Beberapa hari kemudian selepas serangan tersebut.
Kesemua kami menerima ganjaran dari Raja Alex atas pertolongan yang diberikan. Kumpulan Hero yang mendapat banyak penghargaan daripada Raja Alex kerana berjaya membunuh naga yang dianggap Demon Lord.
Semenjak kejadian itu, hero telah menjadi perbualan hangat bukan sahaja di negara Human malah di negara-negara lain. Tidak sampai setahun mereka dijelmakan, mereka telah berjaya memperoleh pencapaian yang luar biasa.
Setiap ahli kumpulan Guardian memperoleh ganjaran kecuali Raqnid dan Fat.
"Ehh! Kenapa kami tak dapat?" soal Fat kepada Jones.
"Korang berdua ingat korang layak dapat! Orang lain bermati-matian berkorban nyawa, korang lari sembunyikan diri!" Jones tetap tidak memberikan ganjaran kepada Raqnid dan Fat walaupun mereka sudah berikan alasan.
"Kan kami dah kata! Kami tolong di guild!"
"Korang ingat aku nak percaya!"
Fat sekali lagi cuba untuk menetapkan pendiriannya. Lalu Raqnid memegang bahu kiri Fat dengan tangan kanannya dan menggeleng kepalanya. Alasan macam mana sekalipun mereka berikan, Jones takkan menerimanya. Sudah jelas Jones akan mencari alasan untuk mengambil sebanyak mungkin duit yang dia boleh ambil. Mereka pun berambus pergi.
"Argghh! Geram betul laa aku dekat Jones tuu! Macam nak pijak-pijak je muka dia tuu!" Fat begitu marah.
"Hahaha! Relax! Relax!" Raqnid cuba menenangkan rakannya itu.
"Yo!" Doug dan Kiel menyapa kami. Nancy juga turut bersama mereka.
"Tak berjaya ke?" soal Kiel.
"Ye! Tak berjaya!" jawab Fat.
"Si Jones tuu memang tak guna!" Doug bersuara.
"Sabar eh!" Doug juga cuba menenangkan Fat.
"Ummm! Dah laa aku lapar! Raqnid jom makan!"
"Uhh! Okey, korang taknak ikut sekali ke?"
"Takpe! Kami dah makan!"
"Ouh! Ok laa centu, jumpa nanti!"
"Ha ok!"
Mereka pun berpisah disitu. Melambai tangan antara satu sama lain. Akan tetapi Nancy masih kelihatan ganjal dengan Raqnid dan Fat. Dia langsung tidak berkata walaupun sepatah.
Raqnid dan Fat akhirnya menuju ke tempat makan kesukaan mereka. Dimana tempat itu sangat popular di kalangan hunter kerana harga makanannya yang murah dan sedap.
Tiba mereka disana, mereka seperti biasa memesan menu. Tanpa mereka sedar seseorang menyapa mereka dari belakang menepuk badan mereka.
"Wahh! Rookie!" ia merupakan tuan Hulk. Lalu dia duduk disebelah Fat.
"Korang kenapa nii murung jee?" soal Hulk.
"Takde apa ahh!" jawab Fat.
"Alaa! Cerita ahh cerita ahh." tuan Hulk tergedik-gedik macam budak-budak memaksa Fat.
*Dah kenapa dengan orang tua ni? Buang tebiat ke apa?* Raqnid bisik dalam hati.
Lalu muncur tangan di belakang tuan Hulk menyambar telinganya itu.
"Apa awak buat nii tuan Hulk? Menganggu orang makan!" Alene kemudiannya memulas telinga tuan Hulk ke atas.
"Aduh! Aduh! Sakit! Sakit laa! Ahhh!"
Tergedik-gedik tuan Hulk meronta kesakitan. Alene pun melihat kami.
"Ouh! Raqnid, Fat! Apa khabar!"
"Ahh baik je" Fat membalas pertanyaan Alene sambil melihat tuan Hulk meronta-ronta kesakitan.
Alene pun kemudiannya melepaskan tangannya lalu duduk satu meja bersama kami. Alene berterima kasih atas bantuan yang kami berikan.
"Saya tak tahu nak balas budi awak berdua macam mana?"
"Tak perluuu! Kami tak buat apa-apa sangat pun!" Raqnid membalas.
"Ye! Betul tuu!" Fat menyokong kata-kata Raqnid.
"Tapi! Saya rasa bersalah libatkan korang! Korang masih baru!", yang sebenarnya tersimpan di dalam hati Alene ialah dia berasa bersalah kerana Raqnid dan Fat bukannya asal dari dunia ini. Akibat daripada serangan lepas mereka terpaksa bertaruh nyawa menyelamatkan orang di dunia ini.
"Takpe! Takpe! Perkara kecik jee tuu!" Raqnid menjawab.
"Ummm, Ha! Apa kata saya belanja korang makan! Nak tak!" Alene tersenyum lebar mengatakan hal itu.
"Tak payah laa! Susah-susah jee!" Fat bersuara. Manakala Raqnid seperti tidak bersependapat dengan rakannya.
*Apa kau buat Fat! Rezeki percuma tuu!* Raqnid berkata dalam hati.
"Jangan laa macam tuu! Cara nii jee saya nak hilangkan rasa bersalah saya!" Alene tetap berdegil hendak membalas budi mereka berdua.
"Ummm, Baiklaah!" jawapan Fat.
*Yes* jerit keriangan di dalam hati Raqnid.
"Saya pun ada berjuang melawan raksasa Alene!" tuan Hulk bersuara.
"Itu memang tugas tuan!" menjeling tajam ke arah Hulk.
"Ummm, saya melawak." suara semakin perlahan.
Hari itu kami makan sepuasnya apabila mendengar Alene ingin membayar makanan kami.
°°°°°°
Keesokan harinya, kesemua kumpulan dipanggil ke istana. Bukan sahaja mereka berada di istana malah sekumpulan Elf juga turut berada di situ.
Elf merupakan makhluk seperti manusia namun rupa paras sedikit berbeza. Mereka mempunyai telinga yang sedikit panjang dan tirus berbeza dengan manusia. Bukan itu sahaja, kebanyakan Elf memiliki rupa paras yang sangat cantik dan kacak.
Bangsa Elf memiliki kelebihan 'Mana' yang banyak daripada orang biasa. Mereka hebat menggunakkan kuasa magik kerana kelebihan yang mereka peroleh. Tetapi, 'job' utama di negara Elf merupakan pemanah ataupun archer.
"Baiklah! Semua dah berkumpul. Mungkin diantara kamu semua sudah pernah melihat saya sebelum ini. Tapi saya belum sempat memperkenalkan diri saya. Nama saya Blaise, ketua kumpulan Stingray."
Lalu 4 lagi ahli kumpulan Stingray memperkenalkan diri mereka iaitu Rusk, Monica, Shino dan Carlos.
"Raja Alex mengamanahkan saya untuk menjaga dan melatih kumpulan Hero selama 3 bulan bermula dari sekarang. Saya dan ahli kumpulan saya berharap kamu semua dapat memberikan kerja sama. Dan kepada Elf selamat datang. " Blaise menunjukkan salam perkenalan kepada Elf.
"Manusia dan Elf akan bergabung membentuk kumpulan. Ini untuk mewujudkan kesefahaman antara manusia dan Elf. Oleh kerana kumpulan Hero dan yang lainnya masih baru di dunia ini, mereka mungkin tidak biasa dengan bangsa yang berlainan ini. Kita mempunyai matlamat yang sama iaitu menewaskan Demon King. Jadi kita perlu bekerja sama antara negara. "
"Elf lain boleh memilih pasangan mereka masing-masing untuk berlatih bersama."
Beberapa orang Elf yang hebat akan menyertai kumpulan Hero, manakala Elf yang lain akan memilih pasangan mereka selain daripada kumpulan Hero untuk berlatih bersama.
Elf yang lain hanya boleh memilih seorang daripada kumpulan Guardian ataupun Support untuk dijadikan rakan latihan selama 3 bulan. Orang yang dipilih itu terpaksa menerima Elf sebagai parti kumpulan.
Kumpulan Hero sangat mudah kerana mereka tidak perlu berpecah. Manakala kumpulan lain akan berpecah dengan rakan mereka jika mereka dipilih.
Sesi pemilihan bermula, Elf mula mencari pasangan yang sesuai supaya mereka dapat belajar sesuatu daripada pasangan mereka dan meningkatkan kemahiran bertarung. Pasangan yang mempunyai 'job' sama yang paling sesuai untuk belajar antara satu sama lain.
Ramai juga diantara rakan-rakan Raqnid ingin dipilih oleh Elf. Mereka pun mengharapkan mereka dapat belajar sesuatu daripada Elf.
Sementara kesemua mereka sibuk, Raqnid dan Fat mengundurkan diri mereka ke tempat yang lebih tersorok kerana mereka tidak mahu dipilih.
"Jom! Cau Fat!" bisik Raqnid.
"Ha ok!"
Mereka hanya melihat dari sisi luar keadaan yang penuh dengan kesibukan itu. Bukan mereka sahaja yang menyorokkan diri, malah Kiel dan rakannya juga sama seperti mereka.
Tiba-tiba seorang orang tua Elf seperti hendak menuju ke arah kami terlihat dari jauh. Semakin lama dia semakin dekat.
Kemudian orang tua Elf itu terhenti selepas ditahan oleh salah seorang rakan Jones. Mereka berbual seperti rakan Jones hendak berpasangan dengan orang tua itu.
Setelah itu, rakan Jones pun pergi. Lelaki tua Elf itu mula menuju ke arah kami.
Setelah sedar hal itu, Raqnid dan Fat mula mengalih badan mereka ke arah lain untuk meloloskan diri. Belum sempat mereka bergerak.
"Hello!" orang tua Elf itu menyapa mereka berdua.
Mereka tidak sempat bertindak terpaksa menghadap lelaki tua Elf itu.
"Ya! Apa boleh saya bantu?" Raqnid menjawab.
"Awak nii Assasin ke?" orang tua Elf itu menyoal Raqnid.
*SELAMAT! dia cari Assasin!* Raqnid berkata dalam hati.
"Maaf! Saya nii pemanah!"
"Ye! Rakan saya ni pemanah, kalau tuan cari Assasin dekat sana mungkin ada!" Fat bersuara.
Mereka berdua mula merasa lega kerana mereka bukanlah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan berlatih. Orang itu juga tidak kelihatan seperti pemanah ataupun Warrior.
Kemudian orang tua Elf itu seperti berbisik dengan seseorang di belakangnya. Orang itu memandang ke arah Raqnid, tersenyum lebar.
Hati Raqnid mula merasai sesuatu yang tidak kena.
"Bagus la macam tuu, saya memang tengah cari seorang pemanah!"
"Ehh!" Raqnid telah teperdaya dengan helah orang tua Elf ini. Orang tua Elf ini tahu jika dia memberitahu yang dia mencari seorang pemanah, Raqnid takkan mengaku. Jadi dia berpura-pura mencari seorang Assasin supaya Raqnid tertipu.
"Kenapa tuan mencari seorang pemanah pula, bukankah tuan seorang Assasin!" Raqnid menjawab.
Orang tua Elf itu terkejut mendengarkan kata-kata daripada mulut Raqnid.
"Macam mana awak boleh tahu saya nii Assassin?"
*Budak nii boleh tahu identiti aku! Sedangkan aku dah menyembunyikannya* orang tua Elf itu berbisik di dalam hati.
Raqnid terdiam kerana dia menggunakkan skill assasin baharunya 'Inspector' untuk melihat biodata lelaki tua Elf itu. Raqnid sepatutnya lebih arif yang assasin sering menyembunyikan identiti mereka kerana dia sendiri assasin.
"Umm, tadi tuan cari Assasin kan? Sebab itu saya ingat tuan Assasin! Hahaha!" Raqnid cuba memberikan alasan.
Orang tua Elf itu melihat Raqnid dengan penuh syakwa sangka. Raqnid mengalih pandangannya.
"Yang sebenarnya bukan saya yang nak berpasangan dengan awak!"
"Ermm, kalau bukan tuan siapa?" Raqnid tertanya-tanya.
Kemudian seseorang memakai jubah yang menutup seluruh wajahnya mengintai dari belakang orang tua Elf itu.
*Dari tadi ada Elf lain di belakang lelaki tua Elf ni* Fat berbisik di dalam hati.
"Ermm, saya nii tak hebat mana bertarung! So lebih bai.."
Kata-kata Raqnid dipotong.
"Takpe! Takpe! Lagipun.. Aduh!" orang tua Elf itu melihat ke arah Elf belakangnya itu.
"Kenapa awak cubit saya!" bisik orang itu kepada Elf belakangnya.
Elf belakangnya itu menggelengkan kepalanya supaya tidak berkata apa-apa.
Raqnid dan Fat hairan melihat kedua-dua mereka.
"Baiklaah! Siapa nama awak?" orang tua Elf itu menyoal mereka berdua.
"Saya Raqnid!"
"Saya Fat!"
"Baiklah! Dengar nii betul-betul! Raqnid saya nak awak jadi pasangan bertarung anak didik saya!" meletakkan kedua-dua tangannya ke atas dua sisi bahu Raqnid.
"Dalam masa 3 bulan nii, saya nak awak jaga dia elok-elok. Jaga dia macam awak jaga nyawa awak sendiri. Tak! Dia lebih penting daripada nyawa awak! Faham!" orang tua Elf itu berkata dengan muka yang serius.
"Ehh!"
Kemudian dia berbisik ke telinga kanan Raqnid.
"Kalau awak cuba apa-apakan dia ataupun sesuatu yang buruk terjadi pada dia. Saya akan cari awak sampai ke lubang cacing!"
Meremang bulu roma Raqnid mendengarkan hal itu.
Orang tua Elf itu pun mengangkat tangannya dan memperkenalkan diri.
"Maaf! Lupa saya memperkenalkan diri, saya Albert dan ini anak didik saya Sara!"
Kemudian Sara malu-malu keluar daripada belakang Albert menundukkan sedikit kepalanya sebagai salam perkenalan.
Sara merupakan seorang perempuan namun wajahnya tidak dapat dilihat kerana seluruh tubuhnya dilitupi oleh jubahnya. Tinggi sekitar 165 cm menyorok di belakang Albert yang berketinggian 190 cm.
"Tunggu! Raqnid belum setuju pun untuk menjadi pasangan bertarung Sara!" Fat bersuara membantu rakannya itu.
*Terima kasih Fat! Huhuhu! * bisik Raqnid dalam hati.
Raqnid cuba untuk menolak tawaran tersebut. Raqnid mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah Albert.
Aura yang luar biasa dapat dirasai daripada Albert ia seperti mengatakan "Jika kau menolak tawaran ini, mati laa kau!", mata yang tajam terus memandang kearah Raqnid.
Raqnid berpaling mukanya lalu bersetuju dengan tawaran tersebut.
"Baiklaah"
*Garggghhhh!!! Kenapa mesti Aku!!!* teriak Raqnid di dalam hati.
"Raqnid kau betul kee nii!" Fat memandang ke arah rakannya itu yang tiba-tiba mempersetujui tawaran tersebut.
"Ye!" Raqnid lalu memandang ke arah Fat sambil tersengeh. Fat selepas melihat riak wajah muka rakannya itu, dia sudah dapat menjangkakan sesuatu.
Riak wajah Raqnid memberitahu jika dia menolak tawaran itu akan lebih banyak masalah akan timbul.
Kemudian Fat menepuk belakang rakannya dengan tangannya.
*Bertabahlah kawanku* bisik di dalam hati Fat.
*Huhu! Terima kasih sahabat!* Raqnid juga berbisik di dalam hati.
Mereka berdua seperti dapat berkomunikasi di dalam hati mereka.
*Dah kenapa budak dua orang nii? * orang tua Elf itu hairan melihat gelagat mereka.
Setelah itu, kesemua Elf telah berjumpa dengan pasangan bertarung mereka.
Mereka semua masing-masing akan bertemu pada hari esoknya.
Raqnid dan Sara berjanji dengan hendak bertemu di guild untuk mengambil tugas.
Fat berpisah dengan Raqnid dan menyertai Kiel dan rakannya yang lain iaitu Doug dan Nancy.
°°°°°
Keesokan harinya..
Raqnid bertemu Sara di guild sambil mencari tugas yang sesuai untuk dilakukan. Raqnid pun memilih untuk berlawan dengan goblin.
Walaupun Raqnid memilih tugas yang mudah Sara seperti tidak menghiraukan hal itu. Selepas itu mereka langsung keluar dan menuju ke tempat goblin.
Dalam perjalanan mereka langsung tidak bercakap. Raqnid merasa kekok untuk berbual.
Tiba sahaja di tempat tersebut.
"Ummm, kita dah sampai!" Raqnid masih kekok apabila hendak berbicara dengan Sara.
Krik..krik..
Tiada sebarang respon daripada Sara, dia hanya berdiri diam melihat Raqnid.
"Jom laa kita bunuh goblin"
Raqnid pun pergi memburu goblin, diikuti oleh Sara di belakangnya.
Mereka membunuh goblin seperti biasa, hanya memanah ke arah goblin tanpa menggunakan apa-apa skill kerana membunuh goblin adalah tugas yang sangat mudah bagi mereka.
Selesai sahaja membunuh goblin. Sekali lagi suasana menjadi ganjal bagi Raqnid kerana tiada sebarang komunikasi diantara mereka berdua.
*Perempuan nii dari tadi senyap jee dah kenapa* bisik dalam hati.
"Uhmm, kita dah selesai!"
Krik...krik...
"Sekarang kita dah boleh pulang."
Krik… krikk..
Hari pertama berakhir begitu sahaja. Tidak sampai lagi petang mereka sudah pulang.
Hari kedua…
Seperti biasa Raqnid mengambil tugas yang sama. Pergi membunuh goblin.
Hal yang sama berlaku, Sara langsung tidak berbicara. Sekali lagi suasana yang ganjal berlaku.
*Perempuan niibbisu kee apa?* bisik dalam hati Raqnid.
Sara hanya memerhatikan Raqnid.
"Baiklaah, mari kita pulang!"
Sewaktu hendak pulang, tanpa dijangka muncul seekor Hobgoblin dari arah belakang Raqnid.
Sara melihat Hobgoblin itu mengangkat kayu besar dan ingin menghayunkan kayu itu ke arah Raqnid.
Raqnid tidak dapat mengesan Hobgoblin yang berada di belakangnya kerana buat pertama kalinya dia melihat Sara seperti hendak berbicara dengannya.
Sara menuding jari telunjuknya beberapa kali ke arah Hobgoblin itu dan menunjukkan isyarat bahaya kepada Raqnid.
*Apa yang dia cuba terangkan nii?* Raqnid masih tidak memahami isyarat yang diberikan oleh Sara.
Hobgoblin mula menghayunkan kayu kearah Raqnid dengan lajunya.
"Alert Dangerous!"
Notis paparan muncul.
"Shoooshhh"
Raqnid dengan pantas mengelak serangan Hobgoblin itu.
"Auto Dodge Cooldown 300 second"
Raqnid terselamat kerana dia mempunyai skill yang dapat mengelak bahaya yang datang kepadanya secara mengejut.Melihat bahaya yang datang kepadanya, tanpa berfikir panjang Raqnid mengeluarkan busurnya.
"Death Shot"
Satu sahaja anak panah yang dilepaskan oleh Raqnid telah membunuh Hobgoblin tahap C.
Sara terperanjat melihat perkara itu. Perkara itu berlaku begitu pantas. Buat pertama kalinya dia melihat seorang pemanah dapat mengelak sepantas itu.
"Huh!"
Menghembuskan nafas lega, namun Raqnid mula menyedari yang dia telah membunuh raksasa tahap C dengan mudah di hadapan Sara.
"Uhmmm!"
Sara kemudiannya mengangkat tangannya lalu menulis sesuatu di udara dengan jari telunjuknya.
'Hebatnya!'
Raqnid pelik melihat perkara itu kerana Sara berkomunikasi dengan menulis di udara menggunakan kuasa magik bukannya berkata-kata.
"Haha! Terima kasih!" jawab Raqnid.
Kemudian Sara menulis lagi.
'Tolong bertarung dengan saya! Saya mahu belajar dari awak!'
"Ehh! Tak! Tak! Saya nii lemah, macam mana awak nak belajar dari saya! Hahaha!"
Kemudian Sara melihat ke arah Hobgoblin yang baru sahaja Raqnid bunuh tadi. Raqnid menyedari kesilapan yang dia telah lakukan, membunuh seekor Hobgoblin dengan hanya satu anak panah bukanlah suatu yang mudah. Seseorang itu memerlukan kekuatan yang luar biasa.
"Hah! Baiklaah! " Raqnid berputus asa untuk mencari alasan lain.
'Saya tahu awak seorang yang kuat! Semenjak pertemuan kita buat pertama kalinya di bandar! ^_^' , Sara menulis.
"Huh? Pertemuan pertama di bandar? Bukankah kita pertama kali berjumpa di istana?" Raqnid menyoal.
Sara kemudiannya kembali senyap, langsung tidak menjawab pertanyaan Raqnid.
Raqnid merasa hairan, kenapa tiba-tiba Sara kembali senyap seperti ada perkara yang disembunyikan.
*Pertama kali? Bandar?* Raqnid berfikir sejenak.
Melihat Sara berkali-kali. Seseorang yang memakai jubah hitam dan membawa busur.
*Uhmmm*
*Tunggu! Jubah hitam! Busur!*
Kemudian dia memandang ke arah Sara dengan riak wajah yang jelas dia telah mengetahuinya.
Sara merupakan orang yang memanah Raqnid sewaktu dia melompat dari menara tinggi di bandar untuk melarikan diri daripada pengawal.
*Maksudnya dia tahu, aku yang bunuh Demon Lord tuu!*
"Awak yang panah saya haritu kan!" Raqnid menyoal.
Sara kemudiannya berpaling mukanya ke kanan.
"Hah! Saya akan berlatih dengan awak. Tapi dengan satu syarat! Awak kena rahsiakan segala hal mengenai saya. Kekuatan saya dan apa jua perkara sekali pun. "
"Janji!" Raqnid dengan serius.
Sara lalu bersetuju dengan menganggukkan kepalanya.
*Ada dua kemungkinan! Satu, dia tahu aku yang bunuh Demon Lord. Dua, dia tak tahu. Jadi aku perlu ambil langkah jaga-jaga supaya dia tidak menceritakan hal ini kepada orang lain.*
"Hah! Baiklah kita mulakan kita esok!"
Keesokan harinya…
Pertarungan antara Raqnid dan Sara bermula di tempat sama mereka membunuh goblin.
*Jaga harap aku nak serius dengan pertarungan nii! Aku akan pastikan dia anggap aku hanya setaraf dengannya!* Raqnid berbisik dalam hati.
Mereka berdua sudah berada diposisi masing-masing. Kedua-duanya sudah mengeluarkan busur mereka.
Sara tiba-tiba mengangkat tangannya menulis sesuatu memberitahu Raqnid.
'Lebih baik awak bertarung dengan sepenuh kekuatan awak kalau tidak saya takkan dapat memenuhi janji awak!'
"Ehhh!"
Sewaktu Raqnid tidak bersedia untuk bertarung selepas membaca apa yang ditulis Sara.
Sara terus melepaskan serangan kepada Raqnid secara tiba-tiba.
"Argghh!" Raqnid sempat mengelak serangan itu.
Kemudian Raqnid membalas serangan kepada Sara. Mereka berdua berlari sambil melepaskan serangan ke arah satu sama lain. Menggunakan pelbagai skill yang mereka ada.
*Rain Arrow* Sara menggunakan skillnya menghasilkan anak panah yang banyak turun dari langit seperti hujan.
Namun serangan itu amat mudah dielak oleh Raqnid. Sewaktu Raqnid mengelak serangan Sara itu, muncul dari belakang anak panah menyasar ke arah Raqnid.
"Shoooshhh!"
Sara menggunakan dua skill dalam satu serangan dengan begitu pantas.
Raqnid terkejut melihat anak panah yang meluru ke arahnya mukanya lalu dia menangkap anak panah itu dengan tangan.
