah! Selamat datang! Nama saya Hulk.! Sebelum penilaian dimulakan saya akan menerangkan bagaimana penilain ini dinilai.” Pelatih itu pun menerangkan cara penilaian ujian ini. Ujian ini dinilai melalui kebolehan peserta bertarung. Peserta perlu menghalang pelatih daripada melepaskan pedangnya. Dengan ini, peserta perlu sentiasa menyerang pelatih tersebut agar pelatih tidak mempunyai peluang untuk melepaskan pedangnya. Selagi pelatih berada keadaan dalam bahaya dia tidak akan mampu melepaskan pedangnya sesuka hati. Itulah sebab peserta yang sebelumnya menyerang pelatih bertubi-tubi. Daripada itulah pelatih akan menilai kebolehan peserta. Semakin lama penilaian berjalan, semakin tinggi peluang untuk lulus. Sesiapa sahaja yang terkeluar dari gelanggang akan gagal. “Kalau korang gagal, korang perlu mengambil semula ujian sampai berjaya. Untuk mengambil semula ujian ini korang perlu membayar 300 gil untuk setiap kali ujian.”
“Oi! Oi! Raqnid biar betul kalau gagal kita kena bayar lagi 300gil! Dah le kita tak ready apa langsung! Lebih baik kita berlatih dulu!” ujar Fat. Raqnid pun terkejut mendengar tentang hal tersebut. Hulk pun mencelah, “Kalau korang tak mahu ambik sekarang, automatik gagal.”
“Gerghh! Buat duit betul mereka ni!” Raqnid bersuara. “Hahaha! Jadi korang dah takde pilihan lain selain bertarung sekarang.” jawab Hulk.
“Ok! ok! Baik kami bertarung.” jawab Raqnid. Baiklah masuk ke gelangang sekarang. Kami pun masuk ke gelanggang tanpa ada sebarang persediaan. “Oi! Raqnid macam mana kita nak lawan dengan pelatih ni! Dia dah la besar.” bisik Fat.
“Kita buat je macam biasa, kau serang je dia nanti aku backup.” Raqnid mengeluar busurnya. “Ahh! Dah jadi macam kita lawan je la.” Fat pun bersedia untuk bertarung.
“Baiklah! Bila saya angkat sahaja pedang saya ujian terus bermula.” Hulk angkat sahaja pedangnya, pedang Fat terus berada di hadapan muka Hulk. Fat bertindak dengan pantas namun serangan itu dapat dielak Hulk.”Huh! Boleh tahan.” Hulk tidak menyangka serangan sebegitu.
Namun ia tidak berakhir disitu, Hulk terpaksa menepis anak panah yang datang daripada Raqnid. Raqnid mengetahui yang Fat mempunyai taktik serangan yang lambat kerana pedangnya yang besar. Tambahan pula, Fat terpaksa memegang perisai dan memakai baju besi yang berat. Raqnid juga tidak mampu menyerang Hulk bertubi-tubi kerana anak panahnya yang terhad. Untuk mengelakkan Raqnid kehabisan anak panah, Fat pun menyerang Hulk menggunakan perisainya sementara dia hendak menghayun pedangnya kembali kepada Hulk. Raqnid terkejut melihat kemahiran baharu Fat itu. “Mungkin kita boleh menang!” ujar Raqnid.
Hulk dapat mengelak setiap satu serangan Fat namun dia terpaksa menepis panahan Raqnid kepadanya. “Sheshh!” Hulk pun semakin lama, dia mendekati Raqnid. Namun, Raqnid tidak berganjak seinci pun dari tempatnya berdiri. “Budak ni dia tak lari!” bisik Hulk di dalam hati. Selalunya pemanah akan menjarakkan dirinya daripada musuh. Hulk merasa hairan melihat Raqnid tidak langsung bergerak walaupun musuhnya mendekati. Hulk pun kemudiannya makin mendekati Raqnid. Raqnid masih tidak bergerak, Hulk kemudiannya menghayun pedangnya menyerang Raqnid.
Raqnid pun dengan pantas mengelak serangan daripada Hulk lalu dia menyekat kaki Hulk. Hulk terkejut melihat Raqnid begitu mudah mengelak serangannya itu dan ingin sekali lagi menyerang namun kakinya telah disekat oleh Raqnid. Hulk cuba untuk mengimbangkan badannya kembali akan tetapi hal itu sudah terlambat kerana Fat sudah menolak Hulk dengan perisainya keluar dari gelanggang. “Yeah! Kita menang!” jerit Fat.
“Mana ada menang!” jawab Hulk. Hulk terlihat marah kerana maruahnya telah tercalar oleh dua orang budak higusan. Tambahan pula, petarungan mereka berakhir dengan begitu pantas. “Tuan dah terkeluar dari gelanggang! Kami menang la!” balas Raqnid. Namun, Hulk cuba menafikan kata-kata Raqnid. Dia tidak mahu mengaku kalah. “Kita mula lain!” Hulk cuba beralih.
“Apa awak cuba buat ni tuan Hulk?” Alene menghampiri mereka. “Mereka berjaya tewaskan tuan Hulk! Jadi mereka lulus.”
“Mana ada mereka tewaskan saya! Saya belum kalah! Lagi pun saya yang tentukan sama ada mereka ni lulus ataupun tidak.” jawab Hulk kepada Alene.
“Bukankah ujian ini dilakukan untuk melihat kebolehan peserta bertarung? Mereka berjaya menewaskan tuan Hulk, bukankah itu untuk sudah membuktikan mereka sudah berkebolehan? Dan sejak bila tuan Hulk boleh sesuka hati meluluskan dan menggagalkan peserta mengikut kepuasaan hati tuan! Jangan cakap yang peserta sebelum ni jugak diluluskan mengikut kepuasaan hati tuan bukan berdasarkan kebolehan mereka?” , walaupun wajah Alene kelihatan tersenyum namun hatinya itu sudah pun berapi-api. Kami dapat merasai aura yang keluar daripadanya. “Sungguh menakutkan!” Fat berbisik. Raqnid menyapa Hulk dengan sikunya. “Tuan! Cepat minta maaf sebelum perkara lebih buruk berlaku.” Hulk juga merasakan hal itu. “Entah! Sebelum ada pertumpahan darah lebih baik tuan minta maaf!” Fat berbisik.
“Alene! Maaf! Maaf! Mereka lulus lah, saya bergurau je tadi. Hehehe!” Hulk menelan air liurnya. “Haha! Pandai tuan Hulk bergurau dalam hal macam ni.” Alene masih tersenyum namun auranya itu masih belum reda. “Baiklah, sila ikut saya Raqnid, Fat.” , Baik… jawab Fat dan Raqnid.
Hulk pun menghembuskan nafas lega selepas Alene bergerak pergi. “Jangan ingat semua benda ni dah selesai tuan Hulk, saya akan melaporkan hal ini kepada ketua!” , Alene menoleh sedikit kepalanya dan menjeling matanya ke arah Hulk. “Tunggu! Alene tak perlu la sampai melaporkannya kepada ketua, saya bergurau je tadi! Tunggu Alene! Aleneeee!!!” teriak Hulk. Namun, semua itu tidak langsung memberi kesan kepada Alene, dia langsung pergi tanpa menoleh sedikit pun.
Masuk sahaja kami di dalam bagunan, suasana yang riuh tiba-tiba menjadi sepi selepas ketibaan Alene. Kesemua orang di situ dapat merasakan aura yang mengerikan daripada Alene. Tidak ada seorang pun berani mengeluarkan kata-kata.
“Tahniah! Kamu berdua lulus.” , senyuman daripada wajah Alene tidak pernah hilang namun auranya yang berubah. “Hehe! Terima Kasih.” jawab Raqnid dengan perasaan tidak senang. “Kamu berdua ni berasal dari dunia lain bukan?” soal Alene. Wajah Raqnid kelihatan pucat mendengarkan hal itu. Alene dapat mengetahui hal tersebut daripada kad id yang kami berikan tadi.
“Tak perlu risau! Lagipun rakan-rakan korang kebanyakan sudah mendaftar kemarin. Kesemua mereka berjaya lulus dengan cemerlang, lagi-lagi hero! Semua mereka sungguh hebat.” aura daripada Alene hilang selepas membicarakan hal tersebut. “Haha! Ye ke, mereka memang hebat pun. Boleh kami dapatkan lesen kami?”
“Ouh! Ye lupa saya” Alene pun hulurkan lesen dan id kami. Semasa Raqnid hendak mengambil lesennya, Alene tidak melepaskan tangannya daripada lesen tersebut. “Patutlah! Saya rasa kita macam pernah berjumpa.” Alene sambil tersenyum. Alene terlihat seperti sudah mengetahui tentang hal Raqnid keluar dari istana secara senyap-senyap. “Haha! Ye! Saya pun rasa macam pernah ternampak awak?” Raqnid tidak lagi dapat menyembunyikan hal tersebut. “Bukankah lebih senang awak mengaku daripada awal! Jangan risau saya akan sembunyikan hal itu.” bisik Alene kepada telinga Raqnid. Meremang bulu roma Raqnid selepas mendengar tersebut.
“Baiklah, tahniah sekali lagi! Pecampaian korang boleh dikatakan agak baik jika dibandingkan dengan kumpulan Hero tau, korang patut berbangga tahu.” Fat gembira bila mendengarkan hal tersebut. “Ye ke!” . Raqnid dan Fat kemudiannya pulang.
"Budak-budak tu sungguh berkebolehan! Tambah-tambah yang pemanah tu, cara dia mengelak tadi tak macam pemanah langsung? Hanya assasin je boleh mengelak sebegitu. Pemanah yang gila. " Hulk menghampiri Alene.
"Ya! Saya nampak apa yang berlaku. Saya pergi dulu. " jawab Alene.
"Pergi mana?"
"Pergi jumba ketua!"
"Tunggu! Alene kita boleh berbincang lagi, jangan laa terburu-buru."
"Berbincang!"
Aura Alene kembali muncul. Ketakutan mulai dirasai oleh kesemua orang disitu.
"Maaf! Salah saya." Hulk mengaku kalah.
“Orang tua ni buat hal lagi laa tuu!”
“Dah takda orang lain dah!”, suara orang di dalam guild.
“Ye! Ye! Salah aku, yang korang ni dah takda kerja lain ke hah? Dah dapat kerja berambuslaahh…..” jerit Hulk dengan bengangnya.
Setelah itu, mulalah pengembaraan Raqnid dan Fat di dunia baharu.
Selamat membaca ;) Saya harap korang boleh faham apa yang saya cuba ceritakan. Next Chapter.... Chapter 19 - Demon Lord
Share this novel