Chapter 24 - Rakan Baik

Fantasy Completed 2305

Tangan di hentak kan ke meja.

"Gerghh!", kelihatan wajah Demon Lord Dylas begitu bengang.

"Siapa sangka yang Vishnal boleh mati ditangan Hero yang baru sahaja dijelmakan ke dunia ni." Demon Lord Leon berkata.

"Dia tuu bodoh! Tak guna otak!" Demon Lord Dylas bersuara.

"Nampak nya kita tak boleh pandang rendah dengan Hero." Demon Lord Dolce menggigit bibirnya.

"Pico kau bukan ada hantar raksasa ke Forest X kee?"

"Tehee! Pico ada hantar raksasa rank S ke Forest X, tapi dah mati."

"Jadi kau nampak tak orang yang bunuh raksasa tuu?" Demon Lord Leon menyoal.

"Tak! Semuanya berlaku dengan pantas, minotaur yang Pico hantar mati dengan sekelip mata!"

"Gerghh!" Demon Lord Dylas menggenggam penumbuk.

"Kita mesti bertindak cepat, Tuanku!" Demon Lord Dolce memandang ke arah Demon King.

°°°°°°°°

Satu tahun kemudian selepas Elf meninggalkan negara Human.

*Buat pertama kali, aku, Raqnid dan Fat dalam misi yang sama.* Sora gembira.

*Masa berlalu begitu pantas, aku rasa macam baru semalam jee, aku dijelmakan ke dunia nii. Berpisah dengan rakan baik ku, seorang diri di dalam kumpulan Hero.*

Sora tersenyum.

*Tapi tak lah seteruk yang aku jangkakan. Kumpulan Hero layan aku dengan baik. Aku tak tahu sama ada mereka jujur melayan aku dengan baik ataupun disebabkan kuasa yang aku peroleh. Ahh! Pedulikan apa pun yang paling penting, aku masih ada rakan yang aku percayai.*

Memori lampau Sora..

*Harini, hari pertama aku masuk ke sekolah baru. Hah! Aku benci sekolah! Aku takut! Kalau perkara yang sama terjadi di sekolah yang baru.*

Menampar wajahnya berkali-kali.

*Garghh! Aku mesti mengubahnya!*

Sora berjalan di kaki lima mencari kelasnya.

Kemudian Sora memasuki kelasnya, terlihat pelajar lain sibuk berbual. Sora merayau-rayau matanya mencari meja dan kerusi kosong.

Melihat di bahagian tengah kelas di sebelah tingkap ada meja dan kerusi yang masih tidak berpenghuni.

Sora lalu menyoal orang di hadapan nya jika meja itu betul-betul kosong.

"Ahh! Maaf! Meja nii ada orang tak!"

Lelaki itu yang sedang berbual dengan rakan nya di meja sebelah kemudian nya menoleh ke arah Sora.

"Jangan risau, takde! Takde!"

"Terima kasih!"

Lelaki tersebut melihat Sora dengan pelik begitu juga rakannya yang berbadan besar itu.

*Ahh! Kenapa mereka pandang aku! Aku ada buat salah kee! Mereka nak buli aku kee!*

"Uhmm! Kau nii budak baru kee hah?" soal lelaki itu.

"Ye...ye..ye" tergagap Sora menjawab pertanyaan mereka.

"Ouhh! Patutlah aku tak pernah tengok muka kau! Hahaha!"

Lalu lelaki tersebut menghulurkan tangannya.

"Selamat berkenalan, aku Raqnid!"

Seorang lagi juga menyambut Sora.

"Aku Fat!"

*Ehh! Mereka tak buli aku? Mereka nak berkawan dengan aku kee?*

Sora lalu memperkenalkan dirinya.

"Saya Sora! Selamat berkenalan!"

Semenjak dari hari itu, Sora mula menyukai sekolah. Raqnid dan Fat menjadi temannya. Dia langsung tidak dibuli seperti di sekolah lamanya.

"Huh! Panas betul harini!" Fat sambil mengelap peluh nya.

Mereka bertiga berlindung di bawah pondok daripada cahaya matahari yang terik.

Selepas membeli makanan di kantin, pondok ini menjadi tempat mereka untuk melepak mengisi perut.

*Semenjak aku datang ke sekolah nii, aku tak pernah langsung dibuli. Aku tak tahu kenapa? Semenjak dari awal aku berkawan dengan mereka berdua, aku merasakan sesuatu yang pelik! Budak bermasalah di sekolah nii seperti tidak menghiraukan aku.*

"Oi! Fat kau semalam kenapa tak online game hah?" soal Raqnid.

"Ahh! Maaf! Aku lupa! Semalam aku tertidur awal." jawab Fat.

"Uhhh! Nasib baik Sora pro!"

"Hahaha!" Sora ketawa.

"Umm, Terima kasih!"

"Hah?" Raqnid dan Fat hairan melihat Sora yang tiba-tiba berterima kasih.

"Dah kenapa dengan kau Sora?" Fat bertanya.

"Korang nak tahu tak kenapa aku pindah sekolah!"

"Kenapa?"

"Aku sebelum nii dekat sekolah mesti aku jadi suspek utama dibuli. Tapi semenjak aku datang ke sekolah nii, aku langsung tak dibuli. Kalau nak kata pembuli tak dak, kelas kita ada ketua pembuli. Aku cuma cari perbezaan aku di sekolah lama dengan di sekolah nii. Perbezaan yang aku jumpa hanyalah aku berkawan dengan korang. Aku dapat merasakan yang berkawan dengan korang, pembuli akan jauh kan diri!"

"Hehe! Bukan pembuli jauhkan diri daripada kami tetapi kami yang menjauhkan diri daripada pembuli!" Fat menjawab.

"Bukan jauhkan diri daripada pembuli! Ayat yang lebih tepat adalah jauhkan diri daripada segala masalah!" Raqnid bersuara.

"Jauhkan diri daripada masalah?" Sora tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Raqnid itu.

"Ye masalah! Maksudnya setiap perkara yang menimbulkan masalah perlu dielak kan! Budak Hot, budak Cool, budak nerd, budak jahat, persendirian. Semua golongan tuu menarik perhatian dan apabila mendapat perhatian maka akan ada orang yang tidak berpuas hati. Akhirnya ia menimbulkan masalah kepada kita." Raqnid dengan serius menjawab.

"Jadi kita perlu jadi golongan yang mana satu?" soal Sora.

"Heh!" Fat tersengeh.

"Dalam sesebuah cerita setiap karakter yang membawa perwatakan tertentu. Setiap orang yang hidup di dunia ini memikirkan mereka adalah watak utama. Tidak kira jahat ataupun baik, mereka fikir mereka adalah watak utama. Cabaran dan masalah pasti akan tiba kepada watak utama. Kita perlu menjadi watak yang tidak penting dalam cerita itu. Watak yang muncul seketika." Raqnid menjawab persoalan Sora.

"Watak yang tak penting dan muncul seketika?" Sora masih keliru.

"Ye! Kita perlu jadi watak TAMBAHAN!" Fat berkata dengan semangat.

"Bukankah watak tambahan juga ada masalah mereka tersendiri! "

"Ye betul tuu! Manusia tidak dapat lari daripada masalah. Akan tetapi manusia dapat mengurangkan masalah itu. Masalah yang dihadapi oleh watak utama lebih berat berbanding watak tambahan."

"Tapi macam mana kita nak lakukannya?"

"Heh!(tersengeh), kita hanya perlu biarkan mereka menganggap yang kita nii hanya watak tambahan. Tidak penting dan hanya membuang masa mereka sahaja. Dengan ini, kita dapat mengelak daripada mendapat perhatian dan masalah takkan timbul."

"Woahhh! Nice!"

"Hehehe!" Fat ketawa kecil.

"Dengar sini Sora! Aku akan ajarkan kau cara nak jadi watak tambahan. Dengan cara nii kau takkan dibuli lagi. Kau bersedia kee tidak!" Raqnid bersuara.

"Saya bersedia tuan!"

Semenjak hari itu, Raqnid dan Fat mengajar aku cara untuk tidak menarik perhatian ramai. Golongan yang patut aku dekati dan tidak patut aku dekati. Cara nak mendekati seseorang dan pantang larang yang aku perlu jaga. Cara yang mereka ajarkan memang sangat berkesan.

Waktu sekarang…

"Heh(tersenyum), Fire Rain!"

“Nice Timing Sora!” jerit Jilk.

“Mari tamatkan semua nii! Sedia untuk serangan terakhir!” Ray dan hero yang lain bersedia untuk melancarkan serangan kepada King Orc itu.

“Sedia!”

“SEDIA!”

Kesemua hero lain menunggu arahan daripada Ray untuk serangan terakhir. Ray memerhatikan waktu yang tepat untuk semua mereka melancarkan serangan.

*Belum lagi! Sikit lagi!*

“SEKARANG!!!” Ray menjerit.

“GARGHH!!”

“ARGHH”

Kesemua hero menyerang King Orc itu dengan serentak.

“Shooshh!”

“Booommm!”

Selesai sahaja serangan itu, kesemua mereka memandang ke arah King Orc itu. Kesemua mereka sudah pun kelihatan kepenatan.

Lalu Ray yang berada dekat King Orc mengangkat tangannya ke atas menandakan kemenangan mereka.

“Yeayyy!”

“Kita berjaya!”

“Wohooo!”

*Jadi nii kee kekuatan kumpulan Hero!* Kiel begitu terpegun melihat kehebatan mereka.

*Kekuatan mereka sangat berbeza dengan kami! AHH!* Doug menggenggam penumbuk.

*Raqnid! Fat! Korang nampak tak magik aku tadi! Hebat bukan!* Sora begitu teruja ingin menunjukkan kekuatannya kepada rakan baiknya.

*Haa! Kami nampak Sora! Kau sangat hebat!* Raqnid berkata dalam hati.

*Huh!(tersengih) , Budak tuu dah hebat sekarang!* Fat kelihatan bangga dengan rakannya itu.

°°°°°°°°

Mereka semua pun pulang ke kampung berdekatan dengan kem Orc itu. Setelah selesai menghancurkan kem itu.

“Terima kasih banyak-banyak Hero!” ketua kampung sambil memegang tangan Ray.

“Jangan risau, itu dah menjadi tugas kami!” Ray memegang kembali tangan ketua kampung itu.

“Wahh! Bergaya nya Ray!” beberapa orang wanita daripada kumpulan Hero dan Guardian begitu teruja melihat Ray.

“Ahh! Mereka pasti penat! Cepat sediakan tempat untuk mereka berehat!” ketua kampung itu menyuruh anak buahnya.

“Haha! Tak perlu terburu-buru!” Ray membalas.

*Huhhh!* Jilk bengang.

Bilik yang disediakan adalah percuma kepada mereka.

“Tuk! Tuk!”

“Fat siapa yang ketuk pintu tuu?”

“Entah?” Fat pun berjalan menuju untuk membuka pintu.

Tombol pintu dipulas terlihat di sebalik pintu seseorang.

“Yoo!”

“Kau kee Sora!”

Fat meletakkan lengan tangan nya di belakang leher Sora.

“Kau hebat laa tadi!”

“Haha! Mana ada biasa jee!”

Raqnid juga pergi menyambut rakannya.

Sora pun memasuki bilik mereka.

“Kau tidur sini tau!” Fat begitu gembira.

“Boleh kee?”

“Kau dah kenapa malu-malu pulak, macam tak biasa.” Fat menarik Sora dengan tangan nya berada di leher Sora.

“Entah! Macam tak biasa, lagipun kita dah lama tak berborak!” Raqnid menjawab.

Raqnid kemudian berbisik ke telinga Sora.

“Kau tahu tak Fat dah ada girlfriend!”

“EHHhh!” Sora terkejut mendengar sambil memandang ke arah Fat.

“Apa pandang-pandang! Raqnid kau bisik apa dekat Sora tadi hah!”

“Hehehe!”

Pada malam itu mereka berborak panjang setelah lama tidak berjumpa. Menceritakan perihal hidup mereka selama berada di dunia baru.

“Bila lagi laa kita ada peluang untuk berborak macam nii lagi!” Raqnid bersuara.

Sora pun menundukkan pandangan nya.

“Ummm! Betul tuu!”

“Ahhh!” Fat memandang ke atas sambil meletakkan tangan nya di atas matanya.

“Mari kita berjanji.” Raqnid menghulurkan tangannya.

“Walaupun apa pun terjadi di masa akan datang! Terus hidup! Kita akan dapat berborak macam nii lagi setelah semua perkara nii selesai.”

“Hah! Kita mesti hidup di dunia ini sampai ke akhirnya.” Sora meletakkan tangan nya di atas tangan Raqnid.

“Kita mesti menjadi lebih kuat. Aku akan support korang dalam apa jua keadaan sekali pun!!” Fat meletakkan tangannya di atas kedua-dua tangan rakannya.

“Itu semestinya!” Raqnid tersenyum.

“Heh!” Sora juga tersenyum.

“Baiklah! Kita mesti menjadi lebih kuat untuk terus hidup di dunia ini! JANJI!”

“YEAHH!!!” jerit ketiga-tiga mereka sambil melambungkan tangan mereka ke udara.

Mengetahui situasi yang mereka akan hadapi sekarang dan akan datang. Mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan mereka yang kukuh menjadi satu semangat untuk terus hidup di dunia ini.

Keesokan hari mereka pun pulang ke ibu negara menaiki kereta kuda. Perjalanan yang memakan masa selama 8 jam kerana jarak yang jauh.

Mereka mula menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Sora bersama kumpulan Hero. Raqnid dan Fat melakukan tugas-tugas di guild.

Seminggu berlalu…

“Yoo!” Kiel menegur Raqnid dan Fat.

“Ouh! Kiel! Apa khabar!” Raqnid menjawab.

“Baik! Korang dengar lagi berita baru daripada Jones!”

“Berita baru?” Fat tertanya-tanya.

“Korang tak tahu kee? Minggu depan kita akan pergi ke negara Elf bersama kumpulan Hero dan Support.”

“Negara Elf!” Raqnid terperanjat mendengar perkara itu.

“Yee!”

Dengar sahaja perkara itu, pikiran Raqnid hanya terbayang rakan latih nya setahun yang lalu iaitu Sara.

*Nampaknya kita akan bertemu lagi Sara! Setahun dah berlalu, apa khabar awak. Awak mesti dah jadi lebih kuat daripada sebelum nii kan!*

Hanya senyuman terukir di bibir Raqnid setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience