'Haaawwwwkkk'
Kedua-dua serangan itu bertembung dan akhirnya serangan Raqnid berjaya mematahkan serangan naga itu. Anak panah yang menyerupai burung helang itu bergerak laju menghentam naga itu.
'KBOOMMM!!!'
Angin yang kuat menolak hasil daripada impak letupan itu. Raqnid melambung ke belakang akibat daripada itu.
Detik-detik yang mendebarkan buat Raqnid dan wanita itu, melihat samaada serangan itu berjaya membunuh naga tersebut ataupun tidak.
'Huh?' Asap tebal telah menghalang pelihatan wanita itu. Hasil daripada impak letupan itu masih terlihat.
"Ahh!" Raqnid yang sudah terbaring ke bumi, tidak mampu lagi mendongakkan kepalanya untuk melihat. Kelopak matanya kian sayu, perlahan-lahan tertutup.
Asap beransur hilang, kelihatan naga itu masih berdiri. 'Tak mungkin!'
'Budak, cepat lari! Naga tu masih hidup!' beritahu wanita tersebut kepada Raqnid.
“Huh?” jeritan wanita itu hanya sia-sia, Raqnid sudah mahu hilang kesedarannya. ‘Ting’ sebelum matanya tertutup sepenuhnya dia sempat melihat notis yang terpapar.
-You gain a new title!
[Dragon Slayer] [Title]
‘Budak ni dah tak sedar, tak guna! Sorang lagi mangsa yang mati disebabkan naga ni. Aku ingatkan selepas aku kunci naga ni disini, takkan ada lagi nyawa yang terkorban. Aku begitu naif! Arghhhhh!’
‘Dooom!!!’ bunyi hentakan yang kuat.
‘Huh?’ bunyi itu datang daripada naga itu. Wanita itu terkejut menyaksikan naga itu rebah menyembah bumi. Kejadian itu hanya menjadi bayangan beliau selama ini, namun kini ia sudah menjadi realiti.
‘Akhirnya!’
‘Krekk!’ bulatan kristal yang diduduki wanita itu retak lalu pecah. Terkeluar wanita itu daripada bulatan kristal itu setelah sekian lama. Setitis air mata sempat dia titiskan sebelum dia keluar daripada bulatan kristal itu lalu hilang kesedarannya.
Selepas beberapa jam…
“Ahhhh!” Raqnid bangun dari tidurnya sambil tangan kanannya memegang kepalanya yang sakit. Selepas beberapa detik, dia baru sedar keadaan yang dilaluinya.
“Huh? …naga tu? Aku perlu bunu—h” matanya terus terarah ke naga itu.
“Naga tuu tumbang ke tanah? Dah mati ka?” mata Raqnid lalu terpaku ke notis yang dia terima. Dia membuka notis itu.
-Congratulation-
-Arch Dragon Defeated-
Selepas melihat notis itu baru dia dapat menghembuskan nafas lega. Otot-otot yang tegang dapat direhatkan. “Hurghhhh! Akhirnya tamat sudah semua penderitaan ni.”
-You gain a new skill x4
-You gain a new passive x2
-Level Up x60
Raqnid berjalan menuju ke arah naga itu. Dia dengan matanya sendiri tidak percaya yang dia telah membunuh naga itu. Seakan-akan mimpi buatnya. Naga yang sebesar 2 biji kapal terbang kargo tumpas di hadapannya.
"Drop?" Raqnid menyaksikan sesuatu yang bersinar dari jauh. Dia langsung pergi ke arah sinaran itu.
Terdapat sebiji bola yang berwarna emas, sisik naga, kuku naga dan lain-lain. Sinaran itu tadi datang daripada bola emas tersebut.
"Apa ni? Tak pernah nampak pun?" Raqnid pun meneliti bola tersebut.
"Huh… Ehhh… Niiii… kan… DRAGON HEART!" jerit Raqnid yang terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Setelah sekian lama… akhirnya jumpa!" Raqnid terduduk sambil tersipu. Dia mengenangkan semula apa yang dilaluinya sebelum ini semata-mata untuk mencari bola emas itu.
"Ha… ha… Haha… Haha… Hahahahaha! Aku dah jumpa Razor! Dah jumpa! WOOHOO!" terjerit-jerit keseronokan.
Tanpa membuang masa lagi, Raqnid menyimpan kesemua barang yang dapat daripada naga itu ke dalam 'inventory' nya. Setelah selesai, dia teringat sesuatu.
"Wanita Elf tu!" Raqnid berlari ke arah wanita itu terkurung.
"Huh?"
"Hei, kau ok tak? Hei, bagun!" Raqnid yang cuba mengejutkan wanita itu.
*Bulatan ni pecah selepas naga tu mati. Maksudnya wanita ni terkurung di dalam bulatan ni… selama ni!* Raqnid berkata dalam hati.
"Heii, bagun! Hei… Tak guna, dia dah tak sedarkan diri."
Raqnid mendukung wanita ini di belakangnya. Tanpa berlengah lagi, dia berlari keluar dari tempat tersebut.
"Lebih aku keluar sebelum ada perkara buruk lain berlaku."
Keluar sahaja daripada tempat tersebut.
"Huh? Kawasan ni beza daripada tempat aku awal-awal di teleport."
'Scan'
"Tak guna, tempat ni jauh daripada ahli pasukan aku. Mujurlah masih malam, aku masih sempat untuk pulang sebelum mereka semua bagun… Sekarang, apa aku nak buat dengan perempuan ni?"
Sekali lagi Raqnid menggunakan skill Scan untuk mengesan. Dia berjaya menemui kampung berdekatan dengan tempat dia berada sekarang.
"Bagus, baik aku gerak sekarang."
Raqnid pun bergerak menuju ke kampung itu. Setelah beberapa minit, dia sampai ke kampung itu. Kampung itu kelihatan sederhana tapi cukup kesemua keperluan untuk wanita itu tinggal di situ.
Raqnid menuju ke pengawal yang menjaga kampung itu. Disebabkan masih malam, hanya pengawal sahaja yang masih terjaga menjaga keselamatan kampung itu.
"Maaf… di mana klinik?" soal Raqnid kepada pengawal yang berbangsa Beastman itu.
"Huh?... Maaf, kampung ni tiada klinik."
"Apa… cena aku nak buat ni?" Raqnid terlihat gelisah apabila mendengarkan jawapan tersebut.
"Jangan risau… dalam kampung ada seorang mak cik yang pandai berubat."
"Ye kee! Mana dia?"
"Ikut saya!"
Pengawal itu membawa Raqnid ke rumah makcik yang dikatakan tadi. Tiba di hadapan sebuah rumah yang mempunyai ladang herba di hadapannya.
Pintu rumah itu diketuk oleh pengawal.
"Makcik Hera! Ooo, Makcik Hera! Saya ada bawakan orang yang sakit ni!"
Pintu itu pun terbuka, kemudian mereka dijemput masuk oleh makcik itu. "Silakan masuk!" makcik itu merupakan seorang manusia.
"Baringkan perempuan tu di atas katil tu!"
"Baiiikkk!"
Makcik itu tanpa berlengah lagi, terus merawat wanita Elf itu.
"Kamu berdua tunggu di luar!" kata makcik Hera.
Raqnid dan pengawal itu pun menunggu di luar bilik.
"Ummm… terima kasih!" kata Raqnid kepada pengawal itu.
"Ohh… takde hal laa! Jangan risau, kawan kamu akan selamat sebab makcik Hera merupakan doktor terbaik kami. Hehehe… ahh… saya pergi dulu. Nanti marah pulak Bos saya duduk sini lama-lama. Takde orang jaga pintu. Jumpa lagi!"
"Ahhh… baik! Terima kasih sekali lagi!"
Pengawal itu pun pergi. Selepas beberapa minit, makcik Hera keluar daripada bilik tersebut.
"Perempuan Elf tu kawan kamu?" soal makcik Hera.
"Uhmm… emmm… ahh… ye ye kawan saya!" tergagap Raqnid menjawab.
"Jangan risau… dia okey! Dia cuma perlukan rehat, itu sahaja."
"Hah… bagus laa macam tu." Raqnid menghembuskan nafas lega.
"Kamu boleh tidur di atas sofa tu!"
"Huh! Uhmmm…"
"Kenapa? Kalau kamu nak katil, saya di sini dah tak ada katil!"
"Tak… tak… bukan! Itu sudah memadai. Uhmmm" Raqnid sukar untuk memberitahu makcik Hera yang dia sudah mahu pergi.
"Ada apa lagi yang tak kena!"
"MAAF KAN SAYA!" Raqnid terus menundukkan kepalanya.
"Ni dah kenapa—"
"Sebenarnya makcik saya dah kena pergi!"
"Hah? Lepastu macam mana dengan kawan kamu?"
"Nanti saya datang ambil dia!"
"Dengar sini, saya di doktor bukannya pengasuh nak membela orang lain!" nada makcik Hera mula menjadi begis.
"Saya akan bayarkan semuanya. Makan, minum, tempat tinggal. Semuanya! Jadi tolong makcik, jagakan dia untuk saya!" Raqnid sekali lagi merayu lalu mengeluarkan sejumlah wang yang besar diletakkan ke atas meja.
"Hurghhhh… bila kamu nak datang ambil dia semula?"
"Mungkin… dalam 3 atau 4 bulan atau lebih!"
"APAAA! KAMU INGAT CUKUP DUIT KAMU NI UNTUK SELAMA TUU!"
"Ye ye saya tahu! Saya akan bayar selebihnya nanti bila saya datang ambil dia! Saya janji!"
Makcik Hera hanya memerhatikan Raqnid, memandang dari bawah sampai ke atas. Samaada Raqnid boleh dipercayai ataupun tidak.
"Beritahu saya, apa yang kamu nak buat sampai 3 ke 4 bulan tu?"
"Uhmmm… ummm"
"Lebih baik kamu berkata benar!" tajam mata makcik Hera merenung Raqnid.
"Ahhh… baiklah! Saya mungkin tak boleh beritahu secara terperinci. Ia berkaitan dengan Demon!"
"Huh?"
Makcik Hera diam seketika.
"Makcik?"
"Baiklah, saya akan jaga dia!"
"Betul ke! Yeay!"
"Jangan lupa, bayaran seterusnya nanti!"
"Baiklaah!"
Raqnid pun tanpa berlengah lagi terus bergegas pergi.
*Semoga berjaya budak!* di dalam hati makcik Hera, dia sudah dapat mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Raqnid itu.
Raqnid bergerak laju pulang ke ahli kumpulannya sebelum matahari terbit.
Jam 7. 30 pagi.
"Mana pergi si Raqnid ni hah?" tercari-cari orang tua Wells.
"Ada apa orang tua?" Raqnid tiba dari dalam hutan.
"Mana kau pergi hah? Aku bagun kau tiada."
"Aku pergi tandas."
"Selamat pagi Raqnid!" tegur si Izar.
"Ahh… selamat pagi!" jawab Raqnid.
*Patutkah aku terus bagi Dragon Heart? Ummm… Tak, tak, tak… nanti banyak benda aku perlu terangkan. Aku perlu bagi dengan cara lain.* Raqnid berkata dalam hati.
"Baiklah, harini kita akan masuk ke dungeon baharu!" kata Anne.
Anne pun memberitahu keterangan lanjut mengenai dungeon yang mereka hendak terokai. Selepas habis sahaja keterangan itu, mereka terus menuju ke dungeon tersebut.
Dungeon yang dimasuki mereka kali ini berjaya mereka selesaikan dengan mudah.
"Cepat kita ambil semua barang yang ada!" arah Anne.
'Inventory' Raqnid mengeluarkan Dragon Heart lalu dijatuhkan ke dalam timbunan barang-barang yang ada disitu.
*Sekarang aku perlukan seseorang untuk menjumpai nya.*
"Berjaya ke, kita temui Dragon Heart tu." Anne sambil menggigit kuku jarinya.
*Nice, Izar sudah masuk perangkap!*
Izar sedang mengambil barang di bahagian Raqnid jatuhkan Dragon Heart sebentar tadi.
*Masa untuk berlakon!*
"Huh? Bola emas apa ni?" Izar sambil memegang Dragon Heart.
*Argghh, apa yang kau buat tu Izar? Itu Dragon Heart laa, kenapa lembab sangat! Kau sepatutnya menjerit terperanjat.*
"Uhmmm…" Izar yang masih membelek Dragon Heart di tangannya kerana bingung.
*Nampaknya, aku kena bertindak!*
"Izar apa kau buat tu— Huh?..." Raqnid buat muka terperanjat.
"Ni hah bola emas ni unik kan… kenapa dengan muka kau tu Raqnid?"
*Diam! Aku tahu, aku teruk berlakon!*
"Tu Dragon Heart!" beritahu Raqnid.
"Ouhhh… Dragon Heart!"
*Huh? Kenapa dia masih tak terkejut ni?* Raqnid terkejut.
Otak kepala Izar baru berfungsi dengan betul. "DRAGON HEART!!!"
*LAMBATNYA KAU PERASAAN!* Raqnid terkejut sekali lagi.
Kesemua yang lain terus berlari ke arah Izar yang menjerit tadi. "Apa betul ke Dragon Heart!"
"Razor tengok ni, bebebe–betul ke ni Dragon Heart?" Izar memberinya kepada Razor.
Razor memegangnya dan memerhatikannya. Walaupun, Razor dapat mengetahui jenis barang tersebut dengan sekali pandang kerana semua orang dijelmakan mempunyai kebolehan untuk mengetahui nama barang. Dia masih tidak dapat mempercayai nya kerana setelah sekian lama mereka mencari dan akhirnya muncul satu di depan matanya secara tiba-tiba. Ia seakan-akan mimpi menjadi kenyataan.
"Razor betul ke ni?" soal Izar.
"Ye, betul ni Dragon Heart!" jawab Razor.
"YEAHHH!!!" Izar dan yang lain menjerit keseronokan.
"Dengan ini, misi mencari Dragon Heart berjaya!" Razor mengangkat Dragon Heart ke udara.
"WOHOOO"
"Malam kita berpesta…"
Share this novel