Chapter 32 - Razor

Fantasy Completed 2305

Nama aku Razor, aku bersekolah di sekolah menengah X. Setiap hari aku di sekolah merupakan hari yang paling aku benci kerana di sini terlalu ramai manusia.

Aku sukakan suasana yang senyap sunyi dan tiada sebarang manusia seperti di dalam bilik ku. Aku rela duduk di dalam bilik seharian daripada berhubung dengan dunia luar. Oleh disebabkan itu, aku selalu bersendirian di sekolah dan tiada benda yang dipanggil 'kawan'.

Pada mulanya, tiada siapa yang menggangguku di sekolah. Semua orang menjauhkan diri mereka daripada ku. Aku suka. Aku gembira.

Tapi, kegembiraan aku di sekolah tidak kekal lama selepas kejadian yang menimpa ibu bapa ku. Mereka mati kemalangan kereta kerana dilanggar lori.

Kini aku seorang yatim piatu. Kejadian yang menimpa aku itu telah menarik perhatian ramai. Mata-mata yang memandang aku, ada yang kesian, ada yang seronok dan ada yang menghina.

Suatu hari, aku sudah tidak mampu lagi mengawal emosi ku apabila terlalu banyak mata-mata yang memandang. Aku cuma mahu hidup yang tenteram, hidup yang sunyi. Aku tak perlu belas kasihan mereka.

Aku mengamuk di dalam kelas ku. Aku menendang meja ku dan meja-meja yang lain.

"BERHENTI MEMANDANG AKU, AKU TAK PERLU BELAS KASIHAN KORANG!"

Tindakan aku telah menyebabkan seorang perempuan daripada rakan kelas ku cedera tanpa sengaja. Aku langsung tidak berniat nak cederakan siapa-siapa.

Aku telah digantung sekolah selama seminggu. Selepas kematian ibu bapa aku, aku tinggal bersama bapa menakan ku. Pada mulanya, mereka menjaga aku dengan baik. Selepas beberapa bulan, layanan yang aku terima seakan-akan orang gaji di dalam rumah itu. Semua kerja di dalam rumah itu dilakukan oleh aku. Aku sedar mereka hanya mahukan harta pusaka milik ibu bapa ku.

Tempoh pergantungan aku berakhir, aku pergi ke sekolah seperti biasa. Mata-mata yang memandang aku masih belum hilang, sebelum ini aku dipandang dengan perasaan kesian. Sekarang, perasaan itu telah berubah kepada benci. Ramai yang membenci ku sekarang.

Geng-geng pembuli mula mencari ku. Setiap hari pasti aku pulang dengan kesan lebam di badan ku. Aku ditumbuk dan disepak setiap kali waktu rehat ataupun waktu pulang dari sekolah.

Aku keseorangan, tiada siapa yang berani mendekati aku kerana mereka tidak mahu terjebak dengan pembuli. Tiada siapa mahu menolong ku lagi. Aku dibenci dan dihina.

Aku tidak mampu lagi hidup begini, aku tidak tahan lagi dibuli, dihina dan dikeji. Aku mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Waktu sekolah berakhir, aku berjalan menuju ke atap sekolah. Berdiri aku di atas pagar sambil melihat ke bawah betapa tinggi nya sekolah ini. Adakah aku akan mati jika aku terjun dari tingkat 3 sekolah ni.

Pikiran aku bercampur aduk. Di satu sisi diriku, aku mahu terjun dan mati. Manakala, di satu sisi lagi, aku berharap seseorang dapat menghalang aku daripada terjun.

'Ekkkk' (bunyi pintu dibuka)

"Raqnid!"

"Huh… Razor apa kau buat dekat sini?
Kenapa kau diri atas pagar tu?"

Setelah beberapa saat memerhati, Raqnid baru memahami situasi tersebut.

"Kau nak bunuh diri kan Razor!"

"Hah… ha!", Razor pelik melihat reaksi Raqnid yang langsung tidak terkejut dengan apa yang bakal dilakukan nya.

"Aku datang sini, nak ambil buku! Tertinggal tadi masa waktu rehat"

Semasa dia dalam perjalanan hendak menuju mengambil bukunya, Raqnid berhenti lalu memandang ke arah Razor.

"Jangan risau! Teruskan apa niat kau tadi!"

"Huh… ahh baik! Terima kasih!", jawab Razor yang masih bingung melihat kelakuan Raqnid.

Razor kembali kepada tujuannya yang sebenar berada di atas ni.

*Dia tak nak halang aku ke daripada terjun?*, Razor masih mengharap.

'Krekk' (bunyi pintu tertutup)

*Dia terus balik!*, perasaan Razor mula goyah samaada mahu terjun ataupun tidak.

"Baiklah! Arghh!", Razor bersedia untuk terjun.

'Krekk' (bunyi pintu dibuka)

"Ahh, apa lagi kau nak!", Razor mula bengang.

"Hehe, maaf ye mengganggu. Razor boleh tak kalau kau terjun esok je!"

