Keseesokan harinya semua kumpulan Guardian dipanggil untuk berkumpul di tempat latihan. Seperti ada penguman yang hendak disampaikan. Kesemua ahli kumpulan Guardian berkumpul. Terlihat beberapa orang yang berdiri di hadapan mengarahkan untuk berkumpul.
Tidak syak lagi, itu murapakan Jones ketua ahli kumpulan Guardian. Aku merasakan sesuatu tidak baik akan berlaku.
Jones bersuara..
"Baiklah semua sudah berkumpul, saya disini akan memberitahu kamu semua apa peranan kita sebagai ahli kumpulan Guardian. Kita disini bukan untuk bersuka-ria tapi untuk membantu dunia ini untuk menewaskan Demon King. Kita mungkin bukan insan yang terpilih untuk menjadi orang yang utama dalam menewaskan Demon King. Tapi kita akan tunjukkan kewujudan kita di sini bukan hanya sia-sia dan kita tunjukkan kepada orang di dunia ini, kita berperanan penting dalam membantu dunia ini. Nama kita ada dijunjung tinggi"
"Betul ataupun tidakkk......." jerit Jones kepada kami.
"Yeahhhhh mari kita tunjukkan" suara seorang daripada kami menjerit.
Kesemua ahli lalu menyokong kata Jones. Raqnid pun turut menunjukkan kesetujuan bersama ahli yang lain.
"Oi oi oi jangan mudah termakan dengan kata-kata manis" hati Raqnid berbicara.
Raqnid rasa curiga dengan Jones. Seperti ada sesuatu yang berada di dalam pikirannya itu.
Selepas mendapat kepercayaan dan sokongan kesemua ahli kumpulan Guardian , Jones menunjukkan motif sebenar yang dia telah rancang.
"Baiklah oleh kerana semua setuju, saya akan adakan pernilaian yang akan menentukan kedudukan kita. Pernilaian ini dilakukan bukan atas sebab kepentingan sendiri tetapi kerana saya risau akan keselamatan ahli saya"
Semua orang keliru setelah mendengar kata-kata daripada Jones.
"Penilaian yang akan diadakan ini akan menentukan sama ada korang sudah bersedia ataupun belum untuk menghadapi dunia ini, seperti yang korang tahu, dunia ini penuh dengan raksasa yang berbahaya dan korang mungkin boleh hilang nyawa jika tidak bersedia"
Raqnid dan Fat sudah dapat merasakan sesuatu masalah akan tiba.
"Sesiapa sahaja yang lulus ujian ini akan dapat menyertai kami dalam membantu negara ini dan siapa yang tidak lulus terpaksa untuk tinggal di istana sehinggalah dia betul-betul bersedia"
Selepas mendengar itu. Semua orang kelihatan risau kerana kebanyakan mereka ingin keluar menerokai dunia ini dan bukan terkurung di dalam istana ini.
Raqnid sudah mengetahui tujuan sebenar Jones melakukan semua ini. Ini disebabkan Jones ingin kesemua ahli kumpulan Guardian menurut perintahnya. Dengan cara ini dia dapat mengawal kesemua ahli kumpulannya dengan menghalang semua rancangan yang telah setiap ahli kumpulan Guardian ingin lakukan setelah berakhir latihan 3 bulan di istana.
Dengan cara ini, Jones dapat mengawal sikit demi sedikit setiap ahli kumpulannya dan mendapat majoriti sokongan kepadanya.
Sesiapa sahaja yang lulus terpaksa mengikutnya untuk menaikkan namanya manakala yang tidak lulus terpaksa tinggal di istana. Kebanyakan ahli kumpulan Guardian yang kuat telah menyertai Jones dan sukar untuk ahli biasa untuk bersuara.
"Baiklaah, ujiannya adalah setiap sorang perlu membawa pulang seekor serigala yang telah diburu ke sini akan automatik lulus, mudah bukan"
Selepas mendengar itu kata-kata Jones, kesemua ahli menjadi gembira kerana serigala bukanlah musuh yang sukar untuk ditewaskan bila berkumpulan. Akan tetapi ramai yang tidak perasan bahawa ujian ini adalah individu dan musuh sebenar adalah rakan mereka sendiri. Tambahan pula, di siang hari peluang untuk temui serigala adalah rendah kerana serigala selalu aktif pada waktu malam.
"Bukan itu sahaja, kesemua ahli kumpulan Guardian akan menyertai ujian ini termasuk saya sendiri supaya ujian yang diadakan ini adil untuk semua" ujar Jones.
"Cisss, masa nii laa kau nak adil" Fat berbisik.
Aku faham kenapa Fat merasa bengang kerana dengan kemasukan Jones dan rakannya akan menyukarkan lagi kami untuk lulus ujian ini.
"Ujian ini akan diadakan selama 2 jam dan siapa gagal untuk menyelesaikan ujian ini dalam masa ditetapkan akan automatik gagal"
Ketika Jones berbicara, seorang pengawal istana berjalan menuju ke arah kami. Kemudian, Jones memperkenalkan pengawal tersebut.
"Pengawal ini akan menjadi pengadil yang akan menentukan siapa yang lulus"
Kemudian pengawal itu bersuara.
"Perserta boleh memburu serigala di X forest sahaja dan jika serigala bukan dari X forest peserta akan terus digagalkan. Jadi saya tak akan lengahkan masa lagi, ujian bermula dari sekarang. "
Kesemua ahli berpusu-pusu menuju ke X forest bersama rakan rapat mereka.
Aku dan Fat pun turut bergerak ke X forest.
" Raqnid apa kau nak buat. Kalau kita lulus kita terpaksa ikut arahan Jones dan kalau kita gagal kita terpaksa tinggal di istana nii lagii"
"Kau nak tinggal lagi kee kat istana" jawab Raqnid.
"Ahhhh aku tak mahu laaa aku dah bosan tinggal di sini tak ada apa yang boleh kita buat melainkan bertemu dengan pelatih yang bising tuu" kata Fat.
"Dahtu perlu kee aku jawab lagi kau punya soalan" ujar Raqnid.
"Hahaha betol jugak kita kena lulus laa nii" Fat sambil tersengih.
Kesemua ahli pergi ke kawasan yang selalu mereka jumpai serigala tersebut.
Tetapi aku dan Fat pergi ke kawasan lain untuk mengelakkan persaingan.
"Fat kau umpan serigala aku tembak lepastu kau bunuh"
"Hahaha taktik yang mudah difahami, tapi macam mana kita hendak cari serigala kau tahukan yang serigala sangat sukar di temui di siang hari" kata Fat.
"Ikut nasib laaa" jawab Raqnid.
Kami pun pergi ke suatu kawasan yang berjauhan daripada ahli-ahli lain. Aku memanjat pokok yang tinggi untuk memerhati dari atas disebabkan aku dapat melihat dengan jarak yang jauh. Aku juga mempunyai skill mengesan pengerakan benda hidup sejauh 400 meter. Kedua - dua skill daripada assasin dan acher job aku sangat berfungsi pada keadaan sekarang.
Setiap 400 meter aku mengesan pengerakan serigala. Manakala Fat mengawal dari bawah jika terdapat raksasa lain yang menghampiri. Terlihat daripada jauh pertempuran diantara ahli kumpulan Guardian berlaku. Mereka mungkin baru perasan yang serigala sangat sukar ditemui pada waktu sekarang.
Selepas lama mencari akhirnya aku dapat mengesan pengerakan seekor serigala yang berada berhampiran tasik. Aku pun memberi isyarat kepada Fat supaya bertindak. Fat cuba untuk mengumpan serigala tersebut.
Oleh kerana, hanya Fat seorang mendekati serigala tersebut. Serigala itu tidak melarikan diri dan cuba untuk berlawan dengan Fat. Ini memudahkan kerja aku untuk memanah serigala itu dari atas.
Sewaktu serigala cuba menyerang Fat. Aku pun melepaskan busur panah dan panah itu tepat mengenai badan serigala tersebut. Fat pun dengan pantas menyerang serigala tersebut sewaktu serigala tersebut tersakiti. Dengan mudahnya kami meraih seekor serigala. Sekarang hanya perlu cari seekor lagi sahaja.
Kami meneruskan pencarian. Waktu berlalu dan berlalu, kami masih menjumpai lagi seekor. Kami pun mula berputus asa.
"Hah semenjak kita datang ke dunia ini, makin banyak masalah yang kita kena hadap" merugut Raqnid.
"Wei Raqnid, kalau kita lulus mungkin akan ada orang yang tak puas dengan kita, kau tahulah kita niii bukan siapa-siapa dan bila kita lulus tiba-tiba mesti akan orang yang tak puas hati punya" ujar Fat.
"Itulah aku pun risau kalau kita lulus mesti akan menarik perhatian ramai, tapi apa lagi kita mampu buat kalau gagal pun sama jee" jawab Raqnid.
"Betul jugak" Fat membalas dengan nada pelahan.
"Raqnid kalau kita tak jumpa lagi seekor serigala macam, salah seorang daripada kita jee boleh lulus kau tau" soal Fat.
"Apa lagii.... 'Osom' laaaa siapa menang dapat serigala tuu kalau biarkan serigala tuu saja rugi ahhh"Â balas Raqnid.
"Hahahaha senang kau cakap kalau aku lulus sorang, macam mana aku nak hadap Jones dengan rakan-rakan dia tuuu, aku dah tak kenal siapa-siapa selain kau dengan Sora"
"Sedih betul, kehidupan kita nii kan" balas Raqnid sambil ketawa-ketawa kecil.
Fat pun turut ketawa selepas itu. Raqnid pun serta ketawa.
Secara tiba-tiba Raqnid berhenti ketawa dan kelihatan seperti melihat sesuatu. Fat berhenti ketawa dan melihat Raqnid yang tiba-tiba diam.
Fat menyapa rakannya itu. Tetapi dia tidak dihiraukan Raqnid.
"Wei Raqnid kau dah kenapa niii" tanya Fat dengan perasan hairan kenapa kawannya itu tiba-tiba bisu.
"Aku rasa kita tak perlu 'Osom' untuk tentukan siapa yang lulus " jawab Raqnid dalam nada perlahan.
"Hah?????" Fat masih kebingungan dengan kata-kata rakannya itu.
"Tuuuuuu" Raqnid menunjuk sesuatu dengan tangannya.
Fat pun mengalih pandangan kearah yang ditunjukkan rakannya itu.
"Ituuu ituuu ituukan" Fat hampir menjerit tetapi Raqnid dengan pantas menutup mulut Fat dengan tangannya.
"Yeeee serigala" Raqnid bisik kepada Fat sambil tersengih.
"ummmmn umm ummm" Fat memjawab sambil mulutnya ditutup oleh Raqnid.
Raqnid mengambil busur pemanahnya itu dan menyasarkan kepada serigala tersebut. Serigala itu berada jauh sekitar 200 meter daripada mereka.
Raqnid menggunakan skill acher yang terkuat dia peroleh. Raqnid betul-betul fokus agar sasarannya tepat.
Raqnid melepaskan busurnya dan dengan pantas anak panah yang dilepaskan menuju kearah serigala dan mengenai tepat tanpa sempat untuk serigala itu untuk bertindak.
"Woahhh hebat laa kauu.... Raqnid" jerit Fat.
"Tunggu apa lagi kejar laa serigala tuu" jawab Raqnid dengan nada keras.
Fat dan Raqnid dengan cepat berlari menuju kearah serigala tersebut. Kemudian melihat serigala tersebut sudah pun terbaring di atas tanah kerana panah yang dilepaskan tadi mengenai tepat kepada kepala serigala tersebut.
"Berapa minit lagi tinggal sebelum ujian nii tamat" soal Raqnid.
"Ummmm 15 minit, sempat kee kita sampai mesti kebanyakan orang dah berkumpul, susah kita nak lepas" jawab Fat.
"Jangan risau aku ada cadangan" Raqnid sambil tersenyum.
Di tempat latihan kemudian.
Kebanyakan ahli sudah berkumpul.
Raqnid dan Fat pun tiba. Berjalan dengan muka yang sedih. Kebanyakan ahli tidak menghiraukan mereka.
"Fat jalan macam orang gagal sikit, buat muka sedih, jangan pandang mereka terus ke pengawal istana tuu" bisik Raqnid kepada Fat.
"Aku tengah cuba laa nii, kau ingat senang kee " bisik Fat.
Sebelumnya....
"Apa rancangan kau" soal Fat.
"Kita sembunyi serigala nii belakang badan kau" jawab Raqnid.
"Kau ingat serigala nii kecil kee, lagi satu mereka mesti nampak punya belakang aku" balas Fat.
"Kita tutup dengan penampan kau, penampan kau kan besar, aku cover laa sikit belakang kau"
Raqnid pun membunyikan serigala tersebut di belakang Fat.
"Aduh.. aduh jangan ikat ketat sangat sakit laa" jerit Fat.
"Alaaaa kau tahan sikit jeee" balas Raqnid.
"Ha lagi satu, sampai dekat sana nanti, buat muka muram sikit tunjukkan kita tak dapat apa-apa, lepastu jalan macam biasa sampai ke pengawal istana tuu.. Kau faham" pesan Raqnid.
Sekarangnya..
"Okey-okay line clear" bisik Raqnid.
Tiba-tiba ada seorang daripada rakan Jones mendekati kami.Â
"Tapkpa-takpa jangan kecewa korang dah buat yang terbaik" menyapa kami.
"Huhuhu terima kasih " jawab Raqnid.
"Sekarang jugak laa dia nak tunjuk baik, berambus laa" Raqnid berbisik dalam hati.
Kami pun melepasi rakan Jones tersebut. Tiba-tiba jatuh sesuatu daripada belakang Fat tanpa Raqnid dan Fat sedari. Rakan Jones tu mengambilnya.
"Tunggu korang ada jatuhkan sesuatu" jerit rakan Jone itu tadi.
Raqnid dan Fat pun menoleh ke belakang.
"Apa niii, nii bukan mata serigala keee" rakan Jones terkejut.
Kesemua ahli lain melihat kearah kami dengan mata kemerahan. Mereka masih keliru melihat apa yang berlaku diantara kami dengan rakan Jones itu tadi. Kami pun perlahan-lahan berjalan menuju kearah pengawal tersebut tanpa menghiraukan mereka. Kemudian salah seorang daripada ahli mula menyedari.
"Dibelakang Fat ada serigalaaaaa...." jerit salah seorang ahli yang menyedari itu.
Raqnid pun menjerit.
"Lariiiiiiii...... Fat"
"Lari dengan sepenuh jiwa raga kau"
Kesemua ahli lain langsung berlari kearah kami seperti zombie untuk mencuri serigala yang kami peroleh.
Fat pun mula berlari kearah pengawal.
"Apa kau buat Fat, laju laa sikit larii" jerit Raqnid.
"Kau ingat senang kee nak lari, kau ikat ketat sangat gilerr" jawab Fat.
Raqnid pun mengeluarkan busur panah dan menembak kearah ahli-ahli lain untuk menghalang mereka. Fat berlari dengan sepenuh hati.
Beberapa orang ahli sihir daripada ahli kumpulan Guardian melepaskan kuasa magik ke arah Fat.
"Fireball...."
"Oii..oi..oi biar betoi mereka nii, nak bunuh orang ke, tuuu kawan sekelas kut" Raqnid berkata.
Semua orang berpusu-pusu kearah Fat. Asap hitam daripada sihir itu tadi masih belum hilang. Selepas asap itu hilang, tinggal hanya penampan Fat disitu.
"Apa korang buat, korang dah hapuskan sekali serigala tuu" jawab salah seorang mereka.
Kesemua mereka seperti tidak menghiraukan rakan sekelas mereka itu selamat ataupun tidak. Mereka lebih pentingkan serigala itu daripada rakan sendiri.
Raqnid berlari kearah mereka berkumpul itu.
"Fat fat apa dah terjadi nii" jerit Raqnid.
Kemudian pengawal istana pun bersuara.
"Fat dan Raqnid lulus"
Kesemua kami menoleh kearah pengawal tersebut dan terlihat kelibat Fat.
"Apa yang kau buat tuu Raqnid, jerit-jerit nama aku" soal Fat.
Raqnid pun pergi kearah Fat.
"Aku ingatkan kau dah jadi debu kena serangan tadi" jawab Raqnid.
"Aku hampir-hampir jadi debu kau tau, mereka nii betul-betul dah gila" bisik Fat.
Kesemua ahli yang tidak lulus ujian melihat kami dengan perasaan dengki.
"Macam mana mereka boleh lulus"
"Entah sepatutnya aku yang lulus"
"Mereka memang bernasib baik"
Kedengaran suara-suara tidak puas hati. Raqnid dan Fat menoleh kepala ke bawah. Pegawal istana itupun mengumumkan berakhirnya ujian ini.
"Baiklaah, masa dah tamat hanya 9 orang sahaja yang lulus daripada 20 orang, tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi"
Kesemua yang lulus adalah Jones, tiga orang rakannya, 5 orang lagi adalah Doug, Kiel,Nancy Fat dan Raqnid. Jones kemudiannya berucap.
"Terima kasih kepada pengawal istana yang membantu menjayakan ujian ini dan juga terima kasih juga kepada semua yang turut serta. Mulai sekarang 9 orang kami aku melakukan tugas di luar istana manakala yang 11 orang lagi aku akan berlatih di istana buat sementara waktu sampai betul-betul bersedia"
Kesemua yang tidak berjaya kelihatan marah dan kecewa. Ada diantara mereka yang sebelum ini bersahabat baik kini sudah kelihatan bermusuhan akibat daripada ujian ini.
"Jones apa yang kau dah buat nii, kau dah lahirkan raksasa. Mereka sanggup bergaduh antara satu sama lain sehingga tidak menghiraukan nyawa." hati Raqnid berbisik.
Hampir kesemua kumpulan Guardian telah hilang kewarasan mereka sebagai manusia .
Maka berakhirlah ujian tersebut.
Share this novel