"Huh, Shara!" Raqnid terkejut melihat Shara.
"Raqnid!" begitu juga dengan Shara.
*Shara?* perempuan Elf yang berada di sebelah Raqnid.
"Apa yang awak bua—"
PANG!!!
Tidak sempat Raqnid hendak menyoal, tangan kanan Shara hinggap ke mukanya. Raqnid melihat wajah Shara berlinang dengan air mata.
"Saya benci awak, Raqnid!" Shara pun pergi meninggalkan tempat tersebut menggunakan barang teleportasi.
"Tunggu!" tidak sempat Raqnid untuk menghentikan Shara, dia sudah lesap.
ZHOOOP!
Wells yang baru sahaja tiba, terkejut melihat cucunya menggunakan barang teleportasi meninggalkan tempat tersebut.
"RAQNIDDD! APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT CUCU AKU!" Wells menarik leher baju Raqnid ke atas.
"Hah? Cucu kau?" Raqnid kebingungan.
"Ayah!" wanita yang berada di sebelah Raqnid kemudiannya memanggil Wells dengan gelaran ayah.
"Huh? Ayah?" Raqnid sekali lagi kebingungan.
Wells melihat wanita tersebut dan terkesima. Dia kemudiannya melepaskan tangannya daripada leher baju Raqnid.
"Kamu!" Wells menuding jari telunjuknya ke wanita tersebut.
"Shilaa!" kata Wells.
"Ye, ni saya ayah!" jawab wanita tersebut.
Mereka berdua pun kemudiannya berpelukan. Merindui antara satu sama lain.
*Oi! oi! Apa yang terjadi ni! Kenapa makcik tu panggil orang tua tu, ayah? Dan kenapa orang tua tu, panggil Shara cucu dia?* Raqnid kebingungan.
*Shara cucu kepada Wells! Maksudnya, Wells tu atok Shara.. Shara pula puteri kerajaan Elf. Maksudnya, Wells ayah kepada raja Elf! Shila pula panggil Wells ayah, maksudnya Shila tuu juga keturunan raja.. Huh? Aku dah bergaul dengan orang yang salah!*
Raqnid baru sedar dia sudah membuat kesilapan besar. Selama ini, dia cuba mengelak orang yang terkenal dan berpengaruh supaya dirinya tidak dikenali. Namun tanpa dia sedari, dia sudah bergaul dengan kerabat diraja.
"TIDAAAAAKKK!" Raqnid menjerit.
"Huh?" Wells dan Shila hanya melihat Raqnid menjerit.
"Mari kita berbual di dalam, ayah!" kata Shila.
"Baiklah, sementara tunggu budak ni menerima realiti!" jawab Wells.
"Mana kamu menghilang selama ini, Shila?" soal Wells setelah duduk di atas kerusi meja makan.
"Saya terkurung ayah!" jawab Shila.
"Terkurung?"
"Saya gagal membunuh Arch Dragon.. Jadi, pilihan terakhir hanyalah dengan mengurung naga tersebut bersama saya."
"Jadi kamu gunakan kuasa itu!"
"Yee, ayah! Saya tiada pilihan lain.. Kalau tidak negara Elf, Nolan.. Shara!" Shila mula sebak.
"Ayah faham! Kamu terdesak! Jadi macam mana kamu lepaskan diri!"
Shila memandang ke arah Raqnid. Kemudian, Wells pun memandang ke arah yang sama.
"Raqnid? Tak! Mustahil dia mampu membunuh.." Wells memandang ke arah Shila semula.
Shila mengangguk kepalanya untuk mengiyakannya.
"Haaah! Seorang diri?"
Sekali lagi, Shila mengangguk kepalanya.
"Hah! Tak mungkin dia sekuat itu!" Wells terkesima selepas mengetahui perkara tersebut.
"Jadi pada malam tu rupanya!" Wells menyedari sesuatu yang aneh berlaku pada malam sebelum mereka menjumpai Dragon Heart. Pada malam tersebut, Wells terjaga dari tidurnya dan melihat Raqnid sudah tiada. Dia pergi mencari Raqnid namun tidak dijumpai sehinggalah keesokan harinya, Raqnid pulang ke kem mereka. Melalui situlah, Wells mengetahui keberadaan Raqnid di kampung ini.
"Pada mulanya, saya pun tak percaya yang Raqnid dapat tewaskan naga tu. Saya beri amaran berkali-kali, suruh melarikan diri. Tetapi, dia degil dan tetap berlawan dengan naga tu… Hehh(tersengih), yang paling mengejutkan saya, ialah apabila assasin dapat bertarung berdepan-depan dengan musuh macam tu!”
“Hehh, ayah tak sangka yang dia begitu kuat… Tunggu! Apa kamu cakap tadi? Assassin? Raqnid!” Wells menuding jari kearah Raqnid.
“Huh? Ye, Raqnid assassin kan! Saya tengok sendiri dia bertarung menggunakan pisau. Kenapa? Saya salah ke?”
“Raqnid guna pisau! Kamu pasti!” Wells bingung apabila mendengar hal itu.
“Hmmm, saya pasti saya nampak pisau ataupun saya silap… jadi apa 'job' Raqnid,ayah?”
“Archer!” jawab Wells dengan tidak yakin selepas mendengar kata-kata Shila.
“Ehhhhh! Archer! Tak mungkin Archer dapat bertarung dekat dengan begitu cekap… “
“Kamu ada tengok status dia ke?” soal Wells.
“Tak, saya anggap dia assassin sebab dia ada juga gunakan busur ketika bertarung. Tapi, kebanyakannya pisau, sebab itulah saya anggap dia assassin. Ayah macam mana?”
“Ummm, anggapan kamu boleh jadi betul sebab 'job' assassin pandai menggunakan banyak senjata selain senjata utamanya pisau… Tapi, mustahil assassin lebih cekap memanah berbanding orang yang mempunyai 'job' archer sendiri.”
“Raqnid ada kalahkan pemanah lain ke, ayah!”
Wells memandang ke arah lain dan berkata dengan sangat perlahan.”Ayah!”
“Huh? Ayah?” selepas beberapa seketika. “Ehhhhh! Raqnid kalahkan ayah! The king of archer!”
Wells menundukkan kepalanya kerana malu. Kedua-dua mereka terdiam memikirkan perkara tersebut.
KPANG!
Shila bagun dan menghentak meja. “Raqnid pasti assassin sebab mustahil untuk archer menggunakkan pisau. Job Assassin adalah paling sesuai untuk Raqnid. Hmmmphh!”
“Ye, assassin yang boleh menggunakan skill panahan bulan seorang diri.” Wells mencelah.
“Huh? Panahan bulan? Bukan ke skill tu hanya untu—”
“Hmphh!” angguk Wells.
“Haaaah!” Shila terduduk kembali.
5 minit kemudian…
Kedua-dua mereka bagun daripada kerusi dan sebulat suara berkata.”DUAALL JOBB!”
“Ya, itu sahaja pilihan yang paling munasabah buat masa sekarang!” kata Shila.
"Jadi, selama ni, budak tu sembunyikan kekuatan dia yang sebenar.. Heh, faham!"
"Kenapa, Raqnid sembunyikan kekuatan dia, ayah?"
"Raqnid bukannya orang asal dunia ini!"
“Bukan orang asal dunia ni?"
“Penjelmaan!"
"Huhhh! Jadi, Raqnid—"
"Ya, kalau orang lain tahu, pasti kedudukan Hero akan tergugat!"
Kedua-dua mereka terdiam seketika.
"Ayah!"
"Ya!"
"Ayah, tak teringin ke nak tahu 'title' Raqnid!"
"Hah? Apa maksud kamu?"
"Ye laa, Raqnid dapat tewaskan seorang pemanah yang mempunyai 'title King Of Acher'.. Jadi, ini bermakna, 'title' Raqnid lebih tinggi daripada ayah!" kata Shila.
"Hmmm, disebabkan Raqnid bukan Hero, dia mungkin Legendary!" jawab Wells.
"Ingat, Raqnid juga tewaskan Arc Dragon menggunakan pisau!" tambah Shila.
"Du–ddu–ddu–ddua Legendary! ARGHHHH BUDAK TAK GUNA!“ Wells menjerit kebengangan.
KPANNG!
Wells menghentak meja.
"Ayah sabar! Ayah! Sabar!" ajuk Shila.
"Hurhhhh!" Wells duduk kembali.
"Macam tu la!" kata Shila.
"Bukankah sudah lama Raqnid selamatkan kamu. Tapi, kenapa kamu tak pulang ke rumah?" soal Wells.
"Saya hilang ingatan, ayah!"
"Hilang ingatan! Jadi sekarang ingatan kamu dah kembali?"
"Ye, ayah! Ingatan saya baru pulih 2 hari yang lepas. Saya baru sedar siapa diri saya yang sebenar."
"Hah, syukurlah kamu dah pulih! Ayah gembira dapat bertemu dengan kamu lagi!"
"Saya pun gembira ayah! Uhmmm... Ayah! Shara bagaimana?"
"Heh, Perempuan yang kamu berjumpa sebentar tadi tu!"
"Jadi betul la, perempuan tadi tu Shara! (tersenyum) Dia sangat cantik!" Shila sangat gembira mengetahui anak perempuannya membesar dengan baik.
"Ye! Shara memang cantik!" tambah Wells.
"Tapi, kenapa dia nampak begitu marah tadi, ayah! Sampai ditampar Raqnid!"
"Hmphh! Mungkin dia cemburu kut!"
"Cemburu? Dengan siapa?" keliru Shila.
"Kamu!"
"Dengan saya? Kenapa? Ohhh!" Shila mula menyedari apa yang dimaksudkan Wells. Shila memandang ke arah Wells untuk memastikan apa yang dipikirnya betul.
"Ye, Shara sukakan Raqnid!"
"Wahh, Comelnya!" kata Shila sambil memegang kedua-dua pipinya.
"Hah, ayah pun tak sangka Shara sukakan budak tu!"
"Okey apa, mereka berdua memang secocok!"
"Secocok! Hurghh, tak mungkin! Macam langit dan bumi. "
"Hehe, atok kesayangan mestilah kena beri sokongan kepada cucu!" kata Shila sambil ketawa kecil.
"Hmphhh, masalahnya sekarang bukan atoknya tapi ayahnya."
"Huh? Dah kenapa dengan Nolan?" soal Shila.
"Nolan paksa Shara kahwin dengan Hero!" jawab Wells.
"APAAA!!! KENAPA NOLAN BUAT MACAM TU!"
"Hahhhh, semenjak kamu tiada, Nolan banyak berubah!"
"Berubah macam mana tu?"
"Nolan sangat tegas dengan Shara sampai ke tahap Shara tak boleh membuat apa-apa keputusan. Semuanya, Nolan sudah tetapkan. Makan, minum, pakain, kawan, minat, dan sekarang suami, Shara."
KPANNG! Meja dihentak!
"Nolan, tak guna!" Shila bagun dari kerusinya.
"Mana kamu nak pergi?"
"Mana lagi, saya nak jumpa Nolan la!"
"Sabar!"
"Ayah, mana saya boleh sabar lagi! Berani dia paksa anak saya kahwin! Dia tak tahu, yang langit tu tinggi ke rendah."
"Kita perlu bawa budak tu sekali!" Wells memandang ke arah Raqnid.
"Jom beritahu Raqnid! Mesti dia tak tahu kondisi Shara sekarang ni!"
"Tunggu! Shila!"
Shila keluar dari rumah terus mencari Raqnid. Terlihat Raqnid terduduk atas kerusi yang berada di bawah pohon pokok. Lengan kirinya menutupi matanya, mengenangkan nasibnya itu.
"Raqnid! Kita perlu ke istana Elf sekarang!" kata Shila.
"Taknak!" jawab Raqnid.
"Kita perlu selamatkan Shara daripada dipaksa kahwin!"
Mata Raqnid terbuka selepas kata-kata Shila itu, namun Raqnid hanya berdiam diri.
"Raqnid?" Shila hairan melihat Raqnid tiada sebarang reaksi.
Wells datang mendekati Shila, lalu berbisik kepadanya tentang Raqnid dan Shara.
Wells menceritakan bagaimana Shara dan Raqnid bertemu dalam keadaan yang asing. Identiti Shara tidak dikenali Raqnid sehinggalah Raqnid tiba ke negara Elf dan kesemuanya bermula.
"Kita hanya tahu perasaan Shara terhadap Raqnid tapi kita tak tahu perasaan Raqnid terhadap Shara. Ini mungkin jadi cinta tidak berbalas!" kata Wells.
"Hei, pengecut!" Shila dengan agresif memanggil.
Raqnid terkejut mendengar nada suara Shila itu, lalu menoleh kearah Shila.
“Apa yang kau pikirkan lagi hah, kalau kau betul-betul cintakan dia! Beritahu dia isi hati kau, jangan biarkan dia tunggu lagi… Apa yang kau takutkan sangat! Jangan pedulikan apa kata-kata orang! Walaupun dunia ini, berpaling daripada kau sekalipun! Semua itu tidak lagi bermakna setelah kau memiliki si dia! Orang itu akan sentiasa menyayangi kau dan setiap dugaan dan cabaran akan kau tempuhi bersama dia! Sekarang kau sendiri buat pilihan, samaada kau hidup tenteram tapi keseorangan ataupun kau hidup dalam cabaran tapi kau bersama orang yang tercinta!”
Shila pun pergi selepas itu diikuti Wells. Mereka berdua pun pergi menuju ke istana Elf.
"Shila, apa kamu buat?"
"Saya pasti Raqnid cintakan Shara!"
"Tapi, takpe ke kita biarkan Raqnid macam tu saja!"
"Kalau dia betul cintakan, Shara! Dia akan datang!"
"Kalau dia tak datang? Apa kita nak jawab dekat Shara nanti?"
"Itu kita fikir kemudian!"
#####
Tibalah hari perkahwinan Shara dan Ray akan berlangsung.
*Selamat tinggal, Raqnid! Sob.. sob!* hati Shara yang masih tidak dapat melupakan Raqnid.
KBOOOOMMM!!!
Share this novel