Chapter 31 - Diserang II

Fantasy Completed 2305

Di istana Elf…

Puteri Shara baru sahaja pulang dari latihan nya. Berjalan di kaki lima istana. Dia terlihat Leonel dan ayahnya, Raje Nolan seperti sedang membincangkan sesuatu yang mustahak di ruang raja bersemayam. Shara begitu tertanya-tanya tentang apa yang mereka bincangkan. Shara mencuri-curi dengar perbualan mereka berdua di sebalik pintu yang menghubungkan ruang raja bersemayam.

"Tuanku, rombongan manusia ada di depan pintu gerbang"

"Kenapa, mereka ada di pintu gerbang? Bukankah mereka bertolak pulang kemarin!"

"Mereka diserang tuanku!"

"Apa, siapa yang serang!"

"Sekumpulan Minotaur"

"Sekumpulan Minotaur? Sepatutnya semua tu tak jadi masalah. Rombongan tu dilindungi oleh tentera yang kuat. Malah, ada diantara manusia yang dijelmakan mampu berlawan dengan baik"

"Sekumpulan Minotaur bukan puluh-puluh sahaja tuanku. Dikatakan ribuan Minotaur menyerang mereka pada malam kemarin"

"Ribuan!...Berapa ramai yang terkorban?", Raja Nolan itu terkejut.

"Mereka berjaya bertindak dengan cepat, separuh daripada tentera Human dan seorang manusia yang dijelmakan tekorban"

"Siapa seorang tu?"

"Raqnid, Tuanku!"

Puteri Shara terus menolak pintu itu (Krekk) selepas mendengar nama Raqnid disebut. Shara dengan riak wajah risau, sekali lagi mengajukan pertanyaan yang sama seperti ayahnya kepada Leonel.

"Siapa nama dia Leonel?" ~Shara

"Puteri Shara…. Nama dia Raqnid tuan puteri!" ~Leonel terkejut melihat Shara tiba-tiba terjah menyoal nya.

"SHARA!... Mana adab kamu hah! Masuk ruang ni sesuka hati!" ~Raja Nolan marah.

"Tak mungkin… tak… tak… TAK MUNGKIN RAQNID BOLEH MATI!" ~Shara jerit kepada Leonel.

"Kalau ikut pengalaman saya… orang biasa takkan mampu hidup jika diserang oleh ribuan Minotaur malah saya sendiri tak yakin, saya mampu berjaya hidup jika dikelilingi sebegitu ramai" ~Leonel

"Hah!... Tak! Raqnid takkan mati!" ~Shara mula mengalirkan air matanya.

"SIAPA RAQNID NI SHARA? MACAM MANA KAMU BOLEH KENAL DIA?" ~tegas Raja Nolan dengan nada yang tinggi.

Namun pertanyaan ayahnya itu, tidak dihiraukan Shara. Dia berlari keluar dari ruang tersebut menuju ke tempat di mana rombongan itu berkumpul.

*Raqnid pasti hidup lagi… saya pasti!* ~Shara berlari sekuat hatinya dengan harapan yang kata-kata Leonel itu tidak benar.

Tiba-tiba muncul Albert di hadapan Shara menahannya daripada pergi.

"Ke tepi Albert!... Shara perlu ke sana!"

"Saya takkan benarkan puteri Shara."

"Shara nak pastikan yang Raqnid tak cedera!"

"Cukup puteri!... Cukup!....Apa yang Leonel katakan tu, betul."

"Shara tak percaya, Albert… selagi Shara tak lihat sendiri!"

Albert memegang ke dua bahu Shara untuk menyakinkannya. Dia menatap mata Shara dengan serius.

"Saya saksikan sendiri puteri, Raqnid tiada dekat situ. Rakannya sendiri yang beritahu semua ni."

"Huh!... Ughh… Hughh… Tak! Tak!" ~melutut Shara dihadapan Albert menangis teresak-esak selepas mendengar sendiri daripada mulut Albert iaitu pengawal peribadinya yang paling dipercayainya.

°°°

Pada malam kemarin…

"Hah! Takkan habis mereka ni." ~Raqnid

Raqnid sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan pisau di belakang nya. Memandangkan dia bersendirian, tiada siapa yang menyaksikannya. Serangan dekat lebih mudah untuknya menyelesaikan kesemua Minotaur ini.

*Baiklah!*, sebaik sahaja Raqnid hendak mengeluarkan skill Assasin nya, muncul seseorang.

"Huhuhu, mari sini raksasa!", ia merupakan Wells. Dia melompat di atas Minotaur itu semua untuk sampai ke Raqnid.

"Yo, budak! Bantuan dah sampai." ~Wells sambil memanah Minotaur di hadapan nya.

Raqnid bengang, sebaik sahaja mengetahui individu tersebut. "Hei, orang tua, kau buat apa kat sini hah?", dia baharu hendak menyelesaikan masalah di hadapannya, tiba-tiba muncul lagi satu masalah.

"Hah? Buat apa lagi, datang selamat kan kau la… muka kau tu macam tak gembira je aku datang!" ~Wells

"Macam mana kau boleh tahu hah aku diserang?" ~Raqnid

Wells cuba mengelak menjawab soalan itu kerana semenjak dari awal dia telah mengekori Raqnid. "Hahaha, kau ingat aku akan biarkan kau saja rasai keseronokan ini. Jangan harap!"

*Dah kenapa orang tua ni? Apa yang seronok kena serang?* ~Raqnid

"Budak, kau mesti baru bunuh beberapa ekor Minotaur je kan. Semasa perjalanan aku datang, aku dah bunuh lebih daripada 150 ekor Minotaur. Tentu kau terkejut kan budak… Jangan risau aku akan ajar kau macam mana nak jadi kuat macam aku nanti. Kalau kau berbakat mungkin 10 tahun akan datang kau dapat jadi macam aku. Kalau kau lambat sikit mungkin 40, 50 tahun. Itupun kalau kau masih hidup la." ~Wells

Raqnid yang pada mulanya tidak mahu ambil kesah, mula merasa tercabar dan bengang mendengar kata-kata orang tua itu.

"150, Hah! Jangan buat lawak orang tua. Setakat banyak tu kau nak ajar aku! Jangan mimpi la, mungkin kau tak sedar semasa kau dalam perjalanan, aku dah bunuh lebih daripada jumlah yang kau bunuh… and lagi satu ingat, aku pernah tewaskan kau!"

Berdarah telinga Wells mendengar sindiran itu. Dia pun mula merasa bengang. "Baiklah, apa kata kita adakan petarungan kita yang ke-dua sekarang! Siapa yang bunuh lagi ramai, menang. Yang kalah kena panggil pemenang 'Champion'."

"Pertandingan! Huh! Buang masa!" ~Raqnid

"Kenapa kau takut ke budak!" ~Wells tersengih.

*Sakit hati pulak aku tengok orang tua ni, tersengih-sengih!* ~Raqnid

"Baik! Baik! Harap-harap kali ni yang kalah tu boleh tunai la apa yang dijanjikan!" ~Raqnid

"Jangan risau, aku tak memungkiri janji!" ~Wells

"Huh, ye la tu!" ~Raqnid

"Hanya memanah biasa, skill tak dibenarkan. Dalam kiraan tiga, 1… 2… 3. Start!" ~Wells

Kiraan mata mereka dimulai dengan kosong. Kedua-dua mereka masing-masing membuka langkah. Setiap panahan yang dilepaskan begitu persis. Setiap satu anak panah yang dilepaskan oleh kedua mereka pasti membunuh Minotaur di situ.

Jumlah Minotaur yang datang ke mereka bukan lagi satu masalah kerana mereka hanya memburu kemenangan. Minotaur yang datang langsung tidak dapat melakukan serangan. Minotaur yang bersemuka dengan mereka langsung menemui ajal. Mereka kelihatan seakan-akan malaikat maut yang memburu nyawa Minotaur itu semua.

Situasi sudah terbalik, pada mulanya Minotaur yang mengejar mereka, sekarang mereka yang mengejar Minotaur.

Semakin lama, mereka berdua semakin ke hadapan. Mengejar setiap satu Minotaur untuk menambahkan mata mereka.

"180!" ~Raqnid

"178!" ~Wells

Jumlah Minotaur di dalam hutan itu semakin berkurang kerana tidak sempat untuk Minotaur seterusnya keluar daripada pintu portal.

Satu per satu dibunuh mereka dengan begitu mudah seakan-akan memburu goblin.

Sehinggalah satu tahap di mana Minotaur tiada lagi di hadapan mereka.

"Huh? Tadi bukan main banyak Minotaur kenapa tiba-tiba tiada langsung pulak ni?" ~Wells

Bukan di sebelah Wells sahaja tiada Minotaur, di sebelah Raqnid pun tiada.

"Takkan orang tua tu bunuh cepat sangat!" ~Raqnid

Kedua-dua mereka mengesan kedudukan Minotaur berada. Terlihat jumlah Minotaur yang ramai berkumpul di satu tempat dan langsung tidak bergerak.

Tanpa berlengah lagi, kedua-dua mereka berlari pantas menuju ke tempat tersebut tanpa memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

"Jangan harap, aku akan biarkan orang tua tu tewaskan aku!" ~Raqnid

"Aku takkan kalah dengan budak tu buat kali kedua!" ~Wells

Semakin menghampiri tempat tersebut, mereka berdua terserempak. Mulalah, persaingan antara mereka, berlumba lari ke tempat itu.

*Haish, laju nya budak ni!* ~Wells

"Hehehe!" ~Raqnid mempunyai kelebihan kerana dia juga seorang Assasin.

Menghampiri sahaja tempat tersebut, kedua-dua mereka bersedia untuk melancarkan serangan seterusnya.

"Hiyarghh!" ~Raqnid

"Yarrghh!" ~Wells

"Uhmm?" ~Raqnid

"Haha, budak kau punya serangan lembik sangat!.... Hah?" ~Wells

Kedua-dua mereka aneh melihat Minotaur yang mereka serang langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan. Minotaur itu 3 kali lebih besar daripada Minotaur yang sebelum ini mereka bunuh.

Muncul seseorang memanjat belakang Minotaur itu dan duduk di bahunya.

"Tehee! Jadi korang berdua lah yang bunuh kesemua Minotaur Pico." ~Demon Lord Pico

"Siapa pulak budak ni?" ~bisik Raqnid

"Ada sesuatu yang tak kena ni?" ~bisik Wells

"Bunuh mereka!" ~Demon Lord Pico

Selepas dengar sahaja kata-kata Demon Lord Pico, Minotaur itu terus melibas pedangnya kepada Raqnid dan Wells.

'Shoooshhh'

'Bhoom!'

Tindak balas itu begitu laju, tidak seperti Minotaur di belakangnya. Libasan yang kencang terus ke arah mereka berdua. Tidak sempat untuk mereka berdua bertindak dan mengelak.

"Huh?" ~Raqnid dan Wells

Mereka terselamat kerana muncul seorang Dwarf menepis serangan tersebut dengan penampan nya.

"Dark Vision" ~seseorang

Kuasa magik hitam mula menghalang pandangan kesemua Minotaur disitu.

"Lari!" ~seorang Lizardman muncul tiba-tiba.

"Kejar mereka!" ~Demon Lord Pico

Kedua-dua mereka tanpa berfikir panjang berlari bersama mengikuti Lizardman itu.

"Apa yang dah jadi ni?" ~Raqnid

"Siapa korang ni hah?" ~Wells

"Kita cerita nanti, sekarang ni lari selamatkan diri dulu!" ~Lizardman

Dwarf yang tadi menepis serangan Minotaur juga turut melarikan diri. Terlihat di sebelah lain, seorang yang berjubah hitam juga turut berlari searah dengan mereka.

"Kenapa kita tak lawan je?" ~Raqnid

"Budak yang kau nampak tadi tu, Demon Lord!" ~Lizardman

Dengar sahaja perkataan 'Demon Lord', kelajuan Raqnid bertambah memotong ke semua yang lain.

"Tunggu, kita salah arah ni! Ni jalan mati!" ~Raqnid

Selepas beberapa jauh berlari, Raqnid baru perasan yang di hadapan mereka ialah tebing tinggi. Berdiri dia di hadapan tebing tinggi itu sambil memandang ke bawah melihat kedalaman. 'Gulp'(Telan air liur)

"Berhenti! Ni tebing tinggi!" ~Raqnid menjerit sambil menunjukkan isyarat bahaya kepada mereka namun mereka masih memecut laju ke arahnya.

Lizardman dan Wells menghampiri tebing itu, mereka langsung tidak perlahan walaupun terlihat Raqnid tiba-tiba berhenti di hadapan mereka.

"BERHENTI!" ~Raqnid

Wells berlari terus dan melompat dari tebing itu dengan beraninya.

"ARGHH!" ~Raqnid

*Orang tua ni dah gila!* ~Raqnid dalam hati

"Ehh!" ~badan Raqnid langsung ditarik dari tebing itu oleh Lizardman.

"ARGGHHHHHHHHHH!" ~Raqnid

Bukan sahaja mereka yang melompat dari tebing itu malah orang yang berjubah hitam dan Dwarf juga turut lompat.

Ketinggian tebing itu cukup untuk membunuh mereka. Jatuh mereka semua dari tebing itu dan selamat mereka daripada dikejar oleh Demon Lord Pico dan tenteranya.

Hampir saja mereka ke tanah, bulatan magik yang tersedia di bawah tersebut telah menyelamatkan mereka daripada jatuh terhempap.

"Hah! Hah!" ~tercungap-cungap Raqnid

"Haha! Budak kau patut tengok muka kau tadi!" ~Wells

"Kenapa tak beritahu yang dekat bawah ni, dah tersedia bulatan magik!" ~Raqnid

"Maaf, aku nak beritahu! Tapi kau yang pecut laju sangat!" ~Lizardman

Raqnid menundukkan kepalanya kerana malu. Dia diketawakan oleh Wells sepuas-puas nya.

"Lebih baik kau tunaikan janji kau orang tua sebab aku dah kalahkan kau!" ~Raqnid

"Hah! Bila kau kalahkan aku budak! Aku bunuh 568! ~Wells

"Hah! Aku menang, aku bunuh 570!" ~Raqnid

"Jangan tipu, kau bunuh tak sampai 500!" ~Wells

"Kau apa tahu, aku kira betul!" ~Raqnid

"Hah! Kalau kau bunuh 500, aku bunuh 600!" ~Wells

"Wahh! Kau nak menipu pulak sekarang ni! Dah kalah! Kalah la!" ~Raqnid

"Kau la yang tipu!" ~Wells

Kedua-dua mereka masih bergaduh hal pertarungan mereka dan langsung tidak hiraukan orang di sebelah mereka. Semenjak dari awal, pertarungan mereka ini langsung tidak boleh dipakai kerana mereka sendiri yang mengira mata.

"Maaf, aku tak tahu apa masalah antara korang berdua… " ~Lizardman

"JANGAN SIBUK!" ~Raqnid dan Wells

Terkaku Lizardman itu apabila kata-kata nya dipotong dan dia dimarahi.

Lalu Raqnid dan Wells berdiri lalu memegang busur mereka sambil diisi anak panah.

"Siapa korang ni hah?" ~Wells

"Kalau nak rompak! Rompak orang tua ni, dia kaya!" ~Raqnid

"Wahh! Kami yang selamat kan korang, sekarang ni korang anggap kami ni perompak pulak!" ~Lizardman bengang

"Jangan risau, aku akan uruskan!" ~orang berjubah hitam itu memegang bahu Lizardman untuk biarkan dia urus.

Raqnid dan Wells terus menyasarkan anak panah mereka apabila orang berjubah hitam itu bergerak ke arah mereka.

"Apa khabar Raqnid!" ~orang berjubah hitam itu, membuka penutup muka dan hood nya.

"Huh?... Razor!" ~Raqnid terperanjat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience