Sewaktu Shara berumur 10 tahun…
"Papa macam mane pape jumpa mama!"
"Hmmm, papa selamat kan mama daripada raksasa!"
"Ye laa tuu…!" atok Shara ataupun bapa kepada raja Elf tiba iaitu Wells.
"Ayah!... Ayah buat apa datang sini?" soal Raja Elf.
"Aku nak tengok cucu aku laa… kenapa tak boleh!"
"Atokkkk….!", Shara berlari memeluk atoknya Wells.
"Hurmm…" mengeluh Raja Elf.
"Shara sini atok cerita kan tentang mama kamu!"
"Nak… nak!"
"Mama kamu dulu seorang yang sangat kuat! Hampir ke semua Elf lain takut dengan nya."
"Mama kuat!... Jadi antara mama dengan papa… siapa lagi kuat! Uhmm… mesti papa sebab papa yang selamat kan mama!"
"Tak… papa kamu tak kuat pun!"
"AYAH! Jangan laa."
"Kenapa betul ape!"
"Ehhhh… jadi mama ke yang selamat kan papa!"
"Pandai cucu atok… mama kamu yang selamat kan papa kamu!... Mama kamu dulu seorang 'Swordsman' yang hebat."
"Wahh 'swordsman'!... Tapi tak sama dengan Shara… Mmmm!"
"Takpe… Shara sama dengan atok! Atok lagi hebat daripada mama kamu tau!"
"Ye ke! Macam tu Shara kena belajar dengan atok lagi laa."
"Mesti laa… atok akan ajar sampai Shara kuat!"
"Mama… dulu puteri juga ke?"
"Tak!... Mama kamu Elf biasa."
"AYAH!... Kenapa bagi tahu Shara."
"Anak kamu kena tahu siapa mama dia yang sebenarnya… apa salah nya!"
"Shara pun nak cari suami biasa jugak laa!"
"Boleh!" jawab atoknya.
"TAK BOLEH!!! Papa tak akan benarkan!"
"Tapi…!"
"Shara hanya dibenarkan berkahwin dengan orang yang ternama sahaja!... Papa takkan sekali-sakali terima orang biasa… FAHAM!"
"Mmm… baik papa!"
"Sekarang Shara pergi masuk dalam! Dah lewat ni."
"Tapi Shara nak berbual dengan atok lagi."
"SHARA!!! DENGAR KATA PAPA!!!"
Shara pun menurut perintah ayahnya itu. Sekarang hanya tinggal Raja Elf dengan ayahnya.
"NOLAN! Apa kamu cakap ni hah… Kamu tak boleh paksa anak kamu macam tu!"
"Papa jangan masuk campur. Tu anak saya… saya tahu macam mana nak didik dia!"
"Apa kamu fikir ni Nolan?... Dulu Ayah tak pernah halang kamu bercinta dengan siapapun… tapi kenapa kamu pulak nak halang Shara?"
"Sebab ayah tak halang saya lah… saya perlu halang Shara sebelum dia menyesal."
"Jadi kamu menyesal beristrikan orang biasa!"
"Tak… saya tak pernah menyesal sedikit pun… tapi saya kesal dengan diri saya ayah!... Alang kan baik nya jika saya halang Hana daripada pergi ke tempat tu!"
"Hah!... Kamu tak boleh salah kan takdir!"
"Sebab itulah saya mesti halang Shara!....Sebab orang macam kita ni dan orang biasa tidak akan mempunyai perakhiran yang bahagia jika ditakdirkan bersama."
Sekarang…
"Raqnid sila keluar ke hadapan sekarang!"
Raqnid dengan buntu nya berjalan keluar daripada kumpulannya menuju ke hadapan.
*Kalau Raqnid terpilih mungkin papa akan benarkan!*
Setiap langkah nya, dia mendengari kata-kata orang tentang nya.
"Kenapa Raqnid terpilih? Dia kuat ke?"
"Entah! Aku rasa aku kuat lagi daripada dia."
"Tuan Blaise kenapa tiba-tiba Raqnid boleh terpilih? Tuan tak pernah beritahu kami pun tentang hal ni." soal Ray.
"Saya pun buntu sekarang ni! Macam mana kawan kamu boleh terpilih. Raja tak pernah umumkan apa-apa tentang wakil dari negara Human." jawab Blaise.
"Heh(tersengih), apa yang mereka buat ni pilih orang yang langsung tak kuat!" Zack bersuara.
Kesemua orang dalam tempat tersebut memandang rendah kepada Raqnid. "Siapa budak tu nampak lemah je!". Cacian demi cacian dapat didengari.
"Hehe(tersenyum), Raqnid tunjukkan siapa kau! Biar mereka tahu siapa yang lemah dan siapa yang kuat." orang tua dari kedai menjual busur tersenyum riang di penjuru tempat tersebut.
*Hah…masalah betul la, macam mana nama aku boleh kena petik pulak ni? Habis laa… hancur laa impian aku untuk hidup sederhana macam orang biasa. Arghh!* Raqnid menjerit dalam hati.
Raqnid tiba di hadapan Shara. Kedua-dua mereka terkaku memandang antara satu sama lain. Raqnid tanpa menimbulkan lagi banyak perhatian dia terus pergi ke tempat sepatutnya dia berdiri.
*Hmmm!*, Ray mecurigai sesuatu.
*Perasaan aku je ke?... Aku rasa macam puteri Shara pandang budak tu seolah-olah mereka kenal antara satu sama lain!* Leonel juga mecurigai sesuatu.
Berdiri mereka berdua bersebelahan antara satu sama lain. Setiap detik berdebar buat mereka menantikan keputusan. Shara mahu Raqnid terpilih manakala Raqnid pula, perasaannya bercampur aduk antara kekal kehidupan nya yang sekarang ataupun korbankan nya. Semuanya menjadi tanda tanya. Detik demi detik berlalu, setelah Raqnid menjejakkan kakinya di bawah cahaya bulan itu. ‘Krik…krik’ , hanya bunyi suasana malam itu dapat dirasai.
*Tolong… tolong pilih Raqnid!* Shara berharap.
*Huh? Apa ni?*, Tiba-tiba muncul notis paparan dihadapan Raqnid. 'You have learn new skill!'.
[Full Moonlight Shot] [ss]
Perasaan gementar di alami oleh kesemua orang di dalam tempat tersebut. Menunggu hasilnya samaada terpilih ataupun tidak seorang yang tidak kenali namanya ini. ‘Krik…krik’ suasana sunyi sekali lagi. Tiada sebarang tindak balas yang berlaku kepada pokok itu. Cahaya ataupun pergerakan langsung tidak terlihat berlaku.
*Huh?*
*Kenapa tiada sebarang reaksi pun dari tadi?* , menjadi tanda tanya orang ramai.
*Oi…oi Raqnid apa yang berlaku ni hah? Orang sekuat kau takkan tak terpilih?* orang tua kedai busur itu.
Tanpa berlengah masa mereka pun membuat keputusan.
"Nampaknya, saudara Raqnid gagal! Sila pulang ke tempat kamu. Terima kasih atas kerja sama."
"Huh! Baiklah!", Raqnid pun bergerak pergi ke tempatnya. Sekilas pandang ke arah Shara. Terukir kekecewaan di wajah nya kerana individu yang diharapkannya juga turut gagal.
Segala harapan dan peluang Shara musnah melihat tiada sebarang reaksi yang berlaku kepada Raqnid. Pokok itu langsung tidak menghasilkan sedikit cahaya.
Sebaliknya, orang lain di dalam ruang tersebut merasa lega kerana bukan individu yang tidak dikenali ini yang terpilih.
"Argghh! Apa dah jadi!" orang tua kedai busur itu berkelakuan pelik.
Raja Elf memandang ke arah orang tua itu. *Jadi, semua ni kerja kau rupanya ayah! Kalau iya pun bencikan pemanah manusia tak perlu malukan dia sebegitu.*
Rupanya orang tua kedai busur itu merupakan ayah kepada Raja Elf iaitu Wells. Dia yang meletakkan nama Raqnid dalam senarai peserta.
"Aku dah agak! Orang macam tu boleh terpilih, memang tak ahh!"
"Mesti berlaku kesilapan!"
"Entah-entah dia menipu dalam ujian!"
Kini, Raqnid mendapat tumpuan ramai. Mereka memandang buruk kepada Raqnid kerana menganggap dia menipu untuk sertai pemilihan tersebut. Bukan sahaja kaum lain yang memandang buruk kepada Raqnid malah kaum sekutu dengannya juga begitu. Individu yang tidak dikenali identitinya, berpakain sederhana, menjadi peserta dalam acara pemilihan yang penting sebegini, keputusan yang diperoleh teruk. Apa lagi yang boleh disimpulkan oleh semua orang kecuali kesimpulan yang buruk.
"Raqnid kau sabar ee!", Fat menenangkan hati rakannya itu. Begitu juga Goug dan Kiel.
"Aku okay!", jawab Raqnid. Namun dalam hati Raqnid berbeza jawapannya. *ARGGHH!!! Apa dah jadi nii? Impian aku untuk menjalani kehidupan yang sederhana musnah disebabkan acara ni!*
Individu seterusnya dipanggil, seorang demi seorang gagal. Namun, hasil mereka tidak seteruk Raqnid kerana mereka berjaya menghasilkan sedikit cahaya.
Tibalah masanya untuk peserta terakhir. Peserta yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Dia merupakan peserta yang paling handal sekali. Telah menewaskan banyak pemanah veteran lain.
"Peserta seterusnya, Leonel!"
Tepukan gemuruh diberikan kepada Leonel. Leonel pun bergerak pergi ke sisi Shara. Hanya tinggal 30 minit lagi sahaja sebelum 'Duo Moon' berakhir. Penilaian bermula.
Cahaya mula menerangi pokok tersebut. Peserta sebelum ini hanya dapat menghasilkan sedikit cahaya tetapi Leonel berbeza. Cahaya yang dihasilkan oleh pokok tersebut merubah bentuk pokok tersebut. Ia seperti pokok itu mula hidup kembali.
"Kita dah jumpa!" Raja Elf bersuara.
Batang pokok yang sebelum ini kelihatan kering seperti mati mula terlihat sihat semula. Dahan-dahan pokok itu mula menghasilkan daun yang rimbun.
*Pilihlah aku!... Aku ingin bersama puteri Shara!* Leonel berteriak dalam hati.
"Wahh! Pokok mula berubah!"
"Huh? Daun pokok berubah warna!"
Daun yang sebentar tadi hijau berubah menjadi warna 'pink'.
"Sakura?"
"Dia bertukar jadi pokok sakura!"
"Seseorang itu akan terpilih jika pokok ini berjaya hidup kesemua musim!" Kiel bersuara.
"Maksud kau Leonel belum terpilih?" soal Fat.
"Ye! Ni hanya baru permulaan. Pokok akan berubah daripada pokok biasa yang berdaun hijau ke peringkat seterusnya pokok Sakura. Selepas itu, adalah pokok Maple dan akhir sekali pokok yang berdaun putih yang panggil Snow White." jawab Kiel.
"Ahh!... Faham!" Fat mengangguk.
Pokok itu sepenuhnya berjaya betukar ke pokok Sakura. Daun-daun sakura berterbangan di udara.
"Cantiknya!" Shara sambil mengangkat tangan merasai daun sakura jatuh di tangannya.
Leonel memandang ke arah Shara sambil tersenyum.
"Masih awal untuk gembira!" Wells berkata kepada Raja Elf.
"Saya tahu ayah!"
Pokok Sakura mula untuk bertukar ke musim luruh. Daun yang tadi 'pink' mula bertukar ke warna oren keperangan.
"Peringkat ketiga, pokok Maple!" Goug bersuara.
Daun Maple mula berterbangan di udara. Berjaya memasuki ke musim luruh. Hanya tinggal musim yang terakhir iaitu musim salji.
"Perakhirannya!"
Daun Maple bertukar menjadi putih. Semua orang di dalam tempat tersebut mula berteriak kegembiraan.
Daun putih menandakan musim salji tiba berterbangan di udara.
Senyuman lebar terukir di wajah raja Elf.
*Aku berjaya!... Berjaya!* Leonel berteriak kegembiraan.
Pokok Snow White telah berjaya berubah sepenuhnya.
"Yeahh!... Berjaya!"
Sorakan yang kuat daripada semua orang meraikan pemilihan pasangan Shara itu.
"Kita berjaya menjumpai penyelamat kita!" Raja Elf, Nolan bersuara dengan kuat.
Leonel tersenyum lebar. *Yeah! Akhirnya… Huh?*
Sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Tiba-tiba cahaya pokok yang menerangi tadi terus hilang. Pokok yang hidup sihat tadi terus layu kematian.
"Apa yang terjadi?" Raja Elf tertanya-tanya.
"Tuanku, ini semua tak patut terjadi. Sepatutnya pokok ini akan terus hidup jika pemilihan sudah berjaya."
*Apa nii? Apa dah jadi?* Leonel terkejut melihat situasi itu.
Semua orang dalam tempat tersebut menjadi keliru melihat situasi itu.
"AYAH! Apa yang jadi ni?" soal Raja Elf.
"........ Ini bermaksud….."
"Apa maksudnya AYAH?"
"..... Leonel bukan orangnya!"
"Huh? Leonel pemanah termuda terkuat pun gagal!"
*Sebenarnya, ada sorang lagi yang lagi kuat pun gagal. Jadi aku tak terkejut yang Leonel pun boleh gagal.* Wells berkata-kata dalam hati.
"Kalau Leonel bukan orang nya, Siapa?"
Leonel masih terkesima. *Apa ni? Bukan aku yang sepatutnya terpilih?..... GERH! *
menggenggam penumbuk.
"Apa yang terjadi ni tuanku?" soal orang ramai.
"Leonel gagal!" jawab Raja Elf.
Leonel terperanjat mendengarkan hal itu. *Jadi selama ni, semua usaha aku sia-sia la!... Aku berlatih setiap hari untuk saat ni… Semuanya dah hancur…harapan aku untuk bersama puteri Shara… Musnah!*, Leonel berjalan seperti orang yang sudah mati jiwanya. Sekeliling nya langsung tidak dihiraukan lagi. Berjalan pergi daripada situ, setelah mengetahui yang dirinya sudah tidak layak berada sisi Shara.
"Leonel!" Shara memandang ke arah Leonel.
"Abang anak kita gagal!... Huhu(sniff)" memeluk suaminya Leonard.
"Bertabahlah Leonel… kamu dah buat yang terbaik!... Usaha kamu tuu pasti berbuah kan hasil suatu hari nanti. Kerana ayah sendiri lihat bertapa ikhlas nya hati kamu berusaha keras untuk semua ini."
Semua orang berada dalam keadaan panik apabila tidak menjumpai lagi pasangan Shara. Masa sudah suntuk untuk mencari peserta lain di luar.
"Apa kita nak buat ni?"
"Habis laa kita, macam mana nak hancurkan benteng Demon?"
Leonel terus berjalan tanpa memperdulikan kekecohan itu. Matanya terarah ke arah Ray. Dia berjalan melepasi Ray yang berada berada di sebelah sisi kanannya.
"Heh!(tersengih)" Ray.
"Huh?" Leonel mengalih sedikit pandangannya ke belakang melihat Ray. *Hero tu ketawakan aku ke hah?... Ke cuma perasaan aku je?*
Leonel pun menundukkan pandangannya. Beberapa langkah sahaja melepasi Ray kedengaran suara . Dia terus melihat kearah suara itu.
Ray mengangkat tangan ke atas.
"Maaf! Boleh izinkan saya untuk sertai upacara pemilihan ni. Memandang kan tiada lagi peserta lain."
"Ray apa awak cakap ni? Pemilihan ni hanya untuk pemanah sahaja. Lagipun awak tu Hero!" Sofia bersuara.
"Betul cakap Sofia tu, Ray!" Rose turut serta.
*Dah buang tebiat ka mamat ni.* Jilk berkata dalam hati.
"Tak salah kan mencuba. Lagipun takde peserta lain buat masa sekarang." Ray tetap berkeras.
*Dah kenapa budak Hero ni? Dia nak rosakkan upacara ni ke hah?* Wells merasa kurang senang.
"Baiklah! Benarkan Hero lakukan." Raja Elf benarkan.
"Tapi tuanku!"
"Jangan risau tiada apa yang berlaku. Sekarang kita fokus carikan peserta yang berkelayakan ke sini sekarang." arah Raja Elf kepada pengawal-pengawal nya.
"Terima tuanku!" jawab Ray.
Ray pun berjalan terus dan berdiri di bawah cahaya bulan berada di sisi Shara. Sesuatu yang luar biasa terjadi.
"Pokok tu bertindak balas kepada Hero tu."
Cahaya mula menerangi pokok itu. Pokok itu bertukar dari pokok biasa ke pokok Sakura. Pokok Sakura ke pokok Maple. Pokok Maple ke pokok Snow White.
"Apa yang telah terjadi ni?"
Perkara tersebut telah mengejutkan semua orang di dalam tempat tersebut. Pokok itu sepatutnya hanya respon kepada individu yang mempunyai job 'Archer'. Sekarang semua benda itu sudah berubah.
"Hero tu berjaya?"
"Pokok ni tak mati. Maksudnya?"
"Dia lah orang nya!"
Jerit keriangan orang di dalam tempat tersebut. Sesetengah di antara mereka masih terkasima melihat apa yang berlaku.
*Apa yang dah terjadi ni?...... Grrrr! Kenapa mesti dia! Dia tu dah Hero. Tambahan lagi dia bukan nya seorang pemanah.* Leonel menggenggam penumbuk. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Ray adalah orang nya.
*Tak guna punya Hero. Kau dah rosakkan upacara ni.*, Wells juga tidak mampu menerima kenyataan. Sebagai seorang pemanah, maruah nya tercalar kerana satu-satu nya harapan penting untuk job 'Archer' memainkan peranan dalam misi membunuh Demon Lord hancur berkecai. Selepas ini, upacara ini bukanlah lagi menjadi sesuatu yang khas buat job 'Archer' sahaja. Ia telah terbuka kepada semua job lain kerana Ray telah menghancurkan syarat utama untuk sertai upacara ini iaitu peserta mestilah seorang pemanah.
"Akhirnya, jumpa juga! Hah!" Raja Elf menghembuskan nafas lega.
*GRRR! Kenapa mesti dia lagi yang jadi tumpuan utama.* Jilk mula iri hati.
"Hebatnya!" Sofia hanya mengagumi Ray.
"Hurmm!" Rose kelihatan sedikit kurang gembira kerana di sisi Ray selepas ini adalah Shara.
*Hehehe!...
Semua tumpuan terarah kepada aku….
Aku tahu…
Aku pasti berjaya kerana di dunia ni…
Aku adalah WATAK UTAMA!!*
Ray maju ke hadapan mengangkat tangannya ke belah kiri dan kanan sambil berkata dengan nada yang tinggi, "Saya akan selamat kan dunia ni!... Kerana saya adalah Hero!".
Kata-kata Ray disambut oleh sorakan yang kuat.
"Ciss!", Leonel berjalan pergi.
Fat dan Raqnid hanya melihat.
Share this novel