"Hah? Kenapa pulak?"

"Aku bukan apa, nanti kalau kau terjun. Kau mati ataupun masuk hospital. Nanti akan ada polis datang siasat. Jadi, polis tu mesti cari punca sebab apa kau terjun. Lepas tu, polis mesti cari aku sebab aku orang terakhir nampak kau. Bila polis cari aku, dia akan soal siasat aku. Aku mungkin kena pergi ke balai setiap minggu bagi keterangan. Kes ni sekurang-kurangnya makan masa sebulan nak selesai. Jadi… "

"Baik2, STOPPP! Aku terjun esok, Okey!", Razor pun turun dari pagar itu.

"Maaf ye Razor! Jom kita balik, aku nak kunci pintu ni!"

"Ha...ah. Jadi kau bertugas kunci pintu ni, harini!"

"Ye, aku bertugas harini. Esok orang lain, so kau boleh laa terjun!"

*Ciss, dia fikir keselamatan sendiri je!*

Razor dan Raqnid pun pulang bersama selepas itu.

"Jadi, sebab apa kau nak nak bunuh diri?" soal Raqnid.

"Kau lihat sendiri jawapan nya macam mana kan!"

"Ummm, kalau kau berani nak bunuh diri kenapa kau tak berani nak lawan dengan pembuli tu!"

Kata-kata Raqnid sedikit sebanyak menjentik pikiran Razor.

"Apa gunanya aku lawan, kalau aku tak boleh nak menang!"

"Kau tahu kenapa orang tak berani nak kacau orang gila!"

"Huh?...... Sebab mereka gila!"

"Betul tu!"

"Kau nak aku jadi orang gila la, baru mereka tak kacau aku. Macam tu!"

"Yep! Tapi bukan selama nya. Jadi orang gila sampai mereka dah serik nak buli kau lagi"

"Haha! Kau ingat aku tahu macam mana"

"Kau tahu, benda gila yang kau buat 2 bulan lepas memang gila!"

"Huh?", Razor mula fikir apa benda gila yang dibuat nya.

"Maksud kau yang tu!", Razor memandang ke arah Raqnid.

Jawapan Raqnid hanya dengan mengangguk kepalanya.

Keesokan harinya…

Aku pergi ke sekolah seperti biasa. Tiba sahaja waktu rehat. Aku dibawa ke tandas oleh pembuli yang selalu membuli ku.

"Oi, semalam kenapa kau tak pergi ke markas selepas habis sekolah. Hah!"

Aku hanya tersenyum lebar untuk menghilangkan rasa takut. Aku guna apa yang Raqnid beritahu kepada ku.

"Kalau kau takut, kau senyum. Kalau kau kena pukul, kau senyum. Bukan senyum yang baik tapi yang jahat" ~Raqnid

"Kau kenapa senyum-senyum!"

Aku langsung ditumbuk dan ditendang oleh mereka. Namun, aku masih tersenyum.

"Dia ni dah tak siuman, tersenyum-senyum tak habis-habis. Jom cau!"

Buat pertama kali, aku tidak dibelasah teruk. Mulai dari situ, aku sedar yang segala kata-kata Raqnid itu benar. Sekarang mari beralih ke step kedua.

"Kau tahu pembuli ni sebenarnya pengecut. Mereka hanya berani buli orang jika berkumpulan. Jadi untuk tewaskan mereka, kau hanya perlu kalahkan seorang sahaja dan yang lain pasti akan tewas" ~Raqnid

"Siapa?" ~Razor

"Mereka punya ketua!" ~Raqnid

"Ketua mereka?...... Hank!" ~Razor

"Ye!" ~Raqnid

"Tapi macam mana aku nak kalahkan dia kalau geng dia sentiasa bersama dia!" ~Razor

"Kau pisahkan mereka!" ~Raqnid

"Ummm… tapi Hank pandai berlawan!" ~Razor

"Aku tak suruh kau lawan dengan dia! Dah tentu-tentu dia akan menang sebab itu cara dia. Kau guna cara kau!" " ~Raqnid

"Cara aku?" ~Razor

"Ye, cara kau! Disebabkan nama kau dah tercemar. Pastikan yang cara kau tu betul-betul gila. Orang lain takkan kisah jika kau buat perkara gila untuk kali yang kedua. Ingat, kau hanya ada satu peluang. Tanamkan memori yang indah ini ke dalam pembuli-pembuli tu" ~Raqnid

Mulai saat itu, aku bersiap sedia merancang pelan aku yang kedua. Pelan ini akan sentiasa menjadi ingatan kepada pembuli-pembuli tu.

Aku pergi ke kelas mereka dan ambil kesemua beg-beg mereka. Kesemua beg-beg mereka aku masukkan ke dalam mangkuk tandas. Selepas itu, sebahagian daripada beg mereka yang dicelup ke dalam mangkuk tandas, aku gantungkan nya di kelas mereka. Bersedia untuk pertunjukkan.

