Kami dibahagi kepada 3 kumpulan :-
Kumpulan pertama, kumpulan yang akan berjuang bersama Hero untuk melawan Demon King. Mereka ini akan pergi mengembara bersama Hero untuk menaikkan Level mereka.
Ahli dalam kumpulan mempunyai status yang tinggi dan sesuai untuk berlawan.
Kumpulan kedua, kumpulan yang melindungi kerajaan Human dari dalam. Kumpulan ini lebih bebas kerana tidak perlu mengikut Hero ke hulu ke hilir kerana tugas kumpulan ini hanya seperti penjaga dalam kerajaan.Ahli dalam kumpulan ini pula statusnya hanya berada di keadaan sederhana.
Akhir sekali, kumpulan ketiga ialah kumpulan yang tidak melindungi kerajaan Human akan tetapi mereka yang dilindungi kerana status mereka yang tidak sesuai untuk berlawan. Kumpulan ini berfungsi memberi bantuan kepada kumpulan pertama dan kedua.
Ketiga-tiga kumpulan ini diberi nama, kumpulan pertama ialah Kumpulan Hero, kumpulan kedua ialah Kumpulan Guardian dan kumpulan ketiga ialah Kumpulan Support.
Perancangan kumpulan yang dicadangkan oleh Ray ini diterima oleh Raja Alex dan rakan-rakan lain.
"Baiklah siapa yang ingin menyertai kumpulan Hero sila beratur di hadapan aku, manakala kumpulan Guardian berada di sebelah kanan kumpulan Hero dan kumpulan Support di sebelah kiri."
kata Ray kepada kami.
Semua orang mula membuat keputusan dan pergi ke pilihan masing-masing.
Manakala aku berasa semua sistem ini seperti yang dilakukan di sekolah sewaktu memilih kelab untuk aktiviti kokurikulum.
Aku tanpa teragak-agak memilih kumpulan Guardian kerana ia berada di tengah-tengah dan mendapat penyertaan paling ramai.
Jadi ia dapat memudahkan kerja aku kerana aku tidak perlu menonjol.
Tiba-tiba ada orang menyapa aku dari belakang dan menyebut nama aku.
"Hei Raqnid"
Share this novel