3 hari sudah pun berlalu, peperangan masih berlangsung. Masih belum ada lagi kemunculan Demon King ataupun Demon Lord. Hanya tentera-tentera mereka yang lemah sahaja muncul.
Matahari pada hari itu sudah pun terbenam. Bulan sudah pun menerangi malam dengan cahaya nya.
Malam yang ditunggu-tunggu untuk mereka menghancurkan benteng Demon. Malam ini merupakan malam di mana mereka akan menyaksikan apa yang ada di sebalik benteng tersebut.
Bulan mengambang penuh pada malam ini. Shara dan Ray telah berdiri di suatu tempat yang disediakan khas untuk mereka.
"Cepat laa orang tua!" kata Raqnid kepada Wells.
"Ye.. Ye.. Sabar laa!"
Raqnid dan Wells yang baru tiba Mardi setelah 3 hari perang sudah berlangsung.
"Kau laa ni orang tua, lambat! perang dah mula dah pun"
"Jangan risau, peperangan yang sebenar baru nak bermula!" pandangan Wells terarah pada cucunya iaitu puteri Shara.
Raqnid lalu melihat ke arah yang sama. *Shara! Ray!* kata dalam hati. Kedua-dua mereka hanya melihat Shara dan Hero dari atas bukit.
"Masanya sudah tiba!"
"Tuan puteri, sudah bersedia!" soal
"Sudah!" jawab Shara tanpa sebarang reaksi.
"Hero Ray!"
"Ye, sudah!"
"Kamu berdua boleh mulakan!"
"Puteri Shara!" Lyn kelihatan risaukan Shara.
*Kamu boleh Shara!* raja Nolan dalam hati.
Puteri Shara dan Ray duduk dalam posisi mereka masing-masing. Ray membelakangkan Shara dan sebaliknya. Tangan kanan Shara diangkat dan dihalakan ke arah negara Demon. Sama juga dengan Ray tetapi dia menggunakkan kanan kiri. Kedua-dua tangan mereka membelakangi antara satu sama lain. Mereka berdua membayangkan mereka sedang memegang panah di tangan mereka. Lalu, bayangan panah itu ditarik talinya seperti hendak memanah. Shara memegang panah menggunakan tangan kanan manakala Ray menggunakan tangan kiri. Pengerakan mereka harus seiring dan sama untuk menghasilkan panahan bulan yang sempurna.
Bulatan magik khas yang diukir di tempat mereka berpijak mula bercahaya. Cahaya bulan mula menyuluh kearah mereka. Lama kelamaan, terlihat bentuk satu panah besar yang bercahaya seperti cahaya bulan di tangan mereka begitu juga dengan anak panah. Kedua-dua mereka memegang satu panah yang besar. Bulatan magik juga terhasil di hadapan panah mereka. Anak panah yang terhasil kian menjadi terang seterang cahaya bulan. Dari jauh kelihatan seperti ada bulan yang kedua.
Bulan magik di hadapan mereka bercahaya sedikit demi sedikit berputar mengikut arah jam.
Selepas satu minit, bulatan magik itu sudah bercahaya penuh menunjukkan bulan penuh. Tiba masanya...
Mata Shara memandang kearah Ray, Ray juga memandang kearah Shara. Kedua-dua mereka mengangguk memberi isyarat bersedia untuk melepaskan serangan.
"Full Moon Shot!"
'ZHOOOOOSH!' tali panah dilepaskan.
Serangan yang dihasilkan oleh mereka berdua meluru laju ke arah benteng negara Demon. Anak panah itu kelihatan seperti tahi bintang yang besar. Bercahaya putih dan berkelip-kelip.
Perhatian semua orang terarah ke arah anak panah itu, begitu juga tentera Demon. Berdebar-debar jantung mereka menyaksikannya kerana ia merupakan satu-satunya langkah pertama dalam misi membunuh Demon King. Jika gagal, harapan mereka akan musnah.
"HIYARGHH!!!" tentera Unity semakin bersemangat menyerang.
"Leon!" Demon King bersuara.
"Baik Tuanku!" Demon Lord Leon menjawab sambil tersengeh.
'DOOM!'
"APA TUU?"
"Hehehe! Anak panah kau takkan dapat hancurkan benteng kami! GARGGGHH!" Demon Lord Leon menepis panahan bulan itu.
"Apa yang dia buat kat situ?" raja Nolan bersuara.
"Dia cuba untuk menghalang panahan bulan!" Albert berkata.
"Huh?" puteri Shara menggenggam penumbuk.
"Tak guna!" Ray.
Semua orang kelihatan risau menyaksikan perkara itu. Jika panahan bulan dapat dihalang , habislah harapan mereka.
Demon Lord Leon masih menahan serangan itu dengan kedua tangannya. Dia menghasilkan perisai yang besar untuk menghalangnya. "Hiyarghh!" sudah seminit berlalu, panahan bulan masih tidak terhalang. Demon Lord Leon yang terlihat menerima kesannya. Dia semakin lama semakin lemah menerima serangan itu. "Kenapa benda ni kuat sangat!"
"Tolong!" Rose merayu begitu juga orang lain, mengharap serangan mereka berjaya.
Sedikit demi sedikit perisai Demon Lord Leon ditembusi.
'Dooom' perisai Demon Lord Leon hancur.
"GARGGGHH!!!" panah itu menusuk dada Demon Lord Leon.
"PERGI!!!" jerit kesemua orang.
'ZHOOOOOSH'
Panahan bulan hampir sahaja mendekati benteng negara Demon bawa bersama Demon Lord Leon yang tersangkut pada anak panah itu.
Senyuman yang terukir pada semua orang tidak bertahan lama.
"GARGGGHH!!! BELUM HABIS LAGI!" Demon Lord Leon memegang anak panah itu dengan kedua tangannya menahan. Panahan bulan itu terhenti sekali lagi.
"TIDAKKKK!"
"Heh(tersengih) aku takkan mati sia-sia. TUANKU saksikanlah kesetiaan saya sampai ke akhirnya. HIYARGHH!" satu kuasa hitam mula terbentuk pada Demon Lord Leon.
"Apa yang dia nak buat tu?" ~Raqnid
"Dia... Dia nak hancurkan diri dia!" ~Wells
"Bukan diri dia sahaja, dia nak hancurkan panahan bulan sekali!" pandang Raqnid kearah Wells.
"ARGHHHHHH... Aaatoomic Destroyerrr!“ bulatan besar hitam terhasil.
"BOOOMM!!!"
Bulatan itu membesar sebesarnya lalu mengecil sehinggalah hilang. Kelibat Demon Lord Leon dan panahan bulan langsung tidak terlihat.
"Leon!" Demon Lord Dylas, Pico dan Dolce bersimpati atas pengorbanan rakan mereka.
Semua orang terkaku melihat situasi tersebut. Semangat mereka terus jatuh menjunam manakala semangat tentera Demon melonjak naik.
"GARGGGHH!" tentera Demon menyerang dengan lebih agresif.
"SEMUA FOKUS!" jeneral tentera mengingatkan tenteranya.
Tentera Unity mula ditolak ke belakang semula selepas hampir sahaja menghampiri benteng negara Demon.
*Tak... Tak... Semua usaha kami selama setahun ni... Berakhir begitu jee!* puteri Shara paling terkesan apabila melihat panahan bulan hancur lenyap begitu sahaja.
"Puteri Shara!" Lyn kerisauan.
"Shara bertabah!" Wells melihat keadaan cucunya itu dari jauh.
"Habislah kita!" raja Alex.
Kesemua ahli daripada Unity buntu melihat keadaan yang tidak terfikir boleh terjadi. Sekarang apa yang mereka boleh harapkan adalah keajaiban.
"RAQNID!"
Share this novel
Memang best do Novel ni !! Ini Novel Fantasi yang paling best antara semua yang aku baca!