"Boof!"
Anak panah itu terhenti selepas ditangkap oleh Raqnid. Berasap tangan Raqnid apabila cuba menangkap anak panah yang laju itu.
"Hah! Perempuan nii betul-betul nak bunuh aku nii!" Raqnid mula menjadi serius.
Sara melihat belakang Raqnid yang terbuka luas. Sara melepaskan anak panahnya dengan laju meluru ke arah Raqnid.
Anak panah hampir sahaja mengenai Raqnid. Tiba-tiba Raqnid hilang begitu sahaja, tidak dapat ditangkap oleh mata Sara.
Raqnid begitu pantas menghilang, mata Sara merayau-rayau mencari Raqnid namun tidak dapat dikesan.
Raqnid sudah menjadi serius, menggunakan skill baharu yang baru dia dapat setelah membunuh Demon Lord.
Segala title yang dia peroleh telah menjadikan Raqnid suatu karakter yang begitu kuat.
Title 'Legendary' bukanlah satu title yang biasa-biasa malah ia dikatakan title yang lebih tinggi tahapnya daripada title 'Hero'.
Raqnid juga merupakan individu pertama yang memiliki title 'Dual Job' iaitu mempunyai dua bidang kemahiran utama.
Raqnid mempunyai job 'Assasin' dan 'Acher'. Dia mendapat job 'Acher' daripada title 'Legendary Acher' yang memberikan banyak skill dan pasif.
Title bukan sahaja memberikan skill dan pasif malah memberikan job kepada seseorang. Hanya title yang hebat-hebat sahaja dapat memberikan 'job' kepada seseorang.
Kebanyakan skill dan pasif yang Raqnid peroleh adalah tahap S dan ke atas, berbeza daripada sebelum ini tahap yang paling tinggi dia peroleh hanyalah B.
Level Raqnid sekarang sudah meningkat begitu banyak daripada level 34 menjadi level 103. Bayangkan betapa kuatnya Demon Lord yang Raqnid telah tewaskan.
Ray hero yang paling kuat pun baru sahaja level 76, Raqnid dengan sekelip mata memotong level Ray selepas membunuh Demon Lord. Bukan itu sahaja skill dan pasif yang Raqnid peroleh juga menewaskan Ray. Raqnid tanpa dia sengaja merupakan individu yang terkuat mengalahkan rakan-rakannya yang lain tanpa mereka sedar.
'Mana Burst' merupakan skill yang digunakan untuk membunuh Demon Lord merupakan tahap SSS. Raqnid dapat mengetahui tahap skill tersebut setelah menggunakan skill itu.
Sara tidak sedar yang sekarang dia sedang bertarung dengan seorang Acher yang sangat berbahaya dan juga merupakan seorang Assasin.
Sara kemudiannya berlari mencari Raqnid. Namun kelibat Raqnid masih tidak terlihat.
Raqnid menggunakan skill Assasinnya untuk menghilangkan dirinya daripada dikesan.
"Shoooshhh!"
Anak panah mensasarkan belakang Sara. Dengan pantas Sara bertindak menepis anak panah itu. Selepas Sara menepis anak panah itu, dia mulai sedar.
*Umpan!* anak panah yang dia tepis sebentar tadi hanyalah hayalannya. Anak panah sebenar hanya berada beberapa kaki daripada kedudukannya.
"Shoooshhh!"
Anak panah sebenar menuju laju ke mukanya. Sara tidak sempat untuk mengelak ataupun menepis anak panah itu. Sara hanya mampu memejam matanya.
"Boof!"
Sara membuka matanya kemudian melihat anak panah yang tadi meluru laju ke arahnya berhenti tepat di depan mukanya.
"Awak tewas!"
Sara terjekut melihat skill yang Raqnid tunjukkan. Dia tidak pernah kalah dengan semudah ini, sebelum ini.
*Siapa lelaki nii?* menjadi persoalan di hati Sara dengan siapakah yang sedang dia bertarung.
Maaf sebab lambat update! Lepas nii saya akan lebih berdisiplin untuk update pada masanya. Next chapter... Chapter 22 - Cinta
Share this novel