Mardi merupakan tempat di mana pertempuran dengan tentera Demon bakal berlaku. Negara Human, Elf, Beastman, Dwarf, Lizardman dan lain-lain sudah mengumpulkan tentera mereka di Mardi. Begitu juga negara Demon.
Peperangan mungkin akan tercetus tidak lama lagi. Kedua-dua pihak sudah bersiap sedia segala peralatan dan tentera mereka.
Hero pun sudah menjejakkan kaki di Mardi sebulan yang lalu.
Ray sedang memerhatikan tempat yang tidak lama lagi akan menjadi medan pertempuran.
"Ray kau ok!" sapa Sofia dari belakang.
"Aku ok."
"Tak sangka kan kita dah sampai ke tahap ni." soal Sofia.
"Ye, tak lama lagi semua ni akan berakhir."
"Ray kau rasa kita mampu ke tewaskan Demon King?" soal Sofia yang kerisauan.
"Aku pun tak pasti Sofia."
Mendengarkan jawapan Ray, Sofia bertambah risau.
"Tapi jangan risau, kita akan berjaya!"
"Apa maksud kau?"
"Hero kan selalu menang!" senyum Ray kepada Sofia.
"Haha, pandai kau melawak!... Terima kasih Ray, aku pun rasa begitu."
°°°°°
"Albert ada apa-apa berita pasal atok?" soal Shara.
"Maaf tuan puteri, masih tiada!"
*Sudah 8 bulan atok menghilangkan diri tanpa khabar atau berita. Mana pergi atok ni, jangan buat Shara risau!* kata Shara dalam hati.
"Puteri Shara tiba masanya untuk latihan."
"Baik Albert!"
Shara keluar dari khemah menuju ke ruang latihan. Seperti biasa, selama 8 bulan dia berlatih dengan Hero Ray. Panahan bulan akan dilakukan oleh mereka untuk menghancurkan benteng di negara Demon. Kalau perisai itu tidak dihancurkan, mereka takkan dapat masuk ke negara Demon.
°°°°
"Kau okey tak Fat?" soal Kiel.
"Sudah hampir setahun Raqnid menghilangkan diri. Aku tak tahu dia masih hidup ke belum." jawab Fat yang kemurungan memikirkan rakan baiknya itu.
"Jadi apa yang kau pilih untuk percaya?"
"Aku percaya yang dia masih hidup. Sebab aku kenal Raqnid macam mana. Dia takkan mati sia-sia."
"Jadi apa lagi yang kau perlu risaukan."
°°°
2 bulan berlalu…
Kesemua tentera berbaris menghadap raja mereka masing-masing. Gabungan antara negara ini dipanggil 'Unity' yang terdiri daripada Human, Beastman, Lizardman, Elf dan Dwarf.
"Selamat malam semua!" raja Alex berucap.
"Seperti yang semua sedia maklum, mulai esok peperangan yang paling besar dalam sejarah akan berlaku lagi selepas 500 tahun berlalu. Peperangan ini merupakan penentu kepada masa depan kita. Masa depan anak, cucu, cicik kita. Peperangan ini akan menentukan kedudukan kita 500 tahun akan datang. Jadi, kamu semua yang berdiri disini adalah orang memikul tanggung jawab yang berat. Yang akan menentukan nasib bangsa kita. Marilah kita bangkit dan hancurkan Demon. Untuk tanah air kita." raja Alex.
"Untuk bangsa kita." raja Nolan iaitu raja Elf.
"Untuk legasi kita." raja Dwarf.
"Untuk maruah kita" raja Beastman.
"Untuk masa depan kita" raja Lizardman.
Selesai sahaja raja-raja berucap di hadapan rakyat mereka yang akan berperang esok. Tiba giliran Hero menonjolkan diri. Berdirilah mereka di hadapan puluhan ribu tentera yang akan berjuang untuk membawa mereka bertemu dengan Demon King.
Tugas Hero adalah membunuh Demon King manakala tugas tentera-tentera ini adalah untuk menghalang sesiapa sahaja yang cuba menghalang Hero daripada bertemu dengan Demon King. Maksudnya, tentera-tentera ini akan membuka laluan untuk Hero bertemu Demon King dalam keadaan Hero seratus peratus kuat. Mereka akan membunuh tentera-tentera Demon King yang menghalang perjalanan Hero.
"Inilah Hero yang akan membawa kemenangan kepada kita. Jadi, kita perlu membantu Hero mencapai kemenangan itu." raja Alex berkata.
'HIYARGHH!!!' jerit tentera-tentera itu.
°°°
"Tuanku, semuanya sudah bersiap sedia." Demon Lord Leon berkata.
Demon King keluar menuju ke balkoni istana. Dia ingin bertemu dengan tentera-tenteranya. Berdiri di hadapannya, puluhan ribu tenteranya yang sudah bersiap sedia untuk berperang.
"Musnahkan semuanya!" dua patah perkataan yang dikeluarkan oleh Demon King sudah cukup mengbangkitkan semangat kesemua tenteranya.
"GARGGGHH!!!"
°°°
Pagi Sabtu, tepat jam 8 pagi, detik dimana semuanya bermula. Peperangan yang ditunggu-tunggu selama ini.
"Sora! Kau dah bersedia?"
"Saya dah bersedia, Monica!"
"Tunjukkan kepada mereka kekuatan ahli sihir daripada dunia lain!" jerit Monica.
"Baiklah!"
Sora menyerang menggunakan magiknya sebagai mukadimah kepada peperangan ini.
"Meteor!" sebuah batu meteor besar jatuh dari langit menghempap tentera Demon.
'KBOOMMM!!!'
Meteor itu telah menghancurkan sebilangan kecil tentera Demon.
"Cayalah! Sora!"
"Archer!" Leonel yang mengetuai kesemua archer yang ada.
"TEMBAK!"
'Shoosh' beribu panah dilepaskan pada satu masa ke arah tentera Demon.
"Arghhh!" jerit tentera Demon.
"BERSEDIA SEMUA!!!" jeneral yang mengetuai tenteranya.
Kesemua mereka menunggu signal daripada ketua tentera mereka masing-masing sebelum ingin menyerang.
"SERANG!!!"
"HIYARGHH!!!" jerit tentera Unity.
"GARGGGHH!!" jerit tentera Demon.
Tentera berkuda di bahagian hadapan mengorak langkah diikuti oleh tentera yang berkaki. Pertempuran darat berlaku, mata pedang mula bertembung antara satu sama lain.
'ting, ting'
Pemanah memanah tentera Demon yang berada di bahagian belakang, begitu juga ahli sihir. Pertempuran antara tentera biasa lebih berpihak kepada tentera baik berbanding tentera Demon. Setiap 20 tentera Demon mati, hanya 2 orang tentera baik tekorban. Tentera musuh yang terdiri daripada raksasa-raksasa seperti Minotaur, Goblin, Orc, dan pelbagai lagi.
Tentera Unity berjaya menewaskan sebilangan besar tentera Demon. Hampir sahaja mereka mendekati benteng negara Demon.
"Kita boleh menang!" Rose bersuara.
"Belum!... Belum pasti!" jawab Gaius.
"Apa maksud kau?" soal Jilk.
"Tentera Demon yang berada disebalik benteng itu masih belum kita ketahui." jawab Gaius.
"Hah? Benteng! Benteng! Benteng! Aku tak nampak sebarang benteng pun?" Zack bersuara.
"Kalau korang lihat dengan mata kasar, korang takkan dapat lihat benteng tu. Fokus, betul-betul dekat sempadan negara Demon tu."
Kesemua Hero memfokuskan pandangan mereka ke arah sempadan negara Demon. Semakin lama mereka merenung sempadan itu, benteng itu mula terlihat. Benteng hitam melindungi negara Demon. Mereka tidak dapat melihat disebalik benteng tersebut.
Orang biasa takkan dapat melihat benteng itu. Apa yang mereka lihat di belah negara Demon hanyalah ilusi semata-mata. Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di dalam daerah itu sebelum benteng itu dimusnahkan, dia akan menjadi lemah. Hal ini, adalah kesan daripada benteng itu sendiri.
"Jadi sebab itu, kita perlukan panahan bulan." soal Sofia.
"Ye, panahan bulan yang akan dilakukan oleh Hero Ray dan puteri Shara sahaja yang dapat hancurkan benteng itu." jawab Gaius.
Share this novel
Uishhh... Laju!
Tak sabar nak tengok apa jadi lepasni