Pembuli-pembuli itu kemudiannya pergi ke tandas dan melihat setiap mangkuk tandas dipenuhi oleh beg mereka.

"Ahhh… beg aku!"

"SIAPA PUNYA KERJA NI!"

Hank ketua pembuli itu lihat yang beg dia tiada disitu. Dia terus lari ke kelasnya untuk memastikan beg nya selamat.Tiba sahaja di depan pintu kelas.

"Lama aku tunggu Hank!", Razor memegang beg Hank dengan tingkap terbuka luas. Kelihatan seperti dia hendak melempar beg Hank ke luar tingkap.

"JANGAN KAU BERANI LEMPAR BEG AKU!" ~Hank

"Heh(tersengih)", Razor kemudiannya melempar beg Hank keluar dari tingkap.

"JANGAN!", Hank berlari masuk ke dalam kelas untuk menghalang Razor.

"Huh?", Hank terjatuh tersungkur di hadapan Razor kerana lantai yang licin.

Razor sudah memastikan lantai itu licin. Razor tersengih di hadapan Hank yang sudah tersungkur di hadapannya. Dia mengambil baldi yang berisi air mangkuk tandas lalu di disimbahkan ke Hank.

'Shoosh' (bunyi air disimbah)

"Euwww"

"Busuknya"

Lalu Hank disepak oleh Razor tepat ke arah mukanya. 'Doosh', Hank terbaring di atas lantai selepas disepak. Hank tidak berdaya lagi untuk lawan.

"Hank, ni aku belikan roti kegemaran kau!", roti yang selalu Razor disuruh beli.

Razor membuka bungkusan roti tersebut lalu dibasahkan dengan air mangkuk tandas. Razor tanpa belas kasihan memaksa roti tersebut masuk ke dalam mulut Hank.

"Makan laa panas lagi roti ni!"

Aksi itu turut disaksikan oleh geng-geng Hank. Mereka hanya mampu melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kesemua orang di dalam kelas itu dan kelas lain menyaksikan perkara itu.

"Dia dah gila!", geng-geng Hank mula merasa gerun melihat Razor.

"APA YANG KAMU SEMUA BUAT NI HAH!", tiba guru menghentikan perkara tersebut.

Razor, Hank dan bersama gengnya dipanggil ke bilik guru. Selepas itu kesemua mereka digantung sekolah selama sebulan.

Selepas sebulan berlalu…

Aku pergi ke sekolah seperti biasa. Masuk ke kawasan sekolah, murid-murid lain tidak berani untuk bertentang mata dengan ku. Sekarang aku merasa mata-mata yang memerhatikan ku sudah tiada.

Tiba di kaki lima, terlihat kelibat Hank dan gengnya berjalan bertentangan dengan ku. Aku berjalan sambil melihat ke arah mereka kerana aku tidak takut lagi kepada mereka.

Hank dan gengnya hanya menundukkan kepala, mengelak daripada terjebak dengan Razor lagi.

Aku berjaya, mereka tidak berani lagi buli aku. Aku berjalan masuk ke dalam kelas, memasuki melalui pintu belakang. Semua orang di dalam kelas ku memandang ku namun tidak lama. Mereka mengabaikan ku dan menganggap aku seperti tidak wujud.

Aku suka suasana ni, tiada siapa yang memandang atau menggangguku. Ini semua takkan berlaku jika aku tidak terjumpa dengan Raqnid pada haritu. Mungkin semua orang hanya melihat Raqnid sebagai orang biasa di dalam kelas ini. Tapi, aku sangat berterima kasih kepadanya kerana dia adalah penyelamat ku dan satu-satunya orang yang paling aku hormati. Aku dapat merasakan yang dia merupakan seorang yang sangat hebat namun kehebatan disembunyikan.

°°°°
Malam kumpulan Guardian dan Support diserang Minotaur…

Seperti yang aku jangkakan, Raqnid mempunyai kekuatan yang tersembunyi. Membunuh kesemua Minotaur itu dengan hanya panahan biasa. Pemanah istana pun tak mampu lakukan sedemikian.

"Siapa dia tu?" ~Lizardman

"Dia seorang yang sangat hebat!" ~Razor

*Razor puji seseorang, tak pernah terjadi sebelum ni!* ~Lizardman dan Dwarf berkata dalam hati.

"Mari kita bertindak!" ~Razor

Razor dan rakan pasukannya berada berdekatan dengan Raqnid. Jadi, Razor mengambil keputusan untuk menolong. Mereka rancang setiap kemungkinan yang bakal berlaku.

Selepas itu, Razor dan rakan pasukannya selamatkan Raqnid dan Wells daripada Demon Lord Pico.

"Apa khabar Raqnid!" ~orang berjubah hitam itu, membuka penutup muka dan hood nya.

"Huh?... Razor!" ~Raqnid terperanjat

Jangan tiru aksi yg terdapat dalam chapter kali ni... Ini hanya rekaan semata-mata..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience